Showing posts with label TAPAH. Show all posts
Showing posts with label TAPAH. Show all posts

October 31, 2012

Macam Mana Nak Buat Burger Bakar?

by Taste Of Tapah

Agak-agak lewat tak nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha semua.... hehe. Maaf la sunyi sepi Taste Of Tapah buat seketika... Bila dilihat senarai post publish; September 2012 hanya ada 1 entry sahaja. Dan menyedari bulan Oktober berakhir hari ini. Cepat-cepat menyelit masa untuk menukilkan satu post khas untuk bulan Oktober 2012... 

Sungguh tidak proactive.... (-___-")

Macam mana raya Aidiladha korang? Ada yang status facebook and twitter cerita jem sini sana. Ada yang cerita banyak dapat daging qurban, ada  yang tak dapat langsung. Ada yang sunyi keluarga pergi menyahut panggilan Allah menunaikan Haji di Makkah. Ada juga yang cerita pengalaman Haji mereka tahun ini...

Apapun jua ceritanya semua berkisar tentang ibadah Qurban dan Haji. Dua Ibadah yang hanya dapat dilakukan pada bulan Zulhijjah.

Termasuklah saya yang hari ini ingin menceritakan kisah diri teringin sangat merasa Burger Bakar!! Sana sini sekarang heboh diperkatakan Burger Bakar ni. Kedai Burger Bakar pula bagai cendawan yang tumbuh. Ada Kaw-Kaw, ada Abg Burn, ada Rawang Burger Bakar. Ada macam-macam lagi...

Namun kasihan kan diri belum pernah dapat berkunjung ke gerai-gerai tersebut... Maka pada hari Raya Aidiladha yang lalu, suami pun marayau la mencari gerai yang buka pada hari-hari pertama dan kedua raya disekitar Wangsa Maju, Dagang Avenue. Malangnya tiada yang buka. Mestilah diorang nak raya jugak kan.

Kemudian keinginan berkubur...

Tetapi ianya kembali mekar apabila kebetulan bila balik ke Tapah ada bahagian daging Qurban yang dilaksanakan adik ku yang bongsu disimpan Mak. Alhamdulillah, apa lagi terus teringin sangat nak buat Burger Bakar guna daging fresh dan confirm sembelih ituew.... (panjang dah intro.. bila la nak cerita cara buat buger nya? hahaha)

Apa lagi first timer mana tau nak bikin, kena tanya gugel le dulu.. Gugel Gugel.. Macam Mana Nak Buat Burger Bakar? Jumpa la resepi-resepi berkenaan dekat page Jom Makan-MakanJamie Oliver dan Bengelina blogspot.

Combine kan resepi diorang jadilah cam gini:



Pakai camera handphone, jadinya tak clear la sangat.. Tapi bila semua makan agak laju dan tak berkata.. sedap la kot. huhu statement perasan sangat.. keh keh


Mula-mula saya gunakan daging qurban yang telah di kisar... Berat 750 gram. dan gunakan bawang besar medium size lebih kurang 3 biji dipotong dadu. Tapi next time macam nak bagi lagi hancur bawang ni.


Selepas itu saya gunakan 9 keping biskut Jacobs yang ditumbuk sebegini rupa. Korang nak guna blender kering pun boleh. Yang penting matlamat biskut itu hancur.

Maaf proses selepas ini tidak sempat ditangkap gambar sebab tangan dah berlemuih uli daging.

Proses seterusnya: Masukkan Daging, Bawang Besar, Biskut Jacob hancur tadi dalam bekas.... Lepas tu tambah Bahan-bahan perisa..

Perisa yang digunakan adalah:
Garam ikut rasa, <---- bahan ni penting.. Agak agak yer
Serbuk Lada Hitam dalam 2 sudu besar (agak-agak yer), 
Daun Oregano dah kisar pun lebih kurang 2 sudu besar, 
Sedikit sangat serbuk Paprika
dan bahan  paling penting sebagai agen lekatan bahan-bahan tadi adalah 2 biji telur type A (besar punya)

Masukkan semua bahan dalam bekas dan uli sampai jadi macam kat bawah nie. Saya masukkan keju Chesdale yang dipotong-potong kat tengah Patty Burger ni macam proses masukkan inti kelapa dalam kuih cucur badak tu. So that, bila gigit nanti konon ada la cheese mengalir..  Nak guna parmesan cheese pun boleh. Kalau guna Pamesan Cheese nak uli sekali pun boleh, nak letak tengah pun boleh. 


