Showing posts with label RANDOM. Show all posts
Showing posts with label RANDOM. Show all posts

May 13, 2014

Hari Tanpa Gadget #1

by Taste Of Tapah

Salam satu malaysia...
Second attempt blog thru phone. Memang mencabar.

Tapi sebab gambar semua dalam phone. Pastu tak rajin nak cari wire transfer. Lagipun layan update belog sambil baring tido kan anak2.

Oleh kerana esok wesak. Maka hari tido lambat zara di activate kan.

Lepas dia dah kaler2. Dah baca. Dah trace. Dah tulis. Maka dia bertanya "ummi nak buat apa lagi ni" sambil mata jeling pada phone.

Memandang box pink ikea (perlu mention ker ikea tu. Wahaha) yang aku gelarkan box sorok mainan bahaya baby. Sebabnya, box ni disorok segala playdough keras, benda tajam, benda tak sesuai untuk umar.

Sebab banyak sangat ntah hape hape disimpan dalam tu... minta zara sendiri pilih yang mana dia nak guna. Yang mana dia rasa nak buang. Bermula lah aktiviti Hari Tanpa Gadget!!

Itu dia gaya tengah berfikir apa yang nak guna untuk main dengan apa yang nak di buang. 5S gituew. Bersepah jangan cerita..

 Habis semua di koreknya. Masa ni dah nak dekat penat katanya. Sambil nafas turun naik.

Ini kategori "let it go"... banyak kali jugak tanya, betul taknak dah semua ni. ('_')"

Manakala ini pula kategori masih diperlukan. Tengok bendera di hati. Belum tengok dia kibar bendera sambil nyanyi lagu UTC. Memang terbaik.

Ini dia wajah girang telah mencapai satu pencapaian baru...yakni memilih keutamaan dalam penyisihan mainan.

Gud job zara.  

K mummy's sekalian. Boleh practice kat anak2 anda. 

Terfikir begini sebab pernah dengar satu ceramah...katanya kena tunaikan hak anak2.  Barang/pakaian anak2 kalau dia dah mula paham. Kena tanya dia sebelum buang. Sebab ada hak dia ke atas barang itu..

**Best juga aktiviti ni. Dari jauh perhati dia belek pastu letak kat let it go atau masih mau. Dah besar anak aku. Huhu







December 4, 2013

SIBUK 2.0

by Taste Of Tapah

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana masa yang dikurniakan malam ini untuk Ummi menulis di Taste Of Tapah yang lama dibiarkan....

SIBUK 2.0!!

Working + Traffic jammed + New Born + Outstation Every Month + House chores = 


***

Pertengahan Bulan September 2013 hingga Akhir bulan Oktober 2013 yang lalu, Babah pergi menyambut seruan Allah sebagai TetamuNya yakni mengerjakan Haji.

Tinggallah Ummi dengan Zara & Umar ditemani Tok dan Opah.

Alhamdulillah segalanya dimudahkan, Babah selamat pergi dan selamat kembali. Moga bersemangat mengekalkan kemakburan Haji.

***

Lama tak menulis, sebab memaksimumkan masa malam-malam yang ada beberapa jam sahaja untuk kedua-dua si comel dan suami....

Siang memang tak sempat nak ber-blog. Tender Evaluation + Work Program + Milestones + Site Briefing + Kick Off Meeting + Work Progress + Approval + Measured Drawing.... and the list never end.
Nama pun kerja, kalau habis; makna kata dah tak payah kerja la. huhu



Raya Haji yang lalu sambut bertiga of coz with tok opah n mama long's family. Wearing jubah babah pos dari Mekah

Teringat lagi sepanjang Babah ke Mekah, Umar tak putus-putus berkahak. KPJ Kajang dah pergi, Azzahrah dah pergi termasuklah Klinik Dr Nadhir Khan di Wangsa Maju juga dah pergi. Nebuliser, Percussion, Fisio, Stim, Vicks, Jeslyn Oil, Bawang Putih, Kunyit, Antibiotik, Ventolin apa sahaja dah dibuat. Namun, mungkin ini antara dugaan Kerja Haji yang Babah laksanakan.


Walaubagaimanapun selalu memujuk hati mengatakan syukur dikurniakan kesibukkan, kerana mempunyai insan tersayang di sekeliling, dan masih punya perkerjaan. Masih punya rumah tempat berteduh. masih punya kereta untuk di pandu.
Kerana kadang-kadang kita cube bersabar, namun bila motivasi diri dengan cara sabar sudah tidak boleh digunapakai, motivasilah diri dengan menghitung kesyukuran........


"Fabi'ayyi ala irobbikuma tukazziban"

Mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan mu yang ingin kamu dustakan

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah

Moga dengan memahami Syukur Allah tambah lagi rezeki yang melimpah ruah dan memberi kelapangan masa pada Ummi......

Ameen


terima kasih kepada emme_nur 114. anda inspirasi ummi untuk menulis malam ini :)

October 10, 2013

Running Man Malaysia

by Taste Of Tapah


running_man_malaysia

Penangan Running Man telah menular di rumah ku.. wahahahahahaha 
Ganas betul budak-budak ni ber-running man
3 orang hempap sorang, nampak tinggal kaki jer tuew! bahaha
Boleh la terbitkan Running Man Malaysia versi junior lepas ni...  heheh
dibintangi Zara n sepupu-sepupunya....








April 10, 2013

Adanya Kehidupan

by Taste Of Tapah


Meminjam kata-kata Dr. Harlina, barelysupermommy;

Wedding is fun, honeymoon phase is a.w.e.s.o.m.e. but marriage is really a lot of work! You’re juggling your work, daily house chores, children and husband every single day. If you don’t enjoy what you’re doing, you’re killing yourself slowly inside because you barely have time for yourself.

