Showing posts with label TASTE OF MINE. Show all posts
Showing posts with label TASTE OF MINE. Show all posts

April 13, 2014

Macam Mana Nak Buat Sambal Telur 3 Rasa?

by Taste Of Tapah

Salam. Wow! Ni first time ummi berblog thru handphone! (Tepuk bahu sendiri)

Lamanya nak share macam-macam kat belog ni. Tapi sebab banyak la komitmen. Semua simpan kemas idea ummi.

Weekend ni umar demam. Zara muntah-muntah. Ummi plak baru recover food poisoning.  Waktu ni zara dan umar sedang tidur... dan ummi memerhati kedua2nya sambil tangan ligat menyusun ayat.

Tengah hari tadi ummi sempat jugak masak alhamdulillah.  Thanks to babah jagakan zara & umar masa ummi masak.

Oleh kerana tak sempat ke pasar, masak jer la apa yang ada...

so terkeluarlah idea Macam Mana Nak Buat Sambal Telur 3 Rasa...

Mesti ramai dah terror setakat masak sambal telur 3 rasa... so post kali ni khas untuk yang kawin baru pandai nak ke dapur macam aku.... pastu tiap kali nak masak telefon mak tanya resepi. Muahaha


Bahan bahan dan cara membuatnya:


Nanas dalam tin dipotong dadu ikut creativity


Telur Goreng


Bawang besar, bawang putih, halia untuk menumis
portion setiap satu 3:2:1

Ditumis dengan cili kering yang dikisar seperti gambar dibawah


Setelah pecah minyak masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula serta sedikit air.
Cukupkan manis masin dan masam. Baru la 3 rasa.


kemudian masukkan telur dan nanas tadi. Biarkan seketika... dan siap.


Kalau ada daun bawang elok hiaskan dengan sedikit hirisan daun bawang. Baru la ceria. Kat rumah Ummi takder daun bawang. Makanya merah dan kuning jer la...

k... memang membangkit selera. Selamat bertiga rasa!!!! :b

February 24, 2014

Brownies

by Taste Of Tapah

Rindu rasanya nak menulis, walaupun sekarang facebook, keek, twitter, instagram banyak mengambil alih cara meluahkan penulisan dan kenangan, bagi ummi yang dah lama menulis blog, kepuasan itu tetap pada karangan dan luahan pada blog.

Taste Of Tapah ini alhamdulillah, menjadi kunjungan kebanyakkan daripada mereka-mereka yang mahukan informasi tentang bagaimana penyediaan makanan solid food kepada anak yang baru lahir, juga tak kurang untuk mengetahui resepi-resepi yang ummi kongsikan.

Moga amalan mereka itu menjadi satu manfaat kepada anak2 dan keluarga seterusnya mengalir juga sedikit pahala buat ummi.

***

Alhamdulillah atas nikmat. Ummi betul-betul banyak kena muhasabah diri mengira kesyukuran atas nikmat yang Allah beri. Rutin harian dari pagi ke pagi amat menguji diri untuk sentiasa merasa bersyukur.

Keluhan tetap kedengaran di beberapa ketika, rungutan dan ketidakpuasan hati tetap terpacul di benak hati. Namun ini lah yang perlu diselusuri oleh setiap Ibu yang bekerjaya.

Alhamdulillah disebalik kesibukan itu, Ummi dapat juga melebarkan sayap menceburi seuatu bidang yang amat Ummi minati. Iaitu perniagaan brownies. Ummi Babah dan Zara memang peminat coklat yang tegar. Oleh itu brownies ini adalah hidangan yang selalu Ummi hidangkan. Kini Ummi ingin kongsikan kesedapan rasa coklat asli brownies homemade ummi ini kepada orang lain.

brownies

brownies_topping

Brownies_Oreo

Brownies_Nuttela_Walnut

brownies_combo

Doakan ummi untuk teruskan minat ini. Serius bila buat kek rasa macam terapi diri.. Hilang penat. huhu





untuk yang berminat boleh lah whatapps/message ummi di 019-3757795
atau yang ada Instagram follow ummi di bigbitesbrownies
atau Facebook : bigbitesbrownies 
**baru jer bukak account FB & IG. so mmg tak buat awareness lagi








December 21, 2012

Kenangan Lalu di Akhir Tahun

by Taste Of Tapah

Satu kejadian di hari jumaat yang tenang ini begitu mengimbau akan kenangan lama ketika diri masih lagi sedang melanjutkan pelajaran di Universiti.

