Showing posts with label PARENTING. Show all posts
Showing posts with label PARENTING. Show all posts

May 13, 2014

Hari Tanpa Gadget #1

by Taste Of Tapah

Salam satu malaysia...
Second attempt blog thru phone. Memang mencabar.

Tapi sebab gambar semua dalam phone. Pastu tak rajin nak cari wire transfer. Lagipun layan update belog sambil baring tido kan anak2.

Oleh kerana esok wesak. Maka hari tido lambat zara di activate kan.

Lepas dia dah kaler2. Dah baca. Dah trace. Dah tulis. Maka dia bertanya "ummi nak buat apa lagi ni" sambil mata jeling pada phone.

Memandang box pink ikea (perlu mention ker ikea tu. Wahaha) yang aku gelarkan box sorok mainan bahaya baby. Sebabnya, box ni disorok segala playdough keras, benda tajam, benda tak sesuai untuk umar.

Sebab banyak sangat ntah hape hape disimpan dalam tu... minta zara sendiri pilih yang mana dia nak guna. Yang mana dia rasa nak buang. Bermula lah aktiviti Hari Tanpa Gadget!!

Itu dia gaya tengah berfikir apa yang nak guna untuk main dengan apa yang nak di buang. 5S gituew. Bersepah jangan cerita..

 Habis semua di koreknya. Masa ni dah nak dekat penat katanya. Sambil nafas turun naik.

Ini kategori "let it go"... banyak kali jugak tanya, betul taknak dah semua ni. ('_')"

Manakala ini pula kategori masih diperlukan. Tengok bendera di hati. Belum tengok dia kibar bendera sambil nyanyi lagu UTC. Memang terbaik.

Ini dia wajah girang telah mencapai satu pencapaian baru...yakni memilih keutamaan dalam penyisihan mainan.

Gud job zara.  

K mummy's sekalian. Boleh practice kat anak2 anda. 

Terfikir begini sebab pernah dengar satu ceramah...katanya kena tunaikan hak anak2.  Barang/pakaian anak2 kalau dia dah mula paham. Kena tanya dia sebelum buang. Sebab ada hak dia ke atas barang itu..

**Best juga aktiviti ni. Dari jauh perhati dia belek pastu letak kat let it go atau masih mau. Dah besar anak aku. Huhu







September 23, 2013

Doa Diamalkan Ketika Menyusu Badan

by Taste Of Tapah

Assalammua'laikum w.b.t

Bulan Mei yang lalu Ummi telah melahirkan seorang putera. Alhamdulillah penyeri dan pembawa rezeki dalam rumahtangga Ummi.....


 
Umar
 
***
 
Dibawah adalah gambar yang ditampal di pejabat dan tempat yang Ummi akan pergi untuk menyusu atau pump...
 
 

doa_susu_banyak
 
 
Inilah doa diamalkan ketika menyusu badan. Samada ketika direct feeding atau pump.
Sharing is Caring...
 
 
Susu ibu adalah yang terbaik, tapi Ibu pun perlu la jaga makanan yang diambil.
 
Moga diberkati....
 
wallahu'alam
 
-end
 


April 29, 2013

Little Caliphs Birthday Celebration

by Taste Of Tapah


Dari kecil tak pernah buat Birthday Celebration untuk Zara yang melibatkan selain Family.
So, tahun ni, bila dah start sekolah, ingat saja nak bagi Zara celebrate dengan kawan-kawan dia.

Alhamdulillah teacher from Little Caliphs email me and offer for parents to sponsored for small celebration at school. However, the celebration is optional. 

Should there be more than one student celebrating the birthday, the cost of goodies will be shared among the participating parents.

So me and Mr Hubby decided to participate. The birthday celebration for APRIL was held on Friday, 26th of April.

birthday_cake

Ini dia wajah Birthday Girl with her birthday cake. Sengih ke-happy-an

Little_Caliphs_Birthday_Celebration

Ini pulak kawan-kawannya. Cute jer semua. Dia kenal nama sorang-sorang, siap introduce. Sebelah Zara ni Darin, yang laki tu plak Adam.. bla bla bla



Ini pulak surprise birthday gift from the school. Yeay! Zara tunggu Ummi balik baru dia bukak. Sabar betul! =)


Ini lah dia gift nyer.... Memang Zara pun suker mengkaler kaler.
Lepas bukak je terus dia duduk atas meja dan warna sampai 3 page.

