by Taste Of Tapah
Siapa yang mengandung 4 bulan? Aku?? hehe
Tajuk, memang propa... Bukan.. Bukan.. Bukan...
Belum rezeki aku lagi untuk mengandung untuk anak yang ke-dua...
Jumaat yang lepas, Alhamdulillah sempat pergi berjumpa dengan Ustazah Norhafizah Musa atau lebih manja dengan panggilan Kak Cik... Sempat kiranya diri mencoretkan pada belog ini tentang isi kandungan cerita Kak Cik. Buat panduan diri sendiri ketika lupa, dan panduan untuk Zara ketika Ummi tiada nanti.... Kak Cik menceritakan tentang 6 Alam yang pernah, sedang dan akan dilalui oleh kita sebagai manusia antaranya termasuklah Alam Rahim.. Berikut serba sedikit cerita yang ingin aku kongsikan:
***
Ketika kita mengandung, dan bayi dalam kandungan berusia 4 bulan. Ketika itulah Allah menyuruh Malaikat meniupkan roh ke dalam perut manusia... dan di catit oleh Malaikat dengan keizinan Allah perkara berikut:
- Untung, Nasib, Bahagia atau Sengsara
- Rezeki dan amalannya
- Ajal
- Lelaki atau perempuan
Itulah sebabnya di galakkan ibu-ibu yang mengandung, tatkala ini, dianjurkan agar mendokan janin yang dikandungnya dengan doa-doa yang baik. Bukan pula terus-terusan mengeluh akibat morning sickness seperti muntah-muntah, keletihan, dan sebagainya. Antara doa yang baik untuk di doakan adalah,
"Ya Allah, panjangkan lah umur anak ini, banyakkan lah rezekinya, ramaikanlah zuriatnya dan bahagiakan lah hidupnya"
Namun begitu ada pula pernah Kak Cik ditanya dengan soalan 'nakal' oleh seorang insan...
"Kalau betul semua manusia dah di tentukan nasibnya, tak perlulah saya berusaha dan beribadat lagi"
Bagaimana hendak menjawap soalan sebegini? Kak Cik pun kembali meneruskan bercerita... Pernah dahulu ketika seorang solaful soleh yakni seorang alim di datangi oleh zindik yakni seorang hamba Allah yang suka argue, menyoal tentang hukum-hakam dan perkara berkaitan dengan akhlak.
Ditanya orang alim tersebut oleh zindik.
"Buat apa lagi aku ingin berbuat baik atau berubah, jika dari dalam perut ibuku aku telah ditentukan jahat.. Aku telah di takdirkan jahat..."
Kak Cik pun terus menyambung ceritanya... Cuba muslimat fikir apakah jawapan si orang alim tersebut? Membuatkan aku termenung berfikir apa jawapan aku jika di soal begitu....
Sambung Kak Cik mengatur bicara... Sepantas kilat terus orang alim itu menampar zindik di pipinya.... Membuatkan zindik terpinga dah bertanya,
"Kenapakah engkau menampar aku?"
"Allah dah tulis dan menakdirkan supaya aku menampar engkau...." jawap orang alim tersebut ringkas penuh makna...
Lalu bertanya lagi si zindik;
"Mana engkau tahu yang Allah telah mentakdirkan engkau menampar aku?"
Si orang alim tidak menjawap dengan jawapan sebaliknya dibalas dengan soalan pula;
"Bagaimana pula engkau mengetahui Allah telah menakdirkan engkau dengan kesudahan yang buruk semenjak dari dalam perut ibumu...??"
Terdiam lah zindik seketika....
***
Apa pengajarannya...
Kak Cik berkata, kadang-kadang, kita terlalu mengikut nafsu, kesombongan dan kejahilan dalam mengutarakan sesuatu soalan... dari satu sudut ianya baik sebagai jalan mendapat petunjuk...
Kita perlu sentiasa YAKIN Allah mahu yang terbaik dan ingin menjadikan kita sebagai orang yang berada dengan kesudahan yang baik. Dia Maha Pengasih dan Penyayang.
'Aku (yakni Allah) dalam sangkaan baik hamba Ku......' Istilah penceramah sekarang ialah positive mind. Namun di sudut islam, positive mind itu sebenarnya adalah sangkaan baik kita kepada Allah S.W.T.
Seringkali bila merasa kita dalam keadaan malang, kurang bahagia, tiada kesenangan hidup dan telah lari jauh dari jalan islam... Berkatalah dalam hati:
"Ya Allah seluruh hidupku ini milik Mu, takdirkanlah agar aku melakukan ketaatan dalam hidup ku"
Senantiasa lah berusaha supaya kesudahan yang baik bersama kita hingga ke syurga...
***
Sekian lah cerita dari Kak Cik aku coret dalam belog ini, sebagai perkongsian buat semua, dan peringatan buat diri... Semoga diri sentiasa muhasabah dalam menjadikan hati tetap merasa yakin dilindungi dan di tunjukkan jalan yang lurus oleh Allah S.W.T
wallahu'alam
0 comments:
Post a Comment