Belajar di Universiti swasta di Lembah Klang dan mendapat pinjaman per semester daripada sebuah Yayasan bukan lah semudah yang di sangka. Pinjaman itu lah untuk membayar asrama dan yuran serta biaya harian. Mak dan Ayah ada memberi secara bulanan, tapi apabila waktu tak cukup, tidak akan tergamak menelefon untuk mengatakan tidak cukup duit.

***

Ingat lagi kisah sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti, dengan berbekalkan Diploma, aku bekerja sebagai Site Supervisor, ada seorang pakcik di Site tempat aku bekerja menerima satu panggilan telefon. Begitu bersemangat dia bercakap dalam telefon dengan nada yang gembira! Tetapi sejurus selepas conversation berakhir dan beliau meletakkan telefon, aku lihat jauh menungnya.... Rautnya yang tadi gembira, bertukar menjadi muram. Tergerak hati bertanya pada pakcik yang agak rapat dengan diri aku ketika itu...

"Kenapa monyok je En. Mat? Tadi happy jer bercakap pung pang pung pang dalam telefon. Siapa yang call?" tegurku selamba menyibuk hal orang.

"Biasalah anak telefon......(senyap sebentar) Mintak Duit........" jawap ringkas pakcik dengan nada yang kurang bersemangat.....

Walaupun jawapannya ringkas, namun perasaannya ketika itu dapat ku selam. Pengorbanan seorang ayah kepada anak-anaknya. Bila bercakap dengan anak, seolah-olah duit itu perkara mudah baginya, namun bagaimana si ayah mendapatkan duit tersebut, itu yang membuat Pakcik jauh termenung......

Demi kejayaan anak-anak, demi tanggungjawap, Pakcik memikul tanggungjawap memberi yang terbaik kepada anak-anak walaupun perkara itu sukar. Malah anak-anak tidak perlu tahu kesukaran itu..

***

Terus wajah ibu dan ayah ku terbayang di dalam kotak fikiran. Betapa tidak pernah mereka mengeluh atau muram bila duit diminta oleh aku untuk kegunaan sekolah, yuran pengajian, lawatan sekolah, pakaian dan sebagainya. Sentiasa ada. Padahal mereka dari golongan yang biasa-biasa sahaja.

Mungkin jauh di sudut hati ibu dan ayah aku, mereka juga turut merasa payah dan merenung jauh mendapatkan segalanya keperluan buat kami adik beradik.

Semenjak peristiwa itu, aku nekad cukup lah apa yang diberi oleh ayah dan mak, jika sejumlah itu yang dihulur untuk bulan itu, itu lah aku guna...

Teringat pernah sekali dekat asrama ketika poket semakin kering, cukup lah masak nasi putih berlaukkan air garam, telur goreng kongsi berdua dengan roomate. Ketika itu nikmatnya tidaklah terkata.

Banyaklah lagi cerita-cerita yang membuatkan kita semua seorang manusia menjadi lebih kuat dan tabah.  Setiap orang melaluinya, dengan tahap keupayaan dirinya. Semua itu mematangkan kita.

Hingga apabila berhadapan dengan perkara remeh, membuatkan kita rasa apa jua pendapat orang mengenai kita tidak lah begitu penting, asal Allah tahu apa sebabnya...

Hurm itu lah dia, setiap kejayaan yang dilalui perlulah di ikuti dengan pengorbanan...

Cerita ini ku coret, hanyalah untuk aku dan anak-anak ku kelak, sentiasa ingat semua orang akan melalui cabaran hidup, sentiasa sedar ada lagi orang lebih sukar kehidupannya, dan jangan sombong bila mencapai sesuatu kesenangan.







November 4, 2012

Macam Mana Nak Buat Coleslaw?

by Taste Of Tapah

Sebab dah janji dekat last post, nak cerita macam mana nak buat coleslaw?  Ini lah dia straight forward jer nak bagi tau cara saya buat coleslaw.....


