Showing posts with label BABY FOOD. Show all posts
Showing posts with label BABY FOOD. Show all posts

September 23, 2013

Doa Diamalkan Ketika Menyusu Badan

by Taste Of Tapah

Assalammua'laikum w.b.t

Bulan Mei yang lalu Ummi telah melahirkan seorang putera. Alhamdulillah penyeri dan pembawa rezeki dalam rumahtangga Ummi.....


 
Umar
 
***
 
Dibawah adalah gambar yang ditampal di pejabat dan tempat yang Ummi akan pergi untuk menyusu atau pump...
 
 

doa_susu_banyak
 
 
Inilah doa diamalkan ketika menyusu badan. Samada ketika direct feeding atau pump.
Sharing is Caring...
 
 
Susu ibu adalah yang terbaik, tapi Ibu pun perlu la jaga makanan yang diambil.
 
Moga diberkati....
 
wallahu'alam
 
-end
 


January 26, 2012

Resepi: Minyak Zaitun, Dal, Lobak merah dan Tomato

by Taste Of Tapah

Lama rasanya dah tak letak resepi untuk baby dan toddler dekat blog ni. Maklumlah anak dah besar, dah mula makan apa yang mak dia makan. Tapi mengenangkan kebanyakkan yang membaca blog T.O.T ni terdiri daripada ibu-ibu yang mencari resepi untuk baby dan toddler mereka, saya mula mencari bahan kembali untuk di kongsi. Masa bayi sebenarnya adalah masa terbaik untuk memberikan sebanyak mungkin jenis makanan. Sebab ini akan membiasakan bayi dengan pelbagai jenis makanan dan tak end-up jadi picky eater bila dah besar macam Zara. Haih.

Masa Zara baby dulu, dia banyak saya beri carrot, broccoli, kobis bunga. Buah pula puree buah pir dan buah epal bila dah besar sikit jagung. Lauk pula biasanya ikan (salmon, ikan cod, ikan merah, tenggiri dan ikan tongkol) juga ayam. Daging terkeluar list sebab mak dia terlalu meragui daging di bandaraya kolumpo ni.

Jadi sekarang ni, itulah makanan yang dia cenderung untuk makan. Alangkah rugi saya tak perkenalkan lebih banyak jenis.  *tepuk-tepuk dahi* Tapi tak per, sentiasa usaha, yang lepas tak leh nak rewind balik. Ibu-ibu yang lain silalah jangan ulang kesalahan saya.

Found this vegetable puree recipe in book 'food lovers: Baby & Toddler'.  Sesuai untuk baby yang sudah  di introduce dengan pelbagai jenis solid foods. Biasanya 8 ke 10 bulan ke atas.

Bahan-Bahan
  1. 2 sudu besar minyak zaitun
  2. Separuh biji bawang merah (kecil)
  3. 1 biji lobak merah di buang kulit dan dipotong (saiz sederhana besar)
  4. 75 gram atau satu pertiga cawan kacang dal (atau red lentils)
  5. 1 sudu besar tomato lenyek
  6. 2 cawan air

Cara Penyediaan
  1. Bangun awal pagi. ;)
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang yang dihiris halus sehingga lembut sahaja (bukan garing)
  3. Masukkan lobak merah, biarkan selama lebih kurang 4 minit. Masukkan kacang dal, tomato dan 2 cawan air. 
  4. Tunggu ia mendidih dan kemudian perlahankan api biarkan selama 30 ke 40 minit sehingga kacang dal dan lobak tersebut lembut. Masa ni, boleh lah ibu-ibu pergi bersiap untuk ke pejabat.
  5. Setelah kembang, toskan air. (jangan buang air rebusan, simpan). 
  6. Puree kan masakan tadi dalam food processor atau blender sehingga lembut, sekiranya terlalu kering, masukkan air rebusan tadi sedikit demi sedikit sehingga puree mencapai kepekatan yang sesuai untuk bayi anda. 
  7. Lastly bolehlah pack untuk di berikan pada pengasuh/nursery/bibik anak anda.
Kacang Dal. Sila cari piramid makanan, tengok bijirin, kekacang dekat tangga mana. image source: Google


