Showing posts with label NOTA USRAH. Show all posts
Showing posts with label NOTA USRAH. Show all posts

March 13, 2013

Abdullah Bin Ummi Makhtum

by Taste Of Tapah

Hari ini terasa hati ingin mencoretkan suatu cerita yang pernah aku dengar dan rasa ianya menarik untuk dikongsi.

Cerita ini diceritakan oleh Ustazah Norhafizah Musa ketika satu kuliah dahulu.
Perihal Abdullah Bin Ummi Makhtum.

***

Dia seorang yang buta. Suatu hari dia bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.

"Bolehkah aku tidak solat di Masjid, wahai Rasul Allah, kerana aku buta"

"Bolehkah kamu mendengar azan yang berkumandang di Masjid?" tanya Nabi S.A.W

"Boleh" jawab Abdullah...

"Sekiranya kamu mendengar azan, maka kamu mesti pergi" balas Nabi S.A.W

Maka semenjak itu, tidak pernah Abdullah Bin Ummi Makhtum meninggal menunaikan solat jemaah di Masjid setiap hari.

Satu pagi kaki Abdullah tersadung dan dia terjatuh, maka berdarah-darah, dan luka anggotanya, tapi beliau tetap meneruskan juga ke masjid untuk menunaikan solat.

Seketika, dia merasa dipegang tangan ketika perjalanannya ke masjid, sambil orang yang memimpinnya berkata,

"Mari aku pimpin kamu untuk ke masjid"

Semenjak itu dia dipimpin setiap kali pergi dan balik ke masjid. Setiap hari...

Satu hari Abdullah Bin Ummi Makhtum, bertanya,

"Siapakah nama kamu yang memimpin aku setiap hari ke masjid?"
Kemudian orang itu bertanya,

"Kenapa kamu ingin mengetahui siapa aku?".

Jawab Abdullah, "Aku ingin nak mendoakan kamu atas kebaikan kamu memimpin aku ke masjid"

Dengan pantas orang itu menjawap, "Aku tidak perlu kepada doa..."

Terkejut dengan jawapan tersebut berkatalah Abdullah,

"Demi Allah aku bersumpah mulai hari ini aku rela pergi sendiri. Tak perlu kamu pimpin aku lagi"

"Baiklah, jika kamu telah bersumpah sedemikian rupa, aku akan beritahu kamu siapakah aku, aku ialah IBLIS"

Terkejut dan hairanlah Abdullah bila mengetahui iblis yang memimpinnya ke Masjid setiap hari seraya bertaya,

"Sekiranya kamu iblis, kenapa kamu memimpin aku ke masjid?"

"Sebenarnya saat kau jatuh untuk ke masjid tempoh hari, aku dengar malaikat berkata, Allah mengampunkan SEPARUH DOSA kamu..." jawab iblis laknatullah.

"Oleh itu aku takut kau jatuh lagi sekali, nanti dosa kau habis terus diampunkan Allah S.W.T" .

Tambah Iblis menunjukkan dia cemburu dan tidak rela apabila Allah mengampunkan dosa manusia, kerana dia sudah berjanji untuk menyesatkan manusia.. Oleh yang demikian, iblis lebih rela memimpin Abdullah Bin Ummi Makhtum ke masjid setiap hari.

***

Lihatlah peranan Iblis. Selalu mencuba pelbagai cara menyesatkan umat manusia. Oleh itu, selalu lah kita untuk sentiasa istighfar dan bertaubat, serta mujahadah untuk melakukan sesuatu kebaikan. Sebab iblis selalu cuba memesongkan kita untuk tidak menjadi penghuni syurga dan kekasih Allah.

Berlapang hati, mujahadah lah dalam melakukan kebaikan. Hingga tiada ruang untuk syaitan masuk untuk meniupkan rasa ujub, riak dan bangga diri dalam diri kita.

Wallahu'alam

September 17, 2012

Raya yang terlepas

by Taste Of Tapah

Syawal dah melabuhkan tirainya, ramadhan juga dah sebulan berlalu.... namun masih terasa kerinduan akan ketenangan bulan ramadhan yang lalu.....

belum tentu ramadhan akan datang umur ku panjang untuk bertemu..... sebulan sudah melatih diri menahan diri dari lapar dan dahaga, sebulan juga lah melatih diri dari melakukan perkara yang boleh mengurangan pahala berpuasa.

adakah training sebulan itu cukup untuk aku keluar dari ramdhan dengan semangat dan peribadi yang sama....

bagaimana solat ku? open house yang banyak... bagaimana aku menahan diri dari makan dan minum yang berlebihan......

hanya diri sendiri sahaja yang tahu.... tepuk dada tanya iman....