Sebelum ni dah pernah belog pasal Macam Mana Nak Buat Burger Bakar? Lepas tu pernah jugak belog pasal Macam Mana Nak Buat Roti John?... This is the next series of 'Macam Mana Nak Buat..." topic.

So here it goes, Macam Mana Nak Buat Coleslaw?

Bahan-Bahan buat coleslaw sangat la simple. Yang tak simple nak memotongnya sahaja. (-___-")

  1. Carrot
  2. Kobis Bulat
  3. Mayonis
  4. Yogurt Asli (saya tak selalu guna sebab tak selalu ada yogurt dalam fridge)
  5. Garam
  6. Serbuk Lada Hitam
  7. Lemon
Berapa portion bahan-bahan tu kena agak-agak, sebab kobis bulat tu mana ada standard size kan? Kena agak-agak, kalau besar macam tembikai tu separuh cukup kot. Kalau nak hidang dekat ramai orang kena lebih pulak portion nya.


Macam kali ni buat untuk 5 orang makan, saya gunakan separuh Medium Size Kobis Bulat yang kemudian di cincang halus.


Carrot pulak banyaknya separuh dari banyaknya kobis tadi. Cincang macam dalam gambar. Nak panjang-panjang sikit pun molek juga. Ikut la kreativiti pemotongan carrot anda.


Campurkan dan gaulkan kedua kobis dan carrot tadi, selepas itu campurkan dengan mayonis. Agak-agakla hingga berpalut mayonis tu dengan sayuran tadi. Banyak sangat pun tak OK, sebab bila simpan dalam fridge nanti dia akan berair, air sayur tu keluar. #ehyeker? 



Last sekali perahkan sedikit perahan jus lemon. Kemudian kukus, grill, panggang... hahaha percaya ker?
GURAU jer yer... Perahkan sikit jer jus lemon, nak potong muaknya mayonis tadi. Kemudian taburkan garam dan sedikit serbuk lada hitam. Agak-agak ikut citarasa anda. Kalau tak suka lada hitam atau lemon, takperlu la masukkan.

Selepas itu, sejukkan coleslaw tadi 2-3 jam di dalam fridge sebelum dihidangkan...

Tambahan: Pada yang nak guna yogurt tak perlu tambah lemon, sebab masamnya berganda nanti. Yogurt biasanya 1/2 dari jumlah mayonis yang digunakan. Katakan guna 2 sudu mayonis letak hanya 1 sudu yogurt. Tetapi saya tak guna yogurt. Hanya mayonis sahaja.

Sekian itu lah cara Macam Mana Nak Buat Coleslaw.... Coleslaw boleh dimakan dengan hidangan burger bakar, chicken chop, makaroni cheese dan western food yang lain-lain.

Selamat mencuba... Resepi di ubah sedikit daripada resipi asal dari buku Chef Hanieliza. 

-The End-




October 31, 2012

Macam Mana Nak Buat Burger Bakar?

by Taste Of Tapah

Agak-agak lewat tak nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha semua.... hehe. Maaf la sunyi sepi Taste Of Tapah buat seketika... Bila dilihat senarai post publish; September 2012 hanya ada 1 entry sahaja. Dan menyedari bulan Oktober berakhir hari ini. Cepat-cepat menyelit masa untuk menukilkan satu post khas untuk bulan Oktober 2012... 

Sungguh tidak proactive.... (-___-")

Macam mana raya Aidiladha korang? Ada yang status facebook and twitter cerita jem sini sana. Ada yang cerita banyak dapat daging qurban, ada  yang tak dapat langsung. Ada yang sunyi keluarga pergi menyahut panggilan Allah menunaikan Haji di Makkah. Ada juga yang cerita pengalaman Haji mereka tahun ini...

Apapun jua ceritanya semua berkisar tentang ibadah Qurban dan Haji. Dua Ibadah yang hanya dapat dilakukan pada bulan Zulhijjah.