Resepi ini boleh modified, kalau bayi tak sesuai dengan tomato, boleh buangkan tomato... Sesuaikan dengan keadaan. Jangan lupa kalau first time nak introduce beri 4 hari berturut-turut sebab nak kesan alergi bayi. Nak tahu lanjut sila baca Introducing Solids Food To Your Baby

O.k dah habis bab resepi, nak share sikit, KEBAIKAN MINYAK ZAITUN. Minyak zaitun ni memang sesuai bebenor untuk bayi (mak ayah bayi pun bagus juge) sebabnya:
  • Dalam Al-Quran ada sebut pasal buah zaitun. 
  • Buah Zaitun dipenyek dan direct terus keluar minyak, tak der melalui proses merepek2.. original
  • Minyak zaitun bantu bayi yang sembelit (info ini agak daif)
  • Khasiat ke atas kawalan tahap kolestrol, sistem pernafasan, penyakit jantung dan berbagai lagi.
  • Korang bukak channel masak omputih semua pakai minyak zaitun sebab diorang tahu kebaikannya.. 
  • Memang mahal kat Malaysia.... Tapi itu lah sebabnya kita kena kerja, nak beli benda berkhasiat untuk seisi keluarga. *ini nasihat untuk diri sendiri juga*
  • Cuba teka kat mana pokok zaitun paling berkualiti? Yer pandai..! Palestin yang selalu kena bom...

 Minyak Zaitun image source: Google

Sekian. Selamat mencuba. Nak lagi resepi dan tips sila ke sini.


Peringatan: Sila rujuk pediatrician berkenaan memperkenalkan solid foods untuk bayi.




June 7, 2011

Mickey Mouse Hilang Telinga


Membaca tajuk mesti ramai dah membayang Mickey Mouse dah Hilang Telinga.... Kesian pergi mana telinga dia???

Sebenarnya, begini ceritanya... 

Pada satu hari yang sepoi-sepoi bahasa, setelah dicadangkan oleh kakak saya, saya telah pergi ke kedai kek untuk mencari cutter... Ramai sungguh orang ketika itu, berpusu-pusu membeli barang untuk membuat kek... Saya menyelit juga dicelah lautan manusia untuk mendapatkan cutter yang cute berbentuk Mickey dan Minnie....Dan akhirnya berjumpa juga!! 


mickey_cutter


Comel sangat... Ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memikat hati si anak kecil makan dengan sihat dan gumbira... Boleh guna bentukkan biskut, buah, roti, dan sebagainya....

Malam itu, telah diputuskan untuk membuat roti sapu kaya berbentuk Mickey.. dan hasilnya sangat me-teruja-kan diri saya yang sewaktu kecil-kecil tidak pernah jumpa roti se-kaya bentuk Mickey....

roti_sekaya


Tetapi bagi anakku yang berusia 2 tahun lebeyh.. Apa yang men-teruja-kan dirinya hanyalah......

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TELINGA Mickey itu sahaja... (=.="")  tssk tskk

mickey_ears

Sekian, Terima Kasih...

Ce-teka siapa makan muka Mickey???


June 5, 2011

Penyediaan Bubur Bayi Bagi Ibu Bekerja


Semasa anak saya berusia 6 bulan ke atas, saya rasa susah betul nak menguruskan masa. Saya mahu menyediakan makanan untuk anak dan mengurangkan penggunaan makanan process yang berada di pasaran. Tapi penyediaan makanan tentunya melibatkan masa.

Oleh itu, selalu bangun awal pagi untuk memasak bubur bayi, sebab bubur mengambil masa yang lama untuk kembang... selalu  kadang-kadang lewat pergi kerja..

Selepas mengadu pada seorang kakak di office, dia telah mencadangkan saya untuk menggunakan slow cooker bagi penyediaan bubur.. Terima kasih kak azmah, so senang la sikit hidup.. Tak der la bangun kul 4.30 pagi hari-hari

Mujur masa kahwin dulu ada hamba Allah hadiahkan slow cooker yang comel.. Balik terus diri cuba ber-experimen-tasi <---(ada ker ayat nih...)

Malam first masak guna slow cooker terlalu banyak air sampai melimpah-limpah keluar (-.-")... malam yang kedua keras pulak sebab kurang air...sampai garing-garing kerak... Practice make perfect! kata omputih.. Orang melayu kata: Amalan membuat Sempurna.. <---he he bila guna google translate ini la jadi nya.. itu la pentingnya English education.....

