December 19, 2010

Dessert Ketika di Desert - 1

Masakkan sepaket agar-agar 10 gram dan 1 cawan gula halus serta 5 cawan air sehingga mendidih (ikut lah selera, kalau nak lembut, lebihkan air..saya kurangkan gula kerana tak mahu terlalu manis)

Kemudian di bekas berlainan campurkan 1 cawan tepung jagung dan 1 tin susu cair...

Kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam campuran agar-agar yang telah mendidih...  Kacau rata sehingga nampak sedikit pekat... masuk sedikit sahaja garam kiranya ingin terasa lemak susu..

Asingkan buah peach dalam tin dengan airnya... (masukkan air tersebut kedalam agar-agar sekiranya mahukan rasa yang lebih mengancam)

Potong kecil-kecil buah peach dan masukkan ke dalam bekas

Masukkan bancuhan yang telah di masak kedalam bekas yang telah diisi buah peach tadi... sejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk

Akhir sekali selamat membasuh pinggan...dan dapur....  =))

Sumber resepi : Diubahsuai sedikit daripada buku "1 hari 1 resepi"

December 17, 2010

Hidangan Kurang Minyak - 1

Tumis Bawang Besar, Bawang Putih hingga wangi.... (lihat minyak yang kononnya kurang -.-  pitam....)


Kemudian Masukkan Udang yang dah dibuang kulit dan dibelah belakang (lihat bawang dah semakin hangit akibat sibuk nak snap gambar)

Selepas itu masukkan lobak merah bersama sedikit air (tak sempat nak potong cantik-cantik ada lekuk-lekuk bagai, balik kerja mahu segera makan)

Tutup untuk 'speed-up' me-lembikkan lobak....

Last sekali masukkan brokoli dan cili merah yang dipotong halus.. kira lebih kurang 40 saat tutup api... (saya suka brokoli itu ranggup sedikit)

Inilah hasilnya sayur untuk makan malam (cepat dan sihat) nak lagi cepat? potong timun sudah....
skill masak amatur, sila layan diri berasa bangga dengan masak mudah begini... tetapi berharap dapat membantu sesiapa yang ada fikir
"tak tau nak masak apa hari nih"....



update: lupa nak kasi tau... garam secukup rasa da.....

December 16, 2010

Anak Perlukan PERHATIAN!!!

comel kan!! T_T

  1. Semua anak perlukan perhatian
  2. Anak akan membuat apa sahaja untuk mendapatkan perhatian (contoh seperti video di atas..hehe)
  3. Kalau diberi pilihan tentunya anak kita mahukan perhatian dalam bentuk positif, iaitu kata-kata penghargaan, peransang, kasih sayang, dan sebagainya
  4. Jika anak kita langsung tidak mendapat perhatian, mereka akan lakukan perkara-perkara yang mereka tahu akan mendapat perhatian  walaupun dalam bentuk negatif seperti dimarahi atau dipukul 
  5. Anak-anak lebih rela dimarahi daripada mereka tidak diendahkan langsung...
**Berguling-guling seperti video di atas juga salah satu cara untuk mendapat perhatian...

Renung-renungkan dan selamat beramal...

December 3, 2010

Roti Yang Chuumelll

U're not wearing your spectacle...

Now U do....

People said: picture is worth a thousand words'... so layan kan gambar di atas ok... this is the breakfast i make for my 1 year old daughter...

 Ingredients:

  1. Roti Wholegrain (baik untuk baby/toddler sebab banyak serat and kurang kandungan gula)
  2. Nutela
  3. Hiasan (untuk menarik perhatian, my daughter is such a picky eater)

 Thats all...

taste.of.tapah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...