Showing posts with label MOTIVATION. Show all posts
Showing posts with label MOTIVATION. Show all posts

April 16, 2013

QUOTE #1

by Taste Of Tapah

Saya sentiasa mencari jalan untuk buat lebih baik dari semalam, tapi kalau hari ini saya gagal, saya AKAN CUBA lagi esok


I Fight THE Fight !!
I Fight MY Fight !!

What U focus, WILL EXPAND!! 


March 13, 2013

Abdullah Bin Ummi Makhtum

by Taste Of Tapah

Hari ini terasa hati ingin mencoretkan suatu cerita yang pernah aku dengar dan rasa ianya menarik untuk dikongsi.

Cerita ini diceritakan oleh Ustazah Norhafizah Musa ketika satu kuliah dahulu.
Perihal Abdullah Bin Ummi Makhtum.

***

Dia seorang yang buta. Suatu hari dia bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.

"Bolehkah aku tidak solat di Masjid, wahai Rasul Allah, kerana aku buta"

"Bolehkah kamu mendengar azan yang berkumandang di Masjid?" tanya Nabi S.A.W

"Boleh" jawab Abdullah...

"Sekiranya kamu mendengar azan, maka kamu mesti pergi" balas Nabi S.A.W

Maka semenjak itu, tidak pernah Abdullah Bin Ummi Makhtum meninggal menunaikan solat jemaah di Masjid setiap hari.

Satu pagi kaki Abdullah tersadung dan dia terjatuh, maka berdarah-darah, dan luka anggotanya, tapi beliau tetap meneruskan juga ke masjid untuk menunaikan solat.

Seketika, dia merasa dipegang tangan ketika perjalanannya ke masjid, sambil orang yang memimpinnya berkata,

"Mari aku pimpin kamu untuk ke masjid"

Semenjak itu dia dipimpin setiap kali pergi dan balik ke masjid. Setiap hari...

Satu hari Abdullah Bin Ummi Makhtum, bertanya,

"Siapakah nama kamu yang memimpin aku setiap hari ke masjid?"
Kemudian orang itu bertanya,

"Kenapa kamu ingin mengetahui siapa aku?".

Jawab Abdullah, "Aku ingin nak mendoakan kamu atas kebaikan kamu memimpin aku ke masjid"

Dengan pantas orang itu menjawap, "Aku tidak perlu kepada doa..."

Terkejut dengan jawapan tersebut berkatalah Abdullah,

"Demi Allah aku bersumpah mulai hari ini aku rela pergi sendiri. Tak perlu kamu pimpin aku lagi"

"Baiklah, jika kamu telah bersumpah sedemikian rupa, aku akan beritahu kamu siapakah aku, aku ialah IBLIS"

Terkejut dan hairanlah Abdullah bila mengetahui iblis yang memimpinnya ke Masjid setiap hari seraya bertaya,

"Sekiranya kamu iblis, kenapa kamu memimpin aku ke masjid?"

"Sebenarnya saat kau jatuh untuk ke masjid tempoh hari, aku dengar malaikat berkata, Allah mengampunkan SEPARUH DOSA kamu..." jawab iblis laknatullah.

"Oleh itu aku takut kau jatuh lagi sekali, nanti dosa kau habis terus diampunkan Allah S.W.T" .

Tambah Iblis menunjukkan dia cemburu dan tidak rela apabila Allah mengampunkan dosa manusia, kerana dia sudah berjanji untuk menyesatkan manusia.. Oleh yang demikian, iblis lebih rela memimpin Abdullah Bin Ummi Makhtum ke masjid setiap hari.

***

Lihatlah peranan Iblis. Selalu mencuba pelbagai cara menyesatkan umat manusia. Oleh itu, selalu lah kita untuk sentiasa istighfar dan bertaubat, serta mujahadah untuk melakukan sesuatu kebaikan. Sebab iblis selalu cuba memesongkan kita untuk tidak menjadi penghuni syurga dan kekasih Allah.

Berlapang hati, mujahadah lah dalam melakukan kebaikan. Hingga tiada ruang untuk syaitan masuk untuk meniupkan rasa ujub, riak dan bangga diri dalam diri kita.

Wallahu'alam

August 4, 2012

Mawar Nafastari

by Taste Of Tapah

Ini lah belog yang saya akan sentiasa lihat, baca dan amati... Pemilik belog ini mempunyai jiwa yang tabah dan sabar. Setiap manusia itu di uji, dan setiap ujian memerlukan kita kembali pada Nya...