*

*

*
Thank You Little Caliphs for organizing Birthday Celebration for Zara. Happy betul dia balik petang tu, sampai demam 2 hari. hehe



April 24, 2013

My Little Girl Turns 4

by Taste Of Tapah


4 tahun

Zara genap 4 tahun minggu ni. Alhamdulillah Alhamdulillah... Cepat waktu berlalu.

Kadang sedih, sebab bila Ummi pergi kerja, Zara belum bangun, Ummi balik, dah nak dekat maghrib. Malam jer la yang ada untuk dengar cerita school, cerita-cerita excited dia... Tu pun curi masa nak buat kerja rumah.


kek_brownies

Nasib baik semalam ada meeting kat PJ, so gerak terus from meeting ke rumah, ambil dia dekat school. (selalu babah dia yang ambil) 
Masa sampai teacher cakap Zara baru lepas solat, tengah recite doa. 

"Puan nak tunggu ker, nak ambil?"

"Tak per, saya tunggu" jawab ku ringkas.

Seronok bila curi-curi jenguk dalam, budak-budak kecil berdoa, lepas habis doa berselawat sambil bersalaman. oh sangat la comel.

Lepas tu terus beli kek untuk birthday girl. Dia pilih sendiri kek. Suka gila dia, cucuk kan lilin bagai. Seronok tengok dia excited dan happy. Bersinar-sinar mata.

Tulisan dekat kek memang simple gitu, sebab birthday girl yang nak baca kan. Itu jerlah ayat yang dia boleh baca.

"Z.A.R.A... nama zara la Ummi"

"Pandai! yang bawah tu?" balas diriku.

"4"

"Sebab apa 4?" tanya diriku.

"Sebab Zara 4 tahun"

= ))

Celebrate kecil-kecilan. 3 of us...

*
*
*

Tahun ni, tak der hadiah untuk Zara, hanya Ummi bagi hadiah masa melayan dia sepanjang malam.

4 tahun

Zara snap sendiri gambar ni.

4 tahun

Anak Ummi dah makin anak dara. hehe

*
*
*

Ummi sayang Zara. Ibu mana pun akan berharapan anaknya menjadi anak yang bermanfaat kepada oarang lain dan agama. Sama lah dengan Ummi.

Semoga Allah pelihara anak Ummi disepanjang perjalanan sebagai khalifah di muka bumi ini. Pelihara hubungan dengan Allah, nescaya Allah akan pelihara kita dimana jua kita berada.

Happy Birthday My Dear Zara.




August 9, 2012

Doa Untuk Anak Soleh/Solehah

by Taste Of Tapah

Selasa minggu lepas saya berkesempatan menghadiri ceramah Ustaz Sharhan Syafie yang dianjurkan oleh Pejabat. 

Doa_anak_soleh
image from google : Ustaz Sharhan

Berikut doa yang diberikan kepada kami ketika salah seorang peserta bertanya tentang kesukarannya mempunyai anak yang jiwa runsing, agak keras hati dan tidak mendengar kata. Saya harap boleh manfaat semua;

Letakkan tangan kanan anda ke atas ubun-ubun kepala anak anda dan bacalah doa ini:

Allahumma faqihhu fiddin wa ‘allimhu takwil ~ untuk anak lelaki

Allahumma faqihha fiddin wa ‘allimha takwil ~ untuk anak perempuan

maksudnya :Ya ALLAH dalamkanlah pengetahuannya dalam agama dan ajarilah ia ta’wil Qur’an…

Baca kan bila-bila masa seperti sebelum anak ke sekolah, sebelum tidur dan sebagainya. Sertakan dalam hati Yakin pada Allah S.WT. Doa ini pernah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas R.A

Mohon share supaya dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai ibu dan bapa....

Wallahu'alam



August 5, 2012

Tiga Fasa Mendidik Anak

by Taste Of Tapah

Menurut Saidina Ali terdapat tiga fasa berbeza dalam mendidik anak.

Fasa pertama: Umur 7 tahun ke bawah. 

Ialah fasa kasih sayang. Ketika ini mantapkan mereka dengan bermain dan bergurau dengan anak-anak hingga mereka ini merasai betul bahawa kita sayang mereka. Merasa puas dengan kasih sayang.

Fasa kedua : Umur 7 hingga 14 tahun. 

