April 25, 2012

6 Langkah Pakai Cekak

by Taste Of Tapah

Jom Kita Lihat 6 Langkah Memakai Cekak

 Langkah Pertama: Ummi Pakai kan Cekak, Zara Suka 
*cantik tak Ummi?*

 Langkah Kedua: Bergambar dengan aksi biasa 2 jari telunjuk kat pipi.... *senyum*

 Langkah Ketiga: *Nak pergi depan la Ummi*

 Langkah Keempat: *Turun Kerusi*

 Langkah Kelima: Dekat depan, Cubaan Bukak Cekak

*

*

*

*

*

*

*

*

 Langkah Keenam: Selamat dah cekak kat tangan..  (-__-)"








April 23, 2012

Cerita Birthday Zara ke-3: 'Ceasarean Section'

by Taste Of Tapah

Hari ini genap anak ummi berusia 3 tahun. Alhamdulillah Allah meminjamkan Zara kepada hidup ummi, sebagai pengikat kasih sayang ummi dan babah. Tiga tahun yang lalu, pada tarikh 23hb April 2009, hari khamis, jam 8.30 pagi, waktu dhuha. Zara dilahirkan ke dunia ini... 

Segalanya berlaku begitu pantas, 40 minggu 10 hari mengandungkan Zara adalah saat yang paling ummi rindui... Tatkala itu, setiap kali ummi bersedih, atau gembira, Zara akan mendengar cerita, dan keluhan ummi. Zara dikandungkan sebagai  pendengar yang baik. Alhamdulillah lahirnya juga kini, menjadi seorang pendengar yang baik.

Hari ini di hari lahirmu, inilah dia cerita hari bersejarah bagaimana Zara lahir ke dunia ini..... Mungkin boleh ummi kongsikan pengalaman ini juga dengan rakan-rakan dan pembaca belog T.O.T ini untuk dijadikan iktibar atau sedikit persediaan.

***

Hari rabu, 22hb April 2009, sehari sebelum Zara dilahirkan, ummi telah menyerah diri ke UKMSC kerana telah mengandung lebih 40 minggu 10 hari. Sampai sahaja di ward, jam 11.30 pagi tanpa lengah Doktor telah memaksukan ubat 'induce' kepada ummi bagi memaksa 'contraction' berlaku. Ini kerana tempoh masa yang lama melebihi 40 minggu di dalam perut ummi agak bahaya, Doktor khuatir Zara telah mula memakan najis sendiri. 

Bermula dari saat ubat induce dimasukkan, ummi telah merasa sakit contraction. Ianya berlarutan sehinggalah jam 3.00 pagi keesokkan harinya, Doktor memeriksa bukaan laluan. Ianya telah terbuka sebanyak 3cm, lalu Doktor UKMSC, Dr. Ani Emilia ketika itu, memutuskan untuk memecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses bukaan. Tepat tekaan Dr Ani, ketika air ketuban dipecahkan, najis Zara telah sama-sama keluar ketika itu.

Degupan jantung Zara juga ketika itu tidak stabil kesan daripada ubat 'induce' yang dimasukkan. Walaubagaimanapun, sekiranya ubat induce diberhentikan, tiada 'contraction' akan berlaku. Oleh itu, Doktor memutuskan untuk menunggu...

Jam 5.00 pagi ketika itu, Dr. Ani datang semula memeriksa bukaan, masih kurang, hanya 4 ke 5 cm sahaja. Setiap selukan pemeriksaan bukaan oleh Doktor Ani disertai dengan najis yang banyak dari dalam rahim.

Ummi dan Babah boleh dengar ketika itu, degupan jantung Zara semakin tidak stabil....

Dr. Ani memandang tepat kepada ummi, dan memberitahu... 

"Puan, bunyi jantung anak puan semakin tidak stabil dan lemah, najis semakin banyak, saya boleh memberhentikan ubat induce ini, tetapi ianya akan melambatkan proses bukaan. Najis ini pula mungkin akan menyebabkan jangkitan pada paru-parunya sekiranya anak puan dibiarkan lebih lama dalam kandungan. Saya nasihatkan puan dibedah bagi menyelamatkan anak puan."