Termasuklah saya yang hari ini ingin menceritakan kisah diri teringin sangat merasa Burger Bakar!! Sana sini sekarang heboh diperkatakan Burger Bakar ni. Kedai Burger Bakar pula bagai cendawan yang tumbuh. Ada Kaw-Kaw, ada Abg Burn, ada Rawang Burger Bakar. Ada macam-macam lagi...

Namun kasihan kan diri belum pernah dapat berkunjung ke gerai-gerai tersebut... Maka pada hari Raya Aidiladha yang lalu, suami pun marayau la mencari gerai yang buka pada hari-hari pertama dan kedua raya disekitar Wangsa Maju, Dagang Avenue. Malangnya tiada yang buka. Mestilah diorang nak raya jugak kan.

Kemudian keinginan berkubur...

Tetapi ianya kembali mekar apabila kebetulan bila balik ke Tapah ada bahagian daging Qurban yang dilaksanakan adik ku yang bongsu disimpan Mak. Alhamdulillah, apa lagi terus teringin sangat nak buat Burger Bakar guna daging fresh dan confirm sembelih ituew.... (panjang dah intro.. bila la nak cerita cara buat buger nya? hahaha)

Apa lagi first timer mana tau nak bikin, kena tanya gugel le dulu.. Gugel Gugel.. Macam Mana Nak Buat Burger Bakar? Jumpa la resepi-resepi berkenaan dekat page Jom Makan-MakanJamie Oliver dan Bengelina blogspot.

Combine kan resepi diorang jadilah cam gini:



Pakai camera handphone, jadinya tak clear la sangat.. Tapi bila semua makan agak laju dan tak berkata.. sedap la kot. huhu statement perasan sangat.. keh keh


Mula-mula saya gunakan daging qurban yang telah di kisar... Berat 750 gram. dan gunakan bawang besar medium size lebih kurang 3 biji dipotong dadu. Tapi next time macam nak bagi lagi hancur bawang ni.


Selepas itu saya gunakan 9 keping biskut Jacobs yang ditumbuk sebegini rupa. Korang nak guna blender kering pun boleh. Yang penting matlamat biskut itu hancur.

Maaf proses selepas ini tidak sempat ditangkap gambar sebab tangan dah berlemuih uli daging.

Proses seterusnya: Masukkan Daging, Bawang Besar, Biskut Jacob hancur tadi dalam bekas.... Lepas tu tambah Bahan-bahan perisa..

Perisa yang digunakan adalah:
Garam ikut rasa, <---- bahan ni penting.. Agak agak yer
Serbuk Lada Hitam dalam 2 sudu besar (agak-agak yer), 
Daun Oregano dah kisar pun lebih kurang 2 sudu besar, 
Sedikit sangat serbuk Paprika
dan bahan  paling penting sebagai agen lekatan bahan-bahan tadi adalah 2 biji telur type A (besar punya)

Masukkan semua bahan dalam bekas dan uli sampai jadi macam kat bawah nie. Saya masukkan keju Chesdale yang dipotong-potong kat tengah Patty Burger ni macam proses masukkan inti kelapa dalam kuih cucur badak tu. So that, bila gigit nanti konon ada la cheese mengalir..  Nak guna parmesan cheese pun boleh. Kalau guna Pamesan Cheese nak uli sekali pun boleh, nak letak tengah pun boleh. 


 Bahan-bahan tadi menghasilkan 8 burger patties gemuk besar seberat 150 gram satu plus satu kecik untuk anakku Zara. hehe. Gambar seperti di atas. 


Proses bakar serah pada Encik Suami. Masa panas-panas letak keju chesdale sekeping atas burger, nanti dia lembik dan menambah kalori kepada hidangan. Dan terliur melihatnya. Slurp.

Jangan lupa beli Roti Bun, Karang burger dah siap kena makan dengan nasi. Sayuran seperti Salad, Timun, Tomato ikut la selera sayuran anda untuk hidangan. Saya hidangkan bersama Black-pepper Sos,  Mayonis, Sos Cili, Salad dan Tomato. 



Moh ler kita makan Home Made Burger Bakar! Memang Puas Hati. Kalau malas nak bakar guna arang bagai boleh jer pakai pan burger dan guna dapur gas. Ataupun guna Pemanggang Ajaib keluaran Menang. (Kalau ada la) hehe

Selamat Mencuba.. Hari tu kami makan dengan hotdog bakar dan home made coleslaw. Cara nak buat coleslow? Nanti lah next entry. Tunggu..........