sungguh busy sebulan dua ini, dengan tanggungjawap di rumah, di tempat kerja, di samping sedaya upaya mengukuhkan hablumminallah dan hamblumminannas.... (hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah)

di akhir syawal ini, 2 malam aku habiskan masa di hospital, kerana Zara dijangkiti kuman di dalam paru-parunya... Alhamdulillah semakin sembuh..... ini ujian dariNya, kerana bak kata ustazah norhafizah, malu lah kita sekiranya mengaku beriman sedang masih belum mampu menghadapi ujian....

namun jauh di sudut hati aku sering berdoa, semoga Allah tidak membebani aku dengan bebanan yang tak sanggup aku memikulnya.....

semoga jiwa kekal tabah dan membuahkan la'allamun tattaqun.....

lepas ini nak cuba menyusun semula jadual dan planning untuk blogshop

kepada sahabat semua, sudilah kiranya shopping di http://soulb33.blogspot.com/



sekian selamat hari raya bagi semua.. maaf lewat sehari syawal. huhu










August 9, 2012

Doa Untuk Anak Soleh/Solehah

by Taste Of Tapah

Selasa minggu lepas saya berkesempatan menghadiri ceramah Ustaz Sharhan Syafie yang dianjurkan oleh Pejabat. 

Doa_anak_soleh
image from google : Ustaz Sharhan

Berikut doa yang diberikan kepada kami ketika salah seorang peserta bertanya tentang kesukarannya mempunyai anak yang jiwa runsing, agak keras hati dan tidak mendengar kata. Saya harap boleh manfaat semua;

Letakkan tangan kanan anda ke atas ubun-ubun kepala anak anda dan bacalah doa ini:

Allahumma faqihhu fiddin wa ‘allimhu takwil ~ untuk anak lelaki

Allahumma faqihha fiddin wa ‘allimha takwil ~ untuk anak perempuan

maksudnya :Ya ALLAH dalamkanlah pengetahuannya dalam agama dan ajarilah ia ta’wil Qur’an…

Baca kan bila-bila masa seperti sebelum anak ke sekolah, sebelum tidur dan sebagainya. Sertakan dalam hati Yakin pada Allah S.WT. Doa ini pernah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas R.A

Mohon share supaya dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai ibu dan bapa....

Wallahu'alam



July 4, 2012

Tangisan Kekuatan Jiwa

by Taste Of Tapah



Satu pagi yang agak tidak kurang sibuknya seperti pagi-pagi yang lain, aku menerima pesanan BBM daripada seorang yang aku gelar sahabat.

Banyak masalahnya bersama suami yang diluahkan hingga sayu aku membacanya. Dan menjadi tanggungjawap seorang sahabat untuk membantu sahabatnya kembali tersenyum.......

Alhamdulillah, Allah sering memberi peluang aku didatangi oleh rakan-rakan untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi... Sebab dengan cara itu aku rasa Allah ingin aku sendiri memperbaiki diri aku. Melalui masalah-masalah itu aku nampak 'kekurangan' yang aku pernah lakukan, tanpa sedar... 

"Mungkin ini cara 'Dia' menegur ku....." kataku dalam hati

Aku soroti setiap masalah, dan aku nampak kekuatan dalam setiap penceritaan... Allah menjadikan wanita itu seperti lemah, sering mengalirkan air mata, namun sebenarnya, pada setiap tangisan air mata yang mengalir, kekuatan jiwa mereka itu terisi.... Wanita menjadi semakin tabah dan kuat. Mengharungi pahit maung rumahtangga, masalah keluarga atau mertua, masalah dengan anak, masalah kewangan, masalah dengan teman istimewa, masalah dengan rakan sekerja atau sekolej, masalah kesihatan dan banyak lagi masalah yang kadang tak terjangkau di fikiran aku.

Dan dari situ aku selalu tersenyum, kerana mereka yang mendekatiku ini semuanya disayangi Allah... 

Bagaimana kita jika sayang pada seseorang? Kita menghubungi mereka, kita SMS, BBM, email..bertanya khabar, ziarah. Tetapi kalau kita lupa, langsung kita tidak ambil tahu perihal orang yang kita lupakan itu....

Begitu juga Allah, dia sayang pada sahabat-sahabatku yang datang mengadu ini, sebab itu Allah uji... Dia tak mahu orang yang disayanginya terus leka dan terlalu bergembira dengan dunia.. Kerana lupa dan leka membuat hati manusia mati.... 

Aku amat yakin ada antara sahabatku yang tidak mahu mendengar kata-kata semangat yang panjang lebar, mereka merasa cukup bila ada yang mendengar, dengan meluah itu mereka akan merasa perlahan-lahan bebanan itu hilang...

Pada semua sahabat ku, kita semua diuji dengan cara berbeza... Setiap ujian itu sesuai dengan kekuatan kita... Namun jangan 'kita' (nasihat diri sendiri juga) pegang masalah itu terlalu lama. 

***


Pernah saya mendengar satu cerita Perihal gelas..Gelas itu kita semua tahu ringan sahaja.


Di satu kelas, datang seorang pensyarah, menyuruh salah satu muridnya memegang sebiji gelas yang berisi sedikit air. Murid itu pun tersenyum sinis merasakan perkara itu terlalu mudah untuknya... 

