December 19, 2010

Dessert Ketika di Desert - 1

Masakkan sepaket agar-agar 10 gram dan 1 cawan gula halus serta 5 cawan air sehingga mendidih (ikut lah selera, kalau nak lembut, lebihkan air..saya kurangkan gula kerana tak mahu terlalu manis)

Kemudian di bekas berlainan campurkan 1 cawan tepung jagung dan 1 tin susu cair...

Kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam campuran agar-agar yang telah mendidih...  Kacau rata sehingga nampak sedikit pekat... masuk sedikit sahaja garam kiranya ingin terasa lemak susu..

Asingkan buah peach dalam tin dengan airnya... (masukkan air tersebut kedalam agar-agar sekiranya mahukan rasa yang lebih mengancam)

Potong kecil-kecil buah peach dan masukkan ke dalam bekas

Masukkan bancuhan yang telah di masak kedalam bekas yang telah diisi buah peach tadi... sejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk

Akhir sekali selamat membasuh pinggan...dan dapur....  =))

Sumber resepi : Diubahsuai sedikit daripada buku "1 hari 1 resepi"

1 comments:

hakim said...

bab cuci pinggan dan dapur memang terbayeek dr ladang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...