Ok... back to our topic.... Kat bawah nih cara-cara macam mana nak sediakan bubur nasi bayi bagi ibu yang berkerja macam saya...

Tapi sebelum tu, kena la sediakan berasnya dulu... Waktu free atau masa hari minggu kisar beras dengan menggunakan blender kering hingga halus.. Dan simpan dalam tupperware atau bekas apa apa ikut la masing-masing... Biasanya saya tak basuh beras tuh sebelum kisar, sebab nak store lama kalau lembab nanti berkulat...

blender


So, bila dah ready, malam sebelum tidur, ambil portion beras yang nak di sediakan untuk pagi esok, basuh, dan masukkan dalam slow cooker. Saya selalu buat selang untuk 2 hari... Macam jenis slow cooker yang saya gunakan ni, saya lebihkan air dalam 3-5 portion beras.. (1 beras nisbah 3-5 bah. air) Kena agak-agak la...ikut brand slow cooker, mahal kalu banyak la features nya sikit... murah kaluu.. kena bijak!!


Masa anak saya umur 6 -12 tahun (updated: erk tersalah..6-12 BULAN) , dia akan tidur jam 9-10 malam dan jaga malam sekali untuk menyusu, dan biasanya pukul 3-4 pagi...

So masa pukul 9 malam saya akan masak bubur, bila anak bangun untuk menyusu tu pukul 3 pagi nanti, saya akan tutup slow cooker tadi.... Ambil puree food dalam freezer campur dalam bubur masa panas-panas (pernah blog pasal puree food dulu) dan kadang-kadang tabur ikan bilis (cara sediakan ikan bilis klik sini).


Pagi masa nak pergi kerja cedukkan bubur nasi tadi dalam tupperware untuk di bawak ke nursery atau bagi pada baby-sitter/bibik... Baki masuk dalam peti ais untuk hari seterusnya...

baby_food_storage

Tukar-tukar la perasa, kadang-kadang bubur nasi brokoli, atau bubur nasi labu, paling laku-zara suka nasi bubur bayam dan carrot... hingga jilat tupperware<---nampak sangat statement tipu..belum pandai jilat barang lagi kot masa ni.. dah nak masuk 10 bulan tu, boleh dah campur ikan merah atau ikan-ikan yang kurang tulang...

Sekian, itu lah cara saya menyediakan bubur bayi. Macam cara anda pula? jom share....


Note: Untuk yang di simpan dalam freezer kalau boleh biar bubur nasi sahaja yang belum dicampur dengan apa-apa puree food yang lain..

***

May 8, 2011

Strawberry and Lemon Muffin

My growing 2 years old toddler liked to have snacks in between her meal time, normally i gave her Biscuits, Fresh Fruit or Finger Foods.

Trying not to narrow the range of foods to my toddlers, I tried to offer her strawberry I bought from Jusco supermarket the other day (never tried to gave strawberry to her before) and guess what? she refused to taste it...  

I don't have any clues what to do with that strawberry... It is not good to force feeding her so, either I let it dried out in the fridge or gave it to 'Mr Bin'..

So, I google-ing things and I found Karen Cheng blogging about Strawberry and Lemon muffin.. Coincidentally I have leftover lemon as my husband like to drink lemon tea almost everyday...

You can have the recipe here

This is how I baked it step by step:


First step: Separating the mixture of dry and wet ingredient

muffin

Then: Put in the strawberry in the mixture before spoon it into the muffin pan


Lastly: Baked it in the oven for 25 to 30 minutes, and because of 'not so delicious looked' i decided to drizzle icing sugar on the top of the muffins as a finishing...

Zara ate it a lot without knowing inside there was the strawberry she refused to eat it on the first place.. keh keh

Case closed!

April 21, 2011

French Toast : Me and Her

Having problem to decide what to cook for dinner?

I'm having that yesterday, thinking using all the cell in my brain to decide what type of menu we will be having that nite...

