June 29, 2011

Gratification Mode


In life, will come the time that we will be up there archiving all the best part in the chapter of our life.. and that was the era of neglect-full-nest...

And  then come the time we will fell to the bottom of our life struggling to make things better...  and that is the time we will be closer to The Creator.. Alhamdulillah

Having it both (at the top and bottom) in my life makes the feeling of gratification inside me even more...


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah

sumber gambar: google image

June 21, 2011

Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford

Jam 5.30 pagi

Tengah malam tadi, bukak facebook... friend kepada friend telah share link video yang menceritakan tentang Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford (lepasan dari sistem Pondok)


Huish jauh perjalanan anak melayu ini... Dalam hati tersenyum juga sebab anak melayu ini berasal dari Batu Gajah Perak.. Tak jauh la dari Tapah.. Nak jugak kan dapat credit (-.*).. Bila dah kata asal dari perak seronok pula teman nak kongsi cerita...

Ini pun kire post mengelat juge le, letak bideo.. Ate' maleh teman nak mengarang panjang berjele... Kome tengok jer la bideo ni.. Teman paksa kome nengok juge...



(apahal yang pergi cakap perak, si polan dalam bideo nih siap berbelit lidah bercakap omputih)

Sebenarnya diri mengaku merasa tertarik dengan kenyataan pemuda ini:

Tanpa pengorbanan kita tak kan berada di mana mahu kita berada

Bukan mudah kita nak mencapai impian ataupun cita-cita, semuanya perlukan pengorbanan tak kira la pengorbanan itu BESAR atau pun kecil....

Kejayaan tu tidak datang bergolek mcm ubi kentang jatuh dari atas singki ke lantai dekat dapur.... Kita kena berusaha dan kemudian berdoa... Tak lambat untuk mula, dan tak cepat untuk mengalah...

So pagi ni, jom tanya diri kita "Di mana mahu kita berada?" dan kemudian, baru tanya soalan seterusnya "Bersediakah untuk membuat pengorbanan?" dan seterusnya, soalan tambahan "Apakah manfaat yang diperolehi bila berada di tempat yang mana kita mahu mencapainya?"


Semangat lebih sikit hari ini lepas tengok bideo nih.... 
Bebelan lebih menjurus menasihati diri sendiri.. 
Esok lusa bila down akan kembali menonton bideo ini....

June 19, 2011

Tapau Set


Ini short entry meng-elat banyak gambar... Sebab hanya ingin berkongsi pembelian tupperware pada bulan dahulu kala.... 

Ingat kan entry sebelum ini Tapau? Jadi saya ingin mengesyorkan kawan-kawan yang berminat nak memulihara alam dan pada masa yang sama suka untuk bawak bekal ker tempat kerja dari rumah untuk membeli set seperti berikut di bawah...

Saya suka kerana kalau bawak bekal lauk berkuah macam sambal sure sambal tak masuk ke tempat nasik sebab beg dia tidak mengizinkan bekas untuk senget benget... Terletak elok jer.... Lagi pun dia maintain panas dan  boleh di gunakan untuk memanaskan makanan di dalam microwave...

Memang berbaloi juga membeli.. Lepas ni wajib kerap bawak bekal ke tempat kerja... insya'allah kalau pagi-pagi bangun awai =.="


Satu set penuh, siap ada sudu garpu. Kalau nak perangat dalam microwave kena bukak tutup bulat kecik tu..



Bekas untuk gulai atau sup-sup.. Ikut la kretiviti anda meletak makanan..


Ini seperti bekas yang saya guna beli Bihun Goreng Telur Mata Letak Sambal...


Bekas yang comel, letak semua bekas dengan isi nya sure terletak elok sampai ke destinasi, tapi kalau bawak sambil tangan goyang-goyang tak dapat jugak la nak menolong....

Sekian...


June 16, 2011

Tapau

Ini bukan iklan tupperware yer, saya memang tidak pernah dibayar oleh tupperware untuk menjalankan promosi besar-besaran, tetapi kerana di besarkan dengan tupperware buat letak bekal bawak balik asrama, letak bekal ke rumah sewa masa bujang-bujang, tempat simpan tepung, bekas air - semua guna tupperware... Jadik bila dah kerja pun terikut-ikut suka beli tupperware...

Sebelum menulis dengan lebih panjang... Pernah tak tengok, atau renung dalam-dalam dekat bakul sampah kat rumah, apabila kita beli makanan kat luar letak dalam polisterin atau plastik, bukan ker jadi penuh bakul sampah saiz M dibuang dengan polisterin dan segala jenis plastik?

Itu baru rumah kita... Belum rumah jiran belakang, jiran depan, jiran tepi, rumah mak kat kampung... Semua orang buang plastik dan polisterin... Satu hari nanti kalau berterusan bergini tak der tempat dah nak buang sampah...

