Showing posts with label HIJAU BUMI. Show all posts
Showing posts with label HIJAU BUMI. Show all posts

December 7, 2011

Angan-Angan ke Maldives

by Taste Of Tapah

Pernah tak ada angan-angan tinggi agak-agak macam memang nak sampai terus rasa diri pandir? Tak mengapa setiap orang mesti ada angan-angan... Dulu masa kecik angan-angan nak jadi penyanyi, tapi mak kata jangan nak buang tebiat, kena ganti angan-angan baru.....

Oleh kerana suami isteri dua-dua bukan kaki shopping, bukan pula kaki panjat gunung.... Jadi minat yang sama terhadap kedamaian laut dan hijau serta biru alam Allah cipta.... Ini lah hasilnya.... Berangan dapat pergi dekat Maldives baring-baring sampai legam.

Pergh memang biru, menusuk kalbu.... 






Bayangkan dapat duduk senyap-senyap atas boat nih - tak der bunyi kereta hon, tak der bunyi makcik atas tumbuk sambal, tak der bunyi siren polis... Memang dapat melepaskan diri dari keserabutan.... Dekat juga rasa diri dengan-Nya yang Maha Agung.. Betapa setitik air pun manusia memang takkan dapat cipta....

Moga impian pergi Maldives suatu hari nanti tercapai.... Amin


*Nota Kaki : Tapi impian ini haruslah lepas dapat pergi menunaikan Haji Mabrur di tanah suci Mekah, dan bawak Family melancong main salji... haha aku memang Pandir... Pandir...

Image from google

June 19, 2011

Tapau Set


Ini short entry meng-elat banyak gambar... Sebab hanya ingin berkongsi pembelian tupperware pada bulan dahulu kala.... 

Ingat kan entry sebelum ini Tapau? Jadi saya ingin mengesyorkan kawan-kawan yang berminat nak memulihara alam dan pada masa yang sama suka untuk bawak bekal ker tempat kerja dari rumah untuk membeli set seperti berikut di bawah...

Saya suka kerana kalau bawak bekal lauk berkuah macam sambal sure sambal tak masuk ke tempat nasik sebab beg dia tidak mengizinkan bekas untuk senget benget... Terletak elok jer.... Lagi pun dia maintain panas dan  boleh di gunakan untuk memanaskan makanan di dalam microwave...

Memang berbaloi juga membeli.. Lepas ni wajib kerap bawak bekal ke tempat kerja... insya'allah kalau pagi-pagi bangun awai =.="


Satu set penuh, siap ada sudu garpu. Kalau nak perangat dalam microwave kena bukak tutup bulat kecik tu..



Bekas untuk gulai atau sup-sup.. Ikut la kretiviti anda meletak makanan..


Ini seperti bekas yang saya guna beli Bihun Goreng Telur Mata Letak Sambal...


Bekas yang comel, letak semua bekas dengan isi nya sure terletak elok sampai ke destinasi, tapi kalau bawak sambil tangan goyang-goyang tak dapat jugak la nak menolong....

Sekian...


June 16, 2011

Tapau

Ini bukan iklan tupperware yer, saya memang tidak pernah dibayar oleh tupperware untuk menjalankan promosi besar-besaran, tetapi kerana di besarkan dengan tupperware buat letak bekal bawak balik asrama, letak bekal ke rumah sewa masa bujang-bujang, tempat simpan tepung, bekas air - semua guna tupperware... Jadik bila dah kerja pun terikut-ikut suka beli tupperware...

Sebelum menulis dengan lebih panjang... Pernah tak tengok, atau renung dalam-dalam dekat bakul sampah kat rumah, apabila kita beli makanan kat luar letak dalam polisterin atau plastik, bukan ker jadi penuh bakul sampah saiz M dibuang dengan polisterin dan segala jenis plastik?

Itu baru rumah kita... Belum rumah jiran belakang, jiran depan, jiran tepi, rumah mak kat kampung... Semua orang buang plastik dan polisterin... Satu hari nanti kalau berterusan bergini tak der tempat dah nak buang sampah...

Lagipun bekas polisterin nih lambat hancur, dan ketika peng-hancur-an berlaku dia melepaskan gas yang akan menipiskan ozon yer tuan-tuan dan puan-puan.... Bungkus makanan menggunakan plastik dan polisterin juga tak baik untuk kesihatan kita.... Nak tahu bahaya tentang polisterin pada kesihatan rujuk sini

Sehubungan itu, diri ingin menceritakan tentang setitik peranan yang pernah dilakukan pada suatu pagi yang dingin, angin sepoi-sepoi kering kerana masa tu lama hari dah tak hujan...

