July 4, 2012

Tangisan Kekuatan Jiwa

by Taste Of Tapah



Satu pagi yang agak tidak kurang sibuknya seperti pagi-pagi yang lain, aku menerima pesanan BBM daripada seorang yang aku gelar sahabat.

Banyak masalahnya bersama suami yang diluahkan hingga sayu aku membacanya. Dan menjadi tanggungjawap seorang sahabat untuk membantu sahabatnya kembali tersenyum.......

Alhamdulillah, Allah sering memberi peluang aku didatangi oleh rakan-rakan untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi... Sebab dengan cara itu aku rasa Allah ingin aku sendiri memperbaiki diri aku. Melalui masalah-masalah itu aku nampak 'kekurangan' yang aku pernah lakukan, tanpa sedar... 

"Mungkin ini cara 'Dia' menegur ku....." kataku dalam hati

Aku soroti setiap masalah, dan aku nampak kekuatan dalam setiap penceritaan... Allah menjadikan wanita itu seperti lemah, sering mengalirkan air mata, namun sebenarnya, pada setiap tangisan air mata yang mengalir, kekuatan jiwa mereka itu terisi.... Wanita menjadi semakin tabah dan kuat. Mengharungi pahit maung rumahtangga, masalah keluarga atau mertua, masalah dengan anak, masalah kewangan, masalah dengan teman istimewa, masalah dengan rakan sekerja atau sekolej, masalah kesihatan dan banyak lagi masalah yang kadang tak terjangkau di fikiran aku.

Dan dari situ aku selalu tersenyum, kerana mereka yang mendekatiku ini semuanya disayangi Allah... 

Bagaimana kita jika sayang pada seseorang? Kita menghubungi mereka, kita SMS, BBM, email..bertanya khabar, ziarah. Tetapi kalau kita lupa, langsung kita tidak ambil tahu perihal orang yang kita lupakan itu....

Begitu juga Allah, dia sayang pada sahabat-sahabatku yang datang mengadu ini, sebab itu Allah uji... Dia tak mahu orang yang disayanginya terus leka dan terlalu bergembira dengan dunia.. Kerana lupa dan leka membuat hati manusia mati.... 

Aku amat yakin ada antara sahabatku yang tidak mahu mendengar kata-kata semangat yang panjang lebar, mereka merasa cukup bila ada yang mendengar, dengan meluah itu mereka akan merasa perlahan-lahan bebanan itu hilang...

Pada semua sahabat ku, kita semua diuji dengan cara berbeza... Setiap ujian itu sesuai dengan kekuatan kita... Namun jangan 'kita' (nasihat diri sendiri juga) pegang masalah itu terlalu lama. 

***


Pernah saya mendengar satu cerita Perihal gelas..Gelas itu kita semua tahu ringan sahaja.


Di satu kelas, datang seorang pensyarah, menyuruh salah satu muridnya memegang sebiji gelas yang berisi sedikit air. Murid itu pun tersenyum sinis merasakan perkara itu terlalu mudah untuknya... 

Tanpa berlengah dia pun terus memegang gelas tersebut.



Memang gelas itu ringan sahaja, dan dengan mudah murid itu dapat melaksanakannya... Kelas mulai bising kerana semua murid-murid yang lain tertanya-tanya , apa motif sebenar pensyarah tersebut?

Seminit telah berlalu, akhirnya murid tadi bertanya, "Boleh saya turunkan gelas..."

 Pensyarah itu menjawap, "Kenapa? Anda rasa penat?"

"Ya" jawap murid itu ringkas.

"Teruskan lagi memegang hingga 5 minit"

Akhirnya murid tersebut mengalah kerana terasa terlalu kejang tangan dan lengannya, menyebabkan merasa berpeluh anggota badannya....

"Apa awak rasa akan jadi jika awak terus memegang gelas tadi untuk tempoh 1 jam?" tanya pensyarah tersebut.

"Mungkin saya pitam atau pengsan" jawapnya spontan seolah-olah sudah memahami maksud pensyarah itu...

***

Moral of the story, begitulah juga kita... walaupun masalah kita seharian dalam hidup ini terlalu ringan/kecil pada pandangan kita, sebagaimana ringannya gelas tadi, tetapi apabila kita memengangnya terlalu lama, ianya pasti membebankan emosi dan akal fikiran kita... Malah jika tidak kita lepaskan atau selesaikan ianya mungkin mudarat pada kesihatan kita sendiri.

Oleh itu lepaskanlah masalah kita walau sekecil manapun, jika ada dendam lepaskanlah dengan cara memaafkan, jika ada kesedihan lalu, lupakan dan keep moving forward, jika ada dosa dan masalah yang ringan sekalipun, bertaubat dan kembalikannya pada Allah pencipta setiap inci tubuh kita, mengadulah padaNya. Malah menangislah... Menangislah kerana Allah. Semoga dengan tangisan kekuatan jiwa itu akan hadir.

Dengan cara itu hidup kita akan menjadi lebih tenang, kecergasan juga semakin bertambah...

sekian cerita hari ini sebagai pengubat hati saya dan kalian yang membacanya.... :)



4 comments:

ejaMaria said...

pengubat hati saya juga...
terima kasih berkongsi...

Nur Hareza said...

pesanan dan ingatan yang amat terkesan.. terima kasih...

Taste Of Tapah said...

eja and Beja Thanks for reading..

sama-sama kita berpesan-pesan :)

Anonymous said...

tq.pesann yg amt brguna.izin copy kisah ni...utk ingatn buat smua.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...