Fasa ini adalah fasa bagi mendisplinkan anak-anak. Kenalkan do's and don't. 

Contoh: Tak boleh minum berdiri, atau kena hormat tetamu etc. Ketika umur 7 tahun juga ajar dan perkenalkan solat. Umur 10 tahun tak solat kena rotan. Tapi di fasa ini jangan hanya hukuman, kena LEBIHKAN ganjaran.

Contoh: Jika kita bagi tahu anak main bola jangan balik lepas maghrib. Petang tu anak balik main bola maghrib, kita marah. Hari kedua dia balik lewat juga, marah lagi. Masuk hari ketiga anak balik awal... Tapi kita diam buat tak tahu. SALAH. Beri ganjaran lebih supaya anak seronok buat perkara baik.

Fasa ketiga: Umur 14 tahun ke atas. 

Ini adalah fasa memerlukan kita bersahabat dengan mereka. Banyakkan berkongsi perkara dengan bersahabat. Ketika ini anak sudah akil baligh dan sudah mantap asasnya. Mereka sudah siap sedia melaksanakan syariat.


***


Salahnya kita (termasuk saya) kita mendidik anak-anak di peringkat 7 tahun ke bawah macam orang dewasa. Guna ayat "Ummi kata jangan main masa makan! Tak paham ker?" Memang la anak itu tidak paham.

Dan mendidik anak-anak yang dewasa 14 tahun ke atas dengan memukul. Itu sebab mereka lari dari rumah. 

Oleh itu mantapkan anak-anak mengikut fasa-fasa yang sesuai, supaya apabila mereka di marah bila dewasa mereka sedar perkara itu benar-benar tidak baik.


***


Untuk motivasi rasa sabar dalam mendidik anak-anak. Jangan marah atau runsing jika anak tidak berubah dengan apa yang kita hendak/seperti kita mahu. Kerana kita sendiri tidak berubah sebagaimana yang kita mahu. Sebab perubahan memakan masa. Cuba baiki diri dan berdoa perubahan kita dan anak dipermudah oleh Allah SWT.

Wallahu'alam harap dapat bantu dan menambah ilmu sahabat sekalian. This post written based on ceramah Ustaz Pahrol di IKIM.fm. Boleh share untuk manfaat lebih ramai ibu bapa.

Untuk muat turun lain-lain ceramah by Ustaz Pahrol boleh dengar di sini.






August 2, 2012

Bila Anak Pandai Mengemas

by Taste Of Tapah

Hai nama saya Zara... Saya anak owner belog nih... Saya rajin... Pandai Mengemas.
 Saya suka tolong Ummi saya susun barang.... 


Jom tengok saya susun barang dalam rumah saya


*


*


*


*


*


*


*


*




Mula-mula saya susun atas Tilam jer dulu.... Ha itu Mr Bean saya...

Comel kan dia?



Lepas tu saya cari barang-barang rumah Ummi saya letak bersepah-sepah, saya susun elok-elok... Ada ke ummi saya letak dalam bekas, mana nak nampak kan?

Rajin tak saya...




Kesudahannya penuh satu karpet... good job Zara!







July 10, 2012

Lagu Lepas Golek-Golek Sebelum Tidur

by Taste Of Tapah

Tiga hari Ummi akan ke Penang outstation again...
Zara pulak Ummi hantar ke rumah Mak Ummi di kampung Tapah....

Sunyi nyer malam-malam tak bersembang dengan budak bijak sorang ni....
Jadi belog hari ini sempena rindu Ummi pada Zara.. 
Ummi post-kan lagu Ummi selalu nyanyi dengan Zara golek-golek atas katil sebelum tido sejurus selepas aktiviti gelak-gelak dan geletek-geletek serta guling-guling... oh sangat burn kalori! :)

Ummi suka kalau Zara sentiasa ingat lagu ni, sebab dalam hidup kita ini tak sentiasanya indah... 
Kena selalu kembali pada Dia waktu suka dan waktu duka...

