August 22, 2011

Bersyukur Banyak Kerja


Hari ini hari Isnin yang tak sempat nak blues... Bertubi-tubi kerja di longgokkan kepada empunya diri.... Walaupun lagu raya di kiri kanan berkumandang SEDIKIT menjejaskan mood bekerja diri... Tetapi tetap gagahkan diri untuk bersyukur...


Kerana masih punya pekerjaan... Tak patut diri nak banyak songeh dengan nikmat kerja... Kalau tak kerja lagi haru... 

Alhamdulillah...

Statement pujuk hati diri sendiri supaya rajin berkerja di penghujung Ramadhan ini.... tssk

 Gambar diambil dari sini

Taste Of Asia

Pernah tak nampak kedai ni?

Kalau korang ada naik Air Asia atau apa2 flight dari LCCT, sure kenal kedai makan nih...

Terngaga sambil air liur hampir meleleh tangkap gambat kedai ni... Tak salah kan kalau berangan....
Kerana dengan angan-angan mimpi jadi kenyataan...


Tengok jer kedai ni terus hati rasa kan best kalau dapat bukak kedai Taste Of Tapah.. Wah kelas gitu...



Kalau Allah mudahkan Alhamdulillah.... Kalau tidak... Musti ada Plan yang lebih baik buat aku...

 

Erm tata 'Taste Of Asia..' harap dapat jadi kawan baik satu hari nanti.. keh keh



August 17, 2011

Nuzul Al-Quran


Jalan dekat luar office sedikit sesak satu hari tadi, semuanya berpusu-pusu mengarah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan membawa ke SOGO. Erm orang-orang yang negerinya cuti hari ini sempena sambutan Nuzul Al-Quran mengambil peluang untuk membuat persiapan hari raya agaknya...

Mujurlah aku naik train, bolehlah tiba rumah awal sedikit...

Hari ini Nuzul Al-Quran.... Hari dimana permulaan diturunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Surah Al-Baqarah sebahagian daripada ayat 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...  


Terdapat 2 Fasa penurunan Al-Quran ini, iaitu;

Fasa pertamanya diturunkan secara terus sejumlah 30 juzuk segedebuk daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Waktu bila berlakunya fasa ini? Waktu exact hanyalah diketahui oleh Allah S.W.T  tetapi diberitahu berlakunya penurunan itu adalah dalam malam yang di sebut Lailatul Qadar...

Manakala Fasa kedua berlaku adalah apabila Jibril menyampaikan ayat-ayat Al-Quran (wahyu) secara berperingkat daripada Baitul Izzah  terus kepada Nabi S.A.W selama 23 tahun. Yakni permulaannya bermula juga ketika Ramadhan.

Nabi Muhammad S.A.W juga akan bertadarus dengan Jibril setiap kali datangnya Ramadhan. Malah Nabi S.A.W memperbanyakkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan ini...

sumber dari: Ustaz Syarhan Humaizi Bin Abd Halim dalam ceramahnya Kesan Puasa Terhadap Pembentukan Peribadi.

Selalu aku bisikkan dalam hati, "Bila kali terakhir aku membaca Al-Quran?"


wallahu'alam

picture from here!

August 15, 2011

SIBUK

Ter lalu busy kerana diri tidak berapa mahir mengurus masa... Oleh itu suram dan kusam seketika T.O.T...

Namun begitu nak cerita sedikit secara ringkas, suasana ofis tatkala ini sudah mula berkumandang lagu raya sana sini, terawih pun dah start baca Qunut masa witir.... 

Perasaan diri bercampur baur, sedih kerana singkat sangat Ramadhan kali in, seronok sebab nak dekat raya, sayu sebab raya tak balik kampung dan happy sebab banyak kesedaran diperoleh Ramadhan kali ini...

Oleh itu sudah 15 hari berpuasa, manfaatkan lah baki 14 hari lagi Ramadhan ini, sebab belum tentu lagi masih ada Ramadhan akan datang untuk kita.. Semoga kita mendapat keberkataan malam Lailatul Qadar.... 

Malam yang lebih baik dari seribu malam....

August 8, 2011

Car Wash Tunnel

Car Wash Tunnel...

Siapa pernah tengok car wash tunnel... Tak pernah? Ish ala, yang automatic cuci kereta tu.. Tak kolumpo la kalau tak tau nih... Lalu jer kereta, sampai kat Entrance Tunnel nanti kereta jalan sendiri... Lepas tu di berusnya kereta kita, di semburnya air... Lepas tu di keringkan pulak air-air yang ada di sekeliling kereta....

Keluar jer daripada tunnel, terus bersinar-sinar kereta... Baru macho sikit nak bawa kereta berkilat-kilat...

Erm...

Bulan Ramadhan ni itu lah tujuannya...... Bukan membersihkan kereta.. -_-
Tetapi sebaliknya membersihkan jiwa dan keimanan serta meningkatkan ketakwaan kita umat Nabi Muhammad S.A.W...

Kalaulah aku keluar dari Ramadhan dan masih merasakan sama jer macam 11 bulan sebelumnya.. maknanya apa?

Maknanya kereta yang lalu dekat car wash tunnel lagi bersih dari jiwa,iman serta ketakwaan diri aku ini... 

Nauzubillah...