Mawar, awak terlalu kuat... dan saya berdoa Allah merahmati awak, embun dan kekwa... 

***

Semoga Ramadhan ini mengangkat darjat kita bersama satu langkah lebih dekat dengan Nya. Ini kerana Ramadhan adalah bulan yang mendidik kita untuk melahirkan buah-buah taqwa... la'allamun tattaqun....

Ramadhan bukan hanya dengan menahan lapar dan dahaga, malah lebih dari itu... Imanan Wahtisaban...

Berdoalah segala apa yang kita lakukan hanya kerana mengharap pandangan Allah S.W.T.... kerana tanpa pandangan-Nya... Siapalah kita....

Ummi akan cuba lakukan sesuatu kerana Allah, dan tinggalkan sesuatu juga kerana Allah.... Sesungguhnya Allah itu dekat....



July 10, 2012

Lagu Lepas Golek-Golek Sebelum Tidur

by Taste Of Tapah

Tiga hari Ummi akan ke Penang outstation again...
Zara pulak Ummi hantar ke rumah Mak Ummi di kampung Tapah....

Sunyi nyer malam-malam tak bersembang dengan budak bijak sorang ni....
Jadi belog hari ini sempena rindu Ummi pada Zara.. 
Ummi post-kan lagu Ummi selalu nyanyi dengan Zara golek-golek atas katil sebelum tido sejurus selepas aktiviti gelak-gelak dan geletek-geletek serta guling-guling... oh sangat burn kalori! :)

Ummi suka kalau Zara sentiasa ingat lagu ni, sebab dalam hidup kita ini tak sentiasanya indah... 
Kena selalu kembali pada Dia waktu suka dan waktu duka...

Hamba-Hamba Allah by Opick


Hidup di dunia
Hanya sebentar saja
Bila duka
Bila tawa
Semoga hati kembali padaNya

Waktu yang berlari
Takkan pernah bisa
Kembali lagi
Bila perih
Bila sedih
Airmata bukan segalanya

Hanya hamba Allah yang selalu berserah
Hanya hamba Allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara

Detik waktu kan berlalu
Suka duka kan berlalu
Tiadalah semua abadi
Tangis Tawa Airmata
Semuakan berlalu dan pergi

Hanya pada Allah
Hati kan berserah
Hanya pada Allah
Jiwakan berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara

Hanya hamba allah yang selalu berserah
Hanya hamba allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada dia semua bermuara

Hanya pada Allah hati kan berserah
Hanya hamba Allah jiwa kan berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara
Semua kan bermuara ..

lyrics copy from beloq Aznani

July 4, 2012

Tangisan Kekuatan Jiwa

by Taste Of Tapah



Satu pagi yang agak tidak kurang sibuknya seperti pagi-pagi yang lain, aku menerima pesanan BBM daripada seorang yang aku gelar sahabat.

Banyak masalahnya bersama suami yang diluahkan hingga sayu aku membacanya. Dan menjadi tanggungjawap seorang sahabat untuk membantu sahabatnya kembali tersenyum.......

Alhamdulillah, Allah sering memberi peluang aku didatangi oleh rakan-rakan untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi... Sebab dengan cara itu aku rasa Allah ingin aku sendiri memperbaiki diri aku. Melalui masalah-masalah itu aku nampak 'kekurangan' yang aku pernah lakukan, tanpa sedar... 

"Mungkin ini cara 'Dia' menegur ku....." kataku dalam hati

Aku soroti setiap masalah, dan aku nampak kekuatan dalam setiap penceritaan... Allah menjadikan wanita itu seperti lemah, sering mengalirkan air mata, namun sebenarnya, pada setiap tangisan air mata yang mengalir, kekuatan jiwa mereka itu terisi.... Wanita menjadi semakin tabah dan kuat. Mengharungi pahit maung rumahtangga, masalah keluarga atau mertua, masalah dengan anak, masalah kewangan, masalah dengan teman istimewa, masalah dengan rakan sekerja atau sekolej, masalah kesihatan dan banyak lagi masalah yang kadang tak terjangkau di fikiran aku.

Dan dari situ aku selalu tersenyum, kerana mereka yang mendekatiku ini semuanya disayangi Allah... 

Bagaimana kita jika sayang pada seseorang? Kita menghubungi mereka, kita SMS, BBM, email..bertanya khabar, ziarah. Tetapi kalau kita lupa, langsung kita tidak ambil tahu perihal orang yang kita lupakan itu....