Tanpa berlengah dia pun terus memegang gelas tersebut.



Memang gelas itu ringan sahaja, dan dengan mudah murid itu dapat melaksanakannya... Kelas mulai bising kerana semua murid-murid yang lain tertanya-tanya , apa motif sebenar pensyarah tersebut?

Seminit telah berlalu, akhirnya murid tadi bertanya, "Boleh saya turunkan gelas..."

 Pensyarah itu menjawap, "Kenapa? Anda rasa penat?"

"Ya" jawap murid itu ringkas.

"Teruskan lagi memegang hingga 5 minit"

Akhirnya murid tersebut mengalah kerana terasa terlalu kejang tangan dan lengannya, menyebabkan merasa berpeluh anggota badannya....

"Apa awak rasa akan jadi jika awak terus memegang gelas tadi untuk tempoh 1 jam?" tanya pensyarah tersebut.

"Mungkin saya pitam atau pengsan" jawapnya spontan seolah-olah sudah memahami maksud pensyarah itu...

***

Moral of the story, begitulah juga kita... walaupun masalah kita seharian dalam hidup ini terlalu ringan/kecil pada pandangan kita, sebagaimana ringannya gelas tadi, tetapi apabila kita memengangnya terlalu lama, ianya pasti membebankan emosi dan akal fikiran kita... Malah jika tidak kita lepaskan atau selesaikan ianya mungkin mudarat pada kesihatan kita sendiri.

Oleh itu lepaskanlah masalah kita walau sekecil manapun, jika ada dendam lepaskanlah dengan cara memaafkan, jika ada kesedihan lalu, lupakan dan keep moving forward, jika ada dosa dan masalah yang ringan sekalipun, bertaubat dan kembalikannya pada Allah pencipta setiap inci tubuh kita, mengadulah padaNya. Malah menangislah... Menangislah kerana Allah. Semoga dengan tangisan kekuatan jiwa itu akan hadir.

Dengan cara itu hidup kita akan menjadi lebih tenang, kecergasan juga semakin bertambah...

sekian cerita hari ini sebagai pengubat hati saya dan kalian yang membacanya.... :)



April 15, 2012

Mengapa Yahudi Bijak?

by Taste Of Tapah

Mengapa Yahudi Bijak?

(Kisah Copy Paste) Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
 
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana  teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan,saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak"

Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata
rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

*untuk perkara ini TOT rasa elok untuk kita muslim mengalunkan zikir atau ayat-ayat alQuran untuk meningkatkan IQ anak-anak kita*



Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.



Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya
akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.  

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak danketurunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa
harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkansekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Dr. Stephen Carr Leon

dipetik dari blog http://azimaris.blogspot.com dan page Wardina Saffiyah

*walaupun apa yang ditulis oleh Dr Stephen ini bagus, saya personally rasa sebagai muslim, bijak sahaja bukan ukurannya... tapi perlu ada jiwa dan roh yang bertaqwa dan zuhud pada Allah....  Orang Yahudi hanya bijak tetapi dalam masa yang sama takut mati dan tidak berperi kemanusiaan... (walaupun tidak semua)... Kita sebaliknya perlu mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, kerana orang Yahudi sendiri walau menidakkan Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah, mereka banyak mengikut cara hidup Baginda Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri... wallahu'alam*


March 5, 2012

Mengandung 4 Bulan

by Taste Of Tapah


Siapa yang mengandung 4 bulan? Aku?? hehe 

Tajuk, memang propa... Bukan.. Bukan.. Bukan...
Belum rezeki aku lagi untuk mengandung untuk anak yang ke-dua...

Jumaat yang lepas, Alhamdulillah sempat pergi berjumpa dengan Ustazah Norhafizah Musa atau lebih manja dengan panggilan Kak Cik... Sempat kiranya diri mencoretkan pada belog ini tentang isi kandungan cerita Kak Cik. Buat panduan diri sendiri ketika lupa, dan panduan untuk Zara ketika Ummi tiada nanti.... Kak Cik menceritakan tentang 6 Alam yang pernah, sedang dan akan dilalui oleh kita sebagai manusia antaranya termasuklah Alam Rahim.. Berikut serba sedikit cerita yang ingin aku kongsikan:

***

Ketika kita mengandung, dan bayi dalam kandungan berusia 4 bulan. Ketika itulah Allah menyuruh Malaikat meniupkan roh ke dalam perut manusia... dan di catit oleh Malaikat dengan keizinan Allah perkara berikut:
  1. Untung, Nasib, Bahagia atau Sengsara
  2. Rezeki dan amalannya
  3. Ajal
  4. Lelaki atau perempuan

Itulah sebabnya di galakkan ibu-ibu yang mengandung, tatkala ini, dianjurkan agar mendokan janin yang dikandungnya dengan doa-doa yang baik. Bukan pula terus-terusan mengeluh akibat morning sickness seperti muntah-muntah, keletihan, dan sebagainya. Antara doa yang baik untuk di doakan adalah, 

"Ya Allah, panjangkan lah umur anak ini, banyakkan lah rezekinya, ramaikanlah zuriatnya dan bahagiakan lah hidupnya"
Namun begitu ada pula pernah Kak Cik ditanya dengan soalan 'nakal' oleh seorang insan...  