-The End -

July 17, 2012

Jambangan Buah Perisik

by Taste Of Tapah

Dah lama ummi teringin nak mengubah jambangan buah. Namun tak berkesempatan. Sebab tak der special event untuk nak di hadiahkan jambangan buah tersebut. 

Weekend yang lepas, Ummi dan Babah ditugaskan sebagai perisik. Tapi bukan la perisik macam 007. Tugas ummi dan babah ialah merisik Puteri untuk Sang Putera... Siapa lah gerangan Putera itu? Putera tu pakcik awak la Zara, adik babah. =)

Sesuai dengan keinginan ummi nak deco buah, ummi pun siapkan jambangan buah untuk di hadiahkan kepada si puteri.... Taaada.....

***

Inilah gambar cover cute *sila pitam* sambil bawak jambangan buah strawberry dan pisang celup cokelat. Macam rasa first time ummi letak muka sendiri dekat belog.. ngeh ngeh.. erm gambar Zara kena ada juge.



Entahlah ok ke tidak jambangan ni, (-__-") Nasib baik mak mertua jenis sempoi.. Kira main bawak jer la buah ni sebagai geng mengiringi cincin perisik.... *sila abaikan editing yang sungguh amatur*


OK gambar buah kena banyak sebab syiok sendiri.. kah kah. Sebenarnya topping cokelat ni tak berapa nak jadi, lain kali kena eksperimen dengan lebih kerap lagi.. 

***


Ni pulak bakul cekelat, di gubah dalam raga oleh your's truly.. Harga deco semua 30 ringgit. Gambar atas pakai speed light. Gambar bawah pula tidak, itulah penerangan effect gelap dan cerah yang anda lihat. Diri amatur nak guna editing photo. Letak watermark tu pun kategori rajin sudah...



***



Akhir sekali, bekas wajib.... tempat letak cincin risik.... OK bekas risik dan tunang ni turun temurun. Usia dah 4 tahun. Masih kekal anggun dengan sedikit sentuhan untuk nampak baru. Hurm dah lama tak buat deco benda-benda macam ni, sekali sekala buat seronok juge =)

***


Namun walaupun ummi suka buat deco gini, ummi masih berpendapat yang paling penting bukan lah terletak pada iringan ini semua, hadiah ini semua berharapan semoga mengukuhkan lagi tali silaturrahim yang akan di bina untuk kedua belah keluarga. Pengisiannya yang lebih penting. Yang dirisik perlu lebih menjaga diri, makala yang merisik pula perlu menggandakan lagi usaha untuk perbaiki ekonomi kerana selepas ini perlu mengambil tanggungjawap menjaga seorang wanita yang sebelum ini dipikul oleh ayahnya.

Untuk kedua adik ipar dan bakal biras ku.... Semoga satu langkah baru ini diberkati Allah dan dipelihara hubungan baik ini hingga kamu disatukan sebagai suami dan isteri.... Lepas dah jadi suami isteri nanti baru kita harapkan berpanjangan pula hingga ke syurga.... 

Sekian.

terima kasih kepada photographer tersohor en suami dan cik jimah

December 21, 2011

Photos from the past: Chocolate Cake

by Taste Of Tapah


Picture speaks louder than the taste... Eh ye ker?




erm sedapppppppp nya!!!!! Enjoy looking while I'm enjoying the taste..... 

July 26, 2011

Macam mana nak buat Roti John?

Bulan Puasa dah nak dekat... jeng, jeng, jeng...

Maka di bulan puasa nanti, makanan yang kita tak biasa nampak dalam 335 hari selain bulan puasa pun bakal kelihatan lah... Siap kena pakai name-tag, sebab ramai orang tak kenal nama...

Hairankan, 335 hari boleh makan macam-macam, time bulan puasa jugaklah nak kena keluar makanan yang sebelum nih menyorok kat mana pun tak tau....