Begitu juga Allah, dia sayang pada sahabat-sahabatku yang datang mengadu ini, sebab itu Allah uji... Dia tak mahu orang yang disayanginya terus leka dan terlalu bergembira dengan dunia.. Kerana lupa dan leka membuat hati manusia mati.... 

Aku amat yakin ada antara sahabatku yang tidak mahu mendengar kata-kata semangat yang panjang lebar, mereka merasa cukup bila ada yang mendengar, dengan meluah itu mereka akan merasa perlahan-lahan bebanan itu hilang...

Pada semua sahabat ku, kita semua diuji dengan cara berbeza... Setiap ujian itu sesuai dengan kekuatan kita... Namun jangan 'kita' (nasihat diri sendiri juga) pegang masalah itu terlalu lama. 

***


Pernah saya mendengar satu cerita Perihal gelas..Gelas itu kita semua tahu ringan sahaja.


Di satu kelas, datang seorang pensyarah, menyuruh salah satu muridnya memegang sebiji gelas yang berisi sedikit air. Murid itu pun tersenyum sinis merasakan perkara itu terlalu mudah untuknya... 

Tanpa berlengah dia pun terus memegang gelas tersebut.



Memang gelas itu ringan sahaja, dan dengan mudah murid itu dapat melaksanakannya... Kelas mulai bising kerana semua murid-murid yang lain tertanya-tanya , apa motif sebenar pensyarah tersebut?

Seminit telah berlalu, akhirnya murid tadi bertanya, "Boleh saya turunkan gelas..."

 Pensyarah itu menjawap, "Kenapa? Anda rasa penat?"

"Ya" jawap murid itu ringkas.

"Teruskan lagi memegang hingga 5 minit"

Akhirnya murid tersebut mengalah kerana terasa terlalu kejang tangan dan lengannya, menyebabkan merasa berpeluh anggota badannya....

"Apa awak rasa akan jadi jika awak terus memegang gelas tadi untuk tempoh 1 jam?" tanya pensyarah tersebut.

"Mungkin saya pitam atau pengsan" jawapnya spontan seolah-olah sudah memahami maksud pensyarah itu...

***

Moral of the story, begitulah juga kita... walaupun masalah kita seharian dalam hidup ini terlalu ringan/kecil pada pandangan kita, sebagaimana ringannya gelas tadi, tetapi apabila kita memengangnya terlalu lama, ianya pasti membebankan emosi dan akal fikiran kita... Malah jika tidak kita lepaskan atau selesaikan ianya mungkin mudarat pada kesihatan kita sendiri.

Oleh itu lepaskanlah masalah kita walau sekecil manapun, jika ada dendam lepaskanlah dengan cara memaafkan, jika ada kesedihan lalu, lupakan dan keep moving forward, jika ada dosa dan masalah yang ringan sekalipun, bertaubat dan kembalikannya pada Allah pencipta setiap inci tubuh kita, mengadulah padaNya. Malah menangislah... Menangislah kerana Allah. Semoga dengan tangisan kekuatan jiwa itu akan hadir.

Dengan cara itu hidup kita akan menjadi lebih tenang, kecergasan juga semakin bertambah...

sekian cerita hari ini sebagai pengubat hati saya dan kalian yang membacanya.... :)



March 5, 2012

Mengandung 4 Bulan

by Taste Of Tapah


Siapa yang mengandung 4 bulan? Aku?? hehe 

Tajuk, memang propa... Bukan.. Bukan.. Bukan...
Belum rezeki aku lagi untuk mengandung untuk anak yang ke-dua...

Jumaat yang lepas, Alhamdulillah sempat pergi berjumpa dengan Ustazah Norhafizah Musa atau lebih manja dengan panggilan Kak Cik... Sempat kiranya diri mencoretkan pada belog ini tentang isi kandungan cerita Kak Cik. Buat panduan diri sendiri ketika lupa, dan panduan untuk Zara ketika Ummi tiada nanti.... Kak Cik menceritakan tentang 6 Alam yang pernah, sedang dan akan dilalui oleh kita sebagai manusia antaranya termasuklah Alam Rahim.. Berikut serba sedikit cerita yang ingin aku kongsikan:

***

Ketika kita mengandung, dan bayi dalam kandungan berusia 4 bulan. Ketika itulah Allah menyuruh Malaikat meniupkan roh ke dalam perut manusia... dan di catit oleh Malaikat dengan keizinan Allah perkara berikut:
  1. Untung, Nasib, Bahagia atau Sengsara
  2. Rezeki dan amalannya
  3. Ajal
  4. Lelaki atau perempuan

