Showing posts with label FRIDAY BLUES. Show all posts
Showing posts with label FRIDAY BLUES. Show all posts

July 4, 2012

Tangisan Kekuatan Jiwa

by Taste Of Tapah



Satu pagi yang agak tidak kurang sibuknya seperti pagi-pagi yang lain, aku menerima pesanan BBM daripada seorang yang aku gelar sahabat.

Banyak masalahnya bersama suami yang diluahkan hingga sayu aku membacanya. Dan menjadi tanggungjawap seorang sahabat untuk membantu sahabatnya kembali tersenyum.......

Alhamdulillah, Allah sering memberi peluang aku didatangi oleh rakan-rakan untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi... Sebab dengan cara itu aku rasa Allah ingin aku sendiri memperbaiki diri aku. Melalui masalah-masalah itu aku nampak 'kekurangan' yang aku pernah lakukan, tanpa sedar... 

"Mungkin ini cara 'Dia' menegur ku....." kataku dalam hati

Aku soroti setiap masalah, dan aku nampak kekuatan dalam setiap penceritaan... Allah menjadikan wanita itu seperti lemah, sering mengalirkan air mata, namun sebenarnya, pada setiap tangisan air mata yang mengalir, kekuatan jiwa mereka itu terisi.... Wanita menjadi semakin tabah dan kuat. Mengharungi pahit maung rumahtangga, masalah keluarga atau mertua, masalah dengan anak, masalah kewangan, masalah dengan teman istimewa, masalah dengan rakan sekerja atau sekolej, masalah kesihatan dan banyak lagi masalah yang kadang tak terjangkau di fikiran aku.

Dan dari situ aku selalu tersenyum, kerana mereka yang mendekatiku ini semuanya disayangi Allah... 

Bagaimana kita jika sayang pada seseorang? Kita menghubungi mereka, kita SMS, BBM, email..bertanya khabar, ziarah. Tetapi kalau kita lupa, langsung kita tidak ambil tahu perihal orang yang kita lupakan itu....

Begitu juga Allah, dia sayang pada sahabat-sahabatku yang datang mengadu ini, sebab itu Allah uji... Dia tak mahu orang yang disayanginya terus leka dan terlalu bergembira dengan dunia.. Kerana lupa dan leka membuat hati manusia mati.... 

Aku amat yakin ada antara sahabatku yang tidak mahu mendengar kata-kata semangat yang panjang lebar, mereka merasa cukup bila ada yang mendengar, dengan meluah itu mereka akan merasa perlahan-lahan bebanan itu hilang...

Pada semua sahabat ku, kita semua diuji dengan cara berbeza... Setiap ujian itu sesuai dengan kekuatan kita... Namun jangan 'kita' (nasihat diri sendiri juga) pegang masalah itu terlalu lama. 

***


Pernah saya mendengar satu cerita Perihal gelas..Gelas itu kita semua tahu ringan sahaja.


Di satu kelas, datang seorang pensyarah, menyuruh salah satu muridnya memegang sebiji gelas yang berisi sedikit air. Murid itu pun tersenyum sinis merasakan perkara itu terlalu mudah untuknya... 

Tanpa berlengah dia pun terus memegang gelas tersebut.



Memang gelas itu ringan sahaja, dan dengan mudah murid itu dapat melaksanakannya... Kelas mulai bising kerana semua murid-murid yang lain tertanya-tanya , apa motif sebenar pensyarah tersebut?

Seminit telah berlalu, akhirnya murid tadi bertanya, "Boleh saya turunkan gelas..."

 Pensyarah itu menjawap, "Kenapa? Anda rasa penat?"

"Ya" jawap murid itu ringkas.

"Teruskan lagi memegang hingga 5 minit"

Akhirnya murid tersebut mengalah kerana terasa terlalu kejang tangan dan lengannya, menyebabkan merasa berpeluh anggota badannya....

"Apa awak rasa akan jadi jika awak terus memegang gelas tadi untuk tempoh 1 jam?" tanya pensyarah tersebut.

"Mungkin saya pitam atau pengsan" jawapnya spontan seolah-olah sudah memahami maksud pensyarah itu...

