July 31, 2012

Kancil Senget

by Taste Of Tapah

Suatu pagi yang dingin, ketika jem di pusat bandaraya Kolumpo. Aku seolah bukan menyusur jalan lagi, tetapi lebih kepada 'parking berjemaah' apabila ingin memasuki susur ke Jalan Sultan Ismail...

Apabila dah puas aku menekan punat radio. Dari ERA ke HOT ke HIT ke SINAR... memang semua tak berjaya menjentik halwa telinga yang runsing tak sampai opis lagi....

Akhirnya aku keluarkanlah telefon dan mula snap gambar sini, snap gambar sana....

Sedang asyik merakamkan gambar pemandangan pagi di kolumpo, tiba-tiba melintas laju kereta kancil ini, dan kelajuan menghasilkan kereta kancil senget yang comel...




k itu jer cerita kali ni pun... layan jer la k.. haha


p/s** oleh kerana Malaysia ni negara maju, sebab tu kita perhatikan ada sampah di bahagian bawah kanan gambar.... Lepas itu sampah tu pergi ke sungai, berkumpul sampai blok laluan air, Kolumpo banjir... salahkan SMART Tunnnel sahaja....Bijak memang Bijak! Banyak sebab yer banjir boleh berlaku... dan paling utama itu kuasa Allah S.W.T...

Alangkan TITANIC pun boleh karam....


July 17, 2012

Jambangan Buah Perisik

by Taste Of Tapah

Dah lama ummi teringin nak mengubah jambangan buah. Namun tak berkesempatan. Sebab tak der special event untuk nak di hadiahkan jambangan buah tersebut. 

Weekend yang lepas, Ummi dan Babah ditugaskan sebagai perisik. Tapi bukan la perisik macam 007. Tugas ummi dan babah ialah merisik Puteri untuk Sang Putera... Siapa lah gerangan Putera itu? Putera tu pakcik awak la Zara, adik babah. =)

Sesuai dengan keinginan ummi nak deco buah, ummi pun siapkan jambangan buah untuk di hadiahkan kepada si puteri.... Taaada.....

***

Inilah gambar cover cute *sila pitam* sambil bawak jambangan buah strawberry dan pisang celup cokelat. Macam rasa first time ummi letak muka sendiri dekat belog.. ngeh ngeh.. erm gambar Zara kena ada juge.



Entahlah ok ke tidak jambangan ni, (-__-") Nasib baik mak mertua jenis sempoi.. Kira main bawak jer la buah ni sebagai geng mengiringi cincin perisik.... *sila abaikan editing yang sungguh amatur*


OK gambar buah kena banyak sebab syiok sendiri.. kah kah. Sebenarnya topping cokelat ni tak berapa nak jadi, lain kali kena eksperimen dengan lebih kerap lagi.. 

***


Ni pulak bakul cekelat, di gubah dalam raga oleh your's truly.. Harga deco semua 30 ringgit. Gambar atas pakai speed light. Gambar bawah pula tidak, itulah penerangan effect gelap dan cerah yang anda lihat. Diri amatur nak guna editing photo. Letak watermark tu pun kategori rajin sudah...



***



Akhir sekali, bekas wajib.... tempat letak cincin risik.... OK bekas risik dan tunang ni turun temurun. Usia dah 4 tahun. Masih kekal anggun dengan sedikit sentuhan untuk nampak baru. Hurm dah lama tak buat deco benda-benda macam ni, sekali sekala buat seronok juge =)

***


Namun walaupun ummi suka buat deco gini, ummi masih berpendapat yang paling penting bukan lah terletak pada iringan ini semua, hadiah ini semua berharapan semoga mengukuhkan lagi tali silaturrahim yang akan di bina untuk kedua belah keluarga. Pengisiannya yang lebih penting. Yang dirisik perlu lebih menjaga diri, makala yang merisik pula perlu menggandakan lagi usaha untuk perbaiki ekonomi kerana selepas ini perlu mengambil tanggungjawap menjaga seorang wanita yang sebelum ini dipikul oleh ayahnya.

Untuk kedua adik ipar dan bakal biras ku.... Semoga satu langkah baru ini diberkati Allah dan dipelihara hubungan baik ini hingga kamu disatukan sebagai suami dan isteri.... Lepas dah jadi suami isteri nanti baru kita harapkan berpanjangan pula hingga ke syurga.... 

Sekian.

terima kasih kepada photographer tersohor en suami dan cik jimah

July 10, 2012

Lagu Lepas Golek-Golek Sebelum Tidur

by Taste Of Tapah

Tiga hari Ummi akan ke Penang outstation again...
Zara pulak Ummi hantar ke rumah Mak Ummi di kampung Tapah....

Sunyi nyer malam-malam tak bersembang dengan budak bijak sorang ni....
Jadi belog hari ini sempena rindu Ummi pada Zara.. 
Ummi post-kan lagu Ummi selalu nyanyi dengan Zara golek-golek atas katil sebelum tido sejurus selepas aktiviti gelak-gelak dan geletek-geletek serta guling-guling... oh sangat burn kalori! :)

Ummi suka kalau Zara sentiasa ingat lagu ni, sebab dalam hidup kita ini tak sentiasanya indah... 
Kena selalu kembali pada Dia waktu suka dan waktu duka...

