Kali ini tajuk Blog sedih apabila menonton Nasi Lemak Kopi O pagi ini, tak dapat nak di gambarkan derita yang di tanggung oleh keluarga Muhammad Hishamuddin Hassan ini ayah kepada adik Radiatul Qaisara....
Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai tajuk kali ini, ingin saya menunjukkan gambar anak saya yang di masukkan ke ward akibat demam panas dan kekurangan air... walaupun tiada sakit yang kritikal, namun tangisan anak kita yang sedang sakit, tentunya membuatkan hati seorang ibu amat cemas dan sedih....
Gambar ini di ambil ketika Zara dimasukkan ke ward akibat demam panas dan kekurangan air dalam badan.
Bila mengenangkan kesedihan yang di alami oleh diri saya sendiri ketika itu, pasti tidak akan boleh dibandingkan dengan kesedihan keluarga Muhammad Hishamuddin Hassan ini, sekaligus membuatkan saya mencuri masa...
Walaupun diri agak sibuk di hujung-hujung minggu mengemas rumah. Hati merasa ingin menyelit juga untuk menukilkan satu penulisan buat adik Radiatul Qaisara anak tunggal hasil perkahwinan En Muhammad Hishamuddin dengan isterinya selepas 5 tahun berkahwin...
Tatkala keluarga ini hadir ke Nasi Lemak Kopi O, ibu Qaisara tidak dapat hadir bersama kerana baru lepas menjalani pembedahan ketumbuhan di kepala... begitu banyak beban yang di tanggung keluarga ini...
Kepada sesiapa yang terlepas mengetahui apakah sebenarnya berlaku kepada adik Qaisara ini, dia sebenarnya menghidapi barah darah ataupun dalam bahasa medikalnya 'Acute Lymphoblastic Leukemia'... Sekecil umur 3 tahun adik Qaisara telah menjalani pelbagai prosedur seperti kemoterapi (seumur hidup) dan pemgambilan air sum-sum tulang belakang... Saya sendiri tidak tahu bagaimana kuatnya ibu dan ayah Qaisara mengharungi perkara ini...
Inilah adik Radiatul Qaisara dan terdapat di bahunya kesan rawatan kimoterapi yang dilaluinya..
Allah tidak membebani seseorang hamba melainkan setimpal dengan kemampuaannya... Saya yakin mereka sungguh tabah dan sabar melalui kehidupan...
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang derita yang di lalui oleh keluarga ini, bolehlah baca di sini: akhbar sinar harian...
Oleh itu kepada sesiapa yang mempunyai rezeki lebih ketika ini, kiranya sudi hulurkan bantuan kepada adik qaisara melalui akaun CIMB 06010738617522 Muhammad Hishamuddin Hassan... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
Muhammad Hishamuddin hanyalah penoreh getah dan perlu mengeluarkan RM1,200 setiap kali kemoterapi dijalankan..
Bukan banyak atau sikit ukuran sesuatu pemberian.. Tetapi keikhlasan yang diberikan itu menjadi satu kerberkatan.... Semoga bantuan yang sedikit yang diberikan mampu membantu adik Qaisara meneruskan hidup dan menjadi manusia yang berguna.....
Tiadalah yang menyembuhkan penyakit melainkan Allah s.w.t.
Wallahu'alam
Saya hanya menulis melalui apa yang saya lihat di TV serta pembacaan saya di sinar harian... kiranya ada kesalahan fakta, saya mohon maaf dan mohon diperbetulkan... terima kasih...
0 comments:
Post a Comment