***

Moral of the story, begitulah juga kita... walaupun masalah kita seharian dalam hidup ini terlalu ringan/kecil pada pandangan kita, sebagaimana ringannya gelas tadi, tetapi apabila kita memengangnya terlalu lama, ianya pasti membebankan emosi dan akal fikiran kita... Malah jika tidak kita lepaskan atau selesaikan ianya mungkin mudarat pada kesihatan kita sendiri.

Oleh itu lepaskanlah masalah kita walau sekecil manapun, jika ada dendam lepaskanlah dengan cara memaafkan, jika ada kesedihan lalu, lupakan dan keep moving forward, jika ada dosa dan masalah yang ringan sekalipun, bertaubat dan kembalikannya pada Allah pencipta setiap inci tubuh kita, mengadulah padaNya. Malah menangislah... Menangislah kerana Allah. Semoga dengan tangisan kekuatan jiwa itu akan hadir.

Dengan cara itu hidup kita akan menjadi lebih tenang, kecergasan juga semakin bertambah...

sekian cerita hari ini sebagai pengubat hati saya dan kalian yang membacanya.... :)



May 25, 2012

Kisah Norma

by Taste Of Tapah

Yer saya dah lama tak update blog... {-_-"} Saya banyak concentrate pada family, anak dan kerja yang tidak kunjung surutnya... Petang ni, sempat jenguk jap T.O.T dan blog walking ke beberapa blog termasuk blog officemate sue. Terkejut sangat bila sue bagi tau, Norma telah meninggal dunia rabu lepas..... sob sob {T_T}

Sebak sangat sebab pernah tengok suaminya Talib di rakaman MHI TV3 dan mengikuti perkembangan kesihatannya isterinya Norma melalui belog tentang Norma. Terlalu sebak dan terharu melihat semangat suaminya... Norma sakit sejak melahirkan anak pertamanya.. Lebih kurang 1 tahun selepas mendirikan rumah tangga. Kini Norma telah kembali kepadaNya...Cinta hingga akhir hayat.

Semoga Allah melapangkan kuburnya arwah dan semoga arwah tergolong dalam hamba Allah yang mendapat rahmatNya...

Ajal kita?

Allah itu Maha Tahu... sedang kita..... amat lemah tanpa rahmat dan ihsan Nya....


September 21, 2011

Hidup Dalam Tiga Masa

by Taste Of Tapah

Satu masa diri tengah meng-angankan banyak perkara hendak dikecapi dalam hidup, dan adakala merenung masa lalu yang tersalah langkah... Dan ketika itu digerakkan hati oleh Sang Pencipta untuk menjeguk satu penulisan oleh Ustaz Pahrol Juoi...

Alhamdulillah...

Dan ketika itu diri memandang tepat kepada satu karangan yang membuatkan diri rasa termotivasi...

Benda baik eloklah di kongsi, mudah-mudahan dapat membantu memotivasikan orang lain pula....  

Jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok! 

Oleh itu mari jadikan masa ini masa yang gembira... Manfaatkannya.. Tidak boleh kita ulang walaupun satu saat waktu yang dimiliki oleh Allah s.w.t... Don't waste it!! 

Kerana orang yang hebat adalah orang yang banyak memberi manfaat  kepada orang lain... wallahu'alam






Masa ini masa yang gembira...


July 29, 2011

J.U.M.A.A.T

Sesuatu peristiwa di alami oleh kita dalam hidup, kadang-kadang perit, namun pasti ada kikmah disebaliknya... Peristiwa itu kadang-kadang di analogikan seperti budak-budak nakal yang ditampar baru nak tahu bezakan betul dan salah satu tindakan dalam kehidupan..

Dan itulah aku: budak nakal yang diingatkan oleh-Nya

B.e.l.a.j.a.r b.e.r.s.y.u.k.u.r d.e.n.g.a.n d.i.r.i & r.e.z.e.k.i d.a.r.i T.u.h.a.n

A.m.p.u.n.k.a.n a.k.u ALLAH

K.e.r.a.n.a A.k.u S.e.l.a.l.u Te.r.l.u.p.a


July 28, 2011

Perjalanan Balik Kampung

Post ini dikarang sewaktu on the way dari Kolumpo ke Tapah... Tak mau terlelap sebab nak teman En. Husband, jadi bukak handphone type la notes...


Tarik nafas dan sila tukar mood serius dulu...



Perjalanan balik kampung kali ini membuat aku terfikir akan perjalanan sebuah kehidupan.. 