"Kalau betul semua manusia dah di tentukan nasibnya, tak perlulah saya berusaha dan beribadat lagi"

Bagaimana hendak menjawap soalan sebegini? Kak Cik pun kembali meneruskan bercerita... Pernah dahulu ketika seorang solaful soleh yakni seorang alim di datangi oleh zindik yakni seorang hamba Allah yang suka argue, menyoal tentang hukum-hakam dan perkara berkaitan dengan akhlak.

 Ditanya orang alim tersebut oleh zindik.

"Buat apa lagi aku ingin berbuat baik atau berubah, jika dari dalam perut ibuku aku telah ditentukan jahat.. Aku telah di takdirkan jahat..."

Kak Cik pun terus menyambung ceritanya... Cuba muslimat fikir apakah jawapan si orang alim tersebut? Membuatkan aku termenung berfikir apa jawapan aku jika di soal begitu....

Sambung Kak Cik mengatur bicara... Sepantas kilat terus orang alim itu menampar zindik di pipinya.... Membuatkan zindik terpinga dah bertanya,

"Kenapakah engkau menampar aku?"

"Allah dah tulis dan menakdirkan supaya aku menampar engkau...." jawap orang alim tersebut ringkas penuh makna...

Lalu bertanya lagi si zindik; 

"Mana engkau tahu yang Allah telah mentakdirkan engkau menampar aku?"

Si orang alim tidak menjawap dengan jawapan sebaliknya dibalas dengan soalan pula;

 "Bagaimana pula engkau mengetahui Allah telah menakdirkan engkau dengan kesudahan yang buruk semenjak dari dalam perut ibumu...??"

Terdiam lah zindik seketika....

***
Apa pengajarannya...

Kak Cik berkata, kadang-kadang, kita terlalu mengikut nafsu, kesombongan dan kejahilan dalam mengutarakan sesuatu soalan... dari satu sudut ianya baik sebagai jalan mendapat petunjuk...

Kita perlu sentiasa YAKIN Allah mahu yang terbaik dan ingin menjadikan kita sebagai orang yang berada dengan kesudahan yang baik. Dia Maha Pengasih dan Penyayang.

'Aku (yakni Allah) dalam sangkaan baik hamba Ku......' Istilah penceramah sekarang ialah positive mind. Namun di sudut islam, positive mind itu sebenarnya adalah sangkaan baik kita kepada Allah S.W.T.

Seringkali bila merasa kita dalam keadaan malang, kurang bahagia, tiada kesenangan hidup dan telah lari jauh dari jalan islam... Berkatalah dalam hati:
"Ya Allah seluruh hidupku ini milik Mu, takdirkanlah agar aku melakukan ketaatan dalam hidup ku"
Senantiasa lah berusaha supaya kesudahan yang baik bersama kita hingga ke syurga...

***

Sekian lah cerita dari Kak Cik aku coret dalam belog ini, sebagai perkongsian buat semua, dan peringatan buat diri... Semoga diri sentiasa muhasabah dalam menjadikan hati tetap merasa yakin dilindungi dan di tunjukkan jalan yang lurus oleh Allah S.W.T

wallahu'alam

September 21, 2011

Hidup Dalam Tiga Masa

by Taste Of Tapah

Satu masa diri tengah meng-angankan banyak perkara hendak dikecapi dalam hidup, dan adakala merenung masa lalu yang tersalah langkah... Dan ketika itu digerakkan hati oleh Sang Pencipta untuk menjeguk satu penulisan oleh Ustaz Pahrol Juoi...

Alhamdulillah...

Dan ketika itu diri memandang tepat kepada satu karangan yang membuatkan diri rasa termotivasi...

Benda baik eloklah di kongsi, mudah-mudahan dapat membantu memotivasikan orang lain pula....  

Jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok! 

Oleh itu mari jadikan masa ini masa yang gembira... Manfaatkannya.. Tidak boleh kita ulang walaupun satu saat waktu yang dimiliki oleh Allah s.w.t... Don't waste it!! 

Kerana orang yang hebat adalah orang yang banyak memberi manfaat  kepada orang lain... wallahu'alam






Masa ini masa yang gembira...


August 17, 2011

Nuzul Al-Quran


Jalan dekat luar office sedikit sesak satu hari tadi, semuanya berpusu-pusu mengarah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan membawa ke SOGO. Erm orang-orang yang negerinya cuti hari ini sempena sambutan Nuzul Al-Quran mengambil peluang untuk membuat persiapan hari raya agaknya...