Mengenangkan diri memilih untuk bekerja sebagai engineer, dan kedudukan office yang jauh, perjalanan pula sesak hari-hari. Keluar rumah gelap, balik pun gelap.

Mengiakan kenyataan di atas Marriage is really A L.O.T O.F W.O.R.K!!

*

*

*

Suatu ketika dulu...

Balik rumah jer terus terpandang akan pemandangan yang amat 'menyejukkan' mata;

Sudip kat ruang tamu, tuala atas lantai, baju tak berlipat, cawan tak basuh penuh meja, buku-buku dengan toys bersepah sana sini. Memang memerlukan daya tahan emosi dari teruskan melaksanakan cadangan syaitan kat tepi yang suruh membebel dan mengamuks...

Namun dalam hati memang tak dapat menipu, tengok penulisan post ini sahaja dah tahu memang penuh dengan keluhan dan rungutan yang menandakan hati belum ikhlas melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri dalam keluarga. Keh Keh.

Selalu je si isteri ini menahan diri dari membebel terus mengemas tetapi tanpa sedar (eh yer ke tanpa sedar? huhu) menguatkan sedikit hentakan barang yang dikemas tanda protes. Nak bagi suami suami dengar ler tue.

Ternyata perlakuan itu success! Datang la si suami menghampiri...

"Kenapa hentak-hentak ni?" 

Diri teruskan diam membisu...

"Kalau penat tinggalkan jer, karang abang kemaskan...."

Hati semakin tak tertahan lalu terkeluarlah keluhan,

"Letih la, hari-hari macam ni, takkan la cawan ni pun tak leh basuhkan, 10 kali minum 10 bijik la cawan kat atas meja ni" jawapan dari isteri yang konon berkerjaya rasa diri hebat.

Lama suami berdiam diri, sebelum mengeluarkan beberapa patah perkataan yang aku ingat sehingga hari ini....

"Cube belajar bersyukur, dengan ada nya 10 biji cawan atas meja itu, menandakan ADANYA KEHIDUPAN, tunggu la sampai orang dalam rumah ni pergi buat selama-lamanya, masa tu, tak perlu lagi nak kemas, tak perlu lagi nak penat tengok rumah bersepah"

DANG!!! Huhuhu

*

*

*

Makanya setiap kali aku merasa letih akan segala kerja rumah dan daily routine yang perlu dilaksanakan, aku pegang la kata-kata 'adanya kehidupan'... Maka seronok la aku menguruskan anak dan suami yang masih ada dipinjamkan Allah di sisi.

Esok lusa belum pasti mereka bersama aku.

Walaubagaimanapun, tidaklah pulak suami membiarkan si isteri ni sensorang diri membuat segala kerja rumah, semakin hari, bila adanya komunikasi dan rasa kasihan belas, ianya akan dimudahkan. Namun proses tolak ansur dan mentarbiah diri masing-masing sentiasa berlaku hari demi hari... Bukan lah pula tempoh nya sebulan dua.

To me, marriage is about two people committed themselves to each other, sharing the same desire to spend their lifetime together, and willingness to be there for one another. In Al-Quran, it’s clearly stated “They are clothing for you and you’re clothing for them..” (Al-Baqarah, verse 187).Like our clothing that covers and protect our body, couples defend each other’s honour. They protect and enhance each other’s beauty while shielding that which must be hidden, according to Allah’s rules. ~taken from Dr. Harlina from barelysupermommy.com



March 11, 2013

Ala-ala Fynn Jamal

by Taste Of Tapah

Lama.
Memang lama aku tak update blog ni.

Sibuk.
Memang sibuk.

Sesungguhnya demi masa manusia dalam kerugian.
kecuali yg beriman dan beramal soleh.

Selalu tak cukup masa.
Bila ada masa, tak de internet connection.

Tahun 2013.
Berpindah ke enviroment perumahan baru.
Berpindah ke tempat kerja baru.
Bakal menyambut insan baru. Dengan Izin Allah...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Nikmat Allah yang mana lagi yang kau ingin dustakan.

Rasa seperti aku yang baru.
Walaupun masih aku yang lama.

Beringat, zety.
Beringat.

Masa sesaat pun takkan datang semula.
Di Hari Pembalasan, Allah bertanya, apa yang kau guna untuk sesaat?

Waktu kerja kau update blog.
Waktu untuk kau beri hak didik anak-anak, kau tengok sinetron.
Waktu kau patut melayan suami, kau layan FB.

Sibuk.
Memang sibuk.

Bila masa itu kau tak uruskan.

Salah siapa?
Salah Mark Zukerberg?
Salah Station Televisyen?
atau salah Google?

Jauh.
Berulang jauh setiap hari.
Badan Penat.
Al-Quran dah mula nampak debu di kulitnya.
Solat sudah hujung-hujung waktunya.
Mana pergi mujahadah?

Masa, oh masa.
Engkau memang hak Allah.

Allah, berkatilah masa ku.
Jangan di tarik nikmat iman ini setelah Kau kurniakan....
Jangan di tarik nikmat masa ini, hingga aku hanyut dari menjalankan tugasan harian.
Berkatilah rezeki ku, untuk aku bantu keluarga ku.

Pada Mu lah aku berlindung.




sedang tidak tahu untuk buat apa dengan masa,
perlu kerja, perlu manage project kecik,
cuma hilang punca,
pada siapa nak tanya.
pada siapa nak refer.
pepandai kau lah sang Jurutera.
kononnya.
pada blog, kau mencoret sudahnya...
 


