Dr Masaru Emoto adalah saintis daripada Jepun yang membuat kajian tentang perubahan molekul air mengikut keadaan persekitaran.. berikut video yang di ambil dari you-tube untuk pemahan lebih dan tatapan semua:
Molekul air berubah bila kita bersifat sayang, memaafkan, bersyukur kepada bentuk krystal yang sungguh unik.. Begitu juga ia berubah sekiranya di dedahkan kepada perasaan negatif ia membentuk molekul yang amat hodoh...
Air bersifat menyalin (photocpy).. Sekiranya anda menyimpan durian di dalam peti ais bersama-sama sebekas air, apakah yang anda akan rasa/bau apabila meminum air tersebut? itu sahaja sudah membuktikan sifat air...
Itu lah sebabnya kebanyakan air penawar penyembuh penyakit dibacakan dengan ayat-ayat suci al-quran agar apa yang diminum oleh kita akan mempengaruhi diri kita sendiri.. inilah kuasa Allah S.W.T...
Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya dengar di IKIM F.M tentang seorang ibu yang anaknya dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempah 30 hari... bila ditanya apakah rahsianya pemakanan yang diberi pada anaknya sehingga mudah untuk menghafal? kata ibu tadi rahsianya adalah dia sentiasa mengambil wuduk sebelum menyusukan anaknya.. subhanallah.. sekali lagi itulah kuasa Allah melalui air...
Oleh itu amat penting memastikan air yang kita minum dan beri pada keluarga dan anak kita terdiri daripada air yang baik sumbernya..
Cuba lihat gambar di bawah tentang kandungan air dalam badan manusia:
Otak kita sahaja mengandungi 75% air... maknanya apa yang kita fikirkan tentang diri kita juga akan mempengaruhi perlakuan dan tenaga yang ada pada diri kita... jadi selalulah bercakap dan berfikir tentang perkara yang positif... untuk menjadikan diri lebih ceria, berjaya dan bahagia....
wallahu'alam....
sumber gambar:
http://anakmunthe.wordpress.com/2008/05/10/amankah-air-minum-anda/
0 comments:
Post a Comment