 Bahan-bahan tadi menghasilkan 8 burger patties gemuk besar seberat 150 gram satu plus satu kecik untuk anakku Zara. hehe. Gambar seperti di atas. 


Proses bakar serah pada Encik Suami. Masa panas-panas letak keju chesdale sekeping atas burger, nanti dia lembik dan menambah kalori kepada hidangan. Dan terliur melihatnya. Slurp.

Jangan lupa beli Roti Bun, Karang burger dah siap kena makan dengan nasi. Sayuran seperti Salad, Timun, Tomato ikut la selera sayuran anda untuk hidangan. Saya hidangkan bersama Black-pepper Sos,  Mayonis, Sos Cili, Salad dan Tomato. 



Moh ler kita makan Home Made Burger Bakar! Memang Puas Hati. Kalau malas nak bakar guna arang bagai boleh jer pakai pan burger dan guna dapur gas. Ataupun guna Pemanggang Ajaib keluaran Menang. (Kalau ada la) hehe

Selamat Mencuba.. Hari tu kami makan dengan hotdog bakar dan home made coleslaw. Cara nak buat coleslow? Nanti lah next entry. Tunggu..........


-The End -

November 4, 2011

Bau Wangi??

by Taste Of Tapah

Rumah yang diduduki oleh diri sekarang se tinggi 14 tingkat.. Dan rumah diduduki kami pula  berada di tingkat 1. Oleh kerana limited pencahayaan dari atas nak sampai ke bawah, amat sukar sekali baju nak kering... Dan sedia maklum kalau lambat kering pastinya baju ada sedikit bau kepam, masam dan bau-bau lain yang sama kumpulan dengannya....

Oleh itu atas jasa baik sahabat bernama yati *mesti yati tengah senyum, ghee* ... Telah meng-introduce-kan satu pencuci yang telah memikat hati seisi keluarga... Bau baju tidak kepam lagi sebaliknya harum dan mewangi... memang puas hati... mesti mau!!

Pencuci tersebut ialah DAIA....

Tadaa.... ini la rupanya DAIA


Kita zoom sikit dekat paket atas belah kanan, bukti dicipta DAIA untuk golongan seperti saya.... 
The Real Expert for in-door drying.

Arakian, rentetan penghijrahan ke pencuci baru ini, telah membuatkan mak bila datang menziarah ke rumah menegur...

"Pencuci apa hang pakai ni? Wangi sungguh la bau baju hang ni?" sambil tolong melipat gunungan kain anaknya yang sibuk bekerja.... atau dengan kata lain, sedikit malas....
"Pakai DAIA, kawan adik cakap, kalau jemur kain dalam rumah elok pakai DAIA, bau tak kepam, adik pun cuba jer la. Napa mak? Wangi ker?" balas ku...
"Wangi la, nanti hang belikan satu kat mak... Mak nak tukar jugakla..." pinta Mak walaupun kat kampung seluas-luas tempat nak jemur kain baju, cadar segala..... Jemur pagi, tengah hari dah kering...
Selang beberapa minggu kemudian...........

Setelah aku membeli DAIA di Kolumpo dan beri kepada Mak, satu perbualan tercetus di kampung.... Almaklumlah sekarang kan tengah cuti sakit, Mak la yang menjaga diri ku kat kampung ni..... 

"Mak kenapa baju-baju ni bau macam asap jer, macam bau burger pun ada.... Mak pakai tak DAIA adik bagi tu.....?" diri ku bertanya tatkala menolong ibuku pula melipat baju di kampung.... atau dengan kata lain semakin rajin....
"Mana, meh sini mak bau? *sambil mencium-cium kain* 
Owh....!!! Ini bau asap bakar sampah, Abang Ram (jiran sebelah rumah) mesin rumput lepas tu dia bakar rumput tu, itu yang berbau asap baju-baju ni..." jawab mak selamba....

Dalam hati aku pulak terpikir.. Dekat mana peranan DAIA kat sini.... ????? 

Jauh perjalanan engkau wahai DAIA luas pandangan, akhirnya engkau tewas juga DAIA... dengan bau asap Abg Ram... keh keh

Sekian, tu la saja ceritanya... 

picture credit to e-marketkhas.com

September 19, 2011

Photos from the Past: Hobi Mereka

by Taste Of Tapah

Dah ala-ala Karen Cheng buat post: Photos from the Past... Ini terjadi kepada blogger yang banyak tulis and save as Draft 
Sebab tak sempat nak publish....