September 17, 2012

Raya yang terlepas

by Taste Of Tapah

Syawal dah melabuhkan tirainya, ramadhan juga dah sebulan berlalu.... namun masih terasa kerinduan akan ketenangan bulan ramadhan yang lalu.....

belum tentu ramadhan akan datang umur ku panjang untuk bertemu..... sebulan sudah melatih diri menahan diri dari lapar dan dahaga, sebulan juga lah melatih diri dari melakukan perkara yang boleh mengurangan pahala berpuasa.

adakah training sebulan itu cukup untuk aku keluar dari ramdhan dengan semangat dan peribadi yang sama....

bagaimana solat ku? open house yang banyak... bagaimana aku menahan diri dari makan dan minum yang berlebihan......

hanya diri sendiri sahaja yang tahu.... tepuk dada tanya iman....

sungguh busy sebulan dua ini, dengan tanggungjawap di rumah, di tempat kerja, di samping sedaya upaya mengukuhkan hablumminallah dan hamblumminannas.... (hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah)

di akhir syawal ini, 2 malam aku habiskan masa di hospital, kerana Zara dijangkiti kuman di dalam paru-parunya... Alhamdulillah semakin sembuh..... ini ujian dariNya, kerana bak kata ustazah norhafizah, malu lah kita sekiranya mengaku beriman sedang masih belum mampu menghadapi ujian....

namun jauh di sudut hati aku sering berdoa, semoga Allah tidak membebani aku dengan bebanan yang tak sanggup aku memikulnya.....

semoga jiwa kekal tabah dan membuahkan la'allamun tattaqun.....

lepas ini nak cuba menyusun semula jadual dan planning untuk blogshop

kepada sahabat semua, sudilah kiranya shopping di http://soulb33.blogspot.com/



sekian selamat hari raya bagi semua.. maaf lewat sehari syawal. huhu










August 14, 2012

BlogSHOP Sendiri

by Taste Of Tapah

Hi semua! Perasan tak banner dekat belah kanan blog T.O.T ni? 
Saya dah ada blogSHOP sendiri... 
Hehe Excited juga. 
Hope someday nanti ada website jual barang sendiri pulak. Insha-Allah

So apa lagi kawan, jenguk la dekat kedai saya dan start shopping.... :)


Saya akan mulakan dengan Telekung, Telekung Travel dan Stokin Baby dan orang Dewasa dahulu..... 

Terima kasih kerana support!! We will give the best service ever... Insha-Allah.. Barakallahufiikum

jom jenguk My Shop

July 31, 2012

Kancil Senget

by Taste Of Tapah

Suatu pagi yang dingin, ketika jem di pusat bandaraya Kolumpo. Aku seolah bukan menyusur jalan lagi, tetapi lebih kepada 'parking berjemaah' apabila ingin memasuki susur ke Jalan Sultan Ismail...

Apabila dah puas aku menekan punat radio. Dari ERA ke HOT ke HIT ke SINAR... memang semua tak berjaya menjentik halwa telinga yang runsing tak sampai opis lagi....

Akhirnya aku keluarkanlah telefon dan mula snap gambar sini, snap gambar sana....

Sedang asyik merakamkan gambar pemandangan pagi di kolumpo, tiba-tiba melintas laju kereta kancil ini, dan kelajuan menghasilkan kereta kancil senget yang comel...




k itu jer cerita kali ni pun... layan jer la k.. haha


p/s** oleh kerana Malaysia ni negara maju, sebab tu kita perhatikan ada sampah di bahagian bawah kanan gambar.... Lepas itu sampah tu pergi ke sungai, berkumpul sampai blok laluan air, Kolumpo banjir... salahkan SMART Tunnnel sahaja....Bijak memang Bijak! Banyak sebab yer banjir boleh berlaku... dan paling utama itu kuasa Allah S.W.T...

Alangkan TITANIC pun boleh karam....


July 17, 2012

Jambangan Buah Perisik

by Taste Of Tapah

Dah lama ummi teringin nak mengubah jambangan buah. Namun tak berkesempatan. Sebab tak der special event untuk nak di hadiahkan jambangan buah tersebut. 

Weekend yang lepas, Ummi dan Babah ditugaskan sebagai perisik. Tapi bukan la perisik macam 007. Tugas ummi dan babah ialah merisik Puteri untuk Sang Putera... Siapa lah gerangan Putera itu? Putera tu pakcik awak la Zara, adik babah. =)

Sesuai dengan keinginan ummi nak deco buah, ummi pun siapkan jambangan buah untuk di hadiahkan kepada si puteri.... Taaada.....

***

Inilah gambar cover cute *sila pitam* sambil bawak jambangan buah strawberry dan pisang celup cokelat. Macam rasa first time ummi letak muka sendiri dekat belog.. ngeh ngeh.. erm gambar Zara kena ada juge.



Entahlah ok ke tidak jambangan ni, (-__-") Nasib baik mak mertua jenis sempoi.. Kira main bawak jer la buah ni sebagai geng mengiringi cincin perisik.... *sila abaikan editing yang sungguh amatur*


OK gambar buah kena banyak sebab syiok sendiri.. kah kah. Sebenarnya topping cokelat ni tak berapa nak jadi, lain kali kena eksperimen dengan lebih kerap lagi.. 

***


Ni pulak bakul cekelat, di gubah dalam raga oleh your's truly.. Harga deco semua 30 ringgit. Gambar atas pakai speed light. Gambar bawah pula tidak, itulah penerangan effect gelap dan cerah yang anda lihat. Diri amatur nak guna editing photo. Letak watermark tu pun kategori rajin sudah...