Begini ceritanya:

Suatu pagi diri melangkah membeli di gerai seberang jalan office... Banyak orang hari ini... Lama menunggu.. Abang hensem pakai baju kotak sampai peluk tubuh muka menahan sabar...

Ada nasi dagang, ada nasi lemak, ada kuih, ada nasik kerabu.. Pergh memang susah nak buat keputusan beli apa....

Bila dah sampai turn diri sendiri- brader tu pun tanya nak beli apa? Tiba-tiba yang keluar dari mulut bihun goreng telur mata letak sambal, sambil hulur bekas tupperware.. Aik mana pergi bayangan rasa nasik dagang ikan tongkol jap tadi....

Tapi elok juga, kalau order nasi dagang nanti lambat... Buktinya tengok saja gaya abang hensem pakai baju kotak masih lagi peluk tubuh.... Kali nih makin condong kedudukan kepala...

Nasib baik brader boleh terima tempahan bihun pakai tupperware bisik hati kecil ku...

Bila mintak brader posing nak tangkap gambar, penat dia senyum kepala pulak tak masuk... -.-" aiyak

Ini lah dia hasilnya tapau bihun goreng telur mata letak sambal.... Pandai brader guna ruang dengan sepenuhnya... Makan sambil belek-belek email En. Boss hari itu...

-Tamat-

Oleh itu, semoga kaedah mengamalkan membawa bekas membungkus makanan boleh mengurangkan sedikit pemanasan alam dan kecairan ais.... Kalau tak kita yang menjaganya siapa lagi...

Kita hanya ada satu alam... Banyak dah negeri yang dijangka akan tenggelam... Kalau tak buat banyak pun sikit jadi lah.... Jom-jom.. 





Notes:
Saya pun bukan selalu la begini... Kadang-kadang sahaja, bila ada masa atau upaya... 
Cuba untuk istiqamah 
Insya'allah...

June 1, 2011

CECUBA JIMAT SIKIT ELEKTRIK

Tarif elektrik di Malaysia telah naik. 
Apa Perlu Buat?
  1. Mengamuk depan kedai TNB?
  2. Pasang banner ramai-ramai berarak pergi parlimen jerit-jerit tak puas hati bil elektrik naik?
  3. Masuk TV bagi tahu Menteri-Menteri lantik kita jadi pentadbir negara?
  4. Stress sebab banyak benda nak kena bayar/semua barang naik?
Apa hasilnya kalau buat cam gitu? Badan sakit.. Masa terbuang.. Bil tetap akan datang dengan tarif yang baru...

Kita tak boleh nak ubah sistem.... tapi kita boleh ubah diri kita sendiri.... panduan di bawah di petik dari laman web 100 Ways to Save The Enviroment.
(di edit dengan keadaan yang sesuai di Malaysia)

Mari kita mulakan dengan penjimatan tenaga elektrik di dalam rumah kerana dalam masa yang sama pengurangan penggunaan elektrik akan menyebabkan kurangnya kesan rumah hijau.. Sebab elektrik dijana mengunakan pembakaran minyak arang batu yang akan menyebabkan alam semakin sakit dan mencair....sian dia...