Perjalanan kehidupan menjadikan dan membentuk peribadi sesorang manusia di muka bumi allah s.w.t ini...

Seperti satu perjalanan dari bandar ke kampung dan kampung itulah destinasi kerana tenangnya jauh berbeza dengan bandar tempat melombong rezeki.

Dalam perjalanan itu, begitu banyak kita melewati kenderaan lain di kiri dan kanan jalan.. Tidak kurang juga banyaknya kenderaan lain melewati kita dan jauh meninggalkan kita di belakangnya... Di lewati atau melewati, semuanya ingin menuju ke destinasi masing-masing. 

Ada yang jauh..
Ada yang dekat..
Ada yang laju perjalanannya namun jauh pula destinasi nya..
Ada juga yang perlahan perjalanannya namun dekat pula destinasinya..
Ada juga yang perlahan dan terlalu jauh destinasinya...
Begitulah sebaliknya pula..

Kesyukuran mampu di lewati dan melewati hingga selamat ke destinasi itu lah yang perlu diperhati..

Di suatu sudut pandang lain...

Kenderaan yang di naiki jika cermat penjagaan dan betul mengemudikannya maka eloklah keadaannya di destinasi kelak.. Maka jika teruk di kerjakan bila ingin mencapai matlamat, maka pendek pula jangka hayat kenderaan itu..  Dari dalam kenderaan sudah pastinya kita lihat bukan sahaja kenderaan lain yang di lewati dan melewati tadi, malah banyaknya pancang2 tanda amaran peraturan bagi pemacu kenderaan yakni diri kita sendiri.. 

Ada yang setakat melihat dengan 2 bijik mata...
Ada juga yang melihat dengan kebongkakkan dan kesombongan kerana mampu 'membeli' peraturan itu sendiri.. Tidak terkecuali juga mereka yang mampu memandang dengan mata hati.. Maka di susuri jalan dengan penuh patuh dan sedar mengapa adanya pancang2 itu tadi.. 

Dan dari semua cara pengemudi kenderaan ini, amanah dan tanggungjawap terhadap kenderaan milik penuh diri itu lah yang perlu diperhati...


Korang dapat ke tangkap maksud nukilan ku yang berbelit ini... Keh keh keh... 
Peace yaw!


by Taste Of Tapah

July 23, 2011

Dari Mata Anak


"Ummi jhalan jom..."

Ajak Zara agar aku teman dia jalan-jalan keliling rumah pada satu pagi yang tenang di Tapah... Dulu waktu pagi-pagi macam ni, berkabus jer sejuk.. Sebenarnya lokasi Tapah betul-betul di kaki Banjaran Titiwangsa, lebih kurang sejam perjalanan ke Cameron Highland.. Sekarang dah tak ada kabus lagi, sebab Cameron Highland pun dah habis di tarah sini sana, panas jadiknya...Tapi, still alhamdulillah tenang lagi dari suasana  Kolumpo...

"Ummi jhalan la jommmmm..."

Ajak Zara lagi, kali ni semakin kuat intonasi-nya... Aku diam jer melihat gelagat dia...

Aku terfikir sebenarnya, apalah yang di fikirkan oleh anak aku dengan merenung ke hadapan... Lama dia mengelamun... Sama tak dengan apa yang aku fikirkan? Kadang-kadang terfikir, alangkah seronoknya kalau aku orang dewasa boleh memandang sesuatu perkara seperti kanak-kanak seusia Zara..

Tak ada buruk sangka, tak ada duka, tak ada risau, tak ada kecewa, tak ada hasad, belum kenal erti atau faham apa itu putus asa, letih dan sebagainya negative thought.... 


Dalam hati diorang mesti nak main jer kerja.. Main, makan, susu, mandi dan tidur... Dan pastinya jiwa diorang penuh dengan perasaan ingin tahu....
 

Dan perasaan ingin tahu itu-lah yang akan membentuk peribadi seorang kanak-kanak seusia Zara kelak... Perasaan itu yang akan membawa diorang terus ke hadapan... Belajar dan terus mencari.. Seterusnya memahami dan memilih...


Dan di situ-lah datangnya peranan ibu macam aku ni yang perlu membantu dia belajar dan mengenal perkara yang bermanfaat. Supaya pilihan jalan yang dibuat kelak, pilihan yang membawanya kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat... 

Insha-Allah... Semoga Allah beri petunjuk dan kuatkan aku dalam membesarkan anakku di zaman yang penuh cabaran ini....