***



Akhir sekali, bekas wajib.... tempat letak cincin risik.... OK bekas risik dan tunang ni turun temurun. Usia dah 4 tahun. Masih kekal anggun dengan sedikit sentuhan untuk nampak baru. Hurm dah lama tak buat deco benda-benda macam ni, sekali sekala buat seronok juge =)

***


Namun walaupun ummi suka buat deco gini, ummi masih berpendapat yang paling penting bukan lah terletak pada iringan ini semua, hadiah ini semua berharapan semoga mengukuhkan lagi tali silaturrahim yang akan di bina untuk kedua belah keluarga. Pengisiannya yang lebih penting. Yang dirisik perlu lebih menjaga diri, makala yang merisik pula perlu menggandakan lagi usaha untuk perbaiki ekonomi kerana selepas ini perlu mengambil tanggungjawap menjaga seorang wanita yang sebelum ini dipikul oleh ayahnya.

Untuk kedua adik ipar dan bakal biras ku.... Semoga satu langkah baru ini diberkati Allah dan dipelihara hubungan baik ini hingga kamu disatukan sebagai suami dan isteri.... Lepas dah jadi suami isteri nanti baru kita harapkan berpanjangan pula hingga ke syurga.... 

Sekian.

terima kasih kepada photographer tersohor en suami dan cik jimah

May 25, 2012

Kisah Norma

by Taste Of Tapah

Yer saya dah lama tak update blog... {-_-"} Saya banyak concentrate pada family, anak dan kerja yang tidak kunjung surutnya... Petang ni, sempat jenguk jap T.O.T dan blog walking ke beberapa blog termasuk blog officemate sue. Terkejut sangat bila sue bagi tau, Norma telah meninggal dunia rabu lepas..... sob sob {T_T}

Sebak sangat sebab pernah tengok suaminya Talib di rakaman MHI TV3 dan mengikuti perkembangan kesihatannya isterinya Norma melalui belog tentang Norma. Terlalu sebak dan terharu melihat semangat suaminya... Norma sakit sejak melahirkan anak pertamanya.. Lebih kurang 1 tahun selepas mendirikan rumah tangga. Kini Norma telah kembali kepadaNya...Cinta hingga akhir hayat.

Semoga Allah melapangkan kuburnya arwah dan semoga arwah tergolong dalam hamba Allah yang mendapat rahmatNya...

Ajal kita?

Allah itu Maha Tahu... sedang kita..... amat lemah tanpa rahmat dan ihsan Nya....


April 23, 2012

Cerita Birthday Zara ke-3: 'Ceasarean Section'

by Taste Of Tapah

Hari ini genap anak ummi berusia 3 tahun. Alhamdulillah Allah meminjamkan Zara kepada hidup ummi, sebagai pengikat kasih sayang ummi dan babah. Tiga tahun yang lalu, pada tarikh 23hb April 2009, hari khamis, jam 8.30 pagi, waktu dhuha. Zara dilahirkan ke dunia ini... 

Segalanya berlaku begitu pantas, 40 minggu 10 hari mengandungkan Zara adalah saat yang paling ummi rindui... Tatkala itu, setiap kali ummi bersedih, atau gembira, Zara akan mendengar cerita, dan keluhan ummi. Zara dikandungkan sebagai  pendengar yang baik. Alhamdulillah lahirnya juga kini, menjadi seorang pendengar yang baik.

Hari ini di hari lahirmu, inilah dia cerita hari bersejarah bagaimana Zara lahir ke dunia ini..... Mungkin boleh ummi kongsikan pengalaman ini juga dengan rakan-rakan dan pembaca belog T.O.T ini untuk dijadikan iktibar atau sedikit persediaan.

***

Hari rabu, 22hb April 2009, sehari sebelum Zara dilahirkan, ummi telah menyerah diri ke UKMSC kerana telah mengandung lebih 40 minggu 10 hari. Sampai sahaja di ward, jam 11.30 pagi tanpa lengah Doktor telah memaksukan ubat 'induce' kepada ummi bagi memaksa 'contraction' berlaku. Ini kerana tempoh masa yang lama melebihi 40 minggu di dalam perut ummi agak bahaya, Doktor khuatir Zara telah mula memakan najis sendiri. 

Bermula dari saat ubat induce dimasukkan, ummi telah merasa sakit contraction. Ianya berlarutan sehinggalah jam 3.00 pagi keesokkan harinya, Doktor memeriksa bukaan laluan. Ianya telah terbuka sebanyak 3cm, lalu Doktor UKMSC, Dr. Ani Emilia ketika itu, memutuskan untuk memecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses bukaan. Tepat tekaan Dr Ani, ketika air ketuban dipecahkan, najis Zara telah sama-sama keluar ketika itu.

Degupan jantung Zara juga ketika itu tidak stabil kesan daripada ubat 'induce' yang dimasukkan. Walaubagaimanapun, sekiranya ubat induce diberhentikan, tiada 'contraction' akan berlaku. Oleh itu, Doktor memutuskan untuk menunggu...

Jam 5.00 pagi ketika itu, Dr. Ani datang semula memeriksa bukaan, masih kurang, hanya 4 ke 5 cm sahaja. Setiap selukan pemeriksaan bukaan oleh Doktor Ani disertai dengan najis yang banyak dari dalam rahim.

Ummi dan Babah boleh dengar ketika itu, degupan jantung Zara semakin tidak stabil....

Dr. Ani memandang tepat kepada ummi, dan memberitahu... 

"Puan, bunyi jantung anak puan semakin tidak stabil dan lemah, najis semakin banyak, saya boleh memberhentikan ubat induce ini, tetapi ianya akan melambatkan proses bukaan. Najis ini pula mungkin akan menyebabkan jangkitan pada paru-parunya sekiranya anak puan dibiarkan lebih lama dalam kandungan. Saya nasihatkan puan dibedah bagi menyelamatkan anak puan."

Hati ibu mana yang tidak hiba mendengar penjelasan seperti itu, walaupun ummi tahu peritnya sakit yang bakal ummi tanggung akibat bersalin secara pembedahan, namun ummi ketepikan semua itu bagi memastikan Zara selamat.