In Your Home – Conserve Energy 
  1. Clean or replace air filters on your air conditioning unit at least once a month. Perlu lebih menjadi orang yang rajin membersihkan filter air conditioning dalam masa yang sama bagi peluh sikit badan tuh.
  2. If you have central air conditioning, do not close vents in unused rooms.<<< kalau dah pakai central air conditioning rasanya cukup kaya dan duit terlebih tak perlu berjimat kot.... tapi boleh jugak la kalau dilakukan untuk memelihara alam.
  3. Turn down or shut off your water heater when you will be away for extended periods.
  4. Turn off unneeded lights even when leaving a room for a short time.<<< ini memang banyak orang pandang mudah.. kalau anak ker suami ker lupa tutup, tutupkan jer la.. simpan bebelan tak puas hati kemas-kemas dalam jiwa... kalau nak bebel baru tutup dah rugi 7 sen...
  5. Set your refrigerator temperature at 36 to 38 and your freezer at 0 to 5 .
  6. When using an oven, minimize door opening while it is in use; it reduces oven temperature by 25 to 30 every time you open the door.
  7. Clean the lint (kain tiras) filter in your dryer after every load so that it uses less energy.<< negara kita ni panas terik kalau boleh gunalah sepenuhnya dengan jemur kain diluar, tapi kalau rasa perlu jugak dryer amalkan seperti dinyatakan di atas..
  8. Unplug seldom used appliances. <<< washing machine,  atau microvawe   amal-amalkan lah cabut plug-nya.. di bior jer semua kat soket, ate' mana mau jimatnye...
  9. Use a microwave when- ever you can instead of a conventional oven or stove.
  10. Turn off lights, computers and other appliances when not in use.
  11. Purchase appliances and office equipment with the Energy Star Label; old refrigerators, for example, use up to 50 more electricity than newer models. << sesiapa yang guna peti ais lama, tu pertimbangkan la modal beli baru untuk penjimatan elektrik jangka panjang.
  12. Only use electric appliances when you need them.
  13. Use compact fluorescent light bulbs to save money and energy.<<lampu malap-malap tuh banyak pakai elektrik, kurang-kurangla guna, tak pun ganti jer dengan fluorescent light bulbs
  14. Shut off electrical equipment in the evening when you leave work. <<heater air panas untuk buat susu anak tu pun kalau boleh tutup la.. balik kerja karang pasang semula
  15. Plant trees to shade your home.<<sapa rumah sendiri dan ada laman boleh la dipertimbangkan..kalau dah rumah tinggi cemana pulak nak tanam nyer, pokok kelapa pun belum tentu sampai
  16. Shade outside air conditioning units by trees or other means.
  17. Replace old windows with energy efficient ones.<<mengawal panas/haba masuk ke dalam rumah jadi kurang tenaga mengunakan ekon ataupun kipas.. sejuk jer rumah
  18. Use cold water instead of warm or hot water when possible.<< ni pun bagus jugak, kata orang mandi air sejuk pagi-pagi boleh membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan.. jom mandi air sejuk...
  19. Connect your outdoor lights to a timer.
  20. Buy green electricity - electricity produced by low - or even zero-pollution facilities (NC Greenpower for North Carolina - www.ncgreenpower.org). In your home-reduce toxicity.<<ini pun boleh kalau ada modal

Ini hanya panduan, terpulang kepada individu masing-masing samada merasakan panduan ini berguna atau tidak.. bak kata suami ku kita kena cari jalan "buka paip lebih" untuk mengubah hidup kita, bukan hanya bergantung kepada bantuan kerajaan sahaja...

Analogi-nya paip sebagai sumber pendapatan, besen tadah air sebagai mengawal pendapatan dan cawan sebagai perbelanjaan. Kalau guna air lebih tapi tidak ada mencari jalan cara "membuka paip lebih" tak jadi jugak.. kita kena belajar keluar daripada comfort zone dan mengubah hidup kita sendiri...Wallahu'alam...  Panduan buat diri ku yang mudah lupa juga...

jimat_elektrik
klik pada gambar untuk lebih jelas

sumber gambar sayang bumi dari sini.

February 7, 2011

AIR ADA PERASAAN?


Dr Masaru Emoto adalah saintis daripada Jepun yang membuat kajian tentang perubahan molekul air mengikut keadaan persekitaran.. berikut video yang di ambil dari you-tube untuk pemahan lebih dan tatapan semua:




Molekul air berubah bila kita bersifat sayang, memaafkan, bersyukur kepada bentuk krystal yang sungguh unik.. Begitu juga ia berubah sekiranya di dedahkan kepada perasaan negatif ia membentuk molekul yang amat hodoh...

Air bersifat menyalin (photocpy).. Sekiranya anda menyimpan durian di dalam peti ais bersama-sama sebekas air, apakah yang anda akan rasa/bau apabila meminum air tersebut? itu sahaja sudah membuktikan sifat air...

Itu lah sebabnya kebanyakan air penawar penyembuh penyakit dibacakan dengan ayat-ayat suci al-quran agar apa yang diminum oleh kita akan mempengaruhi diri kita sendiri.. inilah kuasa Allah S.W.T...

Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya dengar di IKIM F.M tentang seorang ibu yang anaknya dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempah 30 hari... bila ditanya apakah rahsianya pemakanan yang diberi pada anaknya sehingga mudah untuk menghafal? kata ibu tadi rahsianya adalah dia sentiasa mengambil wuduk sebelum menyusukan anaknya.. subhanallah.. sekali lagi itulah kuasa Allah melalui air...