Lagipun bekas polisterin nih lambat hancur, dan ketika peng-hancur-an berlaku dia melepaskan gas yang akan menipiskan ozon yer tuan-tuan dan puan-puan.... Bungkus makanan menggunakan plastik dan polisterin juga tak baik untuk kesihatan kita.... Nak tahu bahaya tentang polisterin pada kesihatan rujuk sini

Sehubungan itu, diri ingin menceritakan tentang setitik peranan yang pernah dilakukan pada suatu pagi yang dingin, angin sepoi-sepoi kering kerana masa tu lama hari dah tak hujan...

Begini ceritanya:

Suatu pagi diri melangkah membeli di gerai seberang jalan office... Banyak orang hari ini... Lama menunggu.. Abang hensem pakai baju kotak sampai peluk tubuh muka menahan sabar...

Ada nasi dagang, ada nasi lemak, ada kuih, ada nasik kerabu.. Pergh memang susah nak buat keputusan beli apa....

Bila dah sampai turn diri sendiri- brader tu pun tanya nak beli apa? Tiba-tiba yang keluar dari mulut bihun goreng telur mata letak sambal, sambil hulur bekas tupperware.. Aik mana pergi bayangan rasa nasik dagang ikan tongkol jap tadi....

Tapi elok juga, kalau order nasi dagang nanti lambat... Buktinya tengok saja gaya abang hensem pakai baju kotak masih lagi peluk tubuh.... Kali nih makin condong kedudukan kepala...

Nasib baik brader boleh terima tempahan bihun pakai tupperware bisik hati kecil ku...

Bila mintak brader posing nak tangkap gambar, penat dia senyum kepala pulak tak masuk... -.-" aiyak

Ini lah dia hasilnya tapau bihun goreng telur mata letak sambal.... Pandai brader guna ruang dengan sepenuhnya... Makan sambil belek-belek email En. Boss hari itu...

-Tamat-

Oleh itu, semoga kaedah mengamalkan membawa bekas membungkus makanan boleh mengurangkan sedikit pemanasan alam dan kecairan ais.... Kalau tak kita yang menjaganya siapa lagi...

Kita hanya ada satu alam... Banyak dah negeri yang dijangka akan tenggelam... Kalau tak buat banyak pun sikit jadi lah.... Jom-jom.. 





Notes:
Saya pun bukan selalu la begini... Kadang-kadang sahaja, bila ada masa atau upaya... 
Cuba untuk istiqamah 
Insya'allah...

June 15, 2011

SKMM vs Anonymous: Perang Cyber Malaysia Bermula

Tahu kan SKMM telah block 10 laman web sharing free.. Ianya seperti:

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload..

Ramai lah yang mengamuks.. yang mana dok cari makan guna laman-laman tersebut dah tutup la periuk nasik...

Nak menceritakan hal sebenar begitu panjang, dan mata sangat mengantuk sila like 1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website sekiranya ingin mengetahui kutukan belia dan punca-punca kejadian perang cyber ini.... Tetapi semacam angin belia untuk menyokong kerajaan makin menipis lagi tipis....Setakat sekarang pukul 11.46 p.m sudah 24,180 like..


Oleh itu jam 3.30 pagi ini sekumpulan hackers yang mengelarkan diri mereka Anonymous telah merancang untuk meng-hack atau ayat malaysia nya mengodam laman-laman web kerajaan.... Sehingga ke saat ini laman web yang dah diri kenal pasti dah di hack dan emosi terganggu kena godam adalah Sabah Tourism dan MOE....

sabah_tourism_hack
Kesian budak nak check MUET pun tak boleh... Bahaya jugak ancaman sebegini rupa.... Begitu fragile-nya sistem yang manusia cipta sendiri...

Patut la ada orang-orang tua sanggup keluarkan duit kat bank pakai buku lagi... Pendapat mereka selamat sebegitu rupa... (sebenarnya tak jugak... kalau ada orang ragut sama juga... takdir sebenarnya penentu segala... usaha sahaja)

Bersambung kisah asal, oleh itu setakat sekarang Laman web kerajaan yang TOT search dah tutup untuk langkah berjaga-jaga adalah: SPRM... Yang lain-lain malas nak check sebab sure server lembab giler...

Sehubungan perkara ini berlaku, banyak rakyat belia yang dilahirkan dengan dunia cyber menemani tumbesaran marah kepada En Norman KRU kerana beliau yang telah menulis surat kepada SKMM untuk menutup web yang berorentasikan free sharing.....