Hamba-Hamba Allah by Opick


Hidup di dunia
Hanya sebentar saja
Bila duka
Bila tawa
Semoga hati kembali padaNya

Waktu yang berlari
Takkan pernah bisa
Kembali lagi
Bila perih
Bila sedih
Airmata bukan segalanya

Hanya hamba Allah yang selalu berserah
Hanya hamba Allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara

Detik waktu kan berlalu
Suka duka kan berlalu
Tiadalah semua abadi
Tangis Tawa Airmata
Semuakan berlalu dan pergi

Hanya pada Allah
Hati kan berserah
Hanya pada Allah
Jiwakan berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara

Hanya hamba allah yang selalu berserah
Hanya hamba allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada dia semua bermuara

Hanya pada Allah hati kan berserah
Hanya hamba Allah jiwa kan berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara
Semua kan bermuara ..

lyrics copy from beloq Aznani

April 25, 2012

6 Langkah Pakai Cekak

by Taste Of Tapah

Jom Kita Lihat 6 Langkah Memakai Cekak

 Langkah Pertama: Ummi Pakai kan Cekak, Zara Suka 
*cantik tak Ummi?*

 Langkah Kedua: Bergambar dengan aksi biasa 2 jari telunjuk kat pipi.... *senyum*

 Langkah Ketiga: *Nak pergi depan la Ummi*

 Langkah Keempat: *Turun Kerusi*

 Langkah Kelima: Dekat depan, Cubaan Bukak Cekak

*

*

*

*

*

*

*

*

 Langkah Keenam: Selamat dah cekak kat tangan..  (-__-)"








April 23, 2012

Cerita Birthday Zara ke-3: 'Ceasarean Section'

by Taste Of Tapah

Hari ini genap anak ummi berusia 3 tahun. Alhamdulillah Allah meminjamkan Zara kepada hidup ummi, sebagai pengikat kasih sayang ummi dan babah. Tiga tahun yang lalu, pada tarikh 23hb April 2009, hari khamis, jam 8.30 pagi, waktu dhuha. Zara dilahirkan ke dunia ini... 

Segalanya berlaku begitu pantas, 40 minggu 10 hari mengandungkan Zara adalah saat yang paling ummi rindui... Tatkala itu, setiap kali ummi bersedih, atau gembira, Zara akan mendengar cerita, dan keluhan ummi. Zara dikandungkan sebagai  pendengar yang baik. Alhamdulillah lahirnya juga kini, menjadi seorang pendengar yang baik.

Hari ini di hari lahirmu, inilah dia cerita hari bersejarah bagaimana Zara lahir ke dunia ini..... Mungkin boleh ummi kongsikan pengalaman ini juga dengan rakan-rakan dan pembaca belog T.O.T ini untuk dijadikan iktibar atau sedikit persediaan.

***

Hari rabu, 22hb April 2009, sehari sebelum Zara dilahirkan, ummi telah menyerah diri ke UKMSC kerana telah mengandung lebih 40 minggu 10 hari. Sampai sahaja di ward, jam 11.30 pagi tanpa lengah Doktor telah memaksukan ubat 'induce' kepada ummi bagi memaksa 'contraction' berlaku. Ini kerana tempoh masa yang lama melebihi 40 minggu di dalam perut ummi agak bahaya, Doktor khuatir Zara telah mula memakan najis sendiri. 

Bermula dari saat ubat induce dimasukkan, ummi telah merasa sakit contraction. Ianya berlarutan sehinggalah jam 3.00 pagi keesokkan harinya, Doktor memeriksa bukaan laluan. Ianya telah terbuka sebanyak 3cm, lalu Doktor UKMSC, Dr. Ani Emilia ketika itu, memutuskan untuk memecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses bukaan. Tepat tekaan Dr Ani, ketika air ketuban dipecahkan, najis Zara telah sama-sama keluar ketika itu.

Degupan jantung Zara juga ketika itu tidak stabil kesan daripada ubat 'induce' yang dimasukkan. Walaubagaimanapun, sekiranya ubat induce diberhentikan, tiada 'contraction' akan berlaku. Oleh itu, Doktor memutuskan untuk menunggu...

Jam 5.00 pagi ketika itu, Dr. Ani datang semula memeriksa bukaan, masih kurang, hanya 4 ke 5 cm sahaja. Setiap selukan pemeriksaan bukaan oleh Doktor Ani disertai dengan najis yang banyak dari dalam rahim.

Ummi dan Babah boleh dengar ketika itu, degupan jantung Zara semakin tidak stabil....

Dr. Ani memandang tepat kepada ummi, dan memberitahu... 