Hati ibu mana yang tidak hiba mendengar penjelasan seperti itu, walaupun ummi tahu peritnya sakit yang bakal ummi tanggung akibat bersalin secara pembedahan, namun ummi ketepikan semua itu bagi memastikan Zara selamat.

Sejurus ummi menandatangan surat pembedahan, terus ummi dimasukkan dengan ubat bius separuh badan (epidural). Babah kelihatan amat risau pada ummi dan Zara. Babah dibenarkan untuk masuk kedalam dewan pembedahan, walaubagaimanapun, babah memilih untuk membaca surah Yasin di bilik.

Alhamdulillah, jam  8.30 pagi, kedengaran suara tangisan bayi. Ummi bersyukur dan menitis airmata. Anak ummi selamat. Ummi mengucup wajah Zara sebelum Zara dibawa keluar. Ummi pula masih di dalam bilik pembedahan kerana proses menjahit perut ummi memakan masa agak panjang, ditambah pula ummi diserang asthma ketika di dewan pembedahan menyebabkan ummi dikuarantin di dalam selimut panas untuk tempoh waktu yang agak lama.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

***

Hari ini tiada hadiah yang dapat ummi berikan kecuali doa seorang ibu untuk seorang anak.... Seperti ibu-ibu yang ada di seluruh dunia, yang masih ada iman dan kewarasan dalam hatinya, tentu sekali banyak harapan yang disandarkan kepada setiap anaknya...

Ummi bukan penentu masa depan mu, Ummi hanyalah seorang pembantu dalam mengemudi ke mana arah mu... Ummi bukan hanya harap kamu begini dan begitu, tetapi Ummi sentiasa berharap agar diberi hidayah dan taufik oleh Allah S.W.T supaya diberikan ilmu bagaimana Ummi dapat menjadi Ibu yang terbaik untuk mendidik mu kejalan Allah... Semoga setiap kejayaan mu di dunia ini disertai oleh taqwa dan zuhud mu kepadaNya... Tiada kejayaan yang paling manis melainkan dapat bertemu Allah di Daerah tertinggi... dan tiada harta yang paling bermakna melainkan anak yang soleh dan solehah yang mendoakan ibu dan bapanya....






April 22, 2012

Banner Pertama

by Taste Of Tapah

Setelah sekian lama blog ini lahir, baru hari ini mencatat sejarah mempunyai BANNER!! huh... yeay! blog dah ada name tag! yeay yeay! *melompatmacambarney*

Kesuntukkan masa adalah sebabnya ummi tak sempat nak bukak photoshop dan mulakan langkah pertama.... Masa sebelum ini diuruskan kepada perkara yang lebih mustahak.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, menjaga suami dihospital menyebabkan ummi mengisi masa lapang sambil membuat banner ini.... Biasa-biasa sahaja. Masa yang diambil 2 jam *memang beginner*. Bukak youtube, cari tutorial 'how to make header for blog' dan terus mulakan langkah....

Inilah hasilnya......


Sebenarnya ini jer gambar background yang jumpa, mungkin next time ada masa lagi, boleh cari gambar lain pulak....

Alhamdulillah babah boleh discharge hari ini, dan alhamdulillah juga sepanjang babah di ward, ramai yang memberi bantuan, thanks to mama long and opah yang tolong jagakan Zara. Ayah, Adik, Bapa & Ibu mertua serta ipar duai yang datang meneman serta memberi makanan... Juga tak lupa pada sahabat yang datang melawat...

Alhamdulillah... semoga Allah sahaja membalas jasa kalian.

Doakan kesihatan kami sekeluarga... Amin...



April 19, 2012

Thursday Quote #1

by Taste Of Tapah

Yang panjang tak semestinya ada isi, yang pendek tak semestinya tak der banyak maksud.... Jom share quote pendek untuk hari ini!

A mother who is really a mother is never free ~from Honore de Balzac




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...