*

*

*

*

*

Erm.. Masa nih aku dah tak fikir apa-apa, sebab Zara dah jauh dah tu! Kena berlari dengan baju tidor kelawar pergi kat dia  laju-laju cepat-cepat (-.-")


by Taste Of Tapah


June 10, 2011

Pictures Worth A Thousand Words: Japan Tsunami

Topic kali ini agak berat, namun I found it interesting...

Maybe its too late to discuss about Tsunami in Japan.. tetapi tidak kepada saya, I try to see in different perspective...

Seorang Kaunselor di Malaysia telah membuka mata saya tentang:

Macam mana orang Jepun melalui bukan 1 tetapi 3 disaster yang terhebat iaitu; earthquake, tsunami dan nuclear plant explosion...

Perasan tak? Susah bagi kita nak jumpa gambar menyayat hati seperti yang terjadi di Aceh dan Phuket satu ketika dulu... Ketika itu, banyak gambar-gambar menyayat hati mangsa-mangsa tsunami...

Tetapi tidak di Jepun, wartawan mereka juga masing-masing menjaga aib negara mereka dengan baik... Mereka juga tidak mengharapkan belas simpati di atas perkara yang terjadi kepada mereka... Oang-orangnya juga begitu tenang. Bukti dapat dilihat ketika liputan Majalah3 di Jepun disiarkan di TV3 dahulu.... Mereka tahu ini adalah kehendak alam dan ia tidak dapat di cegah datangnya namun mengawal impact daripada lebih teruk dapat diusahakan... Dengan kata lain mereka ini lebih faham konsep berserah... Cuma keimanan kita dan mereka yang berlainan...

Tolak ketepi apa agama mereka, apa cara pergaulan dan kehidupan mereka, kerana ada yang mengatakan mereka ini amat bebas cara hidupnya hinggakan bala datang kepada mereka dengan cara yang dasyat sekali... saya tidak mengatakan tidak setuju, tetapi jangan kita hanya memandang sesuatu perkara dengan cara yang negative, iaitu dengan mencari kesalahan pihak lain... wallahu'alam

Cuba buka minda dan melihat dengan mata hati, lihat juga kebaikan yang dapat kita pelajari daripada peristiwa ini... kerana di sebalik kejadian dasyat ini, ada keindahan padanya... Gambar-gambar di bawah ini saya ambil daripada National Geographic Website. Gambar ini terdapat tags-nya tersendiri di laman web tersebut, apa yang tertulis di bawah ini adalah apa yang saya lihat dari kaca mata saya sendiri:

japan_tsunami
Ajal tidak mengenal usia, tragedi sebegini tidak memilih tua atau muda...

gambar_tsunami_jepun
Lihat kekuatan semangat wajah lelaki dengan basikalnya sebagai antara mangsa yang terselamat daripada tsunami yang memusnahkan kampung halamannya... Dari gambar ini saya membayangkan secara metaforanya keadaan di sekeliling lelaki itu adalah seperti dugaan yang sentiasa ada dalam perjalanan hidup kita dan basikal itu adalah sebagai iman yang memandu kita ke laluan yang betul...



harta_hanya_pinjaman


Dua gambar di atas jelas sekali menunjukkan, harta kekayaan yang di kumpul bukan lah menjamin satu kestabilan hidup di dunia ini, kerana ianya hak milik Allah, dan Allah berhak mengambilnya kembali daripada kita... Apa yang penting adalah kestabilan jiwa dan iman untuk melalui musibah seperti ini...


Ini adalah gambar seorang penyelamat sedang mencari mangsa yang terselamat di perkampungan Saito yang telah menjadi tanah rata akibat tsunami.

Manakala diri ini teringatkan bagaimana pula ketika akhir zaman apabila malaikat Israfil meniup sangkakala...

Seorang mangsa yang berusia 60 tahun terselamat setelah berhari-hari di laut berada di atas kepingan atap yang di bawa oleh arus tsunami.  

Semangat seperti ini perlu untuk kita meneruskan kehidupan... dan yakin bantuan dari Allah akan tiba dari pelbagai sudut...

Hanya Allah lah yang bersama kita susah dan senang.... dan aku sendiri memohon agar tidak di bebani dengan beban yang tidak sanggup aku memikulnya....


