April 16, 2013

QUOTE #1

by Taste Of Tapah

Saya sentiasa mencari jalan untuk buat lebih baik dari semalam, tapi kalau hari ini saya gagal, saya AKAN CUBA lagi esok


I Fight THE Fight !!
I Fight MY Fight !!

What U focus, WILL EXPAND!! 


April 10, 2013

Adanya Kehidupan

by Taste Of Tapah


Meminjam kata-kata Dr. Harlina, barelysupermommy;

Wedding is fun, honeymoon phase is a.w.e.s.o.m.e. but marriage is really a lot of work! You’re juggling your work, daily house chores, children and husband every single day. If you don’t enjoy what you’re doing, you’re killing yourself slowly inside because you barely have time for yourself.

Mengenangkan diri memilih untuk bekerja sebagai engineer, dan kedudukan office yang jauh, perjalanan pula sesak hari-hari. Keluar rumah gelap, balik pun gelap.

Mengiakan kenyataan di atas Marriage is really A L.O.T O.F W.O.R.K!!

*

*

*

Suatu ketika dulu...

Balik rumah jer terus terpandang akan pemandangan yang amat 'menyejukkan' mata;

Sudip kat ruang tamu, tuala atas lantai, baju tak berlipat, cawan tak basuh penuh meja, buku-buku dengan toys bersepah sana sini. Memang memerlukan daya tahan emosi dari teruskan melaksanakan cadangan syaitan kat tepi yang suruh membebel dan mengamuks...

Namun dalam hati memang tak dapat menipu, tengok penulisan post ini sahaja dah tahu memang penuh dengan keluhan dan rungutan yang menandakan hati belum ikhlas melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri dalam keluarga. Keh Keh.

Selalu je si isteri ini menahan diri dari membebel terus mengemas tetapi tanpa sedar (eh yer ke tanpa sedar? huhu) menguatkan sedikit hentakan barang yang dikemas tanda protes. Nak bagi suami suami dengar ler tue.

Ternyata perlakuan itu success! Datang la si suami menghampiri...

"Kenapa hentak-hentak ni?" 

Diri teruskan diam membisu...

"Kalau penat tinggalkan jer, karang abang kemaskan...."

Hati semakin tak tertahan lalu terkeluarlah keluhan,

"Letih la, hari-hari macam ni, takkan la cawan ni pun tak leh basuhkan, 10 kali minum 10 bijik la cawan kat atas meja ni" jawapan dari isteri yang konon berkerjaya rasa diri hebat.

Lama suami berdiam diri, sebelum mengeluarkan beberapa patah perkataan yang aku ingat sehingga hari ini....

"Cube belajar bersyukur, dengan ada nya 10 biji cawan atas meja itu, menandakan ADANYA KEHIDUPAN, tunggu la sampai orang dalam rumah ni pergi buat selama-lamanya, masa tu, tak perlu lagi nak kemas, tak perlu lagi nak penat tengok rumah bersepah"

DANG!!! Huhuhu

*

*

*

Makanya setiap kali aku merasa letih akan segala kerja rumah dan daily routine yang perlu dilaksanakan, aku pegang la kata-kata 'adanya kehidupan'... Maka seronok la aku menguruskan anak dan suami yang masih ada dipinjamkan Allah di sisi.

Esok lusa belum pasti mereka bersama aku.

Walaubagaimanapun, tidaklah pulak suami membiarkan si isteri ni sensorang diri membuat segala kerja rumah, semakin hari, bila adanya komunikasi dan rasa kasihan belas, ianya akan dimudahkan. Namun proses tolak ansur dan mentarbiah diri masing-masing sentiasa berlaku hari demi hari... Bukan lah pula tempoh nya sebulan dua.

To me, marriage is about two people committed themselves to each other, sharing the same desire to spend their lifetime together, and willingness to be there for one another. In Al-Quran, it’s clearly stated “They are clothing for you and you’re clothing for them..” (Al-Baqarah, verse 187).Like our clothing that covers and protect our body, couples defend each other’s honour. They protect and enhance each other’s beauty while shielding that which must be hidden, according to Allah’s rules. ~taken from Dr. Harlina from barelysupermommy.com



March 13, 2013

Abdullah Bin Ummi Makhtum

by Taste Of Tapah

Hari ini terasa hati ingin mencoretkan suatu cerita yang pernah aku dengar dan rasa ianya menarik untuk dikongsi.

Cerita ini diceritakan oleh Ustazah Norhafizah Musa ketika satu kuliah dahulu.
Perihal Abdullah Bin Ummi Makhtum.

***

Dia seorang yang buta. Suatu hari dia bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.

"Bolehkah aku tidak solat di Masjid, wahai Rasul Allah, kerana aku buta"

"Bolehkah kamu mendengar azan yang berkumandang di Masjid?" tanya Nabi S.A.W

"Boleh" jawab Abdullah...

"Sekiranya kamu mendengar azan, maka kamu mesti pergi" balas Nabi S.A.W

Maka semenjak itu, tidak pernah Abdullah Bin Ummi Makhtum meninggal menunaikan solat jemaah di Masjid setiap hari.