Pictures were taken on 23rd April 2011 on Zara's Birthday.. Ini hobi apabila sepupu sepapat bertemu di kampung...

"nak mandi tolam, tolam, tolam"

Baju mandi spare dah standby untuk anak beranak kalau balik kampung sebab sure request nak mandi tolam... Paras air harus sampai buku lali untuk langkah-langkah keselamatan...

 
Dari kiri: Zara, Kakak, Abang and Inas

Ini Inas: budak paling free-style ala-ala "ketepi-ketepi kolam ini aku punya"

Ini Zara: budak paling sopan dari awal masuk tolam duduk diam tempat yang sama.. -_-

Ini bila disuruh buat aksi nak snap gambar... "senyum!!"

Dan setelah itu kembali main air, tengok Zara still duduk tempat sama... dan Inas dah kuak kupu-kupu, kuak lentang dan sebagainya... muahaha..

Akan tetapi part nak suruh keluar dari tolam paling tidak diminati ibu-ibu bapak-bapak kerana pergelutan pasti berlaku....

Owh tetapi tidak mengapalah kerana kamu semua bikin Ummi tersenyum....


August 3, 2011

Kenangan Berbuka, Tarawih dan Sahur


Sedar tak dah 3 hari puasa? Aku menung tengok P.C ni... Erm dalam hati bercakap sorang-sorang

"Rasa macam kejap jer 3 hari puasa zaman sekarang ni.."

Dulu-dulu dekat Tapah masa sekolah nak tunggu waktu berbuka lama betul rasanya. Tambah pulak pukul 5.30 petang bau-bau-an kesedap-an mak masak dah menerjah ke dalam bilik, pergh! Masa tu rasa macam hidung ikut jer bau tu sampai kat dapur.. Kaki tak terasa berjalan.. Macam Kartun Donald Duck atau Tom & Jerry.. Lepas tu siap tongkat dagu atas meja sambil mata tengok Akak, dengan Ayah bergilir-gilir 'saie' bukak tudung saji nak tengok mak masak apa.. Memang itulah 2 jam paling lama dirasakan.. Dah besor sikit baru reti layan Jejak Rasul, akan tetapi kesedaran sivik nak tolong mak masak kat dapur memang masih belum ada.  -_-

Mak masak mesti 2-3 macam... Balik je kerja  terus masak.

Preng! Preng! Prang!

Satu savoury dish confirm ada, satu jenis dessert, satu jenis kuih (dalam konteks aku di sini dessert dalam peti ais, kuih goreng-goreng), lepas tu air sedap lain macam satu jag.

Pergh! Memang Layan. Kami berbuka tak makan nasi. Sebab ayah kata sahur dah makan nasi putih, berbuka takkan makan nasi putih and lauk-lauk lagi. Oleh itu mak akan bukak buku resepi dia daripada zaman bujang untuk pastikan 30 hari tak makan benda yang sama. Antara resepi yang aku dapat recall 'Mee Goreng Mamak', 'Bihun Kari Yah', 'Makaroni Bakar Chef Wan' dan 'Karipap Kak Ejan'.

Nak dekat Maghrib bergilir-gilir pulak 'saie' bukak langsir pintu depan nak bagi clear dengar kerantung dah bunyi ke belum. Lepas dah bunyi lari-lari bagi tau orang kat dapur... Makan la seisi keluarga. Burp kenyang! Alhamdulillah.

Dah selesai berbuka, sekali lagi tanpa kesedaran sivik terus pergi layan TV.. Mak jugak sorang-sorang basuh pinggan dengan kemas meja..-_-

***

Masuk pulak bab Solat Sunat Terawih yakni Solat Sunat Muakad yang hanya ada di bulan Ramadhan... Masa tu surau kampung penuh macam pesta. Budak-budak kecik ramai tolong 'jerit' menyambut bila bilal selawat/zikir dengan sambutan:

صَÙ„ََ اللهُ ÙˆَسَÙ„َّÙ…ْ عَÙ„َÙŠْÙ‡'' 

best-nyer suasana...

Pernah sekali terawih, aku duduk saf budak-budak kat belakang sekali kena sound dengan makcik-makcik kampung sebab baca Al-Fatihah sama kuat dengan Imam.. kah kah... Malu saja ingat-ingat balik!

