Sebab dah janji dekat last post, nak cerita macam mana nak buat coleslaw? Ini lah dia straight forward jer nak bagi tau cara saya buat coleslaw.....
So here it goes, Macam Mana Nak Buat Coleslaw?
Bahan-Bahan buat coleslaw sangat la simple. Yang tak simple nak memotongnya sahaja. (-___-")
- Carrot
- Kobis Bulat
- Mayonis
- Yogurt Asli (saya tak selalu guna sebab tak selalu ada yogurt dalam fridge)
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
- Lemon
Berapa portion bahan-bahan tu kena agak-agak, sebab kobis bulat tu mana ada standard size kan? Kena agak-agak, kalau besar macam tembikai tu separuh cukup kot. Kalau nak hidang dekat ramai orang kena lebih pulak portion nya.
Macam kali ni buat untuk 5 orang makan, saya gunakan separuh Medium Size Kobis Bulat yang kemudian di cincang halus.
Carrot pulak banyaknya separuh dari banyaknya kobis tadi. Cincang macam dalam gambar. Nak panjang-panjang sikit pun molek juga. Ikut la kreativiti pemotongan carrot anda.
Campurkan dan gaulkan kedua kobis dan carrot tadi, selepas itu campurkan dengan mayonis. Agak-agakla hingga berpalut mayonis tu dengan sayuran tadi. Banyak sangat pun tak OK, sebab bila simpan dalam fridge nanti dia akan berair, air sayur tu keluar. #ehyeker?
Last sekali perahkan sedikit perahan jus lemon. Kemudian kukus, grill, panggang... hahaha percaya ker?
GURAU jer yer... Perahkan sikit jer jus lemon, nak potong muaknya mayonis tadi. Kemudian taburkan garam dan sedikit serbuk lada hitam. Agak-agak ikut citarasa anda. Kalau tak suka lada hitam atau lemon, takperlu la masukkan.
Selepas itu, sejukkan coleslaw tadi 2-3 jam di dalam fridge sebelum dihidangkan...
Tambahan: Pada yang nak guna yogurt tak perlu tambah lemon, sebab masamnya berganda nanti. Yogurt biasanya 1/2 dari jumlah mayonis yang digunakan. Katakan guna 2 sudu mayonis letak hanya 1 sudu yogurt. Tetapi saya tak guna yogurt. Hanya mayonis sahaja.
Sekian itu lah cara Macam Mana Nak Buat Coleslaw.... Coleslaw boleh dimakan dengan hidangan burger bakar, chicken chop, makaroni cheese dan western food yang lain-lain.
Selamat mencuba... Resepi di ubah sedikit daripada resipi asal dari buku Chef Hanieliza.
-The End-
3 comments:
sdp2.. tapi aku beli lady's choice punya mayo for coleslaw. pun sdp.. :-)
aah, yang warna kuning tu pun sedap jugak, tapi kebetulan mayonis tu jer ada kat umah. huhuu
sungguh sedap rupa coslow mu itu...weh dulu aku keje marrybrown..buat coleslow :p
Post a Comment