October 31, 2012

Macam Mana Nak Buat Burger Bakar?

by Taste Of Tapah

Agak-agak lewat tak nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha semua.... hehe. Maaf la sunyi sepi Taste Of Tapah buat seketika... Bila dilihat senarai post publish; September 2012 hanya ada 1 entry sahaja. Dan menyedari bulan Oktober berakhir hari ini. Cepat-cepat menyelit masa untuk menukilkan satu post khas untuk bulan Oktober 2012... 

Sungguh tidak proactive.... (-___-")

Macam mana raya Aidiladha korang? Ada yang status facebook and twitter cerita jem sini sana. Ada yang cerita banyak dapat daging qurban, ada  yang tak dapat langsung. Ada yang sunyi keluarga pergi menyahut panggilan Allah menunaikan Haji di Makkah. Ada juga yang cerita pengalaman Haji mereka tahun ini...

Apapun jua ceritanya semua berkisar tentang ibadah Qurban dan Haji. Dua Ibadah yang hanya dapat dilakukan pada bulan Zulhijjah.

Termasuklah saya yang hari ini ingin menceritakan kisah diri teringin sangat merasa Burger Bakar!! Sana sini sekarang heboh diperkatakan Burger Bakar ni. Kedai Burger Bakar pula bagai cendawan yang tumbuh. Ada Kaw-Kaw, ada Abg Burn, ada Rawang Burger Bakar. Ada macam-macam lagi...

Namun kasihan kan diri belum pernah dapat berkunjung ke gerai-gerai tersebut... Maka pada hari Raya Aidiladha yang lalu, suami pun marayau la mencari gerai yang buka pada hari-hari pertama dan kedua raya disekitar Wangsa Maju, Dagang Avenue. Malangnya tiada yang buka. Mestilah diorang nak raya jugak kan.

Kemudian keinginan berkubur...

Tetapi ianya kembali mekar apabila kebetulan bila balik ke Tapah ada bahagian daging Qurban yang dilaksanakan adik ku yang bongsu disimpan Mak. Alhamdulillah, apa lagi terus teringin sangat nak buat Burger Bakar guna daging fresh dan confirm sembelih ituew.... (panjang dah intro.. bila la nak cerita cara buat buger nya? hahaha)

Apa lagi first timer mana tau nak bikin, kena tanya gugel le dulu.. Gugel Gugel.. Macam Mana Nak Buat Burger Bakar? Jumpa la resepi-resepi berkenaan dekat page Jom Makan-MakanJamie Oliver dan Bengelina blogspot.

Combine kan resepi diorang jadilah cam gini:



Pakai camera handphone, jadinya tak clear la sangat.. Tapi bila semua makan agak laju dan tak berkata.. sedap la kot. huhu statement perasan sangat.. keh keh


Mula-mula saya gunakan daging qurban yang telah di kisar... Berat 750 gram. dan gunakan bawang besar medium size lebih kurang 3 biji dipotong dadu. Tapi next time macam nak bagi lagi hancur bawang ni.


Selepas itu saya gunakan 9 keping biskut Jacobs yang ditumbuk sebegini rupa. Korang nak guna blender kering pun boleh. Yang penting matlamat biskut itu hancur.

Maaf proses selepas ini tidak sempat ditangkap gambar sebab tangan dah berlemuih uli daging.

Proses seterusnya: Masukkan Daging, Bawang Besar, Biskut Jacob hancur tadi dalam bekas.... Lepas tu tambah Bahan-bahan perisa..

Perisa yang digunakan adalah:
Garam ikut rasa, <---- bahan ni penting.. Agak agak yer
Serbuk Lada Hitam dalam 2 sudu besar (agak-agak yer), 
Daun Oregano dah kisar pun lebih kurang 2 sudu besar, 
Sedikit sangat serbuk Paprika
dan bahan  paling penting sebagai agen lekatan bahan-bahan tadi adalah 2 biji telur type A (besar punya)

Masukkan semua bahan dalam bekas dan uli sampai jadi macam kat bawah nie. Saya masukkan keju Chesdale yang dipotong-potong kat tengah Patty Burger ni macam proses masukkan inti kelapa dalam kuih cucur badak tu. So that, bila gigit nanti konon ada la cheese mengalir..  Nak guna parmesan cheese pun boleh. Kalau guna Pamesan Cheese nak uli sekali pun boleh, nak letak tengah pun boleh. 


 Bahan-bahan tadi menghasilkan 8 burger patties gemuk besar seberat 150 gram satu plus satu kecik untuk anakku Zara. hehe. Gambar seperti di atas. 


Proses bakar serah pada Encik Suami. Masa panas-panas letak keju chesdale sekeping atas burger, nanti dia lembik dan menambah kalori kepada hidangan. Dan terliur melihatnya. Slurp.

Jangan lupa beli Roti Bun, Karang burger dah siap kena makan dengan nasi. Sayuran seperti Salad, Timun, Tomato ikut la selera sayuran anda untuk hidangan. Saya hidangkan bersama Black-pepper Sos,  Mayonis, Sos Cili, Salad dan Tomato. 



Moh ler kita makan Home Made Burger Bakar! Memang Puas Hati. Kalau malas nak bakar guna arang bagai boleh jer pakai pan burger dan guna dapur gas. Ataupun guna Pemanggang Ajaib keluaran Menang. (Kalau ada la) hehe

Selamat Mencuba.. Hari tu kami makan dengan hotdog bakar dan home made coleslaw. Cara nak buat coleslow? Nanti lah next entry. Tunggu..........


-The End -

6 comments:

Syafiqah Takiyudin said...

Nak tanya, kenapa kena letak biskut ye? Thank you :-)

Taste Of Tapah said...

maaf syafiqah late reply, biskut digunakan sebagai agen untuk melekatkan burger tersebut. kadang2 org guna juga sebuk roti atau roti yang dikoyak2kan untuk membuat burger.

sakit gigi said...

kat mana ye nak cari roti burger ade bijan tuu..kebanyakkan kat jumpa roti burger biasa/kecik,,, :)

Taste Of Tapah said...

saya guna roti burger gardenia je... confirm ada logo halal.
:)

sorry lambat reply

Suryo said...

hem... nikmatnya burger bakar...

krizal said...

sedap nampak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...