Nasib baik kereta jer boleh nampak kekotorannya, kalau lah Allah jelmakan jiwa, iman dan ketakwaan manusia dalam bentuk yang boleh di lihat atau boleh di hidu.. Mestinya manusia tak akan mensia-siakan setiap saat di Ramadhan yang penuh Barakah ini.. Kerana takutkan hodoh dan busuk nya diri di mata manusia...

Tetapi kerana ghaibnya Iman, Ketakwaan dan Jiwa, aku sendiri kadang-kadang lalai dan terus terlupa... Tidak perasan Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati setiap manusia...

Puasa lah hati dan jiwa,
Puasa lah nafsu dan emosi,
Puasa tingkah laku dan aktiviti..
bak kata seorang ustaz kat tibi semalam:

"Bulan Ramadhan Bulan Ibadah Bukan Bulan Juadah" 

wallahu'alam



August 3, 2011

Kenangan Berbuka, Tarawih dan Sahur


Sedar tak dah 3 hari puasa? Aku menung tengok P.C ni... Erm dalam hati bercakap sorang-sorang

"Rasa macam kejap jer 3 hari puasa zaman sekarang ni.."

Dulu-dulu dekat Tapah masa sekolah nak tunggu waktu berbuka lama betul rasanya. Tambah pulak pukul 5.30 petang bau-bau-an kesedap-an mak masak dah menerjah ke dalam bilik, pergh! Masa tu rasa macam hidung ikut jer bau tu sampai kat dapur.. Kaki tak terasa berjalan.. Macam Kartun Donald Duck atau Tom & Jerry.. Lepas tu siap tongkat dagu atas meja sambil mata tengok Akak, dengan Ayah bergilir-gilir 'saie' bukak tudung saji nak tengok mak masak apa.. Memang itulah 2 jam paling lama dirasakan.. Dah besor sikit baru reti layan Jejak Rasul, akan tetapi kesedaran sivik nak tolong mak masak kat dapur memang masih belum ada.  -_-

Mak masak mesti 2-3 macam... Balik je kerja  terus masak.

Preng! Preng! Prang!

Satu savoury dish confirm ada, satu jenis dessert, satu jenis kuih (dalam konteks aku di sini dessert dalam peti ais, kuih goreng-goreng), lepas tu air sedap lain macam satu jag.

Pergh! Memang Layan. Kami berbuka tak makan nasi. Sebab ayah kata sahur dah makan nasi putih, berbuka takkan makan nasi putih and lauk-lauk lagi. Oleh itu mak akan bukak buku resepi dia daripada zaman bujang untuk pastikan 30 hari tak makan benda yang sama. Antara resepi yang aku dapat recall 'Mee Goreng Mamak', 'Bihun Kari Yah', 'Makaroni Bakar Chef Wan' dan 'Karipap Kak Ejan'.

Nak dekat Maghrib bergilir-gilir pulak 'saie' bukak langsir pintu depan nak bagi clear dengar kerantung dah bunyi ke belum. Lepas dah bunyi lari-lari bagi tau orang kat dapur... Makan la seisi keluarga. Burp kenyang! Alhamdulillah.

Dah selesai berbuka, sekali lagi tanpa kesedaran sivik terus pergi layan TV.. Mak jugak sorang-sorang basuh pinggan dengan kemas meja..-_-

***

Masuk pulak bab Solat Sunat Terawih yakni Solat Sunat Muakad yang hanya ada di bulan Ramadhan... Masa tu surau kampung penuh macam pesta. Budak-budak kecik ramai tolong 'jerit' menyambut bila bilal selawat/zikir dengan sambutan:

صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْه'' 

best-nyer suasana...

Pernah sekali terawih, aku duduk saf budak-budak kat belakang sekali kena sound dengan makcik-makcik kampung sebab baca Al-Fatihah sama kuat dengan Imam.. kah kah... Malu saja ingat-ingat balik!

***

Dah selesai bab terawih masuk pulak bab Sahur. Sahur ini memang perlu diambil dan dilewatkan, sebabnya perut dalam starvation mode bila kita tidor, jadi perlu bangun untuk bagi dia sikit makanan.

Dekat kampung, bangun sahur sedar-sedar mak dah siap masak jer. Makan lepas tu tidur balik. Padahal sebelum tu mak dah gerak kitorang adik beradik ntah berapa kali sampai rasa macam nak roboh katil. Sian mak, nak bekejar masak, nak hidang, nak gerak anak-anak lagi. Mesti penat. Tapi tak pernah nampak mak mengeluh atau buat muka...

Sekarang ni, masa dah berlalu. Aku pun dah kerja kat Kolumpo. Tanpa sedar, tau-tau dah masuk hari ke-3 Puasa.

Aku pun dah jadi mak, dah rasa dah perasaan nak bangun pagi-pagi masak sahur, kejut orang pulak bangun, dah rasa dah perasaan bila lewat balik kerja kena masak cepat-cepat, lepas berbuka nak kejar kemas-kemas sebab belum solat maghrib.. It was Hectic! Terdetik dalam hati macam mana mak boleh buat semua ni? Aku baru masuk puasa ke-3 dah rasa nak beli je makan dekat pasar ramadhan.

Paling obvious still tak boleh control ayu macam mak, muka selalu steady jer tak nampak penat.. Ikhlasnya mak buat kerja, sampai sekarang without fail. Kagum! Kagum! Kagum!

OK la sampai sini jer, nak pergi telefon mak jap tanya khabar dan tanya mak macam mana resepi nak masak Pizza...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...