December 27, 2011

2011 yang laju

by Taste Of Tapah



I'm on my way to kedah last weekend when i open up my notes and type this post. it was a long journey during christmas holiday. 


Aku ada meeting Isnin pagi di Politeknik Muazam Jitra Kedah. Sepatutnya Isnin adalah hari cuti bagi aku yang bekerja di Kolumpo kerana Christmas jatuh pada hari Ahad. Namun kerana mengikut arahan, terpaksa la mengorbankan Ahad sebagai hari perjalanan ke kedah, dan Isnin hari mesyuarat tersebut. Zara terpaksa tinggal di Tapah di bawah jagaan ibuku kerana mesyuarat di Kedah bukan hanya agenda utama, pada Rabu ada satu lagi Mesyuarat di Politeknik Seberang Perai di Pulau Pinang.


Alhamdulillah, jauh perjalanan luas pandangan. tidak hanya menambah pengetahuan dengan berkerja, namun dapat jua melihat budaya dan cara hidup rakyat senegara tapi berlainan latar belakang dan sedikit berbeza.... Mulut memang terkumat kamit mengeluh sebab terpaksa bekerja pada hari cuti, anak pula berjauhan, tapi bila di fikirkan, dalam sehari 8 pagi hingga 5 petang bukan nya penuh waktu bekerja, ada masanya kadang-kadang melencung juga. Anggaplah ini satu waktu gantian bagi mendapat keberkatan gaji yang diperolehi untuk digunakan dalam membesarkan Zara... (Ayat penyedap hati)


Sedar tak sedar 2011 dah nak melabuhkan tirai dan 2012 akan hadir memberikan salam... Banyak suka duka yang berlaku sepanjang 2011 yang pada aku memberikan seribu satu kekuatan jiwa. Banyak juga peristiwa yang secara tidak langsung mengubah persepsi aku tentang kehidupan.


Yang paling memberi kesan adalah apabila terpaksa dibedah kerana disahkan oleh doktor mengandung luar rahim dan sebelah tiub folopio terpaksa di buang... Belum sempat menceritakan tentang pengalaman aku mengenai perkara ini, kerana mencoret tentang itu sebenarnya dapat jua memberi manfaat kepada sahabat sahabat yang sudi membaca taste of tapah ini.... Banyak pengalaman yang tidak semestinya kita perlu lalui... Cukup kita ketahui...


Sejak dulu, aku di plug-in kan di dalam kepala, apabila kita di timpa musibah, kita adalah orang yang sering membuat dosa/kesalahan pada orang lain. Hingga di sebabkan kesalahan dan dosa itu kita di balas oleh Allah sedemikian 

Namun ketika tempoh segala musibah itu terjadi pada aku, aku sedar akan sesuatu... Semua orang di dunia ini melakukan kesalahan dan dosa... Semua orang di dunia ini di timpa musibah dan diduga... Malah banyak lagi orang yang lebih teruk keadaannya daripada aku...


Dan masih banyak sahabat yang mengambil berat, bersusah payah datang melawat dan tak jemu meberi semangat. Masih ramai sahabat yang baik dan berfikiran positive


Tatkala aku sedih aku sentiasa ingat pesan suami ku buka la Al-Quran.. dan banyak ayat-ayat Allah itu menyentuh hati aku. (Antaranya surah Al-Anbiyaa' ayat 108 - 111 memang memberi kesan pada aku ketika itu, tapi tak pandai nak terangkan kerana bukan lah aku layak bercakap tentang tafsir tanpa ada rujuan dan guru yang sahih)


Allah akan menguji orang yang ingin meningkatkan iman dan ketaqwaannya.. Sekiranya ia sabar dengan dugaan itu, dia akan diangkat lebih tinggi darjatnya.. Ketika aku sakit, baru aku tahu akan nikmat solat.. Sewaktu sihat, badan selalu rasa malas dan liat untuk mengerjakan ibadah solat.. Namun bila sakit, pada Allah lah kita ingin mengadu, dan ketika itulah sukarnya badan yang sakit ingin sujud, rukuk malah nak mengambil wuduk juga tidak semudah biasa. 


Allah akan menguji seseorang sesuai dengan kekuatannya untuk menghadapi sesuatu masalah..


Tidak sesuai kita bertanya-tanya "kenapa aku di uji begini?"


Tidak sesuai juga kita bertanya "apa dosa aku hingga diuji begini?"


Rasulullah S.A.W juga pernah pernah diuji, Baginda pernah kehilangan anak... Pernah kehilangan isteri tercinta....  Pelbagai kesusahan yang ditimpa oleh Baginda... Siapakah Baginda? Rasulullah S.A.W adalah Kekasih Allah.... Dan Baginda juga di uji.. Apatah lagi kita manusia biasa yang sentiasa bergelumang dengan kesalahan dan kesilapan sepanjang hidup di dunia. 


Oleh itu sepatutnya aku tersenyum ketika di uji, kerana tidak sesuai aku mengeluh dan berputus asa ketika Allah memberikan sesuatu ujian. Kerana dengan ujian itu lah satu-satunya tanda Allah sedang menegur aku yang lalai dan ingin aku mendekati-Nya....


2011 adalah tahun yang sekali lagi membenarkan aku menjadi manusia yang lebih baik, memberikan aku pengalaman yang mematangkan... Dan setiap yang berlaku ada impactnya yang tersendiri. Yang pasti masa yang telah berlalu tidak akan dapat dilalui lagi, tetapi masa yang berlalu seolah penyuluh bagi kita untuk memperbaiki diri.. As usual new year resolution never works for me... Just try to be better everyday...


Yang baik datangnya dari-Mu Ya Allah... dan kelemahan itu adalah diri ku.... Syukur Alhamdulillah atas ujian dan nikmat-Mu... 


jom buat senarai kesyukuran 2011!!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...