Walaubagaimanapun kesahihan ini perlu diperjelas dengan  lebih mendalam... Page We Support MCMC (SKMM) Blocking Illegal Websites ini dikatakan ada penjelasan mereka menyumbang kepada keadaan tegang.. Wallahu'alam.. Niat baik, tapi mungkin tak kena cara la kot...




Oleh itu walaupun KRU bukan laman web kerajaan mereka juga takut dan telah mengambil langkah berjaga-jaga diserang malam ini....... kesian juga...

SKMM_Block
Esok tengok jer la apa cerita.... Kesian bebudak yang jaga server kerajaan tak balik la malam nih.... Mangsa keadaan...

Semoga semuanya berakhir dengan sesuatu yang positive dan mendapat pengajaran kepada pihak berkuasa, kerajaan dan pengodam-pengodam di luar sana...



1. agak-agak PTPTN kena hack tak... Anonymous tolong delete data pinjaman aku.. hu hu hu
2.  laman web porno tak nak block ke...


June 14, 2011

Cerita Stress : Sambungan Kisah Benar

Sambungan cerita stress semalam...

Ketika diri telah sampai ke office yang tidak kurang hebat dugaannya... Aku telah meng-SMS bos ku untuk memaklumkan pemergian ku ke Kementerian Pengajian Tinggi sebentar tadi yang berbunyi:

'Saya pergi ke Mesyuarat Politeknik KK. Jumaat lepas dapat surat last minute. En S*** datang sebagai wakil Senggara'

Lalu di balas ringkas oleh En. Bos:

'O.K, Saya Cuti hari ini. tq'

Apabila diri mendapati bos tidak hadir ke pejabat hari ini... Hati kecil terasa ingin bergolek dan berjoget kegirangan, tetapi tetap control macho depan kawan-kawan dan anak-anak buah....

Bos di tempat kerja ku terkenal dengan ketegasannya kepada anak-anak buah... Tidak boleh keluar waktu pejabat... Harus sentiasa ada di pejabat...  Aku suka cara dia mengelolakan anak-anak buah nya, kerana kalau tak di lentur sebegitu rupa, tentu aku sering hilang ke perbatasan....Namun sesekali beliau tidak hadir, tentulah terasa girang.... Ada masa untuk bernafas....

Di pendekkan cerita, pada ketika hati berjoget riang, kerana ketidakhadiran bos, aku mendapat satu SMS lagi...

SMS tersebut aku bukak dan menarik nafas lega apabila mendapati ianya daripada adik ipar ku....

SMS berbunyi:

'Maju Juction ada Imegresen tak? Aku nak pergi jap'

Hati kecil berdetik, adik ipar aku nih tak kerja ker ada masa pulak nak ke imegresen... Lalu aku pun membalas...

'OIT..TAK KERJA KER... JAP JAP AKU DOUBLE CHECK'

dan alangkah terkejutnya diri bila melihat delivery report... message deliver to "En BOS!!!"

Tahniah kepada diri sendiri kerana anda telah salah send message..... Cuba korang baca balik last message dari En Bos... iaitu: O.K Saya Cuti Hari Ini... dan diri telah bijak membalas.. OIT TAK KERJA KER...

apa boleh buat senyum jer la... sambil menghantar message pembetulan...

"Sorry En. Bos, Salaaah Hantar... Ampuun"

Sekian Terima Kasih... Gud luck to me...

message tidak di edit untuk paparan blog... sebijik di paste...

moral of the story:

jangan terlalu teruja bila bos tak der... 
dan berhati-hati ketika membalas message

June 13, 2011

Mode Berangan : Taste Tinggi

Hari ini memang terpaksa diri mengaku, agak stress... sebabnya pagi-pagi hari Isnin datang kerja dah kena pergi ke Putrajaya untuk mesyuarat... Penambah perasa kenderaan office tidak ada. Sama dengan = bawak kereta sendiri... Tanpa mengerti apakah tujuan sebenar mesyuarat tersebut, diri gagah menekan pedal menuju dengan kadar remp-it mencari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah berpindah ke belakang Hotel tersergam indah lagi mewah: Pullman. Mata berpinar-pinar mencari signboard...

Akhirnya berjumpa lah jua diri yang kerdil ini dengan bangunan KPT tersebut... Perjalanan mencari bilik mesyuarat juga bukan lah perkara yang mudah seperti masuk lift dan menekan destinasi... banyak lift perlu transit dan banyak bahagian perlu di redahi....

Ketegangan mesyuarat terubat jua dengan kehadiran Mee Goreng Pedas serta secawan nescafe...burp alhamdulillah...