 

 
Gambar di atas ini satu-nya menunjukkan kegembiraan berjumpa dengan ahli keluarga yang terselamat, dan yang kedua menunjukkan wajah yang penuh harapan membaca senarai nama mangsa yang terselamat...

Maka hargailah orang yang berada bersama kita ketika dia masih ada... Berhenti mencari jurang dan cuba cari kesamaan, kerana kita tidak pasti samada esok masih ada waktu bagi kita untuk bersama dengannya...

Dalam hidup akan ada insan yang sanggup membahayakan diri untuk kesejahteraan orang lain... Gambar di atas adalah seorang pegawai kecemasan/keselamatan sedang menabur protective powder di kawasan yang dilanda tsunami dan gempa..

ketentuan_Allah
Apa yang terjadi akan terjadi, ketentuan Allah, tidak sesaat lebih, tidak pula sesaat kurang.....kun fa ya kun... nak lari pun tak sempat...

Besyukurlah dan mohon Allah pelihara Malaysia daripada kejadian seperti ini....

Wallahu'alam...menung-menungkan di hari Jumaat


jom tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi

April 29, 2011

Friday Blues: Hidung, Telinga & Mata

Kata Prof Dr Muhaya:

Seorang isteri perlu menjaga 3 perkara:

  1. Hidung Suami: Sentiasa berbau wangi, hendaklah pastikan nafas berbau wangi...
  2. Telinga Suami: Jangan mengeluarkan kata-kata yang mungkin menyinggung hati atau membingitkan suami mendengarnya..
  3. Mata Suami: Sentiasa berpakaian kemas dan cantik ketika berhadapan dengan suami...
Kata Orang Lama-Lama Pulak:
Seorang isteri perlu menjaga 2 perkara:
  1. Perut Suami: Masak sedap-sedap, jangan selalu beli kat luar.. biar suami makan sampai buncit kenyang katanya.. 
  2. agak tak sesuai nak cerita nasihat kedua kat sini.. tapi semua isteri tahu la kot nasihat nya... 

Kesimpulan Ikutlah mana yang rasa sesuai dan dapat memelihara kekukuhan berumahtangga... Buat baik pasti diberi baik.. Beri sayang pasti dapat sayang... 

Berumahtangga bukan hanya untuk menerima.. tetapi ianya sebenarnya perlu lebih untuk memberi...
Bukan berapa banyak yang kita dapat tetapi berapa banyak yang boleh kita beri.....
berhujah memang senang, nak mempraktikkannya memerlukan jati diri dan iman yang tinggi.. insya'allah

menung-menungkan di hari Jumaat.. wallahu'alam

April 15, 2011

Friday Blues : Orientasi Duit

Setiap kali nak masuk Uni atau Sekolah Asrama student perlu manghadapi minggu Orentasi...
siap kena buli, kena guling-guling, jerit2 tengah2 malam..



No No No!!

Bukan Orentasi tu yer....O.R.I.E.N.T.A.S.I...

Orientasi di sini berdefinasi "sesuatu mempunyai kecenderungan pandangan atau menitikberatkan pandangan" bak kata artikata.com

Apa jua yang berorientasikan duit di dunia ini manusia akan berkejar-kejar, berlari-lari, dan berlomba-lomba melakukannya...untuk meneruskan hidup..


hujan duit

Bayangkan sekarang (sambil muka berkerut pandang siling, tangan tongkat dagu)

sekiranya orang pergi jemaah imam bagi RM100 setiap waktu seorang... pergh berapa dah tu kalau 5 waktu.. RM500 kot!! sure tak muat masjid orang datang solat.. kena plak keluarkan peruntukan buat masjid sebelah2... Ummi pergi masjid kanan,baba pergi masjid kiri, zara pergi masjid depan.. sebab tak muat.

Sekiranya kutip sampah dapat RM50 sekali kutip, musti dunia bersih berseri...

Tapi tak gak kan. Ada gak yang tak heran pun nak kutip atau gi solat jemaah walau dpt duit -.-"

Tapi apa-apa pun
*
*
*
*
*
*
*
Duit perlu dalam hidup, manakala Pahala perlu untuk mati...
mencari duit juga pahala...
 tetapi pahala bukan hanya dengan mencari duit..

yang penting kat sini zara,  kena seiring dan sama berat...

 menung-menung kan di hari Jumaat.... wallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...