Itulah sebabnya di galakkan ibu-ibu yang mengandung, tatkala ini, dianjurkan agar mendokan janin yang dikandungnya dengan doa-doa yang baik. Bukan pula terus-terusan mengeluh akibat morning sickness seperti muntah-muntah, keletihan, dan sebagainya. Antara doa yang baik untuk di doakan adalah, 

"Ya Allah, panjangkan lah umur anak ini, banyakkan lah rezekinya, ramaikanlah zuriatnya dan bahagiakan lah hidupnya"
Namun begitu ada pula pernah Kak Cik ditanya dengan soalan 'nakal' oleh seorang insan...  

"Kalau betul semua manusia dah di tentukan nasibnya, tak perlulah saya berusaha dan beribadat lagi"

Bagaimana hendak menjawap soalan sebegini? Kak Cik pun kembali meneruskan bercerita... Pernah dahulu ketika seorang solaful soleh yakni seorang alim di datangi oleh zindik yakni seorang hamba Allah yang suka argue, menyoal tentang hukum-hakam dan perkara berkaitan dengan akhlak.

 Ditanya orang alim tersebut oleh zindik.

"Buat apa lagi aku ingin berbuat baik atau berubah, jika dari dalam perut ibuku aku telah ditentukan jahat.. Aku telah di takdirkan jahat..."

Kak Cik pun terus menyambung ceritanya... Cuba muslimat fikir apakah jawapan si orang alim tersebut? Membuatkan aku termenung berfikir apa jawapan aku jika di soal begitu....

Sambung Kak Cik mengatur bicara... Sepantas kilat terus orang alim itu menampar zindik di pipinya.... Membuatkan zindik terpinga dah bertanya,

"Kenapakah engkau menampar aku?"

"Allah dah tulis dan menakdirkan supaya aku menampar engkau...." jawap orang alim tersebut ringkas penuh makna...

Lalu bertanya lagi si zindik; 

"Mana engkau tahu yang Allah telah mentakdirkan engkau menampar aku?"

Si orang alim tidak menjawap dengan jawapan sebaliknya dibalas dengan soalan pula;

 "Bagaimana pula engkau mengetahui Allah telah menakdirkan engkau dengan kesudahan yang buruk semenjak dari dalam perut ibumu...??"

Terdiam lah zindik seketika....

***
Apa pengajarannya...

Kak Cik berkata, kadang-kadang, kita terlalu mengikut nafsu, kesombongan dan kejahilan dalam mengutarakan sesuatu soalan... dari satu sudut ianya baik sebagai jalan mendapat petunjuk...

Kita perlu sentiasa YAKIN Allah mahu yang terbaik dan ingin menjadikan kita sebagai orang yang berada dengan kesudahan yang baik. Dia Maha Pengasih dan Penyayang.

'Aku (yakni Allah) dalam sangkaan baik hamba Ku......' Istilah penceramah sekarang ialah positive mind. Namun di sudut islam, positive mind itu sebenarnya adalah sangkaan baik kita kepada Allah S.W.T.

Seringkali bila merasa kita dalam keadaan malang, kurang bahagia, tiada kesenangan hidup dan telah lari jauh dari jalan islam... Berkatalah dalam hati:
"Ya Allah seluruh hidupku ini milik Mu, takdirkanlah agar aku melakukan ketaatan dalam hidup ku"
Senantiasa lah berusaha supaya kesudahan yang baik bersama kita hingga ke syurga...

***

Sekian lah cerita dari Kak Cik aku coret dalam belog ini, sebagai perkongsian buat semua, dan peringatan buat diri... Semoga diri sentiasa muhasabah dalam menjadikan hati tetap merasa yakin dilindungi dan di tunjukkan jalan yang lurus oleh Allah S.W.T

wallahu'alam

January 27, 2012

Cuci Pinggan Jaga Perut

by Taste Of Tapah


Hari tu, masak sup ayam dengan sup sayur sebagai lauk makan malam. Sungguh lazat menjilat mangkuk dan pinggan. 

Zara sampai hirup mangkuk macam iklan meggi. Betul-betul ho-liaw....

