December 3, 2010

IKAN BILIS


Ikan dan makanan laut elok sekiranya diberikan kepada anak-anak 3-4 kali seminggu....

Ikan Bilis adalah salah satu ikan/makanan laut yang mempunyai sumber kalsium yang baik! kalau kita sendiri nak gigi tahan lama, tulang tak berbunyi-bunyi bila nak solat, rambut tak berterabur atas lantai, boleh di suggest makan ikan bilis banyak-banyak...

Tetapi ingat, kita perlu makan dengan tulang-tulangnya sekali!
Mengikut kata wardina dalam bukunya 'mama, saya lapar':


Jangan dibuang tulang ikan bilis sekiranya memasukkan di dalam bubur nasi untuk di masak, kerana itulah sumber kalsium yang amat baik sekali untuk si kecil kita....


Takut juga nak beri anak kita makan ikan bilis dengan tulang-tulangnya, takut luka tekak kalau tersekat...

Satu cara yang saya lakukan adalah... merendam dahulu ikan bilis dengan air untuk 10 minit (agak-agakla lebih kurang, tak perlu nak ambil handphone, i-phone, BB segala untuk set timer). Kemudian langkah seterusnya panaskan kuali dan gorengkan ikan bilis tersebut tanpa minyak... Goreng hingga garing dan sentiasa balik-balikkan ikan bilis tersebut...


Setelah selesai, blendkan halus ikan bilis tersebut... so tak risau sangat tulang tuh, sebab dah di blend halus-halus... buat dalam kuantiti yang banyak... jadi bila dah masak bubur, just taburkan serbuk ikan bilis tadi ke dalam bubur anak anda! senang dan jimat masa... saya sediakan on weekend, so waktu weekdays (hari bekerja) tinggal tabur sahaja dalam bekalan bubur anak.

Blend kan ikan bilis menggunakan 'blender kering' (panggilan mak saya) yang di sebelah kiri gambar

saya bukan pakar perubatan, jadi walaupun karangan ini membantu, anda perlu juga membuat penyelidikan tambahan atau refer kepada PAED atau mana-mana pengamal perubatan....
saya hanyalah menceritakan berdasarkan pengalaman membesarkan my liltle one..

1 comments:

eMMe said...

terima kasih kerana membantu dgn entry anda ini, saya dapat menyediakan makanan pertama utk anak anak saya yg tak lame lagi masuk 6 bulan..

tengs again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...