May 7, 2011

Roti Ter-KAPIT

Diri dan suami merasa ke-jemu-an makan nasi berlauk setiap malam, atau beli kat luar pun dah tak tau nak order apa, kejap bihun ladna, kejap mee kung fu, kejap nasi goreng kampung...

So sekali sekala buat la roti.. kalau balik lewat menyiapkan kerja office, sempat lagi nak prepare 2 set hidangan seperti di bawah... sebabnya mudah, cepat.. barang nak basuh pun tak banyak...

Mula-Mula sekali prepare telur hancur.. atau omputih kata omelette..

telur ayam sebiji 

cairkan butter dalam kuali

tuangkan telur yang talah di pukul rata.. tambah bawang merah dipotong dadu dan sedikit lada hitam penambah selera


sapukan mentega pada roti sedikit, letakkan omelette tadi di atas roti.. masukkan dalam pengapit roti  
(erm betul ker namanya tuh... pembakar roti kan.. haih)


sebelum di kapit jangan lupa letak selapis lagi roti.. hurm teliti benor cerita pasal nak kapit roti kan... mcm semua tak tau nak kapit.. =.="

roti_bakar

Tadaa!! Dah siap belahkan roti letak dalam pinggan mengikut kreativiti ala-ala hotel, dah nama pun orang malaysia perlukan pedas; maka makan la dengan sos cili di samping ulam salad segar... Makan sampai licin senang basuh pinggan...

Banyak boleh di inovasi kan, kadang-kadang breakfast letak gula sahaja....

 Nampak gula tuh bersinar-sinar.. tapi jangan selalu laks.. tak baik untuk kesihatan.. tapi kira ok lagi dari breakfast nasi lemak tiap-tiap hari..



Bila jemu dengan Encik Telur dan Puan Gula, terkadang mengunakan sardin hancur dimasak dengan perahan limau dan bawang sebagai inti roti untuk di kapit..

Memang sedap dan mudah.... apa-apa pun boleh 'masuk' dengan roti kapit nih.. so kalau boring nak makan nasi malam-malam, bleh la cuba...

4 comments:

Suliana said...

tak de kapit roti, xleh wat.. haha..pemalas ..

Taste Of Tapah said...

aku pun hadiah kawen.. keh keh

misscha said...

ko ni kan ..saje je wat terliur......bwk ar opis!!

Taste Of Tapah said...

keh keh.. sekali lagi di ulang.. malas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...