***

Dah selesai bab terawih masuk pulak bab Sahur. Sahur ini memang perlu diambil dan dilewatkan, sebabnya perut dalam starvation mode bila kita tidor, jadi perlu bangun untuk bagi dia sikit makanan.

Dekat kampung, bangun sahur sedar-sedar mak dah siap masak jer. Makan lepas tu tidur balik. Padahal sebelum tu mak dah gerak kitorang adik beradik ntah berapa kali sampai rasa macam nak roboh katil. Sian mak, nak bekejar masak, nak hidang, nak gerak anak-anak lagi. Mesti penat. Tapi tak pernah nampak mak mengeluh atau buat muka...

Sekarang ni, masa dah berlalu. Aku pun dah kerja kat Kolumpo. Tanpa sedar, tau-tau dah masuk hari ke-3 Puasa.

Aku pun dah jadi mak, dah rasa dah perasaan nak bangun pagi-pagi masak sahur, kejut orang pulak bangun, dah rasa dah perasaan bila lewat balik kerja kena masak cepat-cepat, lepas berbuka nak kejar kemas-kemas sebab belum solat maghrib.. It was Hectic! Terdetik dalam hati macam mana mak boleh buat semua ni? Aku baru masuk puasa ke-3 dah rasa nak beli je makan dekat pasar ramadhan.

Paling obvious still tak boleh control ayu macam mak, muka selalu steady jer tak nampak penat.. Ikhlasnya mak buat kerja, sampai sekarang without fail. Kagum! Kagum! Kagum!

OK la sampai sini jer, nak pergi telefon mak jap tanya khabar dan tanya mak macam mana resepi nak masak Pizza...



July 23, 2011

Dari Mata Anak


"Ummi jhalan jom..."

Ajak Zara agar aku teman dia jalan-jalan keliling rumah pada satu pagi yang tenang di Tapah... Dulu waktu pagi-pagi macam ni, berkabus jer sejuk.. Sebenarnya lokasi Tapah betul-betul di kaki Banjaran Titiwangsa, lebih kurang sejam perjalanan ke Cameron Highland.. Sekarang dah tak ada kabus lagi, sebab Cameron Highland pun dah habis di tarah sini sana, panas jadiknya...Tapi, still alhamdulillah tenang lagi dari suasana  Kolumpo...

"Ummi jhalan la jommmmm..."

Ajak Zara lagi, kali ni semakin kuat intonasi-nya... Aku diam jer melihat gelagat dia...

Aku terfikir sebenarnya, apalah yang di fikirkan oleh anak aku dengan merenung ke hadapan... Lama dia mengelamun... Sama tak dengan apa yang aku fikirkan? Kadang-kadang terfikir, alangkah seronoknya kalau aku orang dewasa boleh memandang sesuatu perkara seperti kanak-kanak seusia Zara..

Tak ada buruk sangka, tak ada duka, tak ada risau, tak ada kecewa, tak ada hasad, belum kenal erti atau faham apa itu putus asa, letih dan sebagainya negative thought.... 


Dalam hati diorang mesti nak main jer kerja.. Main, makan, susu, mandi dan tidur... Dan pastinya jiwa diorang penuh dengan perasaan ingin tahu....
 

Dan perasaan ingin tahu itu-lah yang akan membentuk peribadi seorang kanak-kanak seusia Zara kelak... Perasaan itu yang akan membawa diorang terus ke hadapan... Belajar dan terus mencari.. Seterusnya memahami dan memilih...


Dan di situ-lah datangnya peranan ibu macam aku ni yang perlu membantu dia belajar dan mengenal perkara yang bermanfaat. Supaya pilihan jalan yang dibuat kelak, pilihan yang membawanya kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat... 

Insha-Allah... Semoga Allah beri petunjuk dan kuatkan aku dalam membesarkan anakku di zaman yang penuh cabaran ini....


*

*

*

*

*

Erm.. Masa nih aku dah tak fikir apa-apa, sebab Zara dah jauh dah tu! Kena berlari dengan baju tidor kelawar pergi kat dia  laju-laju cepat-cepat (-.-")


by Taste Of Tapah


July 20, 2011

Jiwa Balik Kampung: Pengenalan

Tempat membesar di Tapah bukan la kampung yang betul-betul kampung... Lebih kepada definasi pekan kecil.. Semuanya dah dinding batu, atap pun bukan zink... Tandas pun dalam rumah... Tidak pula ada sawah bendang macam rumah Tok di utara Perak sana.... Kalau balik ke kampung Tok memang lebih layan... Naik motor pergi bendang.. Pergh memang sangat layan jiwang...