After all the trouble i put myself to put a side for awhile all the minute's of meeting and official letters i have to prepare at that time.. google-ing all blogs about foods.. jump-in from one blog to another.. not to forget marathon through various type of websites...

and the end result was some how rather not as complicated as it was expected...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
we're having french toast instead.. a.k.a roti telur org melayu kata.. wakaka

For Her
For Me


Since 'her father' not around.. i would not missed the opportunity to - not having rice for dinner...

I'm having heavy breakfast and lunch that day.. So I'm decided to have a healthy dinner that nite..


enjoy scrolling pictures showing step-by-steps recipe to make basic french toast: for me and her...

dah tau pun buat-buat tak tau  =.="

Break the egg into the bowl.. add milk, pinch of salt and beat with a fork until mixed

Cut the bread into triangles.. (smaller size for her, BIGGER size for me)
You can also use wholemeal bread or fruit bread.. it's up to you..

Dip the pieces of bread into the egg mixture at the same time heat the oil or butter in the frying pan.. Then, cook the rest of the bread..
As for me, I'm prefer using canola oil instead of butter.. 

Serve with apples and grapes.. for me- I sprinkle it with black pepper and some cinnamon powder for extra flavors..

Yum!

Try your own version of french toast guys..

oh memang sshheeedappp!!

Sila abaikan segala grammatical 'disorder'.. keh keh keh

March 1, 2011

SHORT ENTRY

Sibuk lately, nak snap gambar makanan yang dimasak pun tak sempat...
Hope info tambahan di blog ini dapat membantu orang yang membacanya....
Apa yang saya tahu, saya share.. dan apa yang saya tidak tahu, saya sentiasa cuba mencari ilmu...

On the way menghabiskan beberapa buku.... hope can share with this blog later...
Hope when i'm not around later, my children always can refer to all the advice here in this Taste Of Tapah Blog... every single post can gave them a guide: on how to motivate, how to cook, how to take care of the nature...

my love sugar, my honey

because we-maybe not a good person, but we must always try to be good... 


February 7, 2011

AIR ADA PERASAAN?


Dr Masaru Emoto adalah saintis daripada Jepun yang membuat kajian tentang perubahan molekul air mengikut keadaan persekitaran.. berikut video yang di ambil dari you-tube untuk pemahan lebih dan tatapan semua:




Molekul air berubah bila kita bersifat sayang, memaafkan, bersyukur kepada bentuk krystal yang sungguh unik.. Begitu juga ia berubah sekiranya di dedahkan kepada perasaan negatif ia membentuk molekul yang amat hodoh...

Air bersifat menyalin (photocpy).. Sekiranya anda menyimpan durian di dalam peti ais bersama-sama sebekas air, apakah yang anda akan rasa/bau apabila meminum air tersebut? itu sahaja sudah membuktikan sifat air...

Itu lah sebabnya kebanyakan air penawar penyembuh penyakit dibacakan dengan ayat-ayat suci al-quran agar apa yang diminum oleh kita akan mempengaruhi diri kita sendiri.. inilah kuasa Allah S.W.T...

Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya dengar di IKIM F.M tentang seorang ibu yang anaknya dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempah 30 hari... bila ditanya apakah rahsianya pemakanan yang diberi pada anaknya sehingga mudah untuk menghafal? kata ibu tadi rahsianya adalah dia sentiasa mengambil wuduk sebelum menyusukan anaknya.. subhanallah.. sekali lagi itulah kuasa Allah melalui air...

Oleh itu amat penting memastikan air yang kita minum dan beri pada keluarga dan anak kita terdiri daripada air yang baik sumbernya.. 

Cuba lihat gambar di bawah tentang kandungan air dalam badan manusia:


Otak kita sahaja mengandungi 75% air... maknanya apa yang kita fikirkan tentang diri kita juga akan mempengaruhi perlakuan dan tenaga yang ada pada diri kita... jadi selalulah bercakap dan berfikir tentang perkara yang positif... untuk menjadikan diri lebih ceria, berjaya dan bahagia.... 

wallahu'alam....

 
sumber gambar:
http://anakmunthe.wordpress.com/2008/05/10/amankah-air-minum-anda/




December 3, 2010

Roti Yang Chuumelll

U're not wearing your spectacle...

Now U do....

People said: picture is worth a thousand words'... so layan kan gambar di atas ok... this is the breakfast i make for my 1 year old daughter...

