October 11, 2011

Mee Ketam Warung Paksu

by Taste Of Tapah

Pada tahun 2007 dulu, diri pernah menghadiri satu conference tentang Sustainable Management di Seberang Perai, dan masa tu la telah di kenalkan dengan Mee Ketam.. Masa tu ada kawan yang bawak, memang sedap, tapi tak ingat la pulak tempat dan nama kedainya kat mana.....

Oleh kerana masih teringat akan kesedapan itu, dalam perjalanan balik daripada mesyuarat di Pulau Pinang semalam, aku mengambil keputusan untuk singgah... Tapi tak pasti la kedai ni sama ke dengan kedai yang aku pergi 5 tahun dulu...

Ini sedikit gambar di kedai yang di beri nama Warung Paksu. Lokasi warung ini yang aku ingat exit highway PLUS di auto city, lepas tuh dah tak reti -_-

Harap maaf...

Ini antara yang kami order.. Mee Ketam Basah dan Mee Udang Basah...


Kedudukan Mee Ketam menimbun sebab ketam menyorok kat bawah, ini baru sesuai dengan ungkapan 'ada ketam sebalik mee'
Ni dia ketam sebalik mee tadi. Ada 2 ekor ketam fresh punya, mee ni di hidang panas dan pedas.. Memang berpeluh makan.. Kalau yang tak suka kepayahan mengopek ketam.. Sila order menu seperti di bawah..

Ini pula Mee Udang, memang banyak ketul jugaklah udang dan saiz udangnya pun gabak besar... Memang puas hati makan... Cuma udang dia nak kata fresh, tak fresh sangat, nak kata lama, tak lama sangat... Boleh lah...


Kepada sesiapa nak pergi cuba google dekat google map nama warung ni, mana tau kot-kot ada... Maap memang tak pandai nak bagi direction... Sebab duduk tidur sahaja orang lain yang drive -_-

Nak senang lagi call jer nombor ni mintak direction.. huhu 

ok selamat bertemu kedai.. Memang tak rugi juga dapat makan macam ni sekali sekala, harga agak mahal, tetapi sesuai la dengan kebesaran udang dan ketamnya... 

Kalau uols ada nak ke penang jangan lupa singgah yer....


1 comments:

Nava Krishnan said...

Surely looks very tasty and I am a number one fan of ketam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...