"Puan, bunyi jantung anak puan semakin tidak stabil dan lemah, najis semakin banyak, saya boleh memberhentikan ubat induce ini, tetapi ianya akan melambatkan proses bukaan. Najis ini pula mungkin akan menyebabkan jangkitan pada paru-parunya sekiranya anak puan dibiarkan lebih lama dalam kandungan. Saya nasihatkan puan dibedah bagi menyelamatkan anak puan."

Hati ibu mana yang tidak hiba mendengar penjelasan seperti itu, walaupun ummi tahu peritnya sakit yang bakal ummi tanggung akibat bersalin secara pembedahan, namun ummi ketepikan semua itu bagi memastikan Zara selamat.

Sejurus ummi menandatangan surat pembedahan, terus ummi dimasukkan dengan ubat bius separuh badan (epidural). Babah kelihatan amat risau pada ummi dan Zara. Babah dibenarkan untuk masuk kedalam dewan pembedahan, walaubagaimanapun, babah memilih untuk membaca surah Yasin di bilik.

Alhamdulillah, jam  8.30 pagi, kedengaran suara tangisan bayi. Ummi bersyukur dan menitis airmata. Anak ummi selamat. Ummi mengucup wajah Zara sebelum Zara dibawa keluar. Ummi pula masih di dalam bilik pembedahan kerana proses menjahit perut ummi memakan masa agak panjang, ditambah pula ummi diserang asthma ketika di dewan pembedahan menyebabkan ummi dikuarantin di dalam selimut panas untuk tempoh waktu yang agak lama.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

***

Hari ini tiada hadiah yang dapat ummi berikan kecuali doa seorang ibu untuk seorang anak.... Seperti ibu-ibu yang ada di seluruh dunia, yang masih ada iman dan kewarasan dalam hatinya, tentu sekali banyak harapan yang disandarkan kepada setiap anaknya...

Ummi bukan penentu masa depan mu, Ummi hanyalah seorang pembantu dalam mengemudi ke mana arah mu... Ummi bukan hanya harap kamu begini dan begitu, tetapi Ummi sentiasa berharap agar diberi hidayah dan taufik oleh Allah S.W.T supaya diberikan ilmu bagaimana Ummi dapat menjadi Ibu yang terbaik untuk mendidik mu kejalan Allah... Semoga setiap kejayaan mu di dunia ini disertai oleh taqwa dan zuhud mu kepadaNya... Tiada kejayaan yang paling manis melainkan dapat bertemu Allah di Daerah tertinggi... dan tiada harta yang paling bermakna melainkan anak yang soleh dan solehah yang mendoakan ibu dan bapanya....






April 15, 2012

Mengapa Yahudi Bijak?

by Taste Of Tapah

Mengapa Yahudi Bijak?

(Kisah Copy Paste) Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
 
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana  teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan,saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak"

Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata
rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

*untuk perkara ini TOT rasa elok untuk kita muslim mengalunkan zikir atau ayat-ayat alQuran untuk meningkatkan IQ anak-anak kita*



Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.



Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya
akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.  

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak danketurunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa
harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkansekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Dr. Stephen Carr Leon

dipetik dari blog http://azimaris.blogspot.com dan page Wardina Saffiyah

*walaupun apa yang ditulis oleh Dr Stephen ini bagus, saya personally rasa sebagai muslim, bijak sahaja bukan ukurannya... tapi perlu ada jiwa dan roh yang bertaqwa dan zuhud pada Allah....  Orang Yahudi hanya bijak tetapi dalam masa yang sama takut mati dan tidak berperi kemanusiaan... (walaupun tidak semua)... Kita sebaliknya perlu mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, kerana orang Yahudi sendiri walau menidakkan Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah, mereka banyak mengikut cara hidup Baginda Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri... wallahu'alam*


March 5, 2012

Mengandung 4 Bulan

by Taste Of Tapah


Siapa yang mengandung 4 bulan? Aku?? hehe 

Tajuk, memang propa... Bukan.. Bukan.. Bukan...
Belum rezeki aku lagi untuk mengandung untuk anak yang ke-dua...