Tetapi menu hari ini bukan lah jenis makanan yang selalu malu-malu atau menyorok, famous dah dia ni... Nama dia - R.O.T.I J.O.H.N

Kenapa nama john?? Sebab penjajah yang datang ke Majapahit dulu, ajar cara buat roti ni kat orang malaya.. Nama omputih tu- John... Maka orang Malaya tengok John buat roti ni, menyebarkan lah berita dari mulut ke mulut, dari pagar ke pagar tentang Roti John buat ini.. Maka lekat la namanya R.O.T.I.J.O.H.N.. Jelas??

Roti John ni sebenarnya antara makanan kegemaran encik husband di bulan puasa... Paling suka dia beli Roti John jual kat pasar ramadhan tasek permaisuri... katanya marvelous.. Telur basuh punya!

So, kalau yang tak mau beli kat luar jom la kita masak sesama kat rumah... Sebelum tu mari saya perkenalkan beberapa tetamu yang wajib ada...


Mula-mula En. bawang besar di potong dadu. Satu lagi Puan daging ayam/lembu cincang Ramly atau Ayamas...

En. Telur Omega-3 banyak dalam badan tidak dilupakan.

Dan yang terakhir Roti Frankfurter Pakcik Slocumn

o.k dah kenalkan semua, sekarang mari kita tengok cara buat Roti John pulak yer.

Roti ni kena belah dua kat tengah, sebab Pakcik Slocumn tak mau potongkan.

Panas kan kuali leper burger cenggini dengan sedikit minyak.

Lepas tu pukulkan campuran telur, bawang dan daging cincang serta sedikit garam. Tuang atas kuali leper, lepas tuh tekap roti frankfurther pakcik slocumn tadi..

Updated: Jangan lupa mula-mula tumis bawang putih, bawang merah dan daging/ayam di kuali berasingan. Hingga daging masak. Kalau nak lebih jilat jari sila tambah sedikit serbuk lada hitam atau rempah daging. Rempah Kari tu sikit jer, kalau banyak dia kena tukar nama dari Roti John ke Roti Mapley.


Asingkan barang yang ditumis, dan biarkan sejuk seketika... JANGAN terus campur dengan En. Telur masa panas-panas sebab nanti terus jadi scramble egg.

Sampai roti jadi macam nih. (ni sebenarnya terhangit garing sangat nih) Lepas tu korang bubuh la apa-apa yang korang suka dekat atasnya.

Timun, bawang, tomato, mayonis, lada hitam, soso cili... apa-apa sahajalah yang dirasakan sesuai. Saya hanya gunakan timun, mayonis dan sos cili... Kapitkan dan sedia untuk di makan....

Sekian ini lah cara T.O.T, cara korang?

Nak tau resepi lain tekan sini.


by Taste Of Tapah

July 21, 2011

Breakfast: Pancake with Sausage Baked Bean

Selamat Pagi!!!!!!!!

Dah breakfast belum? kalau belum terima kasih la di ucapkan sebab sudi singgah blog T.O.T ni sebelum pergi Breakfast...

Pagi ni yours truly makan Pancake with sausage baked bean... nyum-nyum!!

Memang terbaik rasanya... Harus puji diri masak sedap sesuai dengan lidah tak ukur berapa inci...

Nama memang macam omputih-pancake, tapi sebenarnya lempeng biasa jer... Tepung campur garam campur air... Kacau-kacau letak dalam kuali tak melekat.. Percik la sikit minyak zaitun bagi tambah zat.. Balik-balikkan sampai garing angkat....

Resepi di buat sebab dah jemu makan nasi lemak, roti sandwich, bihun goreng, mee goreng, kuey-tiow goreng, nasi goreng lepas tu rotate balik nasi lemak...

Sesekali sekala ubah la angin sebelum ubah ke menu lebih drastik yakni makan buah dengan cereal atau oat jer pagi-pagi..

Besar potong sosej nya @_@


Pancake with Sausage Baked Bean


Kuah dia tu memang masak main cuba-cuba jer, modified sikit dari buku resepi, sebabnya guna barang-barang yang dah ada kat dalam peti ais..