Satu pagi kaki Abdullah tersadung dan dia terjatuh, maka berdarah-darah, dan luka anggotanya, tapi beliau tetap meneruskan juga ke masjid untuk menunaikan solat.

Seketika, dia merasa dipegang tangan ketika perjalanannya ke masjid, sambil orang yang memimpinnya berkata,

"Mari aku pimpin kamu untuk ke masjid"

Semenjak itu dia dipimpin setiap kali pergi dan balik ke masjid. Setiap hari...

Satu hari Abdullah Bin Ummi Makhtum, bertanya,

"Siapakah nama kamu yang memimpin aku setiap hari ke masjid?"
Kemudian orang itu bertanya,

"Kenapa kamu ingin mengetahui siapa aku?".

Jawab Abdullah, "Aku ingin nak mendoakan kamu atas kebaikan kamu memimpin aku ke masjid"

Dengan pantas orang itu menjawap, "Aku tidak perlu kepada doa..."

Terkejut dengan jawapan tersebut berkatalah Abdullah,

"Demi Allah aku bersumpah mulai hari ini aku rela pergi sendiri. Tak perlu kamu pimpin aku lagi"

"Baiklah, jika kamu telah bersumpah sedemikian rupa, aku akan beritahu kamu siapakah aku, aku ialah IBLIS"

Terkejut dan hairanlah Abdullah bila mengetahui iblis yang memimpinnya ke Masjid setiap hari seraya bertaya,

"Sekiranya kamu iblis, kenapa kamu memimpin aku ke masjid?"

"Sebenarnya saat kau jatuh untuk ke masjid tempoh hari, aku dengar malaikat berkata, Allah mengampunkan SEPARUH DOSA kamu..." jawab iblis laknatullah.

"Oleh itu aku takut kau jatuh lagi sekali, nanti dosa kau habis terus diampunkan Allah S.W.T" .

Tambah Iblis menunjukkan dia cemburu dan tidak rela apabila Allah mengampunkan dosa manusia, kerana dia sudah berjanji untuk menyesatkan manusia.. Oleh yang demikian, iblis lebih rela memimpin Abdullah Bin Ummi Makhtum ke masjid setiap hari.

***

Lihatlah peranan Iblis. Selalu mencuba pelbagai cara menyesatkan umat manusia. Oleh itu, selalu lah kita untuk sentiasa istighfar dan bertaubat, serta mujahadah untuk melakukan sesuatu kebaikan. Sebab iblis selalu cuba memesongkan kita untuk tidak menjadi penghuni syurga dan kekasih Allah.

Berlapang hati, mujahadah lah dalam melakukan kebaikan. Hingga tiada ruang untuk syaitan masuk untuk meniupkan rasa ujub, riak dan bangga diri dalam diri kita.

Wallahu'alam

March 11, 2013

Ala-ala Fynn Jamal

by Taste Of Tapah

Lama.
Memang lama aku tak update blog ni.

Sibuk.
Memang sibuk.

Sesungguhnya demi masa manusia dalam kerugian.
kecuali yg beriman dan beramal soleh.

Selalu tak cukup masa.
Bila ada masa, tak de internet connection.

Tahun 2013.
Berpindah ke enviroment perumahan baru.
Berpindah ke tempat kerja baru.
Bakal menyambut insan baru. Dengan Izin Allah...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Nikmat Allah yang mana lagi yang kau ingin dustakan.

Rasa seperti aku yang baru.
Walaupun masih aku yang lama.

Beringat, zety.
Beringat.

Masa sesaat pun takkan datang semula.
Di Hari Pembalasan, Allah bertanya, apa yang kau guna untuk sesaat?

Waktu kerja kau update blog.
Waktu untuk kau beri hak didik anak-anak, kau tengok sinetron.
Waktu kau patut melayan suami, kau layan FB.

Sibuk.
Memang sibuk.

Bila masa itu kau tak uruskan.

Salah siapa?
Salah Mark Zukerberg?
Salah Station Televisyen?
atau salah Google?

Jauh.
Berulang jauh setiap hari.
Badan Penat.
Al-Quran dah mula nampak debu di kulitnya.
Solat sudah hujung-hujung waktunya.
Mana pergi mujahadah?

Masa, oh masa.
Engkau memang hak Allah.

Allah, berkatilah masa ku.
Jangan di tarik nikmat iman ini setelah Kau kurniakan....
Jangan di tarik nikmat masa ini, hingga aku hanyut dari menjalankan tugasan harian.
Berkatilah rezeki ku, untuk aku bantu keluarga ku.

Pada Mu lah aku berlindung.




sedang tidak tahu untuk buat apa dengan masa,
perlu kerja, perlu manage project kecik,
cuma hilang punca,
pada siapa nak tanya.
pada siapa nak refer.
pepandai kau lah sang Jurutera.
kononnya.
pada blog, kau mencoret sudahnya...
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...