Jumaat yang lepas, Alhamdulillah sempat pergi berjumpa dengan Ustazah Norhafizah Musa atau lebih manja dengan panggilan Kak Cik... Sempat kiranya diri mencoretkan pada belog ini tentang isi kandungan cerita Kak Cik. Buat panduan diri sendiri ketika lupa, dan panduan untuk Zara ketika Ummi tiada nanti.... Kak Cik menceritakan tentang 6 Alam yang pernah, sedang dan akan dilalui oleh kita sebagai manusia antaranya termasuklah Alam Rahim.. Berikut serba sedikit cerita yang ingin aku kongsikan:

***

Ketika kita mengandung, dan bayi dalam kandungan berusia 4 bulan. Ketika itulah Allah menyuruh Malaikat meniupkan roh ke dalam perut manusia... dan di catit oleh Malaikat dengan keizinan Allah perkara berikut:
  1. Untung, Nasib, Bahagia atau Sengsara
  2. Rezeki dan amalannya
  3. Ajal
  4. Lelaki atau perempuan

Itulah sebabnya di galakkan ibu-ibu yang mengandung, tatkala ini, dianjurkan agar mendokan janin yang dikandungnya dengan doa-doa yang baik. Bukan pula terus-terusan mengeluh akibat morning sickness seperti muntah-muntah, keletihan, dan sebagainya. Antara doa yang baik untuk di doakan adalah, 

"Ya Allah, panjangkan lah umur anak ini, banyakkan lah rezekinya, ramaikanlah zuriatnya dan bahagiakan lah hidupnya"
Namun begitu ada pula pernah Kak Cik ditanya dengan soalan 'nakal' oleh seorang insan...  

"Kalau betul semua manusia dah di tentukan nasibnya, tak perlulah saya berusaha dan beribadat lagi"

Bagaimana hendak menjawap soalan sebegini? Kak Cik pun kembali meneruskan bercerita... Pernah dahulu ketika seorang solaful soleh yakni seorang alim di datangi oleh zindik yakni seorang hamba Allah yang suka argue, menyoal tentang hukum-hakam dan perkara berkaitan dengan akhlak.

 Ditanya orang alim tersebut oleh zindik.

"Buat apa lagi aku ingin berbuat baik atau berubah, jika dari dalam perut ibuku aku telah ditentukan jahat.. Aku telah di takdirkan jahat..."

Kak Cik pun terus menyambung ceritanya... Cuba muslimat fikir apakah jawapan si orang alim tersebut? Membuatkan aku termenung berfikir apa jawapan aku jika di soal begitu....

Sambung Kak Cik mengatur bicara... Sepantas kilat terus orang alim itu menampar zindik di pipinya.... Membuatkan zindik terpinga dah bertanya,

"Kenapakah engkau menampar aku?"

"Allah dah tulis dan menakdirkan supaya aku menampar engkau...." jawap orang alim tersebut ringkas penuh makna...

Lalu bertanya lagi si zindik; 

"Mana engkau tahu yang Allah telah mentakdirkan engkau menampar aku?"

Si orang alim tidak menjawap dengan jawapan sebaliknya dibalas dengan soalan pula;

 "Bagaimana pula engkau mengetahui Allah telah menakdirkan engkau dengan kesudahan yang buruk semenjak dari dalam perut ibumu...??"

Terdiam lah zindik seketika....

***
Apa pengajarannya...

Kak Cik berkata, kadang-kadang, kita terlalu mengikut nafsu, kesombongan dan kejahilan dalam mengutarakan sesuatu soalan... dari satu sudut ianya baik sebagai jalan mendapat petunjuk...

Kita perlu sentiasa YAKIN Allah mahu yang terbaik dan ingin menjadikan kita sebagai orang yang berada dengan kesudahan yang baik. Dia Maha Pengasih dan Penyayang.

'Aku (yakni Allah) dalam sangkaan baik hamba Ku......' Istilah penceramah sekarang ialah positive mind. Namun di sudut islam, positive mind itu sebenarnya adalah sangkaan baik kita kepada Allah S.W.T.

Seringkali bila merasa kita dalam keadaan malang, kurang bahagia, tiada kesenangan hidup dan telah lari jauh dari jalan islam... Berkatalah dalam hati:
"Ya Allah seluruh hidupku ini milik Mu, takdirkanlah agar aku melakukan ketaatan dalam hidup ku"
Senantiasa lah berusaha supaya kesudahan yang baik bersama kita hingga ke syurga...

