March 10, 2011

AQIQAH: APA HUKUMNYA???

Sekarang manusia makin sibuk, kadang-kadang duit kurang cukup... maklumlah baru mulakan kehidupan... Oleh itu ramai yang terlepas pandang...

Sekadar makluman kepada sesiapa yang kesuntukan masa dan terlepas kewajipan ini.. 
sila layari 

Mereka insya'allah boleh membantu sahabat-sahabat yang kurang waktu, ruang kawasan rumah untuk membuat kenduri dan sebagainya..

Saya turut paste kan soalan-soalan lazim yang ditanya oleh ibu bapa:-

Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah aqiqah?
Aqiqah dari sudut bahasa, Aqiqah diambil dari perkatanan Aqqa, iaitu memotong atau membelah. Pendapat lain pula menyatakan, aqiqah ialah nama kambing yang disembelih untuk kepentingan bayi. Ini kerana, kambing itu dipotong dan dibelah-belah. Selain itu, ada juga yang berpendapat, aqiqah itu ialah, “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi sewaktu lahirnya”. Adapun dari sudut istilah “ Aqiqah ialah ‘ penyembelihan haiwan tertentu untuk ` kepentingan anak, sekali gus dicukur kepalanya dan dinamai”

Bagaimana dan bilakah masa yang paling digalakkan untuk melaksanakannya?
Melaksanakan ibadah aqiqah ialah dengan melakukan sembelihan pada hari ketujuh kelahiran anak sehinggalah akil baligh anak tersebut.

Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?

Hukum – Sunat yang dituntut ( muakad )

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah aqiqah?

Berdasarkan kepada tafsiaran maksud hadith Rasullah – “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.”

Apakah binatang-binatang ternakan yang dibenarkan untuk pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah?

Binatang-binatang ternakan yang di benarkan untuk pelaksaan qurban dan aqiqah ialah seperti unta, lembu, kambing, kerbau, kibas dan yang seumpama dengannya.

Berapa bilangan (ekor) haiwan ibadah aqiqah yang di galakkan?

Menurut hadis yang telah di sebutkan diatas, sekurang-kurangnya bagi seorang anak perempuan adalah seekor kambing dan bagi anak lelaki pula di galakkan dengan dua ekor kambing.

Bolehkah saya mengaqiqahkan anak lelaki saya dengan seekor kambing sahaja?

Boleh mengaqiqahkan anak lelaki dengan seekor kambing sahaja dan masih dianggap sah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan menyatakan bahawa Rasullah pernah mangaqiqahkan Hassan dan Hussin (cucu baginda) dengan seekor kambing seorang.

INFOMASI INI DI AMBIL DARI

Wallahu'alam

renung-renungkan dan selamat beramal

March 3, 2011

HIDANGAN KURANG MINYAK 2

SUP SENANG

Bukan tak memasak tapi kurang sempat nak snap2 gambar segala setiap kali kelam kabut balik kerja... 
so ini bagi menyedapkan hati snap la a few gambar sup cendawan....

original recipe from my mother-in-law, modified dengan kesesuaian bahan-bahan mentah yang ada kat dapuq.. senang dan sihat

 bahan-bahan A: udang kering, bawang putih, halia sikit (elok untuk buang angin dalam badan)


 tentu lah ada cendawan dan tambahan batang saderi 
 
 first: tumis bahan-bahan A (saya tumis guna minyak zaitun 2 sudu besar)

2nd: Masukkan air banyak mana rasa nak hirup kuah dan kemudian masukkan batang saderi

 
3rd: Bila dah mendidih dan batang saderi sedikit lembut, masukkan cendawan, garam dan sedikit lada hitam.. Biarkan mendidih dalam 3 minit sebelum di hidang

 Ini lah hasilnya sup cendawan sihat dan sedap... ;b




pssttt: tak buat pedas sebab nak bagi my little honey makan sama!

dengan baju hijau, sayur hijau, botol hijau.. erm hari hijau sedunia

March 1, 2011

SHORT ENTRY

Sibuk lately, nak snap gambar makanan yang dimasak pun tak sempat...
Hope info tambahan di blog ini dapat membantu orang yang membacanya....
Apa yang saya tahu, saya share.. dan apa yang saya tidak tahu, saya sentiasa cuba mencari ilmu...

On the way menghabiskan beberapa buku.... hope can share with this blog later...
Hope when i'm not around later, my children always can refer to all the advice here in this Taste Of Tapah Blog... every single post can gave them a guide: on how to motivate, how to cook, how to take care of the nature...

my love sugar, my honey

because we-maybe not a good person, but we must always try to be good... 


February 7, 2011

AIR ADA PERASAAN?


Dr Masaru Emoto adalah saintis daripada Jepun yang membuat kajian tentang perubahan molekul air mengikut keadaan persekitaran.. berikut video yang di ambil dari you-tube untuk pemahan lebih dan tatapan semua:




Molekul air berubah bila kita bersifat sayang, memaafkan, bersyukur kepada bentuk krystal yang sungguh unik.. Begitu juga ia berubah sekiranya di dedahkan kepada perasaan negatif ia membentuk molekul yang amat hodoh...

Air bersifat menyalin (photocpy).. Sekiranya anda menyimpan durian di dalam peti ais bersama-sama sebekas air, apakah yang anda akan rasa/bau apabila meminum air tersebut? itu sahaja sudah membuktikan sifat air...

Itu lah sebabnya kebanyakan air penawar penyembuh penyakit dibacakan dengan ayat-ayat suci al-quran agar apa yang diminum oleh kita akan mempengaruhi diri kita sendiri.. inilah kuasa Allah S.W.T...

Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya dengar di IKIM F.M tentang seorang ibu yang anaknya dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempah 30 hari... bila ditanya apakah rahsianya pemakanan yang diberi pada anaknya sehingga mudah untuk menghafal? kata ibu tadi rahsianya adalah dia sentiasa mengambil wuduk sebelum menyusukan anaknya.. subhanallah.. sekali lagi itulah kuasa Allah melalui air...

Oleh itu amat penting memastikan air yang kita minum dan beri pada keluarga dan anak kita terdiri daripada air yang baik sumbernya.. 

Cuba lihat gambar di bawah tentang kandungan air dalam badan manusia:


Otak kita sahaja mengandungi 75% air... maknanya apa yang kita fikirkan tentang diri kita juga akan mempengaruhi perlakuan dan tenaga yang ada pada diri kita... jadi selalulah bercakap dan berfikir tentang perkara yang positif... untuk menjadikan diri lebih ceria, berjaya dan bahagia.... 

wallahu'alam....

 
sumber gambar:
http://anakmunthe.wordpress.com/2008/05/10/amankah-air-minum-anda/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...