Kata Prof Dr Muhaya:
Seorang isteri perlu menjaga 3 perkara:
- Hidung Suami: Sentiasa berbau wangi, hendaklah pastikan nafas berbau wangi...
- Telinga Suami: Jangan mengeluarkan kata-kata yang mungkin menyinggung hati atau membingitkan suami mendengarnya..
- Mata Suami: Sentiasa berpakaian kemas dan cantik ketika berhadapan dengan suami...
Kata Orang Lama-Lama Pulak:
Seorang isteri perlu menjaga 2 perkara:
- Perut Suami: Masak sedap-sedap, jangan selalu beli kat luar.. biar suami makan sampai
buncitkenyang katanya.. - agak tak sesuai nak cerita nasihat kedua kat sini.. tapi semua isteri tahu la kot nasihat nya...
Kesimpulan Ikutlah mana yang rasa sesuai dan dapat memelihara kekukuhan berumahtangga... Buat baik pasti diberi baik.. Beri sayang pasti dapat sayang...
Berumahtangga bukan hanya untuk menerima.. tetapi ianya sebenarnya perlu lebih untuk memberi...
Bukan berapa banyak yang kita dapat tetapi berapa banyak yang boleh kita beri.....
berhujah memang senang, nak mempraktikkannya memerlukan jati diri dan iman yang tinggi.. insya'allah
menung-menungkan di hari Jumaat.. wallahu'alam