***

Sekian lah cerita dari Kak Cik aku coret dalam belog ini, sebagai perkongsian buat semua, dan peringatan buat diri... Semoga diri sentiasa muhasabah dalam menjadikan hati tetap merasa yakin dilindungi dan di tunjukkan jalan yang lurus oleh Allah S.W.T

wallahu'alam

January 26, 2012

Resepi: Minyak Zaitun, Dal, Lobak merah dan Tomato

by Taste Of Tapah

Lama rasanya dah tak letak resepi untuk baby dan toddler dekat blog ni. Maklumlah anak dah besar, dah mula makan apa yang mak dia makan. Tapi mengenangkan kebanyakkan yang membaca blog T.O.T ni terdiri daripada ibu-ibu yang mencari resepi untuk baby dan toddler mereka, saya mula mencari bahan kembali untuk di kongsi. Masa bayi sebenarnya adalah masa terbaik untuk memberikan sebanyak mungkin jenis makanan. Sebab ini akan membiasakan bayi dengan pelbagai jenis makanan dan tak end-up jadi picky eater bila dah besar macam Zara. Haih.

Masa Zara baby dulu, dia banyak saya beri carrot, broccoli, kobis bunga. Buah pula puree buah pir dan buah epal bila dah besar sikit jagung. Lauk pula biasanya ikan (salmon, ikan cod, ikan merah, tenggiri dan ikan tongkol) juga ayam. Daging terkeluar list sebab mak dia terlalu meragui daging di bandaraya kolumpo ni.

Jadi sekarang ni, itulah makanan yang dia cenderung untuk makan. Alangkah rugi saya tak perkenalkan lebih banyak jenis.  *tepuk-tepuk dahi* Tapi tak per, sentiasa usaha, yang lepas tak leh nak rewind balik. Ibu-ibu yang lain silalah jangan ulang kesalahan saya.

Found this vegetable puree recipe in book 'food lovers: Baby & Toddler'.  Sesuai untuk baby yang sudah  di introduce dengan pelbagai jenis solid foods. Biasanya 8 ke 10 bulan ke atas.

Bahan-Bahan
  1. 2 sudu besar minyak zaitun
  2. Separuh biji bawang merah (kecil)
  3. 1 biji lobak merah di buang kulit dan dipotong (saiz sederhana besar)
  4. 75 gram atau satu pertiga cawan kacang dal (atau red lentils)
  5. 1 sudu besar tomato lenyek
  6. 2 cawan air

Cara Penyediaan
  1. Bangun awal pagi. ;)
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang yang dihiris halus sehingga lembut sahaja (bukan garing)
  3. Masukkan lobak merah, biarkan selama lebih kurang 4 minit. Masukkan kacang dal, tomato dan 2 cawan air. 
  4. Tunggu ia mendidih dan kemudian perlahankan api biarkan selama 30 ke 40 minit sehingga kacang dal dan lobak tersebut lembut. Masa ni, boleh lah ibu-ibu pergi bersiap untuk ke pejabat.
  5. Setelah kembang, toskan air. (jangan buang air rebusan, simpan). 
  6. Puree kan masakan tadi dalam food processor atau blender sehingga lembut, sekiranya terlalu kering, masukkan air rebusan tadi sedikit demi sedikit sehingga puree mencapai kepekatan yang sesuai untuk bayi anda. 
  7. Lastly bolehlah pack untuk di berikan pada pengasuh/nursery/bibik anak anda.
Kacang Dal. Sila cari piramid makanan, tengok bijirin, kekacang dekat tangga mana. image source: Google


Resepi ini boleh modified, kalau bayi tak sesuai dengan tomato, boleh buangkan tomato... Sesuaikan dengan keadaan. Jangan lupa kalau first time nak introduce beri 4 hari berturut-turut sebab nak kesan alergi bayi. Nak tahu lanjut sila baca Introducing Solids Food To Your Baby

O.k dah habis bab resepi, nak share sikit, KEBAIKAN MINYAK ZAITUN. Minyak zaitun ni memang sesuai bebenor untuk bayi (mak ayah bayi pun bagus juge) sebabnya:
  • Dalam Al-Quran ada sebut pasal buah zaitun. 
  • Buah Zaitun dipenyek dan direct terus keluar minyak, tak der melalui proses merepek2.. original
  • Minyak zaitun bantu bayi yang sembelit (info ini agak daif)
  • Khasiat ke atas kawalan tahap kolestrol, sistem pernafasan, penyakit jantung dan berbagai lagi.
  • Korang bukak channel masak omputih semua pakai minyak zaitun sebab diorang tahu kebaikannya.. 
  • Memang mahal kat Malaysia.... Tapi itu lah sebabnya kita kena kerja, nak beli benda berkhasiat untuk seisi keluarga. *ini nasihat untuk diri sendiri juga*
  • Cuba teka kat mana pokok zaitun paling berkualiti? Yer pandai..! Palestin yang selalu kena bom...

