May 24, 2011

Nazar Pokok Kelapa

Nazar Pokok Kelapa Menarik Untuk Dikongsi.. Takder kena mengena dengan penyediaan makanan menggunakan pokok kelapa, buah kelapa atau pun daun nya...

Hari ini kita sumbat makanan untuk hati plak.. blog kali ini khas buat diri ku yang mudah lupa....

Cerita ini di ambil daripada Ustazah Siti Nur Bahyah:



Satu Hari ada seorang lelaki ingin memetik buah kelapa.. (nak parut kelapa buat kari kepala ikan <---ayat ini di tambah penyedap cerita).. Hari begitu cerah dan sesuai untuk memanjat pokok kelapa tersebut... (aku tefikir mana pergi semua monyet dan akhirnya menyimpulkan monyet semua MC pada hari tersebut)

Tetapi langit tidak selalunya cerah... Disangka panas hingga ke petang rupanya ribut tiba-tiba... Ketika ribut melanda lelaki tersebut sudah berada di atas pokok dan angin begitu kuat bertiup hingga pokok juga turut bergoyang (comel tak awan tiup angin?!!)
Lelaki tersebut terlepas pelukan daripada batang pokok kelapa tersebut... Dia hampir jatuh bersepai tetapi sempat memegang hujung salah satu daun pokok kelapa itu... (fuh! suspen tak?)

Tatkala nyawa hampir melayang seperti telur di hujung tanduk dan hanya berpaut pada beberapa helai daun kelapa untuk survive, lelaki itu pun berdoa dan memohon pada Tuhan:

"Ya Allah sekiranya aku selamat turun tanpa terjatuh, aku bernazar akan menyembelih SEEKOR LEMBU dan menyedekahkannya kepada fakir miskin"



Dan setelah bermohon... dengan kuasa Allah, Alhamdulillah doanya dimakbulkan.. Dia dapat menghayun daun tersebut dan berpaut kembali pada batang pokok kelapa... Ketika merasa selamat memegang pokok kelapa dia menukar doanya pula:

"Ya Allah sekiranya aku selamat turun tanpa terjatuh, aku bernazar akan menyembelih TIGA EKOR AYAM dan menyedekahkannya kepada fakir miskin"  

(Ok perangai lupa daratan yang pertama, dari lembu RM2000++ kepada ayam 3 ekor =.=")

manusia_mudah_lupa
Kemudian perlahan-lahan dia menuruni pokok kelapa hingga sampai ke bahagian bawah batang pokok kelapa, dan sekali lagi dia menukar doanya:

"Ya Allah sekiranya aku selamat turun tanpa terjatuh, aku bernazar akan menyembelih SEEKOR AYAM dan menyedekahkannya kepada fakir miskin" 

(Ok semakin rasa selamat)

nazar_pokok_kelapa
Akhir sekali dia berjaya menuruni pokok kelapa tersebut dan sampai ke permukaan tanah.. tiba-tiba lelaki tersebut buat-buat terjatuh terjelepuk ke atas tanah... and guess what? dia berkata... 

"Ya Allah aku terjatuh, maka TAK PERLULAH AKU TUNAIKAN NAZAR KU ITU"

(ok, bila orang dah senang, seekor ayam pun rasa mahal)

jeng jeng jeng..... itulah kita manusia yang semakin jauh daripada Allah ketika mendapat kesenangan.. dan hanya meminta dan mengingati Allah ketika dalam kesusahan...renungan untuk diri ku dan moga dapat manfaat pada yang lain juga.... wallahu'alam

**gambar amat amatur sila lihat dengan hati yang girang.. tehee

May 20, 2011

Cold Storage!

Tajuk cold storage bukan nak cerita pasal pasaraya COLD STORAGE untuk pergi beli barang nak masak yer... Tetapi menceritakan betapa diri sedang termenung entah bila nak dapat keadaan peti ais seperti di bawah (belah kanan yer.. sebelah kiri memang telah sedia ada keadaannya di rumah) =.="

Bila peti ais sudah tersusun dan segar barulah boleh produce Taste yang menariks... Tak der la simpan durian dalam peti ais lepas tu masak puding JAGUNG tapi rasa macam puding DURIAN...

Ada kata-kata seorang Dr. dia kata kalau nak tengok masa depan sesuatu keluarga kena tengok:
  • pada rancangan tv yang di lihat, 
  • buku yang mereka baca, dan 
  • buka peti ais tengok APA YANG MEREKA MAKAN.
Hurm kalau nak mengelak dari di telek masa depan harus letak barang makanan semua dalam tupperware so orang datang rumah tak nampak apa ada dalam.. keh keh keh.. boleh ker gitu?


apa-apa pun diri memang tetap teringin peti ais keadaan dipenuhi tupperware yang kiut-kiut ini.. dapat beli macam menang loteri.. sila bayang muka sedang berangan...


ok.. model termenung pun perlu lawa, supaya diri terasa lawa juga...

**updated:
lupa plak nak bagi tau sumber gambar di ambil.. 
karang kena saman.. 
terima kasih kepada:
http://s284803783.onlinehome.us/ untuk gambar model cantik, dan
http://tupperware.com.my/index.php untuk gambar tupperware kiut

May 16, 2011

MENU APA?!!


Konon konon...every week macam gini
Entah jadi ker tidak... sedikit poyo beria-ia...
Layan jer la.. at least ada perancangan.. keh keh..

Bab merancang makan  kehidupan kita mesti selalu pandang ke depan... 
Jangan perut kedepan sudah...

May 8, 2011

Strawberry and Lemon Muffin

My growing 2 years old toddler liked to have snacks in between her meal time, normally i gave her Biscuits, Fresh Fruit or Finger Foods.

Trying not to narrow the range of foods to my toddlers, I tried to offer her strawberry I bought from Jusco supermarket the other day (never tried to gave strawberry to her before) and guess what? she refused to taste it...  

I don't have any clues what to do with that strawberry... It is not good to force feeding her so, either I let it dried out in the fridge or gave it to 'Mr Bin'..

So, I google-ing things and I found Karen Cheng blogging about Strawberry and Lemon muffin.. Coincidentally I have leftover lemon as my husband like to drink lemon tea almost everyday...

You can have the recipe here

This is how I baked it step by step:


First step: Separating the mixture of dry and wet ingredient

muffin

Then: Put in the strawberry in the mixture before spoon it into the muffin pan


Lastly: Baked it in the oven for 25 to 30 minutes, and because of 'not so delicious looked' i decided to drizzle icing sugar on the top of the muffins as a finishing...

Zara ate it a lot without knowing inside there was the strawberry she refused to eat it on the first place.. keh keh

Case closed!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...