Balik ke office semula dengan keadaan yang agak tenang tetapi keadaan di office tidak kurang hebatnya.... Tak payah cerita sini sebab itu bukan matlamat utama...Udah lari dari tajuk.. hehe

Matlamat utama adalah; Setelah membaca blog Cik Hanis Zalikha, yang menceritakan tentang Top Me: My Own Time: When Online telah menemukan aku dengan laman web PolyVore yang tidak kurang juga membuatkan diri rasa agak teruja untuk mencantum-cantumkan segala benda yang ada kat situ... Erm bakal di lakukan lebih kerap. 

Macam pergi window shopping gak.. Masuk bilik try baju, tukar-tukar baju ikut suka, tapi tak beli... Cuma kali ini dibuat secara online.. Oh! memang sedikit terapi.... Ralik cantum-cantum gambar lupa dah segala kekusutan seawal pagi membawa ke petang hari... Tapi sedapnya Mee Goreng tadi ingat la jugak sikit-sikit...

So, inilah salah satu hasilnya, taste tinggi serta sophisticated sedar diri belum mampu beli... kalau mampu pun belum tentu beli, kasut tu saja gerak 2 langkah dah terkehel... Fashion tema ala-ala pakaian nak pergi office pun boleh, nak pergi dating dengan suami pun boleh, shopping pun boleh... Mana-mana lah... Kalau yang tutup aurat boleh pakai dengan inner atau pun stokin tangan sampai siku tu.. Lebih anggun di kenakan dengan tudung atau pun shawl masuk kemas dalam baju...



Enjoy wooo... Cube korang buat satu.. Best wooo... Rasa macam perunding pemakaian... Buat main-main jer.. Jangan la serius beno...


updated:

keh keh buang masa mode....

June 12, 2011

Derita Si Anak Kecil

Kali ini tajuk Blog sedih apabila menonton Nasi Lemak Kopi O pagi ini, tak dapat nak di gambarkan derita yang di tanggung oleh keluarga Muhammad Hishamuddin Hassan ini ayah kepada adik Radiatul Qaisara....

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai tajuk kali ini, ingin saya menunjukkan gambar anak saya yang di masukkan ke ward akibat demam panas dan kekurangan air... walaupun tiada sakit yang kritikal, namun tangisan anak kita yang sedang sakit, tentunya membuatkan hati seorang ibu amat cemas dan sedih....


Gambar ini di ambil ketika Zara dimasukkan ke ward akibat demam panas dan kekurangan air dalam badan.

 
Bila mengenangkan kesedihan yang di alami oleh diri saya sendiri ketika itu,  pasti tidak akan boleh dibandingkan dengan kesedihan keluarga Muhammad Hishamuddin Hassan ini, sekaligus membuatkan saya mencuri masa...

Walaupun diri agak sibuk di hujung-hujung minggu mengemas rumah. Hati merasa ingin menyelit juga untuk menukilkan satu penulisan buat adik Radiatul Qaisara anak tunggal hasil perkahwinan En Muhammad Hishamuddin dengan isterinya selepas 5 tahun berkahwin...

Tatkala keluarga ini hadir ke Nasi Lemak Kopi O, ibu Qaisara tidak dapat hadir bersama kerana baru lepas menjalani pembedahan ketumbuhan di kepala... begitu banyak beban yang di tanggung keluarga ini...

Kepada sesiapa yang terlepas mengetahui apakah sebenarnya berlaku kepada adik Qaisara ini, dia sebenarnya menghidapi barah darah ataupun dalam bahasa medikalnya 'Acute Lymphoblastic Leukemia'... Sekecil umur 3 tahun adik Qaisara telah menjalani pelbagai prosedur seperti kemoterapi (seumur hidup) dan pemgambilan air sum-sum tulang belakang... Saya sendiri tidak tahu bagaimana kuatnya ibu dan ayah Qaisara mengharungi perkara ini...

Inilah adik Radiatul Qaisara dan terdapat di bahunya kesan rawatan kimoterapi yang dilaluinya..

Allah tidak membebani seseorang hamba melainkan setimpal dengan kemampuaannya... Saya yakin mereka sungguh tabah dan sabar melalui kehidupan...

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang derita yang di lalui oleh keluarga ini, bolehlah baca di sini: akhbar sinar harian...

Oleh itu kepada sesiapa yang mempunyai rezeki lebih ketika ini, kiranya sudi hulurkan bantuan kepada adik qaisara melalui akaun CIMB 06010738617522 Muhammad Hishamuddin Hassan... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Muhammad Hishamuddin hanyalah penoreh getah dan perlu mengeluarkan RM1,200 setiap kali kemoterapi dijalankan..

Bukan banyak atau sikit ukuran sesuatu pemberian.. Tetapi keikhlasan yang diberikan itu menjadi satu kerberkatan.... Semoga bantuan yang sedikit yang diberikan mampu membantu adik Qaisara meneruskan hidup dan menjadi manusia yang berguna.....

