May 25, 2012

Kisah Norma

by Taste Of Tapah

Yer saya dah lama tak update blog... {-_-"} Saya banyak concentrate pada family, anak dan kerja yang tidak kunjung surutnya... Petang ni, sempat jenguk jap T.O.T dan blog walking ke beberapa blog termasuk blog officemate sue. Terkejut sangat bila sue bagi tau, Norma telah meninggal dunia rabu lepas..... sob sob {T_T}

Sebak sangat sebab pernah tengok suaminya Talib di rakaman MHI TV3 dan mengikuti perkembangan kesihatannya isterinya Norma melalui belog tentang Norma. Terlalu sebak dan terharu melihat semangat suaminya... Norma sakit sejak melahirkan anak pertamanya.. Lebih kurang 1 tahun selepas mendirikan rumah tangga. Kini Norma telah kembali kepadaNya...Cinta hingga akhir hayat.

Semoga Allah melapangkan kuburnya arwah dan semoga arwah tergolong dalam hamba Allah yang mendapat rahmatNya...

Ajal kita?

Allah itu Maha Tahu... sedang kita..... amat lemah tanpa rahmat dan ihsan Nya....


April 28, 2012

30 Tahun di Alam Dunia

by taste of tapah

Alhamdulillah dah 30 tahun aku berada di dunia ini... sebelum ini aku pernah tinggal di dua alam. Yakni Alam Roh dan Alam Rahim. Ini perjalanan aku yang ke tiga yakni ALAM DUNIA. Selepas ini aku masih ada 3 alam lagi untuk di lalui, Alam Barzakh, Alam Akhirat untuk pengadilan dan penamatnya adalah Alam Pembalasan yang kekal.

Masih panjang perjalanan aku sebagai seorang makhluk Allah ini. Bekalan yang aku bawak, tak pasti mencukupi atau tidak untuk 3 alam yang akan datang nanti. Jika aku sibuk memikirkan tentang 3 alam ini, mungkin aku akan rasa segala masalah yang ada untuk sisa-sisa umur yang sekejap di ALAM DUNIA ini sebagai kecil dan tidaklah seberat mana.

Alhamdulillah, masih diizinkan umur lebih sedikit di ALAM DUNIA untuk mengumpul bekalan untuk dibawa ke alam seterusnya.... Lalai dan godaan syaitan serta jin memang adalah antara perkara payah untuk insan yang lemah seperti aku ini.

Alhamdulillah juga, semakin masa berlalu, semakin berbeza impian dan 'goal' yang ingin aku capai dalam hidup. Aku yakin setiap masa lalu yang berlaku itu, keburukkan atau kebaikan, sentiasa membawa aku ke arah yang lebih baik, dan yang paling penting ke arah yang semakin tenang. Alhamdulillah.... Namun ada masanya kekalutan yang ada pada aku sebenarnya adalah apabila, di suatu hari itu, aku sendiri yang melalaikan dan melewatkan solatku.

Di usiaku 30 tahun ini, aku baru sedar dan paham, orang yang patut aku raikan setiap hari lahirku, bukan lah diri ku sendiri, tetapi ianya adalah ibu dan bapa aku... Mereka yang melahirkan, mereka juga yang membesarkan aku. Begitu banyak kepayahan yang mereka lalui sehingga anak mereka ini berjaya mendapatkan segulung ijazah, begitu banyak pengorbanan yang mereka korbankan demi kebahagian dan kesenangan anak-anak. Sekarang aku bekerja dengan ramai orang sebaya ayah dan ibu ku, selalu raut wajah mereka suram selepas menerima panggilan anak yang meminta duit untuk belanja pengajian... Terdetik dalam hatiku, inikah juga wajah suram ayah dan ibuku selindungkan?

Pertama kalinya di hari lahir aku, aku ucapkan terima kasih mak, terima kasih ayah, atas pengorbanan dan kasih sayang yang tak pernah jemu mak dan ayah berikan. Kita bukan asal dari senang, namun, mak ayah tak pernah buat kami rasa susah. Terima kasih, terima kasih, terima kasih...

"Ya Allah seluruh hidupku ini milik Mu... takdirkanlah aku melakukan ketaatan dalam hidupku..."

Alhamdulillah untuk 30 tahun di Alam Dunia....



April 25, 2012

6 Langkah Pakai Cekak

by Taste Of Tapah

Jom Kita Lihat 6 Langkah Memakai Cekak

 Langkah Pertama: Ummi Pakai kan Cekak, Zara Suka 
*cantik tak Ummi?*

 Langkah Kedua: Bergambar dengan aksi biasa 2 jari telunjuk kat pipi.... *senyum*

 Langkah Ketiga: *Nak pergi depan la Ummi*

 Langkah Keempat: *Turun Kerusi*

 Langkah Kelima: Dekat depan, Cubaan Bukak Cekak

*

*

*

*

*

*

*

*

 Langkah Keenam: Selamat dah cekak kat tangan..  (-__-)"








April 23, 2012

Cerita Birthday Zara ke-3: 'Ceasarean Section'

by Taste Of Tapah

Hari ini genap anak ummi berusia 3 tahun. Alhamdulillah Allah meminjamkan Zara kepada hidup ummi, sebagai pengikat kasih sayang ummi dan babah. Tiga tahun yang lalu, pada tarikh 23hb April 2009, hari khamis, jam 8.30 pagi, waktu dhuha. Zara dilahirkan ke dunia ini... 