Sejurus ummi menandatangan surat pembedahan, terus ummi dimasukkan dengan ubat bius separuh badan (epidural). Babah kelihatan amat risau pada ummi dan Zara. Babah dibenarkan untuk masuk kedalam dewan pembedahan, walaubagaimanapun, babah memilih untuk membaca surah Yasin di bilik.

Alhamdulillah, jam  8.30 pagi, kedengaran suara tangisan bayi. Ummi bersyukur dan menitis airmata. Anak ummi selamat. Ummi mengucup wajah Zara sebelum Zara dibawa keluar. Ummi pula masih di dalam bilik pembedahan kerana proses menjahit perut ummi memakan masa agak panjang, ditambah pula ummi diserang asthma ketika di dewan pembedahan menyebabkan ummi dikuarantin di dalam selimut panas untuk tempoh waktu yang agak lama.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

***

Hari ini tiada hadiah yang dapat ummi berikan kecuali doa seorang ibu untuk seorang anak.... Seperti ibu-ibu yang ada di seluruh dunia, yang masih ada iman dan kewarasan dalam hatinya, tentu sekali banyak harapan yang disandarkan kepada setiap anaknya...

Ummi bukan penentu masa depan mu, Ummi hanyalah seorang pembantu dalam mengemudi ke mana arah mu... Ummi bukan hanya harap kamu begini dan begitu, tetapi Ummi sentiasa berharap agar diberi hidayah dan taufik oleh Allah S.W.T supaya diberikan ilmu bagaimana Ummi dapat menjadi Ibu yang terbaik untuk mendidik mu kejalan Allah... Semoga setiap kejayaan mu di dunia ini disertai oleh taqwa dan zuhud mu kepadaNya... Tiada kejayaan yang paling manis melainkan dapat bertemu Allah di Daerah tertinggi... dan tiada harta yang paling bermakna melainkan anak yang soleh dan solehah yang mendoakan ibu dan bapanya....






April 22, 2012

Banner Pertama

by Taste Of Tapah

Setelah sekian lama blog ini lahir, baru hari ini mencatat sejarah mempunyai BANNER!! huh... yeay! blog dah ada name tag! yeay yeay! *melompatmacambarney*

Kesuntukkan masa adalah sebabnya ummi tak sempat nak bukak photoshop dan mulakan langkah pertama.... Masa sebelum ini diuruskan kepada perkara yang lebih mustahak.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, menjaga suami dihospital menyebabkan ummi mengisi masa lapang sambil membuat banner ini.... Biasa-biasa sahaja. Masa yang diambil 2 jam *memang beginner*. Bukak youtube, cari tutorial 'how to make header for blog' dan terus mulakan langkah....

Inilah hasilnya......


Sebenarnya ini jer gambar background yang jumpa, mungkin next time ada masa lagi, boleh cari gambar lain pulak....

Alhamdulillah babah boleh discharge hari ini, dan alhamdulillah juga sepanjang babah di ward, ramai yang memberi bantuan, thanks to mama long and opah yang tolong jagakan Zara. Ayah, Adik, Bapa & Ibu mertua serta ipar duai yang datang meneman serta memberi makanan... Juga tak lupa pada sahabat yang datang melawat...

Alhamdulillah... semoga Allah sahaja membalas jasa kalian.

Doakan kesihatan kami sekeluarga... Amin...



April 19, 2012

Thursday Quote #1

by Taste Of Tapah

Yang panjang tak semestinya ada isi, yang pendek tak semestinya tak der banyak maksud.... Jom share quote pendek untuk hari ini!

A mother who is really a mother is never free ~from Honore de Balzac




January 27, 2012

Cuci Pinggan Jaga Perut

by Taste Of Tapah


Hari tu, masak sup ayam dengan sup sayur sebagai lauk makan malam. Sungguh lazat menjilat mangkuk dan pinggan. 

Zara sampai hirup mangkuk macam iklan meggi. Betul-betul ho-liaw....

Seperti biasa anak dan bapak kekenyangan duduk bersandar tengok berita yang macam cerita cerekarama.. Dan seperti biasa juga, mak dia ke dapur tengok pinggan mangkuk dengan harapan pinggan mangkuk akan basuh diri sendiri dan duduk elok-elok dekat rak pinggan... *sungguh angan-angan*

Ok sekarang apa motif cerita?!! Oh yer... Tengah basuh pinggan, selain teringat esok kat opis kerja pending banyak, atau pikir esok pagi masak apa? Tiba-tiba terasa.... Eh! Apasal senang sangat nak basuh pinggan ni. Tak payah tambah sabun, tak payah sental segala... Eh!  Apasal cepat jer kerja membasuh kali ni?

Hurm tetiba dalam otak aku terus ada wayang macam 'Discovery Channel' yang tayang animation organ dalam badan... Aku bayang kalau aku pun senang nak cuci pinggan... Mesti perut aku tak bekerja banyak malam ni, mesti hempedu semua senyum panjang, usus pun mesti rasa geli sikit-sikit je tak perlu beria pakai turbo nak settle hal makanan....

Elok juga kalau makan sup tiap-tiap malam, senang kerja, jimat sabun. Jimat air. 

Perut pulak cakap, "Taklah penat kami kalau tiap-tiap malam macam ni, boleh kami rehat awal sikit" 


Tak payah makan teh orang kampung, nonaroguy atau herbalife nak bersihkan minyak lekat-lekat dekat usus....

Biasa tiap-tiap malam menu aku kalau tak goreng, mesti masak sambal, masak merah, kari. Semua orentasi minyak. Berminyak habis pinggan. Kuali jangan cerita. Sabun mesti kena picit lebih sikit... baru la 'Glo'..
bla bla bla sambung berangan dalam kepala.......