Tiadalah yang menyembuhkan penyakit melainkan Allah s.w.t.

Wallahu'alam

Saya hanya menulis melalui apa yang saya lihat di TV serta pembacaan saya di sinar harian... kiranya ada kesalahan fakta, saya mohon maaf dan mohon diperbetulkan... terima kasih...

June 10, 2011

Pictures Worth A Thousand Words: Japan Tsunami

Topic kali ini agak berat, namun I found it interesting...

Maybe its too late to discuss about Tsunami in Japan.. tetapi tidak kepada saya, I try to see in different perspective...

Seorang Kaunselor di Malaysia telah membuka mata saya tentang:

Macam mana orang Jepun melalui bukan 1 tetapi 3 disaster yang terhebat iaitu; earthquake, tsunami dan nuclear plant explosion...

Perasan tak? Susah bagi kita nak jumpa gambar menyayat hati seperti yang terjadi di Aceh dan Phuket satu ketika dulu... Ketika itu, banyak gambar-gambar menyayat hati mangsa-mangsa tsunami...

Tetapi tidak di Jepun, wartawan mereka juga masing-masing menjaga aib negara mereka dengan baik... Mereka juga tidak mengharapkan belas simpati di atas perkara yang terjadi kepada mereka... Oang-orangnya juga begitu tenang. Bukti dapat dilihat ketika liputan Majalah3 di Jepun disiarkan di TV3 dahulu.... Mereka tahu ini adalah kehendak alam dan ia tidak dapat di cegah datangnya namun mengawal impact daripada lebih teruk dapat diusahakan... Dengan kata lain mereka ini lebih faham konsep berserah... Cuma keimanan kita dan mereka yang berlainan...

Tolak ketepi apa agama mereka, apa cara pergaulan dan kehidupan mereka, kerana ada yang mengatakan mereka ini amat bebas cara hidupnya hinggakan bala datang kepada mereka dengan cara yang dasyat sekali... saya tidak mengatakan tidak setuju, tetapi jangan kita hanya memandang sesuatu perkara dengan cara yang negative, iaitu dengan mencari kesalahan pihak lain... wallahu'alam

Cuba buka minda dan melihat dengan mata hati, lihat juga kebaikan yang dapat kita pelajari daripada peristiwa ini... kerana di sebalik kejadian dasyat ini, ada keindahan padanya... Gambar-gambar di bawah ini saya ambil daripada National Geographic Website. Gambar ini terdapat tags-nya tersendiri di laman web tersebut, apa yang tertulis di bawah ini adalah apa yang saya lihat dari kaca mata saya sendiri:

japan_tsunami
Ajal tidak mengenal usia, tragedi sebegini tidak memilih tua atau muda...

gambar_tsunami_jepun
Lihat kekuatan semangat wajah lelaki dengan basikalnya sebagai antara mangsa yang terselamat daripada tsunami yang memusnahkan kampung halamannya... Dari gambar ini saya membayangkan secara metaforanya keadaan di sekeliling lelaki itu adalah seperti dugaan yang sentiasa ada dalam perjalanan hidup kita dan basikal itu adalah sebagai iman yang memandu kita ke laluan yang betul...



harta_hanya_pinjaman


Dua gambar di atas jelas sekali menunjukkan, harta kekayaan yang di kumpul bukan lah menjamin satu kestabilan hidup di dunia ini, kerana ianya hak milik Allah, dan Allah berhak mengambilnya kembali daripada kita... Apa yang penting adalah kestabilan jiwa dan iman untuk melalui musibah seperti ini...


Ini adalah gambar seorang penyelamat sedang mencari mangsa yang terselamat di perkampungan Saito yang telah menjadi tanah rata akibat tsunami.

Manakala diri ini teringatkan bagaimana pula ketika akhir zaman apabila malaikat Israfil meniup sangkakala...

Seorang mangsa yang berusia 60 tahun terselamat setelah berhari-hari di laut berada di atas kepingan atap yang di bawa oleh arus tsunami.  

Semangat seperti ini perlu untuk kita meneruskan kehidupan... dan yakin bantuan dari Allah akan tiba dari pelbagai sudut...

Hanya Allah lah yang bersama kita susah dan senang.... dan aku sendiri memohon agar tidak di bebani dengan beban yang tidak sanggup aku memikulnya....


 

 
Gambar di atas ini satu-nya menunjukkan kegembiraan berjumpa dengan ahli keluarga yang terselamat, dan yang kedua menunjukkan wajah yang penuh harapan membaca senarai nama mangsa yang terselamat...

Maka hargailah orang yang berada bersama kita ketika dia masih ada... Berhenti mencari jurang dan cuba cari kesamaan, kerana kita tidak pasti samada esok masih ada waktu bagi kita untuk bersama dengannya...