Hamba-Hamba Allah by Opick


Hidup di dunia
Hanya sebentar saja
Bila duka
Bila tawa
Semoga hati kembali padaNya

Waktu yang berlari
Takkan pernah bisa
Kembali lagi
Bila perih
Bila sedih
Airmata bukan segalanya

Hanya hamba Allah yang selalu berserah
Hanya hamba Allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara

Detik waktu kan berlalu
Suka duka kan berlalu
Tiadalah semua abadi
Tangis Tawa Airmata
Semuakan berlalu dan pergi

Hanya pada Allah
Hati kan berserah
Hanya pada Allah
Jiwakan berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara

Hanya hamba allah yang selalu berserah
Hanya hamba allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada dia semua bermuara

Hanya pada Allah hati kan berserah
Hanya hamba Allah jiwa kan berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara
Semua kan bermuara ..

lyrics copy from beloq Aznani

July 4, 2012

Tangisan Kekuatan Jiwa

by Taste Of Tapah



Satu pagi yang agak tidak kurang sibuknya seperti pagi-pagi yang lain, aku menerima pesanan BBM daripada seorang yang aku gelar sahabat.

Banyak masalahnya bersama suami yang diluahkan hingga sayu aku membacanya. Dan menjadi tanggungjawap seorang sahabat untuk membantu sahabatnya kembali tersenyum.......

Alhamdulillah, Allah sering memberi peluang aku didatangi oleh rakan-rakan untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi... Sebab dengan cara itu aku rasa Allah ingin aku sendiri memperbaiki diri aku. Melalui masalah-masalah itu aku nampak 'kekurangan' yang aku pernah lakukan, tanpa sedar... 

"Mungkin ini cara 'Dia' menegur ku....." kataku dalam hati

Aku soroti setiap masalah, dan aku nampak kekuatan dalam setiap penceritaan... Allah menjadikan wanita itu seperti lemah, sering mengalirkan air mata, namun sebenarnya, pada setiap tangisan air mata yang mengalir, kekuatan jiwa mereka itu terisi.... Wanita menjadi semakin tabah dan kuat. Mengharungi pahit maung rumahtangga, masalah keluarga atau mertua, masalah dengan anak, masalah kewangan, masalah dengan teman istimewa, masalah dengan rakan sekerja atau sekolej, masalah kesihatan dan banyak lagi masalah yang kadang tak terjangkau di fikiran aku.

Dan dari situ aku selalu tersenyum, kerana mereka yang mendekatiku ini semuanya disayangi Allah... 

Bagaimana kita jika sayang pada seseorang? Kita menghubungi mereka, kita SMS, BBM, email..bertanya khabar, ziarah. Tetapi kalau kita lupa, langsung kita tidak ambil tahu perihal orang yang kita lupakan itu....

Begitu juga Allah, dia sayang pada sahabat-sahabatku yang datang mengadu ini, sebab itu Allah uji... Dia tak mahu orang yang disayanginya terus leka dan terlalu bergembira dengan dunia.. Kerana lupa dan leka membuat hati manusia mati.... 

Aku amat yakin ada antara sahabatku yang tidak mahu mendengar kata-kata semangat yang panjang lebar, mereka merasa cukup bila ada yang mendengar, dengan meluah itu mereka akan merasa perlahan-lahan bebanan itu hilang...

Pada semua sahabat ku, kita semua diuji dengan cara berbeza... Setiap ujian itu sesuai dengan kekuatan kita... Namun jangan 'kita' (nasihat diri sendiri juga) pegang masalah itu terlalu lama. 

***


Pernah saya mendengar satu cerita Perihal gelas..Gelas itu kita semua tahu ringan sahaja.


Di satu kelas, datang seorang pensyarah, menyuruh salah satu muridnya memegang sebiji gelas yang berisi sedikit air. Murid itu pun tersenyum sinis merasakan perkara itu terlalu mudah untuknya... 

Tanpa berlengah dia pun terus memegang gelas tersebut.



Memang gelas itu ringan sahaja, dan dengan mudah murid itu dapat melaksanakannya... Kelas mulai bising kerana semua murid-murid yang lain tertanya-tanya , apa motif sebenar pensyarah tersebut?

Seminit telah berlalu, akhirnya murid tadi bertanya, "Boleh saya turunkan gelas..."

 Pensyarah itu menjawap, "Kenapa? Anda rasa penat?"

"Ya" jawap murid itu ringkas.

"Teruskan lagi memegang hingga 5 minit"

Akhirnya murid tersebut mengalah kerana terasa terlalu kejang tangan dan lengannya, menyebabkan merasa berpeluh anggota badannya....

"Apa awak rasa akan jadi jika awak terus memegang gelas tadi untuk tempoh 1 jam?" tanya pensyarah tersebut.

"Mungkin saya pitam atau pengsan" jawapnya spontan seolah-olah sudah memahami maksud pensyarah itu...

***

Moral of the story, begitulah juga kita... walaupun masalah kita seharian dalam hidup ini terlalu ringan/kecil pada pandangan kita, sebagaimana ringannya gelas tadi, tetapi apabila kita memengangnya terlalu lama, ianya pasti membebankan emosi dan akal fikiran kita... Malah jika tidak kita lepaskan atau selesaikan ianya mungkin mudarat pada kesihatan kita sendiri.

Oleh itu lepaskanlah masalah kita walau sekecil manapun, jika ada dendam lepaskanlah dengan cara memaafkan, jika ada kesedihan lalu, lupakan dan keep moving forward, jika ada dosa dan masalah yang ringan sekalipun, bertaubat dan kembalikannya pada Allah pencipta setiap inci tubuh kita, mengadulah padaNya. Malah menangislah... Menangislah kerana Allah. Semoga dengan tangisan kekuatan jiwa itu akan hadir.

Dengan cara itu hidup kita akan menjadi lebih tenang, kecergasan juga semakin bertambah...

sekian cerita hari ini sebagai pengubat hati saya dan kalian yang membacanya.... :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...