Mujurlah aku naik train, bolehlah tiba rumah awal sedikit...

Hari ini Nuzul Al-Quran.... Hari dimana permulaan diturunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Surah Al-Baqarah sebahagian daripada ayat 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...  


Terdapat 2 Fasa penurunan Al-Quran ini, iaitu;

Fasa pertamanya diturunkan secara terus sejumlah 30 juzuk segedebuk daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Waktu bila berlakunya fasa ini? Waktu exact hanyalah diketahui oleh Allah S.W.T  tetapi diberitahu berlakunya penurunan itu adalah dalam malam yang di sebut Lailatul Qadar...

Manakala Fasa kedua berlaku adalah apabila Jibril menyampaikan ayat-ayat Al-Quran (wahyu) secara berperingkat daripada Baitul Izzah  terus kepada Nabi S.A.W selama 23 tahun. Yakni permulaannya bermula juga ketika Ramadhan.

Nabi Muhammad S.A.W juga akan bertadarus dengan Jibril setiap kali datangnya Ramadhan. Malah Nabi S.A.W memperbanyakkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan ini...

sumber dari: Ustaz Syarhan Humaizi Bin Abd Halim dalam ceramahnya Kesan Puasa Terhadap Pembentukan Peribadi.

Selalu aku bisikkan dalam hati, "Bila kali terakhir aku membaca Al-Quran?"


wallahu'alam

picture from here!

July 29, 2011

J.U.M.A.A.T

Sesuatu peristiwa di alami oleh kita dalam hidup, kadang-kadang perit, namun pasti ada kikmah disebaliknya... Peristiwa itu kadang-kadang di analogikan seperti budak-budak nakal yang ditampar baru nak tahu bezakan betul dan salah satu tindakan dalam kehidupan..

Dan itulah aku: budak nakal yang diingatkan oleh-Nya

B.e.l.a.j.a.r b.e.r.s.y.u.k.u.r d.e.n.g.a.n d.i.r.i & r.e.z.e.k.i d.a.r.i T.u.h.a.n

A.m.p.u.n.k.a.n a.k.u ALLAH

K.e.r.a.n.a A.k.u S.e.l.a.l.u Te.r.l.u.p.a


June 29, 2011

Gratification Mode


In life, will come the time that we will be up there archiving all the best part in the chapter of our life.. and that was the era of neglect-full-nest...

And  then come the time we will fell to the bottom of our life struggling to make things better...  and that is the time we will be closer to The Creator.. Alhamdulillah

Having it both (at the top and bottom) in my life makes the feeling of gratification inside me even more...


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah

sumber gambar: google image

June 3, 2011

REJAB TELAH DATANG

Rejab dah nak mai... Dah abis ganti puasa? yang belum jom-jom cepat ganti...

Bila saya meng-Google, saya dapati macam-macam penulisan mengenai Fadhilat-Fadhilat Bulan Rejab nih... Nak share pun tak berapa yakin, sebab Mak cakap nak berguru pasal agama nih tak leh Google atau main Bing jer.... Kena ada ulama yang mengajarnya...

So petikan kat bawah ni jer la yang saya rasa baik untuk kita renungi bersama... semua bulan pun perlu buat kebaikan... cuma lebihkan lah sikit di bulan-bulan ini... Wallahu'alam

Jom-jom Baca... Sapa yang pandai buat lagu nasyid boleh juga nak tolong reka...

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


SYAWAL bulan kita bergumbira, 
di limpahi dum dam bunyik mercun. 
Perut kempis jadi kembung <--- ok rangkap ini aku tambah.. keh keh

May 24, 2011

Nazar Pokok Kelapa

Nazar Pokok Kelapa Menarik Untuk Dikongsi.. Takder kena mengena dengan penyediaan makanan menggunakan pokok kelapa, buah kelapa atau pun daun nya...

Hari ini kita sumbat makanan untuk hati plak.. blog kali ini khas buat diri ku yang mudah lupa....

Cerita ini di ambil daripada Ustazah Siti Nur Bahyah:



Satu Hari ada seorang lelaki ingin memetik buah kelapa.. (nak parut kelapa buat kari kepala ikan <---ayat ini di tambah penyedap cerita).. Hari begitu cerah dan sesuai untuk memanjat pokok kelapa tersebut... (aku tefikir mana pergi semua monyet dan akhirnya menyimpulkan monyet semua MC pada hari tersebut)

Tetapi langit tidak selalunya cerah... Disangka panas hingga ke petang rupanya ribut tiba-tiba... Ketika ribut melanda lelaki tersebut sudah berada di atas pokok dan angin begitu kuat bertiup hingga pokok juga turut bergoyang (comel tak awan tiup angin?!!)
Lelaki tersebut terlepas pelukan daripada batang pokok kelapa tersebut... Dia hampir jatuh bersepai tetapi sempat memegang hujung salah satu daun pokok kelapa itu... (fuh! suspen tak?)