*

*

*

Tiba-tiba rasa kaki macam geli-geli dekat lutut. Tengok bawah rupanya Zara dah sampai ke dapur.

"Ummi nak shushu...." 

ok sekian itu je la ceritanya.. tak best mana pun.. kui kui *ini la dia orang tak ada idea nak update blog*


nota kaki: Masa snap gambo pinggan, laki aku mesti ingat aku buang tebiat.

January 9, 2012

Zara Jejak Upin & Ipin

by Taste Of Tapah

Zara seorang budak normal yang boleh di label kan peminat tegar Upin & Ipin... Dia boleh melakonkan kembali kebanyakkan watak Upin & Ipin dengan jayanya. Ini lah salah satu cara untuk buat si kecik ni happy se-happy happy-nya.... Korang tau cita-cita Mei-mei apa? Zara boleh jawab.. dan korang tahu ke Mei-mei tu sapa? Zara kenal kesemua watak di dalamnya....

Kalau dia terlalu leka sangat tengok Upin & Ipin, rasa nak marah juga. Tapi tak boleh buat apa. Sebab Mak-nya pun masa mengandung 9 bulan beria-ia memaksa En. Suami untuk tonton wayang Geng: Pengembaraan Bermula, filem animasi Upin & Ipin yang pertama.

Bila tahu je daripada kakak aku, ada Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara sedang berlangsung, cepat-cepat aku ajak En. Suami untuk bawak Zara pergi... Tak sabar-sabar nak tengok wajah anak excited....   Sebab dia demam 2-3 hari sebelum pameran, monyok jer tengok Zara. Walaupun Ummi dah berzaman tak pergi ke Muzium, pergi jugak. Paling last masa lawatan sekolah la kot. hehe.. Pameran ini berlangsung sepanjang cuti sekolah yang lalu dan berakhir pada 31 Disember 2011. Jom kita cuci mata tengok gambar.......

 Kami datang awal, jam 10 pagi, tak mau lewat-lewat nanti ramai sangat manusia.

upin_upin

Tiket yang dikenakan RM12.00 untuk orang dewasa, Zara free sahaja. Jom scroll lagi tengok apa ada dalam Pameran.

upin_upin
 Bilik Kak Ros

upin_ipin
 Bilik Upin dan Ipin (macam besar sikit dalam cerita)

upin_ipin
 Dapur rumah opah, Upin dan Ipin

Bilik Opah 

 Ruang Tamu Opah

 Ini salah satu pameran babak cerita dalam Upin & Ipin, aku tak ingat tajuknya... dan banyak lagi la, ada pondok tok dalang, ada tunjuk award-award yang dimenangi oleh les-copaque. Ada juga bagaimana story board cerita dilakukan... Game pun ada!

Setelah pusing di dalam ruangan pameran, kami keluar pulak ke ruangan aktiviti, tunggu maskot Upin & Ipin. Aku tak sabar nak tunjuk Zara, rupa-rupanya bila datang je maskot beria-ria dia menangis (-_-") Cait... Ramai budak nangis, rasanya besar sangat la kepala maskot si Upin ngan Ipin ni.

gambar_upin_ipin
Sudahnya tangkap gambar dengan 'gambar' Upin & Ipin jer la.

 Antara aktiviti lain adalah 'tarian chicken dance' dengan maskot.

 Peraduan mewarna dan banyak lagi.. Kami tak tunggu...


Ini muka budak tak mau balik.. haih susah hati 


Nasib baik ada Van Upin & Ipin dan belikan Zara botol air Upin Ipin, senyum kembali...


Alhamdulillah satu lawatan yang seronok buat kami bertiga, yang paling penting, boleh buat anak happy... Aku belajar satu benda, belajar merasa perasaan Happy melihat anak tersenyum. Itulah jua perasaan Mak dan Ayah aku, sentiasa nak anak-anak happy dalam apa yang anak-anak lakukan... Kalau anak-anak sedih, Mak & Ayah turut sedih... 

Harap tahun 2012 ada lagi pameran boleh la datang lagi.....

nota kaki: cuba korang kira ada berapa perkataan 'upin & ipin' dalam post ni? Penat kot type 'upin & ipin..'

December 27, 2011

2011 yang laju

by Taste Of Tapah



I'm on my way to kedah last weekend when i open up my notes and type this post. it was a long journey during christmas holiday. 


Aku ada meeting Isnin pagi di Politeknik Muazam Jitra Kedah. Sepatutnya Isnin adalah hari cuti bagi aku yang bekerja di Kolumpo kerana Christmas jatuh pada hari Ahad. Namun kerana mengikut arahan, terpaksa la mengorbankan Ahad sebagai hari perjalanan ke kedah, dan Isnin hari mesyuarat tersebut. Zara terpaksa tinggal di Tapah di bawah jagaan ibuku kerana mesyuarat di Kedah bukan hanya agenda utama, pada Rabu ada satu lagi Mesyuarat di Politeknik Seberang Perai di Pulau Pinang.


Alhamdulillah, jauh perjalanan luas pandangan. tidak hanya menambah pengetahuan dengan berkerja, namun dapat jua melihat budaya dan cara hidup rakyat senegara tapi berlainan latar belakang dan sedikit berbeza.... Mulut memang terkumat kamit mengeluh sebab terpaksa bekerja pada hari cuti, anak pula berjauhan, tapi bila di fikirkan, dalam sehari 8 pagi hingga 5 petang bukan nya penuh waktu bekerja, ada masanya kadang-kadang melencung juga. Anggaplah ini satu waktu gantian bagi mendapat keberkatan gaji yang diperolehi untuk digunakan dalam membesarkan Zara... (Ayat penyedap hati)


Sedar tak sedar 2011 dah nak melabuhkan tirai dan 2012 akan hadir memberikan salam... Banyak suka duka yang berlaku sepanjang 2011 yang pada aku memberikan seribu satu kekuatan jiwa. Banyak juga peristiwa yang secara tidak langsung mengubah persepsi aku tentang kehidupan.


