by Taste Of Tapah
Meminjam kata-kata Dr. Harlina,
barelysupermommy;
Wedding is fun, honeymoon phase is a.w.e.s.o.m.e. but marriage is really a lot of work! You’re juggling your work, daily house chores, children and husband every single day. If you don’t enjoy what you’re doing, you’re killing yourself slowly inside because you barely have time for yourself.
Mengenangkan diri memilih untuk bekerja sebagai
engineer, dan kedudukan
office yang jauh, perjalanan pula sesak hari-hari. Keluar rumah gelap, balik pun gelap.
Mengiakan kenyataan di atas
Marriage is really A L.O.T O.F W.O.R.K!!
*
*
*
Suatu ketika dulu...
Balik rumah jer terus terpandang akan pemandangan yang amat 'menyejukkan' mata;
Sudip kat ruang tamu, tuala atas lantai, baju tak berlipat, cawan tak basuh penuh meja, buku-buku dengan
toys bersepah sana sini. Memang memerlukan daya tahan emosi dari teruskan melaksanakan cadangan syaitan kat tepi yang suruh membebel dan mengamuks...
Namun dalam hati memang tak dapat menipu, tengok penulisan
post ini sahaja dah tahu memang penuh dengan keluhan dan rungutan yang menandakan hati belum ikhlas melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri dalam keluarga. Keh Keh.
Selalu je si isteri ini menahan diri dari membebel terus mengemas tetapi tanpa sedar (eh yer ke tanpa sedar? huhu) menguatkan sedikit hentakan barang yang dikemas tanda protes. Nak bagi suami suami dengar ler tue.
Ternyata perlakuan itu
success! Datang la si suami menghampiri...
"Kenapa hentak-hentak ni?"
Diri teruskan diam membisu...
"Kalau penat tinggalkan jer, karang abang kemaskan...."
Hati semakin tak tertahan lalu terkeluarlah keluhan,
"Letih la, hari-hari macam ni, takkan la cawan ni pun tak leh basuhkan, 10 kali minum 10 bijik la cawan kat atas meja ni" jawapan dari isteri yang konon berkerjaya rasa diri hebat.
Lama suami berdiam diri, sebelum mengeluarkan beberapa patah perkataan yang aku ingat sehingga hari ini....
"Cube belajar bersyukur, dengan ada nya 10 biji cawan atas meja itu, menandakan ADANYA KEHIDUPAN, tunggu la sampai orang dalam rumah ni pergi buat selama-lamanya, masa tu, tak perlu lagi nak kemas, tak perlu lagi nak penat tengok rumah bersepah"
DANG!!! Huhuhu
*
*
*
Makanya setiap kali aku merasa letih akan segala kerja rumah dan
daily routine yang perlu dilaksanakan, aku pegang la kata-kata '
adanya kehidupan'... Maka seronok la aku menguruskan anak dan suami yang masih ada dipinjamkan Allah di sisi.
Esok lusa belum pasti mereka bersama aku.
Walaubagaimanapun, tidaklah pulak suami membiarkan si isteri ni sensorang diri membuat segala kerja rumah, semakin hari, bila adanya komunikasi dan rasa kasihan belas, ianya akan dimudahkan. Namun proses tolak ansur dan mentarbiah diri masing-masing sentiasa berlaku hari demi hari... Bukan lah pula tempoh nya sebulan dua.
To me, marriage is about two people committed themselves to each other, sharing the same desire to spend their lifetime together, and willingness to be there for one another. In Al-Quran, it’s clearly stated “They are clothing for you and you’re clothing for them..” (Al-Baqarah, verse 187).Like our clothing that covers and protect our body, couples defend each other’s honour. They protect and enhance each other’s beauty while shielding that which must be hidden, according to Allah’s rules. ~taken from Dr. Harlina from barelysupermommy.com