Dalam hidup akan ada insan yang sanggup membahayakan diri untuk kesejahteraan orang lain... Gambar di atas adalah seorang pegawai kecemasan/keselamatan sedang menabur protective powder di kawasan yang dilanda tsunami dan gempa..

ketentuan_Allah
Apa yang terjadi akan terjadi, ketentuan Allah, tidak sesaat lebih, tidak pula sesaat kurang.....kun fa ya kun... nak lari pun tak sempat...

Besyukurlah dan mohon Allah pelihara Malaysia daripada kejadian seperti ini....

Wallahu'alam...menung-menungkan di hari Jumaat


jom tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi

June 7, 2011

Mickey Mouse Hilang Telinga


Membaca tajuk mesti ramai dah membayang Mickey Mouse dah Hilang Telinga.... Kesian pergi mana telinga dia???

Sebenarnya, begini ceritanya... 

Pada satu hari yang sepoi-sepoi bahasa, setelah dicadangkan oleh kakak saya, saya telah pergi ke kedai kek untuk mencari cutter... Ramai sungguh orang ketika itu, berpusu-pusu membeli barang untuk membuat kek... Saya menyelit juga dicelah lautan manusia untuk mendapatkan cutter yang cute berbentuk Mickey dan Minnie....Dan akhirnya berjumpa juga!! 


mickey_cutter


Comel sangat... Ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memikat hati si anak kecil makan dengan sihat dan gumbira... Boleh guna bentukkan biskut, buah, roti, dan sebagainya....

Malam itu, telah diputuskan untuk membuat roti sapu kaya berbentuk Mickey.. dan hasilnya sangat me-teruja-kan diri saya yang sewaktu kecil-kecil tidak pernah jumpa roti se-kaya bentuk Mickey....

roti_sekaya


Tetapi bagi anakku yang berusia 2 tahun lebeyh.. Apa yang men-teruja-kan dirinya hanyalah......

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TELINGA Mickey itu sahaja... (=.="")  tssk tskk

mickey_ears

Sekian, Terima Kasih...

Ce-teka siapa makan muka Mickey???


Christian The Lion

Cerita nih dah lama, berlaku pada awal tahun 70-an..

Ada seekor singa yang bernama Christian.. atau lebih dikenali dengan panggilan "christian the lion"...

Christian telah di beli oleh 2 anak muda bernama John Rendall dan Anthony "Ace" Bourke, di Harrods Department Store London... Masa tu dia kecik comel lagi.... dengan harga 820 guineas..

Memandangkan Christian semakin membesar dan tidak mungkin Rendall dan Bourke boleh menjaganya di Flat mereka.. Oleh itu mereka meletakkan dia di Kedai Perabot....

Semakin hari dia semakin membesar.. Akhirnya Rendall dan Bourke memutuskan menghantar Christian dekat Africa tempat lebih sesuai untuk seekor singa iaitu Kora National Reserve...

Setahun selepas itu, Rendall dan Bourke teringin untuk melawat Christian di Africa, tetapi tidak dinasihatkan oleh Ranger di sana.. kerana berkemungkinan Christian tidak lagi mengenali mereka... Saiz dia pun dah 2 kali ganda.. Tetapi mereka tetap ingin pergi menjenguk Christian dan mengambil risiko......



Apa yang terjadi apabila mereka berjumpa dengan Christian?

Inilah yang terjadi.....layan k..





sob sob... I'm so touch!! Jom bela seekor!!

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK



TAK TAU SEMPAT KER TIDAK UNTUK TUKAR LINK SUKA SAMA SUKAAAAA NIH....

Kalau tak sempat penat jugak kena blogwalking... sob sob

ibu sibuk :(

sekian (=.=")

June 5, 2011

Penyediaan Bubur Bayi Bagi Ibu Bekerja


Semasa anak saya berusia 6 bulan ke atas, saya rasa susah betul nak menguruskan masa. Saya mahu menyediakan makanan untuk anak dan mengurangkan penggunaan makanan process yang berada di pasaran. Tapi penyediaan makanan tentunya melibatkan masa.

Oleh itu, selalu bangun awal pagi untuk memasak bubur bayi, sebab bubur mengambil masa yang lama untuk kembang... selalu  kadang-kadang lewat pergi kerja..

Selepas mengadu pada seorang kakak di office, dia telah mencadangkan saya untuk menggunakan slow cooker bagi penyediaan bubur.. Terima kasih kak azmah, so senang la sikit hidup.. Tak der la bangun kul 4.30 pagi hari-hari

Mujur masa kahwin dulu ada hamba Allah hadiahkan slow cooker yang comel.. Balik terus diri cuba ber-experimen-tasi <---(ada ker ayat nih...)