Segalanya berlaku begitu pantas, 40 minggu 10 hari mengandungkan Zara adalah saat yang paling ummi rindui... Tatkala itu, setiap kali ummi bersedih, atau gembira, Zara akan mendengar cerita, dan keluhan ummi. Zara dikandungkan sebagai  pendengar yang baik. Alhamdulillah lahirnya juga kini, menjadi seorang pendengar yang baik.

Hari ini di hari lahirmu, inilah dia cerita hari bersejarah bagaimana Zara lahir ke dunia ini..... Mungkin boleh ummi kongsikan pengalaman ini juga dengan rakan-rakan dan pembaca belog T.O.T ini untuk dijadikan iktibar atau sedikit persediaan.

***

Hari rabu, 22hb April 2009, sehari sebelum Zara dilahirkan, ummi telah menyerah diri ke UKMSC kerana telah mengandung lebih 40 minggu 10 hari. Sampai sahaja di ward, jam 11.30 pagi tanpa lengah Doktor telah memaksukan ubat 'induce' kepada ummi bagi memaksa 'contraction' berlaku. Ini kerana tempoh masa yang lama melebihi 40 minggu di dalam perut ummi agak bahaya, Doktor khuatir Zara telah mula memakan najis sendiri. 

Bermula dari saat ubat induce dimasukkan, ummi telah merasa sakit contraction. Ianya berlarutan sehinggalah jam 3.00 pagi keesokkan harinya, Doktor memeriksa bukaan laluan. Ianya telah terbuka sebanyak 3cm, lalu Doktor UKMSC, Dr. Ani Emilia ketika itu, memutuskan untuk memecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses bukaan. Tepat tekaan Dr Ani, ketika air ketuban dipecahkan, najis Zara telah sama-sama keluar ketika itu.

Degupan jantung Zara juga ketika itu tidak stabil kesan daripada ubat 'induce' yang dimasukkan. Walaubagaimanapun, sekiranya ubat induce diberhentikan, tiada 'contraction' akan berlaku. Oleh itu, Doktor memutuskan untuk menunggu...

Jam 5.00 pagi ketika itu, Dr. Ani datang semula memeriksa bukaan, masih kurang, hanya 4 ke 5 cm sahaja. Setiap selukan pemeriksaan bukaan oleh Doktor Ani disertai dengan najis yang banyak dari dalam rahim.

Ummi dan Babah boleh dengar ketika itu, degupan jantung Zara semakin tidak stabil....

Dr. Ani memandang tepat kepada ummi, dan memberitahu... 

"Puan, bunyi jantung anak puan semakin tidak stabil dan lemah, najis semakin banyak, saya boleh memberhentikan ubat induce ini, tetapi ianya akan melambatkan proses bukaan. Najis ini pula mungkin akan menyebabkan jangkitan pada paru-parunya sekiranya anak puan dibiarkan lebih lama dalam kandungan. Saya nasihatkan puan dibedah bagi menyelamatkan anak puan."

Hati ibu mana yang tidak hiba mendengar penjelasan seperti itu, walaupun ummi tahu peritnya sakit yang bakal ummi tanggung akibat bersalin secara pembedahan, namun ummi ketepikan semua itu bagi memastikan Zara selamat.

Sejurus ummi menandatangan surat pembedahan, terus ummi dimasukkan dengan ubat bius separuh badan (epidural). Babah kelihatan amat risau pada ummi dan Zara. Babah dibenarkan untuk masuk kedalam dewan pembedahan, walaubagaimanapun, babah memilih untuk membaca surah Yasin di bilik.

Alhamdulillah, jam  8.30 pagi, kedengaran suara tangisan bayi. Ummi bersyukur dan menitis airmata. Anak ummi selamat. Ummi mengucup wajah Zara sebelum Zara dibawa keluar. Ummi pula masih di dalam bilik pembedahan kerana proses menjahit perut ummi memakan masa agak panjang, ditambah pula ummi diserang asthma ketika di dewan pembedahan menyebabkan ummi dikuarantin di dalam selimut panas untuk tempoh waktu yang agak lama.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

***

Hari ini tiada hadiah yang dapat ummi berikan kecuali doa seorang ibu untuk seorang anak.... Seperti ibu-ibu yang ada di seluruh dunia, yang masih ada iman dan kewarasan dalam hatinya, tentu sekali banyak harapan yang disandarkan kepada setiap anaknya...

Ummi bukan penentu masa depan mu, Ummi hanyalah seorang pembantu dalam mengemudi ke mana arah mu... Ummi bukan hanya harap kamu begini dan begitu, tetapi Ummi sentiasa berharap agar diberi hidayah dan taufik oleh Allah S.W.T supaya diberikan ilmu bagaimana Ummi dapat menjadi Ibu yang terbaik untuk mendidik mu kejalan Allah... Semoga setiap kejayaan mu di dunia ini disertai oleh taqwa dan zuhud mu kepadaNya... Tiada kejayaan yang paling manis melainkan dapat bertemu Allah di Daerah tertinggi... dan tiada harta yang paling bermakna melainkan anak yang soleh dan solehah yang mendoakan ibu dan bapanya....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...