 Ingredients:

  1. Roti Wholegrain (baik untuk baby/toddler sebab banyak serat and kurang kandungan gula)
  2. Nutela
  3. Hiasan (untuk menarik perhatian, my daughter is such a picky eater)

 Thats all...

taste.of.tapah

IKAN BILIS


Ikan dan makanan laut elok sekiranya diberikan kepada anak-anak 3-4 kali seminggu....

Ikan Bilis adalah salah satu ikan/makanan laut yang mempunyai sumber kalsium yang baik! kalau kita sendiri nak gigi tahan lama, tulang tak berbunyi-bunyi bila nak solat, rambut tak berterabur atas lantai, boleh di suggest makan ikan bilis banyak-banyak...

Tetapi ingat, kita perlu makan dengan tulang-tulangnya sekali!
Mengikut kata wardina dalam bukunya 'mama, saya lapar':


Jangan dibuang tulang ikan bilis sekiranya memasukkan di dalam bubur nasi untuk di masak, kerana itulah sumber kalsium yang amat baik sekali untuk si kecil kita....


Takut juga nak beri anak kita makan ikan bilis dengan tulang-tulangnya, takut luka tekak kalau tersekat...

Satu cara yang saya lakukan adalah... merendam dahulu ikan bilis dengan air untuk 10 minit (agak-agakla lebih kurang, tak perlu nak ambil handphone, i-phone, BB segala untuk set timer). Kemudian langkah seterusnya panaskan kuali dan gorengkan ikan bilis tersebut tanpa minyak... Goreng hingga garing dan sentiasa balik-balikkan ikan bilis tersebut...


Setelah selesai, blendkan halus ikan bilis tersebut... so tak risau sangat tulang tuh, sebab dah di blend halus-halus... buat dalam kuantiti yang banyak... jadi bila dah masak bubur, just taburkan serbuk ikan bilis tadi ke dalam bubur anak anda! senang dan jimat masa... saya sediakan on weekend, so waktu weekdays (hari bekerja) tinggal tabur sahaja dalam bekalan bubur anak.

Blend kan ikan bilis menggunakan 'blender kering' (panggilan mak saya) yang di sebelah kiri gambar

saya bukan pakar perubatan, jadi walaupun karangan ini membantu, anda perlu juga membuat penyelidikan tambahan atau refer kepada PAED atau mana-mana pengamal perubatan....
saya hanyalah menceritakan berdasarkan pengalaman membesarkan my liltle one..

November 27, 2010

Baby Food Preparation - Part 2

Pureed food is needed when we don't have much time every morning to prepare food for our baby.... we were rushing to prepare things that need to bring to work.. perform subuh prayer.. ironing clothes.. take a bath etc.

When we don't have time, but at the same time we want the best food to be serve to our love one... We need to find an alternative way that can speed up the duration of preparing it...

Pureed food is one of the solution... Pureed food can be store in the freezer up to 1 month maximum time...

Pureed is refer to food that being mashed or blend until its form consistency of soft creamy past or thick liquid.. It is the first step to introduce solid food to our little one... pureed food that i prepared for my baby was from vegetables, fruits and fish...

You have to identify first what kind of food your baby maybe allergic to... how?

The first time you introduce to your baby the vegetable or fruit, you need to repeat 4days in a row giving the the same food.. If your baby didn't show any sign of allergic (like diarrhea).. then you can continue with that kind of food....

Enjoy the steps below, how i prepared pureed food for my little one.. hope can help working mommies like me out there...

brokoli_potong
lobak_dipotongPotong sayuran/buah-buahan dalam size kecil


Contoh di atas menggunakan 2 jenis sayuran iaitu: carrot and broccoli...

Broccoli mempunyai vitamin A,C,K, zink, zat besi, asid folik, folat dan flavonoid.. Ia merupakan sumber kalsium yang baik dan mempunyai anti agen kanser...

lobak merah pula kaya dengan beta karotena, potasium, magnesium, vitamin B6 , asid folik dan tiamin. Mengandungi sedikit karbohidrat termasuklah minyak asid, zat besi, fosforus dan sulfur...
(sumber rujukan: mama saya lapar)


kaedah_kukus_kreatif
Seterusnya kukus sayuran/buah-buahan yang telah di potong tadi...
You can use electric stimmer, conventional stimmer that our mom used to make 'tepung talam' or 'pulut kuning'.. or you also can used other ways that appropriate..