Seperti biasa anak dan bapak kekenyangan duduk bersandar tengok berita yang macam cerita cerekarama.. Dan seperti biasa juga, mak dia ke dapur tengok pinggan mangkuk dengan harapan pinggan mangkuk akan basuh diri sendiri dan duduk elok-elok dekat rak pinggan... *sungguh angan-angan*

Ok sekarang apa motif cerita?!! Oh yer... Tengah basuh pinggan, selain teringat esok kat opis kerja pending banyak, atau pikir esok pagi masak apa? Tiba-tiba terasa.... Eh! Apasal senang sangat nak basuh pinggan ni. Tak payah tambah sabun, tak payah sental segala... Eh!  Apasal cepat jer kerja membasuh kali ni?

Hurm tetiba dalam otak aku terus ada wayang macam 'Discovery Channel' yang tayang animation organ dalam badan... Aku bayang kalau aku pun senang nak cuci pinggan... Mesti perut aku tak bekerja banyak malam ni, mesti hempedu semua senyum panjang, usus pun mesti rasa geli sikit-sikit je tak perlu beria pakai turbo nak settle hal makanan....

Elok juga kalau makan sup tiap-tiap malam, senang kerja, jimat sabun. Jimat air. 

Perut pulak cakap, "Taklah penat kami kalau tiap-tiap malam macam ni, boleh kami rehat awal sikit" 


Tak payah makan teh orang kampung, nonaroguy atau herbalife nak bersihkan minyak lekat-lekat dekat usus....

Biasa tiap-tiap malam menu aku kalau tak goreng, mesti masak sambal, masak merah, kari. Semua orentasi minyak. Berminyak habis pinggan. Kuali jangan cerita. Sabun mesti kena picit lebih sikit... baru la 'Glo'..
bla bla bla sambung berangan dalam kepala.......

*

*

*

Tiba-tiba rasa kaki macam geli-geli dekat lutut. Tengok bawah rupanya Zara dah sampai ke dapur.

"Ummi nak shushu...." 

ok sekian itu je la ceritanya.. tak best mana pun.. kui kui *ini la dia orang tak ada idea nak update blog*


nota kaki: Masa snap gambo pinggan, laki aku mesti ingat aku buang tebiat.

December 27, 2011

2011 yang laju

by Taste Of Tapah



I'm on my way to kedah last weekend when i open up my notes and type this post. it was a long journey during christmas holiday. 


Aku ada meeting Isnin pagi di Politeknik Muazam Jitra Kedah. Sepatutnya Isnin adalah hari cuti bagi aku yang bekerja di Kolumpo kerana Christmas jatuh pada hari Ahad. Namun kerana mengikut arahan, terpaksa la mengorbankan Ahad sebagai hari perjalanan ke kedah, dan Isnin hari mesyuarat tersebut. Zara terpaksa tinggal di Tapah di bawah jagaan ibuku kerana mesyuarat di Kedah bukan hanya agenda utama, pada Rabu ada satu lagi Mesyuarat di Politeknik Seberang Perai di Pulau Pinang.


Alhamdulillah, jauh perjalanan luas pandangan. tidak hanya menambah pengetahuan dengan berkerja, namun dapat jua melihat budaya dan cara hidup rakyat senegara tapi berlainan latar belakang dan sedikit berbeza.... Mulut memang terkumat kamit mengeluh sebab terpaksa bekerja pada hari cuti, anak pula berjauhan, tapi bila di fikirkan, dalam sehari 8 pagi hingga 5 petang bukan nya penuh waktu bekerja, ada masanya kadang-kadang melencung juga. Anggaplah ini satu waktu gantian bagi mendapat keberkatan gaji yang diperolehi untuk digunakan dalam membesarkan Zara... (Ayat penyedap hati)


Sedar tak sedar 2011 dah nak melabuhkan tirai dan 2012 akan hadir memberikan salam... Banyak suka duka yang berlaku sepanjang 2011 yang pada aku memberikan seribu satu kekuatan jiwa. Banyak juga peristiwa yang secara tidak langsung mengubah persepsi aku tentang kehidupan.


Yang paling memberi kesan adalah apabila terpaksa dibedah kerana disahkan oleh doktor mengandung luar rahim dan sebelah tiub folopio terpaksa di buang... Belum sempat menceritakan tentang pengalaman aku mengenai perkara ini, kerana mencoret tentang itu sebenarnya dapat jua memberi manfaat kepada sahabat sahabat yang sudi membaca taste of tapah ini.... Banyak pengalaman yang tidak semestinya kita perlu lalui... Cukup kita ketahui...