Cara-caranya:

Tumis dulu bawang BESAR dengan minyak, lepas tu masuk sikit cili kering mesin sampai masak, lepas tu, masuk sos cili dan sos tomato sikit jer, lepas tu masuk pulak frankfurter yang dah di potong-potong dengan sedikit air bagi berkuah, dah masak frankfurter atau sosej tadi, masukkan cili bengala a.k.a cili loceng (dipotong dadu) dan baked bean dalam tin. Kacau sampai mendidih dan tutup api. Makan bersama lempeng tadi...

Zara punya ummi buat asing tak letak cili mesin dan sos cili... Nanti kesian pulak merah padam muka dia sambil mulut cungap-cungap..

Itu sahaja ceritera breakfast pagi ini, semoga berjaya mencuba resepi ini di lain kali...

July 12, 2011

Doughnut Malaysia

Hasil pembelian 2 biji Ubi Keledek yang seberat 1.4 kg berharga 2 hinggit yang di beli di gerai-gerai tepi jalan di olak lempit sewaktu perjalanan pulang daripada Politeknik Banting ke Office adalah semata-mata kerana makanan kegemaran suami dan anakanda terchenta....

Pergi dengan atok a.k.a Pakcik Alias sebagai pemandu hari itu, telah memberikan aku satu tips baru untuk memilih keledek... Oh! Terima kasih yer atok... Jasa mu ku kenang setiap kali beli keledek lepas ini....
Jadi hari minggu yang lalu aku pun telah memutuskan ini lah waktunya untuk aku memasak keledek hingga menjadi doughnut Malaysia.... haha.. beria-ia bunyinya... Panggil kuih gelang sudah... Ermmm makan petang-petang sambil pekena teh lepas kemas rumah yang cantik sedikit dari tongkang pecah semestinya membuatkan hati sedikit puas dan hilang penat....

Kepada sesiapa yang ingin tahu cara membuatnya boleh la scroll ke bawah ni ha....

Tapi kalau dah tahu sila ke post seterusnya.... Ini cara mak yours truly wariskan kepada anaknya..

 kuih_gelang 

Mula-mula buang dulu kulitnya yer yong... Ate' cemana gaya nak makan dengan kulit bertanah tu ha... Nak efficient, lapik surat kabar, buat depan TV... Memang layan...

ubi_keledek

Dah sudah tu, sila potong keledek dalam bentuk dadu, petak segi, piramid atau oktagon ikutlah kretiviti anda... Rendam dalam ayor pas tu rebus atas api sampai lembut... Bukan lembik yer.. Di ulangi rebus sampai lembut...

ubi_keledek_rebus

Sesudah itu.. Tos kan air dan biarkan sejuk seketika, lenyek la guna pe-lenyek apa yang ada kat rumah anda... aku guna Brader burger punya tempat penyek burger... Memang senang kerja....


ubi_keledek_dilenyek


Dah sudah masuk ler tepung.... Agak-agak la yer tepung, elok nyer jangan la banyak tepung.. sebab kang orang confuse lak dengan cucur tepung....


Dah siap uli, buat la bulat-bulat (ikut la size kegemaran) letak dekat tapak tangan kiri.. Leperkan dan guna jari telunjuk kanan tekan kat tengah bulat di leperkan tadi... dapat bayangkan tak apa aku cakap nih? Maaf la gambar tak der... Dua-dua tangan fully occupied, takkan nak tangkap pakai kaki... Sungguh tidak perempuan...

 
Selepas dah siap buat bentuk doughnut banyak-banyak, decide berapa nak goreng petang nih, balance susun elok-elok simpan dalam peti ais sejuk beku untuk di goreng pagi-pagi sebelum pergi kerja... Senang hati.... Lepas tu sila goreng dengan api panas... Dah letak dalam kuali cepat-cepat pelahan kan api...


kuih_keria

Dah goreng semua letakkan ke tepi jap, Masakkan air campuran gula.... Bila air gula dah likat dan berbuih-buih... Tutup api, tuangkan kuih gelang tadi sambil kacau tidak henti-henti... Bila gula dah tukar jadi putih baru siap la kuih doughnut Malaysia a.k.a kuih gelang a.k.a kuih keria....


Step seterusnya makan yer..... Makan panas-panas memang puas hati.... Nyum Nyum...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...