Malam first masak guna slow cooker terlalu banyak air sampai melimpah-limpah keluar (-.-")... malam yang kedua keras pulak sebab kurang air...sampai garing-garing kerak... Practice make perfect! kata omputih.. Orang melayu kata: Amalan membuat Sempurna.. <---he he bila guna google translate ini la jadi nya.. itu la pentingnya English education.....

Ok... back to our topic.... Kat bawah nih cara-cara macam mana nak sediakan bubur nasi bayi bagi ibu yang berkerja macam saya...

Tapi sebelum tu, kena la sediakan berasnya dulu... Waktu free atau masa hari minggu kisar beras dengan menggunakan blender kering hingga halus.. Dan simpan dalam tupperware atau bekas apa apa ikut la masing-masing... Biasanya saya tak basuh beras tuh sebelum kisar, sebab nak store lama kalau lembab nanti berkulat...

blender


So, bila dah ready, malam sebelum tidur, ambil portion beras yang nak di sediakan untuk pagi esok, basuh, dan masukkan dalam slow cooker. Saya selalu buat selang untuk 2 hari... Macam jenis slow cooker yang saya gunakan ni, saya lebihkan air dalam 3-5 portion beras.. (1 beras nisbah 3-5 bah. air) Kena agak-agak la...ikut brand slow cooker, mahal kalu banyak la features nya sikit... murah kaluu.. kena bijak!!


Masa anak saya umur 6 -12 tahun (updated: erk tersalah..6-12 BULAN) , dia akan tidur jam 9-10 malam dan jaga malam sekali untuk menyusu, dan biasanya pukul 3-4 pagi...

So masa pukul 9 malam saya akan masak bubur, bila anak bangun untuk menyusu tu pukul 3 pagi nanti, saya akan tutup slow cooker tadi.... Ambil puree food dalam freezer campur dalam bubur masa panas-panas (pernah blog pasal puree food dulu) dan kadang-kadang tabur ikan bilis (cara sediakan ikan bilis klik sini).


Pagi masa nak pergi kerja cedukkan bubur nasi tadi dalam tupperware untuk di bawak ke nursery atau bagi pada baby-sitter/bibik... Baki masuk dalam peti ais untuk hari seterusnya...

baby_food_storage

Tukar-tukar la perasa, kadang-kadang bubur nasi brokoli, atau bubur nasi labu, paling laku-zara suka nasi bubur bayam dan carrot... hingga jilat tupperware<---nampak sangat statement tipu..belum pandai jilat barang lagi kot masa ni.. dah nak masuk 10 bulan tu, boleh dah campur ikan merah atau ikan-ikan yang kurang tulang...

Sekian, itu lah cara saya menyediakan bubur bayi. Macam cara anda pula? jom share....


Note: Untuk yang di simpan dalam freezer kalau boleh biar bubur nasi sahaja yang belum dicampur dengan apa-apa puree food yang lain..

***



Iklan

Ingin mengadakan majlis aqiqah/birthday party dan ingin menjamu tetamu anda dengan brownies seperti di bawah ini?
sila ke page Big Bites Brownies




June 3, 2011

REJAB TELAH DATANG

Rejab dah nak mai... Dah abis ganti puasa? yang belum jom-jom cepat ganti...

Bila saya meng-Google, saya dapati macam-macam penulisan mengenai Fadhilat-Fadhilat Bulan Rejab nih... Nak share pun tak berapa yakin, sebab Mak cakap nak berguru pasal agama nih tak leh Google atau main Bing jer.... Kena ada ulama yang mengajarnya...

So petikan kat bawah ni jer la yang saya rasa baik untuk kita renungi bersama... semua bulan pun perlu buat kebaikan... cuma lebihkan lah sikit di bulan-bulan ini... Wallahu'alam

Jom-jom Baca... Sapa yang pandai buat lagu nasyid boleh juga nak tolong reka...

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


SYAWAL bulan kita bergumbira, 
di limpahi dum dam bunyik mercun. 
Perut kempis jadi kembung <--- ok rangkap ini aku tambah.. keh keh

June 1, 2011

CECUBA JIMAT SIKIT ELEKTRIK

Tarif elektrik di Malaysia telah naik. 
Apa Perlu Buat?
  1. Mengamuk depan kedai TNB?
  2. Pasang banner ramai-ramai berarak pergi parlimen jerit-jerit tak puas hati bil elektrik naik?
  3. Masuk TV bagi tahu Menteri-Menteri lantik kita jadi pentadbir negara?
  4. Stress sebab banyak benda nak kena bayar/semua barang naik?
Apa hasilnya kalau buat cam gitu? Badan sakit.. Masa terbuang.. Bil tetap akan datang dengan tarif yang baru...