Tatkala nyawa hampir melayang seperti telur di hujung tanduk dan hanya berpaut pada beberapa helai daun kelapa untuk survive, lelaki itu pun berdoa dan memohon pada Tuhan:

"Ya Allah sekiranya aku selamat turun tanpa terjatuh, aku bernazar akan menyembelih SEEKOR LEMBU dan menyedekahkannya kepada fakir miskin"



Dan setelah bermohon... dengan kuasa Allah, Alhamdulillah doanya dimakbulkan.. Dia dapat menghayun daun tersebut dan berpaut kembali pada batang pokok kelapa... Ketika merasa selamat memegang pokok kelapa dia menukar doanya pula:

"Ya Allah sekiranya aku selamat turun tanpa terjatuh, aku bernazar akan menyembelih TIGA EKOR AYAM dan menyedekahkannya kepada fakir miskin"  

(Ok perangai lupa daratan yang pertama, dari lembu RM2000++ kepada ayam 3 ekor =.=")

manusia_mudah_lupa
Kemudian perlahan-lahan dia menuruni pokok kelapa hingga sampai ke bahagian bawah batang pokok kelapa, dan sekali lagi dia menukar doanya:

"Ya Allah sekiranya aku selamat turun tanpa terjatuh, aku bernazar akan menyembelih SEEKOR AYAM dan menyedekahkannya kepada fakir miskin" 

(Ok semakin rasa selamat)

nazar_pokok_kelapa
Akhir sekali dia berjaya menuruni pokok kelapa tersebut dan sampai ke permukaan tanah.. tiba-tiba lelaki tersebut buat-buat terjatuh terjelepuk ke atas tanah... and guess what? dia berkata... 

"Ya Allah aku terjatuh, maka TAK PERLULAH AKU TUNAIKAN NAZAR KU ITU"

(ok, bila orang dah senang, seekor ayam pun rasa mahal)

jeng jeng jeng..... itulah kita manusia yang semakin jauh daripada Allah ketika mendapat kesenangan.. dan hanya meminta dan mengingati Allah ketika dalam kesusahan...renungan untuk diri ku dan moga dapat manfaat pada yang lain juga.... wallahu'alam

**gambar amat amatur sila lihat dengan hati yang girang.. tehee

April 29, 2011

Friday Blues: Hidung, Telinga & Mata

Kata Prof Dr Muhaya:

Seorang isteri perlu menjaga 3 perkara:

  1. Hidung Suami: Sentiasa berbau wangi, hendaklah pastikan nafas berbau wangi...
  2. Telinga Suami: Jangan mengeluarkan kata-kata yang mungkin menyinggung hati atau membingitkan suami mendengarnya..
  3. Mata Suami: Sentiasa berpakaian kemas dan cantik ketika berhadapan dengan suami...
Kata Orang Lama-Lama Pulak:
Seorang isteri perlu menjaga 2 perkara:
  1. Perut Suami: Masak sedap-sedap, jangan selalu beli kat luar.. biar suami makan sampai buncit kenyang katanya.. 
  2. agak tak sesuai nak cerita nasihat kedua kat sini.. tapi semua isteri tahu la kot nasihat nya... 

Kesimpulan Ikutlah mana yang rasa sesuai dan dapat memelihara kekukuhan berumahtangga... Buat baik pasti diberi baik.. Beri sayang pasti dapat sayang... 

Berumahtangga bukan hanya untuk menerima.. tetapi ianya sebenarnya perlu lebih untuk memberi...
Bukan berapa banyak yang kita dapat tetapi berapa banyak yang boleh kita beri.....
berhujah memang senang, nak mempraktikkannya memerlukan jati diri dan iman yang tinggi.. insya'allah

menung-menungkan di hari Jumaat.. wallahu'alam

April 15, 2011

Friday Blues : Orientasi Duit

Setiap kali nak masuk Uni atau Sekolah Asrama student perlu manghadapi minggu Orentasi...
siap kena buli, kena guling-guling, jerit2 tengah2 malam..



No No No!!

Bukan Orentasi tu yer....O.R.I.E.N.T.A.S.I...

Orientasi di sini berdefinasi "sesuatu mempunyai kecenderungan pandangan atau menitikberatkan pandangan" bak kata artikata.com

Apa jua yang berorientasikan duit di dunia ini manusia akan berkejar-kejar, berlari-lari, dan berlomba-lomba melakukannya...untuk meneruskan hidup..


hujan duit

Bayangkan sekarang (sambil muka berkerut pandang siling, tangan tongkat dagu)

sekiranya orang pergi jemaah imam bagi RM100 setiap waktu seorang... pergh berapa dah tu kalau 5 waktu.. RM500 kot!! sure tak muat masjid orang datang solat.. kena plak keluarkan peruntukan buat masjid sebelah2... Ummi pergi masjid kanan,baba pergi masjid kiri, zara pergi masjid depan.. sebab tak muat.