Sejak dulu, aku di plug-in kan di dalam kepala, apabila kita di timpa musibah, kita adalah orang yang sering membuat dosa/kesalahan pada orang lain. Hingga di sebabkan kesalahan dan dosa itu kita di balas oleh Allah sedemikian 

Namun ketika tempoh segala musibah itu terjadi pada aku, aku sedar akan sesuatu... Semua orang di dunia ini melakukan kesalahan dan dosa... Semua orang di dunia ini di timpa musibah dan diduga... Malah banyak lagi orang yang lebih teruk keadaannya daripada aku...


Dan masih banyak sahabat yang mengambil berat, bersusah payah datang melawat dan tak jemu meberi semangat. Masih ramai sahabat yang baik dan berfikiran positive


Tatkala aku sedih aku sentiasa ingat pesan suami ku buka la Al-Quran.. dan banyak ayat-ayat Allah itu menyentuh hati aku. (Antaranya surah Al-Anbiyaa' ayat 108 - 111 memang memberi kesan pada aku ketika itu, tapi tak pandai nak terangkan kerana bukan lah aku layak bercakap tentang tafsir tanpa ada rujuan dan guru yang sahih)


Allah akan menguji orang yang ingin meningkatkan iman dan ketaqwaannya.. Sekiranya ia sabar dengan dugaan itu, dia akan diangkat lebih tinggi darjatnya.. Ketika aku sakit, baru aku tahu akan nikmat solat.. Sewaktu sihat, badan selalu rasa malas dan liat untuk mengerjakan ibadah solat.. Namun bila sakit, pada Allah lah kita ingin mengadu, dan ketika itulah sukarnya badan yang sakit ingin sujud, rukuk malah nak mengambil wuduk juga tidak semudah biasa. 


Allah akan menguji seseorang sesuai dengan kekuatannya untuk menghadapi sesuatu masalah..


Tidak sesuai kita bertanya-tanya "kenapa aku di uji begini?"


Tidak sesuai juga kita bertanya "apa dosa aku hingga diuji begini?"


Rasulullah S.A.W juga pernah pernah diuji, Baginda pernah kehilangan anak... Pernah kehilangan isteri tercinta....  Pelbagai kesusahan yang ditimpa oleh Baginda... Siapakah Baginda? Rasulullah S.A.W adalah Kekasih Allah.... Dan Baginda juga di uji.. Apatah lagi kita manusia biasa yang sentiasa bergelumang dengan kesalahan dan kesilapan sepanjang hidup di dunia. 


Oleh itu sepatutnya aku tersenyum ketika di uji, kerana tidak sesuai aku mengeluh dan berputus asa ketika Allah memberikan sesuatu ujian. Kerana dengan ujian itu lah satu-satunya tanda Allah sedang menegur aku yang lalai dan ingin aku mendekati-Nya....


2011 adalah tahun yang sekali lagi membenarkan aku menjadi manusia yang lebih baik, memberikan aku pengalaman yang mematangkan... Dan setiap yang berlaku ada impactnya yang tersendiri. Yang pasti masa yang telah berlalu tidak akan dapat dilalui lagi, tetapi masa yang berlalu seolah penyuluh bagi kita untuk memperbaiki diri.. As usual new year resolution never works for me... Just try to be better everyday...


Yang baik datangnya dari-Mu Ya Allah... dan kelemahan itu adalah diri ku.... Syukur Alhamdulillah atas ujian dan nikmat-Mu... 


jom buat senarai kesyukuran 2011!!


September 21, 2011

Hidup Dalam Tiga Masa

by Taste Of Tapah

Satu masa diri tengah meng-angankan banyak perkara hendak dikecapi dalam hidup, dan adakala merenung masa lalu yang tersalah langkah... Dan ketika itu digerakkan hati oleh Sang Pencipta untuk menjeguk satu penulisan oleh Ustaz Pahrol Juoi...

Alhamdulillah...

Dan ketika itu diri memandang tepat kepada satu karangan yang membuatkan diri rasa termotivasi...

Benda baik eloklah di kongsi, mudah-mudahan dapat membantu memotivasikan orang lain pula....  

Jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok! 

Oleh itu mari jadikan masa ini masa yang gembira... Manfaatkannya.. Tidak boleh kita ulang walaupun satu saat waktu yang dimiliki oleh Allah s.w.t... Don't waste it!! 

Kerana orang yang hebat adalah orang yang banyak memberi manfaat  kepada orang lain... wallahu'alam






Masa ini masa yang gembira...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...