October 13, 2011

Book: Happy Toddler Mealtimes

by Taste Of Tapah

Buku ni bertajuk Happy Toddler Mealtimes by Judy  More iaitu seorang pediatric dietician selama 20 tahun.


Rasa-rasa kebanyakan mak-mak mesti pernah mengalami masalah dengan anak yang :-

  • memilih makan
  • susah nak makan
  • terasa anak kurus daripada anak orang lain
  • tak pasti cukup ker intake makanan anak untuk satu hari 
  • dan bermacam-macam list kerisauan yang tidak habis....

Amat sesuai sekali beli buku ini dan baca... Memang berbaloi sebabnya tanggapan kita pasal makanan dan memberi makanan pada anak-anak ni kebanyakkannya salah.. Itu berdasarkan pengalaman 'tanggapan' saya yang memang kurang ilmu keibuan ini...

Namun tak tahu itu tidak salah, namun tidak cuba belajar itu satu bab yang perlu di ambil perhatian... Buku ini berharga RM49.90. Sesiapa yang berminat boleh la pergi cari kat MPH yer. It is a good investment.


Antara petikan buku yang saya suka:

'Parents tend to become more anxious when a toddler refuses food than when he refuse to wear his hat or socks. But to the toddler is is all just part of the same game- testing your reaction to his actions and exerting some control over his life'

'Always make mealtimes pleasant and not a time when you excessively scolding. smile and praise behavior you want to encourage and ignore behavior you don't want him to repeat'

'many parent are surprised that even toddlers who eat well need a vitamin D supplement'

Gambar dekat bawah ni antara muka-muka anak mengatakan: 

Mak! dah kenyang la Mak... Tak mau makan! Paham tak! Perut kita kecik jer! Bukan macam perut Mak..  
(penyataan ini adalah tambahan semata-mata)


Jadi bila anak-anak dah buat muka macam ni, Judy More kata, puji anak kata pandai makan.. karang petang kita makan lagi yer... Senyum dan berlalu pergi ke dapur.... Jangan marah dan jangan buat muka frust... 

Nak baca selebihnya sila dapatkan di MPH Bookstore yer.. Ini bukan iklan berbayar, saja kongsi ilmu untuk kebaikan generasi anak-anak kita.. 

Baik perut dan kesihatan mereka, insha-allah baik jugalah mental dan akhlaknya... wallahu'alam







October 11, 2011

Mee Ketam Warung Paksu

by Taste Of Tapah

Pada tahun 2007 dulu, diri pernah menghadiri satu conference tentang Sustainable Management di Seberang Perai, dan masa tu la telah di kenalkan dengan Mee Ketam.. Masa tu ada kawan yang bawak, memang sedap, tapi tak ingat la pulak tempat dan nama kedainya kat mana.....

Oleh kerana masih teringat akan kesedapan itu, dalam perjalanan balik daripada mesyuarat di Pulau Pinang semalam, aku mengambil keputusan untuk singgah... Tapi tak pasti la kedai ni sama ke dengan kedai yang aku pergi 5 tahun dulu...

Ini sedikit gambar di kedai yang di beri nama Warung Paksu. Lokasi warung ini yang aku ingat exit highway PLUS di auto city, lepas tuh dah tak reti -_-

Harap maaf...

Ini antara yang kami order.. Mee Ketam Basah dan Mee Udang Basah...


Kedudukan Mee Ketam menimbun sebab ketam menyorok kat bawah, ini baru sesuai dengan ungkapan 'ada ketam sebalik mee'
Ni dia ketam sebalik mee tadi. Ada 2 ekor ketam fresh punya, mee ni di hidang panas dan pedas.. Memang berpeluh makan.. Kalau yang tak suka kepayahan mengopek ketam.. Sila order menu seperti di bawah..

Ini pula Mee Udang, memang banyak ketul jugaklah udang dan saiz udangnya pun gabak besar... Memang puas hati makan... Cuma udang dia nak kata fresh, tak fresh sangat, nak kata lama, tak lama sangat... Boleh lah...


Kepada sesiapa nak pergi cuba google dekat google map nama warung ni, mana tau kot-kot ada... Maap memang tak pandai nak bagi direction... Sebab duduk tidur sahaja orang lain yang drive -_-

Nak senang lagi call jer nombor ni mintak direction.. huhu 

ok selamat bertemu kedai.. Memang tak rugi juga dapat makan macam ni sekali sekala, harga agak mahal, tetapi sesuai la dengan kebesaran udang dan ketamnya... 

Kalau uols ada nak ke penang jangan lupa singgah yer....


October 3, 2011

Sabah Di Bawah Bayu

by Taste Of Tapah


Pandangan daripada bilik hotel di Kota Kinabalu Sabah... Perjalanan untuk bekerja memang tak sama dengan perjalanan untuk makan angin, penat rasanya.... Melayan karenah office dan nak settlekan masalah perjalanan di sini...

Semoga dikurniakan kesihatan untuk mesyuarat pra-pembinaan di Politeknik Kota Kinabalu esok. Hope everything will be just fine.... I missed my lilttle pwincess.. sob sob... Rindu juga baba yang sudi menjaga Zara sendirian malam ni... Take Care both of you...

Rindu juga nak update blog banyak-banyak.. Banyak nak dikongsi... Tapi kena pause dulu...


Note: thanks to those who read my blog, tak sangka lama tak update ramai lak datang jengok... 
hew hew hew 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...