Yang paling memberi kesan adalah apabila terpaksa dibedah kerana disahkan oleh doktor mengandung luar rahim dan sebelah tiub folopio terpaksa di buang... Belum sempat menceritakan tentang pengalaman aku mengenai perkara ini, kerana mencoret tentang itu sebenarnya dapat jua memberi manfaat kepada sahabat sahabat yang sudi membaca taste of tapah ini.... Banyak pengalaman yang tidak semestinya kita perlu lalui... Cukup kita ketahui...


Sejak dulu, aku di plug-in kan di dalam kepala, apabila kita di timpa musibah, kita adalah orang yang sering membuat dosa/kesalahan pada orang lain. Hingga di sebabkan kesalahan dan dosa itu kita di balas oleh Allah sedemikian 

Namun ketika tempoh segala musibah itu terjadi pada aku, aku sedar akan sesuatu... Semua orang di dunia ini melakukan kesalahan dan dosa... Semua orang di dunia ini di timpa musibah dan diduga... Malah banyak lagi orang yang lebih teruk keadaannya daripada aku...


Dan masih banyak sahabat yang mengambil berat, bersusah payah datang melawat dan tak jemu meberi semangat. Masih ramai sahabat yang baik dan berfikiran positive


Tatkala aku sedih aku sentiasa ingat pesan suami ku buka la Al-Quran.. dan banyak ayat-ayat Allah itu menyentuh hati aku. (Antaranya surah Al-Anbiyaa' ayat 108 - 111 memang memberi kesan pada aku ketika itu, tapi tak pandai nak terangkan kerana bukan lah aku layak bercakap tentang tafsir tanpa ada rujuan dan guru yang sahih)


Allah akan menguji orang yang ingin meningkatkan iman dan ketaqwaannya.. Sekiranya ia sabar dengan dugaan itu, dia akan diangkat lebih tinggi darjatnya.. Ketika aku sakit, baru aku tahu akan nikmat solat.. Sewaktu sihat, badan selalu rasa malas dan liat untuk mengerjakan ibadah solat.. Namun bila sakit, pada Allah lah kita ingin mengadu, dan ketika itulah sukarnya badan yang sakit ingin sujud, rukuk malah nak mengambil wuduk juga tidak semudah biasa. 


Allah akan menguji seseorang sesuai dengan kekuatannya untuk menghadapi sesuatu masalah..


Tidak sesuai kita bertanya-tanya "kenapa aku di uji begini?"


Tidak sesuai juga kita bertanya "apa dosa aku hingga diuji begini?"


Rasulullah S.A.W juga pernah pernah diuji, Baginda pernah kehilangan anak... Pernah kehilangan isteri tercinta....  Pelbagai kesusahan yang ditimpa oleh Baginda... Siapakah Baginda? Rasulullah S.A.W adalah Kekasih Allah.... Dan Baginda juga di uji.. Apatah lagi kita manusia biasa yang sentiasa bergelumang dengan kesalahan dan kesilapan sepanjang hidup di dunia. 


Oleh itu sepatutnya aku tersenyum ketika di uji, kerana tidak sesuai aku mengeluh dan berputus asa ketika Allah memberikan sesuatu ujian. Kerana dengan ujian itu lah satu-satunya tanda Allah sedang menegur aku yang lalai dan ingin aku mendekati-Nya....


2011 adalah tahun yang sekali lagi membenarkan aku menjadi manusia yang lebih baik, memberikan aku pengalaman yang mematangkan... Dan setiap yang berlaku ada impactnya yang tersendiri. Yang pasti masa yang telah berlalu tidak akan dapat dilalui lagi, tetapi masa yang berlalu seolah penyuluh bagi kita untuk memperbaiki diri.. As usual new year resolution never works for me... Just try to be better everyday...


Yang baik datangnya dari-Mu Ya Allah... dan kelemahan itu adalah diri ku.... Syukur Alhamdulillah atas ujian dan nikmat-Mu... 


jom buat senarai kesyukuran 2011!!


November 28, 2011

Photos from the past: Zara 3 months ++

by Taste Of Tapah

Akibat rindu... Nah ambil kau gambar anak panjang berjela... Zara kat kampung, kena 'eksport' sebab Ummi kena pergi bengkel 3 hari.... Sian pulak nak membiarkan baba sorang-sorang jaga walaupun I know he's capable to do so... 

Sabar yer Zara, hujung minggu kita jumpa.. insha-Allah







November 17, 2011

Bacon

by Taste Of Tapah

Google-ing burger patties recipe yesterday after watching Master-chef Malaysia and found out most of western country served burger with bacon...

What is bacon? Bacon is a cured meat prepared from a pig. Therefore for Muslim, better read carefully before you eat western food... If bacon was in it, definitely No! No! No! 

And from Wikipedia, bacon was not listed as healthy food... Read quoted statement below:
Health concerns
 A 2007 study by Columbia University suggests a link between eating cured meats (such as bacon) and chronic obstructive pulmonary disease. The preservative sodium nitrite is the probable cause, and bacon made without added nitrites is available. Bacon is usually high in salt and saturated fat; excessive consumption of both is related to a variety of health problems. See the articles on saturated fat and salt for more details.
Researchers from the Harvard School of Public Health found in 2010 that eating processed meats such as bacon, preserved by smoking, curing or salting, or with the addition of chemical preservatives, was associated with an increased risk of both heart disease and diabetes. The same association was not found for unprocessed meat.
Before Columbia University & Harvard School of Public Health exist, even before researcher or scientist were born, Al-Quran already mention that Muslim was prevent to eat pig meat (or any part of its body)...