Sekiranya kutip sampah dapat RM50 sekali kutip, musti dunia bersih berseri...

Tapi tak gak kan. Ada gak yang tak heran pun nak kutip atau gi solat jemaah walau dpt duit -.-"

Tapi apa-apa pun
*
*
*
*
*
*
*
Duit perlu dalam hidup, manakala Pahala perlu untuk mati...
mencari duit juga pahala...
 tetapi pahala bukan hanya dengan mencari duit..

yang penting kat sini zara,  kena seiring dan sama berat...

 menung-menung kan di hari Jumaat.... wallahu'alam

March 10, 2011

AQIQAH: APA HUKUMNYA???

Sekarang manusia makin sibuk, kadang-kadang duit kurang cukup... maklumlah baru mulakan kehidupan... Oleh itu ramai yang terlepas pandang...

Sekadar makluman kepada sesiapa yang kesuntukan masa dan terlepas kewajipan ini.. 
sila layari 

Mereka insya'allah boleh membantu sahabat-sahabat yang kurang waktu, ruang kawasan rumah untuk membuat kenduri dan sebagainya..

Saya turut paste kan soalan-soalan lazim yang ditanya oleh ibu bapa:-

Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah aqiqah?
Aqiqah dari sudut bahasa, Aqiqah diambil dari perkatanan Aqqa, iaitu memotong atau membelah. Pendapat lain pula menyatakan, aqiqah ialah nama kambing yang disembelih untuk kepentingan bayi. Ini kerana, kambing itu dipotong dan dibelah-belah. Selain itu, ada juga yang berpendapat, aqiqah itu ialah, “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi sewaktu lahirnya”. Adapun dari sudut istilah “ Aqiqah ialah ‘ penyembelihan haiwan tertentu untuk ` kepentingan anak, sekali gus dicukur kepalanya dan dinamai”

Bagaimana dan bilakah masa yang paling digalakkan untuk melaksanakannya?
Melaksanakan ibadah aqiqah ialah dengan melakukan sembelihan pada hari ketujuh kelahiran anak sehinggalah akil baligh anak tersebut.

Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?

Hukum – Sunat yang dituntut ( muakad )

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah aqiqah?

Berdasarkan kepada tafsiaran maksud hadith Rasullah – “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.”

Apakah binatang-binatang ternakan yang dibenarkan untuk pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah?

Binatang-binatang ternakan yang di benarkan untuk pelaksaan qurban dan aqiqah ialah seperti unta, lembu, kambing, kerbau, kibas dan yang seumpama dengannya.

Berapa bilangan (ekor) haiwan ibadah aqiqah yang di galakkan?

Menurut hadis yang telah di sebutkan diatas, sekurang-kurangnya bagi seorang anak perempuan adalah seekor kambing dan bagi anak lelaki pula di galakkan dengan dua ekor kambing.

Bolehkah saya mengaqiqahkan anak lelaki saya dengan seekor kambing sahaja?

Boleh mengaqiqahkan anak lelaki dengan seekor kambing sahaja dan masih dianggap sah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan menyatakan bahawa Rasullah pernah mangaqiqahkan Hassan dan Hussin (cucu baginda) dengan seekor kambing seorang.

INFOMASI INI DI AMBIL DARI

Wallahu'alam

renung-renungkan dan selamat beramal

February 7, 2011

MENCARI RESEPI MAKNA KEHIDUPAN

Tajuk sungguh sasterawan.. ala-ala nak menulis puisi macam a.samad said atau menulis lirik macam habsah hassan.. tetapi tidak sebenarnya.. post kali ini tentang sesuatu bebelan yang berunsur perkongsian....

Dari MATA turun ke HATI
rancangan aku tengok daripada Prof Dr Muhaya di Astro Oasis petang tadi

salah satu ayatnya:
"Apa yang kita tinggal pada anak kita 
(harta, wang ringgit) tidak sebaik sebagaimana apa yang kita tinggalkan dalam diri mereka"

Selama ini kita fikirkan mendidik anak-anak hingga mereka berjaya mengejar cita-cita dan impian... namun sekiranya cita-cita itu telah terlaksana... bagaimana.. adakah mereka akan berhenti dari melakukan perkara itu?

sekiranya kita mahu mengajar anak tentang makna sebuah kehidupan... kita sendiri sebagai ibu dan bapa perlu memahami apakah makna kehidupan yang sebenar...

cukupkah setakat pelajaran, cukupkah sekadar mencari rezeki membina kehidupan itu sendiri, atau adakah makna sebuah kehidupan itu lebih daripada itu....

sekiranya esok Allah mengambil nyawa kita.. apakah semangat yang kita tinggalkan pada anak-anak cukup bagi mereka tabah meneruskan kehidupan dan mendoakan kita ibunya??

atau sekiranya Allah lebih menyayangi anak kita, adakah kita sendiri bersedia untuk tabah?? 