Me using my own way.. see the picture above... =))

Setelah sayuran/buah-buahan itu cukup lembut, masukkan ke dalam pengisar untuk di kisar halus... jangan gunakan terlalu banyak air untuk mengisar, terutamanya buah-buahan kerana kandungan air di dalam buah-buhan telah tersedia banyak. Cukuplah air untuk menggerakkan pengisar...

Lepas tu, kena sediakan bekas ais seperti di bawah...

ice_cube_tray
Tuangkan sayuran/buah-buahan yang telah dikisar ke dalam bekas ais seperti contoh di bawah:

lobak_merah
Carrot

brokoli
Brokoli


Kemudian balutkan dengan plastik, sebelum di masukkan ke dalam peti ais sejuk beku... Tinggalkan di dalam peti ais sejuk beku semalaman sebelum di keluarkan dan diletakkan di dalam bekas plastik seperti gambar di bawah.

storage_pureedMasukkan semula bekas plastik berisi kiub pureed food ke dalam peti sejuk beku dan keluarkan serta panaskan di dalam microwave bila anda hendak menggunakannya... boleh juga dicampur di dalam bubur...

Jangan lupa untuk menamakan jenis puree food berserta tarikh penyediaan bagi memastikan tempoh tarikh tamat....

How long will food cubes keep in the freezer & refrigerator?
From PAED and certain websites... They said- Frozen pureed food cubes can be store in the freezer for a maximum of 1 to 3 months. But I personally... Never kept the frozen pureed food for more than 2 weeks time.. I prepared it in small quantity during weekends....
'They" also said - In the refrigerator, it is recommended that fresh pureed baby food be stored no longer than 48 hours.
Limit ini bagi memastikan bakteria tidak membiak di dalam puree dan menghindarkan 'taste of fridge' terasa pada makanan tersebut.
so itu sahaja buat kali ini... semoga sedikit sebanyak dapat membantu....=))

saya bukan pakar perubatan, jadi walaupun karangan ini membantu, anda perlu juga membuat penyelidikan tambahan atau refer kepada PAED atau mana-mana pengamal perubatan....
saya hanyalah menceritakan berdasarkan pengalaman membesarkan my liltle one..


taste.of.tapah



November 13, 2010

Baby Food Preparation by Working Mom

It takes ages for me to blog about this post... The idea was since my baby being introduce to solid foods. Now she's already 1 year and 7 month..

T.OT hanya ingin berkongsi bagaimana seorang ibu bekerja menyediakan dan memperuntukkan masa untuk pastikan anaknya mendapatkan the best nutrient...

First
Kena banyak membaca! ye... READ A LOT! buku, blog, forum, paper, majalah pa&ma atau majalah2 berkaitan.. malah kena rajin baca Nutrition Information dekat setiap pek-pek makanan yang hendak dibeli di kedai... jangan rasa buang masa atau malas duduk bertenggek dekat tesco atau mana2 hypermarket untuk belek setiap inci pek2 makanan yang bakal masuk perut anak kita...


nutrition_information
Nutrition Information Example



Second
Kena Rajin... ye... atau bahasa negatif nya JANGAN MALAS... I juga malas kadang-kadang.. tapi cuba rajin semula... sebab nak menyediakan makanan untuk baby/infant/toddler kita perlu mempunyai semangat dan kehendak memberikan terbaik untuk anak kita... masa diperlukan untuk pembelian, pembersihan barang mentah, untuk memasak makanan, untuk menyimpan makanan, untuk packaging, dan untuk mencuci pinggan/alatan..

Third
Kena korbankan sedikit wang... sebab ada juga makanan atau alatan memerlukan kos yang tinggi, tapi kadang2 tak perlu juga beli, cuma kena kreatif sedikit!

Pictures below shows some kitchen apparatus needed..

ice_cube_trays
ice cubes trays for frozen pureed food

blender
u will need this


steamer
steamer

will blog about how I prepared food for my baby... kot-kot boleh bantu dari mana-mana segi/sudut pandang...

taste.of.tapah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...