And the statement in the Wikipedia was also not from Muslim... Researcher know it because of the knowledge they have... and Allah S.W.T knows better... 

Surah Al-Baqarah

He has only forbidden to you dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah . But whoever is forced [by necessity], neither desiring [it] nor transgressing [its limit], there is no sin upon him. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful.

Allahu Akhbar, that was the beauty of Islam (the way of life).....

Wallahu'alam, this post was not a journal or research paper that need precise and accurate facts. 
It was just from my point of view...

source:

November 5, 2011

Sedap Mata Memandang

by Taste Of Tapah

Jarang-jarang nak menceritakan hal-hal glamour dan entertainment  di belog Taste Of Tapah ini....

Namun sebab punya sedikit masa lebih malam ini, menunggu suami yang sedang bekerja, anak pulak dah tidur... Saja la nak sembang tentang perkara hiburan, yakni Anugerah Skrin TV3 'dari kaca mata' aku orang biasa...

Agak suram Anugerah Skrin 2011 malam ini, tidak menafikan kemenangan semua pihak, cuma suasana anugerah itu sendiri agak suram.... Pemilihan host, penghibur dan pemberi award itu kurang serasi... Namun tetap satu kelainan yang berani ditonjolkan, bukan senang nak menganjur Majlis-Majlis seperti ini, bagi komen memang senang... Guna air liur dengan taip jer...

Teringat masa aku jadi juruacara majlis masa Malam Perwakilan Pelajar waktu belajar dulu, mesti orang komen aku jugak kan.... Hu hu... Debaran lain macam woooo.... Cuba organise satu tengok....

Apa pun, this entry just nak share gambar celebrities yang aku rasa bila tengok, sedap mata memandang pada malam ini... Sopan dan Simple.. Jiwa diorang memang sama dengan aku... *eh ye ker*

Biarlah sopan dan sejuk orang memandang, walaupun tidaklah di kategorikan se-glamour mana....

Jom layan

 Diana Amir

Scha Al-Yahya... kalau pakai long sleeve dan berhijab sure lagi comel..... Insha-Allah one day..

Sekian...

P/S: Hiburan, hiburan juga dan pada masa sama jangan lupa hari ini adalah hari jemaah Haji semua berkumpul di padang Arafah, hayati lah, dan cuba lah mengamalkan apa yang di gariskan untuk hari ini iaitu 9 dzulhijjah sekiranya mampu.... Insha-Allah dunia kita lalui, akhirat kita miliki...


pictures taken from live.tv3.com.my/ask2011

November 4, 2011

Bau Wangi??

by Taste Of Tapah

Rumah yang diduduki oleh diri sekarang se tinggi 14 tingkat.. Dan rumah diduduki kami pula  berada di tingkat 1. Oleh kerana limited pencahayaan dari atas nak sampai ke bawah, amat sukar sekali baju nak kering... Dan sedia maklum kalau lambat kering pastinya baju ada sedikit bau kepam, masam dan bau-bau lain yang sama kumpulan dengannya....

Oleh itu atas jasa baik sahabat bernama yati *mesti yati tengah senyum, ghee* ... Telah meng-introduce-kan satu pencuci yang telah memikat hati seisi keluarga... Bau baju tidak kepam lagi sebaliknya harum dan mewangi... memang puas hati... mesti mau!!

Pencuci tersebut ialah DAIA....

Tadaa.... ini la rupanya DAIA


Kita zoom sikit dekat paket atas belah kanan, bukti dicipta DAIA untuk golongan seperti saya.... 
The Real Expert for in-door drying.

Arakian, rentetan penghijrahan ke pencuci baru ini, telah membuatkan mak bila datang menziarah ke rumah menegur...

"Pencuci apa hang pakai ni? Wangi sungguh la bau baju hang ni?" sambil tolong melipat gunungan kain anaknya yang sibuk bekerja.... atau dengan kata lain, sedikit malas....
"Pakai DAIA, kawan adik cakap, kalau jemur kain dalam rumah elok pakai DAIA, bau tak kepam, adik pun cuba jer la. Napa mak? Wangi ker?" balas ku...
"Wangi la, nanti hang belikan satu kat mak... Mak nak tukar jugakla..." pinta Mak walaupun kat kampung seluas-luas tempat nak jemur kain baju, cadar segala..... Jemur pagi, tengah hari dah kering...
Selang beberapa minggu kemudian...........

Setelah aku membeli DAIA di Kolumpo dan beri kepada Mak, satu perbualan tercetus di kampung.... Almaklumlah sekarang kan tengah cuti sakit, Mak la yang menjaga diri ku kat kampung ni..... 

"Mak kenapa baju-baju ni bau macam asap jer, macam bau burger pun ada.... Mak pakai tak DAIA adik bagi tu.....?" diri ku bertanya tatkala menolong ibuku pula melipat baju di kampung.... atau dengan kata lain semakin rajin....
"Mana, meh sini mak bau? *sambil mencium-cium kain* 
Owh....!!! Ini bau asap bakar sampah, Abang Ram (jiran sebelah rumah) mesin rumput lepas tu dia bakar rumput tu, itu yang berbau asap baju-baju ni..." jawab mak selamba....

Dalam hati aku pulak terpikir.. Dekat mana peranan DAIA kat sini.... ????? 

Jauh perjalanan engkau wahai DAIA luas pandangan, akhirnya engkau tewas juga DAIA... dengan bau asap Abg Ram... keh keh

Sekian, tu la saja ceritanya... 

picture credit to e-marketkhas.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...