Makna kehidupan itu amat luas... namun kita di suruh selalu melaksanakan terbaik dalam apa jua kita lakukan...  melalui hari-hari dengan penuh keceriaan....

hidup bukan hanya bertanyakan diri apa yang kita dapat sahaja... tetapi hidup juga untuk memberi....memberi bahagia, ketenangan dan kebebasan...
 *
*
*
*
*
*
*
*
menulis begitu lancar, memujuk hati itu yang sukar... 

renung-renungkan..







December 16, 2010

Anak Perlukan PERHATIAN!!!

comel kan!! T_T

  1. Semua anak perlukan perhatian
  2. Anak akan membuat apa sahaja untuk mendapatkan perhatian (contoh seperti video di atas..hehe)
  3. Kalau diberi pilihan tentunya anak kita mahukan perhatian dalam bentuk positif, iaitu kata-kata penghargaan, peransang, kasih sayang, dan sebagainya
  4. Jika anak kita langsung tidak mendapat perhatian, mereka akan lakukan perkara-perkara yang mereka tahu akan mendapat perhatian  walaupun dalam bentuk negatif seperti dimarahi atau dipukul 
  5. Anak-anak lebih rela dimarahi daripada mereka tidak diendahkan langsung...
**Berguling-guling seperti video di atas juga salah satu cara untuk mendapat perhatian...

Renung-renungkan dan selamat beramal...

November 29, 2010

Presence VS Present

Your children need your presence more than your
presents. ~Jesse Jackson


Dalam mengejar kesibukkan kerja untuk memenuhi kemahuan dan keperluan, manusia sering lalai dalam amanah yang utama dikurniakan Allah s.w.t...iaitu anak... tidak menidakkan pekerjaan diperlukan untuk keperluan anak seperti masa depan pembelajarannya, pakaian dan makanannya, kesihatannya... Namun masa ibu-bapa bersama anak-anak perlu juga dalam membentuk sahsiah diri dan jati diri mereka...

"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim)

Harta yang akan kekal hingga ke hari akhirat adalah doa anak yang soleh/solehah...

Dapatkah kita mendidik mereka agar mereka menjadi payung melapangkan jiwa dan hidup kita di hari kemudian?

anak_soleh

PRESENCE

Berapa jam sahaja yang ada buat kita bersama mereka dari isnin hingga jumaat apabila kedua-dua ibu dan bapa terpaksa berkerja mencari rezeki.. dan kerana quantity masa tidak dapat kita berikan kepada mereka, amatlah penting quality sisa-sisa masa yang ada setiap malam perlu di manfaatkan dengan sehabis baik.... mendidik dan bersama dengan mereka...

anak_perlukan_perhatian

Semua anak perlukan perhatian, dan mereka akan berbuat apa sahaja untuk mendapatkan perhatian... mereka akan melakukan perkara-perkara yang mereka tahu akan mendapat perhatian walaupun dalam bentuk negatif seperti dimarahi, dihukum atau dipukul...

Mereka lebih rela di marahi daripada tidak diendahkan langsung...


PRESENT

Segala hadiah-hadiah yang berlebihan dalam bentuk wang, mainan, atau gadjet kepada kanak-kanak mungkin akan menjadikan mereka sedikit manja dan tidak menghargai kehadiran hadiah itu sendiri....kata orang tapah 'anak-anak akan jadi 'mua'...

Memberi wang melebihi keperluan kepada mereka juga menjadikan mereka tidak mengerti 'value of money'

Sepatutnya hadiah perlu diberikan bagi menunjukkan penghargaan buat anak-anak setelah berjaya mencapai sesuatu yang baik ataupun positif... ianya disebut juga ganjaran....


GANJARAN

ganjaran_kasihsayang

Ganjaran diberi kepada setiap perkara positif yang dilakukan oleh anak kita. Juga perlu diberi ganjaran apabila anak TIDAK melakukan perkara yang negatif (tidak elok).

Bagaimana memberi ganjaran?

Tidak semestinya dalam bentuk hadiah atau pun wang ringgit... di bawah ada beberapa kaedah memberi ganjaran di petik dari buku 'Himpunan Doa & Panduan Keibubapaan Kaedah Khalifah'

  1. Beri Perhatian
  2. Beri Penghormatan, Pengiktirafan
  3. Beri kata-kata perangsang
  4. Puji perbuatan baik
  5. Ucap Terima Kasih
  6. Sebut-sebutkan perkara baik yang dilakukan oleh anak kita
  7. Tunjuk Kasih Sayang dengan perbuatan dan perkataan
  8. Beri hadiah (tetapi tidak perlu kerap)
  9. Bawa anak bersiar-siar

Pemahaman teori dalam mendidik anak boleh diperolehi di mana-mana sahaja dalam pelbagai jenis media seperti -blog, program motivasi, internet, buku dan ceramah-ceramah agama...

Namun mempraktikkannya, memang memerlukan kekuatan jiwa dan mental yang tinggi... wallahu'alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...