Kita tak boleh nak ubah sistem.... tapi kita boleh ubah diri kita sendiri.... panduan di bawah di petik dari laman web 100 Ways to Save The Enviroment.
(di edit dengan keadaan yang sesuai di Malaysia)

Mari kita mulakan dengan penjimatan tenaga elektrik di dalam rumah kerana dalam masa yang sama pengurangan penggunaan elektrik akan menyebabkan kurangnya kesan rumah hijau.. Sebab elektrik dijana mengunakan pembakaran minyak arang batu yang akan menyebabkan alam semakin sakit dan mencair....sian dia...

In Your Home – Conserve Energy 
  1. Clean or replace air filters on your air conditioning unit at least once a month. Perlu lebih menjadi orang yang rajin membersihkan filter air conditioning dalam masa yang sama bagi peluh sikit badan tuh.
  2. If you have central air conditioning, do not close vents in unused rooms.<<< kalau dah pakai central air conditioning rasanya cukup kaya dan duit terlebih tak perlu berjimat kot.... tapi boleh jugak la kalau dilakukan untuk memelihara alam.
  3. Turn down or shut off your water heater when you will be away for extended periods.
  4. Turn off unneeded lights even when leaving a room for a short time.<<< ini memang banyak orang pandang mudah.. kalau anak ker suami ker lupa tutup, tutupkan jer la.. simpan bebelan tak puas hati kemas-kemas dalam jiwa... kalau nak bebel baru tutup dah rugi 7 sen...
  5. Set your refrigerator temperature at 36 to 38 and your freezer at 0 to 5 .
  6. When using an oven, minimize door opening while it is in use; it reduces oven temperature by 25 to 30 every time you open the door.
  7. Clean the lint (kain tiras) filter in your dryer after every load so that it uses less energy.<< negara kita ni panas terik kalau boleh gunalah sepenuhnya dengan jemur kain diluar, tapi kalau rasa perlu jugak dryer amalkan seperti dinyatakan di atas..
  8. Unplug seldom used appliances. <<< washing machine,  atau microvawe   amal-amalkan lah cabut plug-nya.. di bior jer semua kat soket, ate' mana mau jimatnye...
  9. Use a microwave when- ever you can instead of a conventional oven or stove.
  10. Turn off lights, computers and other appliances when not in use.
  11. Purchase appliances and office equipment with the Energy Star Label; old refrigerators, for example, use up to 50 more electricity than newer models. << sesiapa yang guna peti ais lama, tu pertimbangkan la modal beli baru untuk penjimatan elektrik jangka panjang.
  12. Only use electric appliances when you need them.
  13. Use compact fluorescent light bulbs to save money and energy.<<lampu malap-malap tuh banyak pakai elektrik, kurang-kurangla guna, tak pun ganti jer dengan fluorescent light bulbs
  14. Shut off electrical equipment in the evening when you leave work. <<heater air panas untuk buat susu anak tu pun kalau boleh tutup la.. balik kerja karang pasang semula
  15. Plant trees to shade your home.<<sapa rumah sendiri dan ada laman boleh la dipertimbangkan..kalau dah rumah tinggi cemana pulak nak tanam nyer, pokok kelapa pun belum tentu sampai
  16. Shade outside air conditioning units by trees or other means.
  17. Replace old windows with energy efficient ones.<<mengawal panas/haba masuk ke dalam rumah jadi kurang tenaga mengunakan ekon ataupun kipas.. sejuk jer rumah
  18. Use cold water instead of warm or hot water when possible.<< ni pun bagus jugak, kata orang mandi air sejuk pagi-pagi boleh membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan.. jom mandi air sejuk...
  19. Connect your outdoor lights to a timer.
  20. Buy green electricity - electricity produced by low - or even zero-pollution facilities (NC Greenpower for North Carolina - www.ncgreenpower.org). In your home-reduce toxicity.<<ini pun boleh kalau ada modal

Ini hanya panduan, terpulang kepada individu masing-masing samada merasakan panduan ini berguna atau tidak.. bak kata suami ku kita kena cari jalan "buka paip lebih" untuk mengubah hidup kita, bukan hanya bergantung kepada bantuan kerajaan sahaja...

Analogi-nya paip sebagai sumber pendapatan, besen tadah air sebagai mengawal pendapatan dan cawan sebagai perbelanjaan. Kalau guna air lebih tapi tidak ada mencari jalan cara "membuka paip lebih" tak jadi jugak.. kita kena belajar keluar daripada comfort zone dan mengubah hidup kita sendiri...Wallahu'alam...  Panduan buat diri ku yang mudah lupa juga...

jimat_elektrik
klik pada gambar untuk lebih jelas

sumber gambar sayang bumi dari sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...