Oleh itu amat penting memastikan air yang kita minum dan beri pada keluarga dan anak kita terdiri daripada air yang baik sumbernya.. 

Cuba lihat gambar di bawah tentang kandungan air dalam badan manusia:


Otak kita sahaja mengandungi 75% air... maknanya apa yang kita fikirkan tentang diri kita juga akan mempengaruhi perlakuan dan tenaga yang ada pada diri kita... jadi selalulah bercakap dan berfikir tentang perkara yang positif... untuk menjadikan diri lebih ceria, berjaya dan bahagia.... 

wallahu'alam....

 
sumber gambar:
http://anakmunthe.wordpress.com/2008/05/10/amankah-air-minum-anda/




January 14, 2011

LEMAS DALAM BOTOL

Berapa ramai yang pergi conference lalu di beri minuman botol mineral untuk menghilang dahaga atau mengantuk??
Berapa ramai yang membeli air mineral/air suling/drinking water etc. untuk di minum setiap hari??
Berapa ramai yang bekalkan anak-anak dengan air botol tersebut pula??
Saya bukan nak bercakap mengenai air… saya nak bercakap mengenai botol!!!

Gambar Sekadar Menunjukkan Contoh Botol Sahaja....
Bayangkan lah kalau sehari setiap orang akan beli botol… berapa JUTA bottle akan dilupuskan… dan tak semua orang ada kesedaran nak recyle….

(recycle dengan erti kata pergi kumpul botol dan letak kat tempat kitar semula… bukan guna botol tersebut berulang kali isi air masak: itu bahaya)

Satu hari nanti kapasiti botol terlalu banyak sampai dah tak cukup tempat nak tanam lagi…

Kesian....

Antara sebab-sebab orang tak mahu recyle:
  1. Tempat recycle JAUH (sudah lah tak mahu recycle, senaman pun liat juga =.=')
  2. Tempat recycle TAK DI SELENGGARA LAGI… Plastik kemana, kertas kemana…kaca kemana... besi buruk ok plak!!
  3. Memang tak ambil peduli
  4. perkara ini REMEH
  5. Ruang kat rumah terlalu sempit nak simpan botol segala…
  6. MALAS
  7. Buang Masa baik bukak facebook
  8. Menyerahkan kepada pihak kerjaan memikirkan hal Negara… danggg!!
  9. Menyerahkan kepada pekerja untuk SORT botol-botol di tapak pelupusan sampah….





OK… fine, walaupun tak mahu nak recycle apa kata kita guna alternative lain untuk memelihara alam…

Caranya - kurangkan membeli botol-botol mineral dan beli bekas air yang boleh digunakan berulang kali…

Lagipun lebih menjimatkan…. Initial cost memang mahal; Tapi dibandingkan kita membeli botol setiap hari yang berharga RM 0.80.. darap dengan 365 hari dah jadi RM292 hinggit….
Itu untuk seorang…. Kalau 5 orang dalam family? Darap jer la…

Terdapat banyak botol-botol air dipasaran yang boleh di beli untuk digunakan berulang kali…..contoh seperti di bawah ini keluaran tupperware.. life time warranty lagik!

Mudah sikit nak minun ada muncung



Ini boleh bukak tutup untuk minum tanpa tonggang-tonggang.. juga ada pemegang..



Ini pula ECO bottle.. Tak perlu terang Eco sahaja dah paham sayangkan alam...
  

Saya bukan nak promote Tupperware brands
boleh jer beli apa-apa botol di pasaran…
but you have to make sure no chemical leach or made from non-toxic material.. Be able to reuse for a long duration of time…

So… It is up to YOU to make a change… Melaburlah membeli botol-botol tersebut dan isi air masak/filtered water untuk di bekalkan kepada anak-anak, diri sendiri, suami/isteri….

Kalau siapa yang duduk di Kuala Lumpur pasti dah rasa sesaknya hiruk pikuk dan kebersihan udara..dulu ok jer

Satu masa nanti masalah sampah yang kita fikir REMEH hari ini pasti akan menyusahkan kita semua… tapi at that time… menyesal tiada gunanya lagi….

P/S** Ini baru cerita botol air, tak masuk botol sabun basuh, botol sabun pinggan, botol minyak segala….

Haih** susah hati
=.=”

Sumber gambar:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...