 Minyak Zaitun image source: Google

Sekian. Selamat mencuba. Nak lagi resepi dan tips sila ke sini.


Peringatan: Sila rujuk pediatrician berkenaan memperkenalkan solid foods untuk bayi.




January 9, 2012

Zara Jejak Upin & Ipin

by Taste Of Tapah

Zara seorang budak normal yang boleh di label kan peminat tegar Upin & Ipin... Dia boleh melakonkan kembali kebanyakkan watak Upin & Ipin dengan jayanya. Ini lah salah satu cara untuk buat si kecik ni happy se-happy happy-nya.... Korang tau cita-cita Mei-mei apa? Zara boleh jawab.. dan korang tahu ke Mei-mei tu sapa? Zara kenal kesemua watak di dalamnya....

Kalau dia terlalu leka sangat tengok Upin & Ipin, rasa nak marah juga. Tapi tak boleh buat apa. Sebab Mak-nya pun masa mengandung 9 bulan beria-ia memaksa En. Suami untuk tonton wayang Geng: Pengembaraan Bermula, filem animasi Upin & Ipin yang pertama.

Bila tahu je daripada kakak aku, ada Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara sedang berlangsung, cepat-cepat aku ajak En. Suami untuk bawak Zara pergi... Tak sabar-sabar nak tengok wajah anak excited....   Sebab dia demam 2-3 hari sebelum pameran, monyok jer tengok Zara. Walaupun Ummi dah berzaman tak pergi ke Muzium, pergi jugak. Paling last masa lawatan sekolah la kot. hehe.. Pameran ini berlangsung sepanjang cuti sekolah yang lalu dan berakhir pada 31 Disember 2011. Jom kita cuci mata tengok gambar.......

 Kami datang awal, jam 10 pagi, tak mau lewat-lewat nanti ramai sangat manusia.

upin_upin

Tiket yang dikenakan RM12.00 untuk orang dewasa, Zara free sahaja. Jom scroll lagi tengok apa ada dalam Pameran.

upin_upin
 Bilik Kak Ros

upin_ipin
 Bilik Upin dan Ipin (macam besar sikit dalam cerita)

upin_ipin
 Dapur rumah opah, Upin dan Ipin

Bilik Opah 

 Ruang Tamu Opah

 Ini salah satu pameran babak cerita dalam Upin & Ipin, aku tak ingat tajuknya... dan banyak lagi la, ada pondok tok dalang, ada tunjuk award-award yang dimenangi oleh les-copaque. Ada juga bagaimana story board cerita dilakukan... Game pun ada!

Setelah pusing di dalam ruangan pameran, kami keluar pulak ke ruangan aktiviti, tunggu maskot Upin & Ipin. Aku tak sabar nak tunjuk Zara, rupa-rupanya bila datang je maskot beria-ria dia menangis (-_-") Cait... Ramai budak nangis, rasanya besar sangat la kepala maskot si Upin ngan Ipin ni.

gambar_upin_ipin
Sudahnya tangkap gambar dengan 'gambar' Upin & Ipin jer la.

 Antara aktiviti lain adalah 'tarian chicken dance' dengan maskot.

 Peraduan mewarna dan banyak lagi.. Kami tak tunggu...


Ini muka budak tak mau balik.. haih susah hati 


Nasib baik ada Van Upin & Ipin dan belikan Zara botol air Upin Ipin, senyum kembali...


Alhamdulillah satu lawatan yang seronok buat kami bertiga, yang paling penting, boleh buat anak happy... Aku belajar satu benda, belajar merasa perasaan Happy melihat anak tersenyum. Itulah jua perasaan Mak dan Ayah aku, sentiasa nak anak-anak happy dalam apa yang anak-anak lakukan... Kalau anak-anak sedih, Mak & Ayah turut sedih... 

Harap tahun 2012 ada lagi pameran boleh la datang lagi.....

nota kaki: cuba korang kira ada berapa perkataan 'upin & ipin' dalam post ni? Penat kot type 'upin & ipin..'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...