Cuma yang ada di Tapah ni adalah pekan koboi yang sedikit meriah, sampai kalau jalan kat pekan orang kenal lah anak siapa.. Jadi perangai harus sedikit senonoh kerana membawa name-tag ayah kemana-mana... Perumpaannya bak kata pakcik aku:

Small Town - Big Story.. Big Town - Small Story...

Kat Tapah kalau tengah hari beli perabot baru, mau petang dah heboh satu pekan.. Cuba duduk Kolumpo, ko beli perabot pun tak der la sampai makcik meniaga ikan kat pasar tahu... Kadang-kadang rimas juga orang semua ambil tahu pasal semua perkara, tetapi yang manisnya, keluarga terpelihara la sikit dari nak buat perkara-perkara tak tentu hala... Sebab konsepnya anak kita anak kita, anak orang pun anak kita.... Sama-sama tolong tengokkan... Sekarang tak pasti la macam nih lagi ker suasana kat Tapah ni, sebab balik pun sebulan sekali... Masa membesar di sini, memang itu lah suasananya...

Cikgu-cikgu yang mengajar kat sekolah pun tahu Mak-Ayah anak muridnya kerja apa, duduk kat mana... Buat hal sikit memang berdesup la khabar berita sampai ke telinga keluarga.. Kalah kelajuan email... Kesian juga ayah aku sebab anaknya ini la selalu buat hal dalam kelas, mulut tak reti diam.. Nasib baik masa Sekolah Menengah dah masuk asrama, kalau tak malu ayah ada anak suka tidur dalam kelas..(-.-")

Tapi alhamdulillah dari pekan kecil ni, masyarakat ini, dan daripada cikgu-cikgu ini la jugak ramai antara kami-kami ini yang dah berjaga jadi orang... Walaupun belum boleh lagi nak beli rumah sebijik untuk mak-ayah macam iklan hari raya tahun sudah tu, boleh la nak tambah belikan barang-barang dapur sekali sekala...

Ok-lah setakat ini lah dulu cerita Jiwa Balik Kampung... Lain kali rajin aku menulis lagi, harap-harap bila Tapah pupus menjadi pesat nanti, penulisan aku boleh jadi bahan sejarah asal usul pekembangan Tapah untuk rujukan anak cucu kepada per-kembagan-an peradaban manusia Tapah lahir tahun 80-an... (muka menaip sambil bibir mengukir senyuman sinis tahan gelak)

July 19, 2011

Jiwa Balik Kampung

Entry ini di post from Tapah.. kampungku...

Kurang best rasa nak balik kolumpo semula.... Uh! memang layan dok kampung... Mandi pakai kolah air sejuuukkk... Lepas tu mak masak sedap-sedap memang layan... Zara pun seronok boleh lari sini, lari sana, main kat dalam, main kat luar tak reti penat... susun selipar dalam baldi, naik basikal roda 3, tengok kolam ikan, naik buai. Lepas tu sepanjang main tanya, ni apa, tu apa, ayoyo... Agak sedikit teruja tengok muka dia..... Sebulan sekali... Kasi chance la...

Rasanya dia boring asyik main dalam rumah jer selalunya, nak harap mak ayah dia bawak main kat taman permainan memang agak kurang senang jer memanjang... haih (=.=") 

Perlu bawa dia kerap bermain lepas ini.. Antara azam 'buku baru' nisfu sya'baan..

Harapan diri semoga jiwa balik kampung semakin kurang sejurus menjejakkan kaki ke office kerana patut semangat meningkat naik untuk bekerja selepas 'charge otak' kat kampung... no more jiwa-jiwa yang jiwa...

Di Kampung, tidak melepas peluang untuk makan 'Taste Of Emak' memang menyebabkan badan ada peningkatan... Rugi juga pada firasat diri sekali sekala balik nak tolak juadah yang di sediakan.. Paling tak leh nak di tolak puding Truffle (betul ker nama) keh keh.. Antara masakan lain kuah durian, pajeri nanas utara baik punya, kerabu kerang, sambal tauhu tok, kuih som-som, memang layan... Terima kasih la mak, melayan anak yang sedikit teruja kerana dah jemu makan masakan kedai masakan sendiri.. tssk

O.k lepas nih 3 hari tak makan pun kenyang lagi... 

Sila berharap agar cerita jiwa balik kampung bakal bersambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...