August 17, 2011

Nuzul Al-Quran


Jalan dekat luar office sedikit sesak satu hari tadi, semuanya berpusu-pusu mengarah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan membawa ke SOGO. Erm orang-orang yang negerinya cuti hari ini sempena sambutan Nuzul Al-Quran mengambil peluang untuk membuat persiapan hari raya agaknya...

Mujurlah aku naik train, bolehlah tiba rumah awal sedikit...

Hari ini Nuzul Al-Quran.... Hari dimana permulaan diturunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Surah Al-Baqarah sebahagian daripada ayat 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...  


Terdapat 2 Fasa penurunan Al-Quran ini, iaitu;

Fasa pertamanya diturunkan secara terus sejumlah 30 juzuk segedebuk daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Waktu bila berlakunya fasa ini? Waktu exact hanyalah diketahui oleh Allah S.W.T  tetapi diberitahu berlakunya penurunan itu adalah dalam malam yang di sebut Lailatul Qadar...

Manakala Fasa kedua berlaku adalah apabila Jibril menyampaikan ayat-ayat Al-Quran (wahyu) secara berperingkat daripada Baitul Izzah  terus kepada Nabi S.A.W selama 23 tahun. Yakni permulaannya bermula juga ketika Ramadhan.

Nabi Muhammad S.A.W juga akan bertadarus dengan Jibril setiap kali datangnya Ramadhan. Malah Nabi S.A.W memperbanyakkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan ini...

sumber dari: Ustaz Syarhan Humaizi Bin Abd Halim dalam ceramahnya Kesan Puasa Terhadap Pembentukan Peribadi.

Selalu aku bisikkan dalam hati, "Bila kali terakhir aku membaca Al-Quran?"


wallahu'alam

picture from here!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...