August 13, 2012

Beduk Diketuk

by Taste Of Tapah

Satu masa kawan sepejabat aku pernah share di wall facebook miliknya tentang buku bertajuk "Beduk Diketuk" ini.. Memang terasa di hati nak belek apa keistimewaannya.

Tidak lama kemudian, En Suami pula telah membeli beberapa buku di MPH dan salah satunya buku ialah buku beduk diketuk ini... pucuk di cita ulam mendatang.. (pergh! siap pepatah)

Alhamdulillah berjaya menghabiskan bacaan buku ini, dan memang highly recommended untuk sama-sama kita baca.

Buku ini di karang oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi pemilik blog genta-rasa serta penceramah bagi segmen Mukmim Professional di dalam radio IKIM.fm setiap isnin petang dan TV3 sepanjang Ogos ini jam 7.00 pagi.


ustaz_pahrol
buku Beduk Diketuk

Antara ayat didalam buku ini yang membuatkan aku ingin terus membacanya adalah:

Syed Qutb pernah menukilkan: "Aku pergi ke Barat, aku lihat Islam tanpa Muslim. Tetapi bila aku pergi ke Timur, aku lihat Muslim Tanpa Islam"

Hal ini memang aku sangat setuju. Pernah aku bertanya pada kawan yang menetap di negara Barat.. Memang dia tidak menafikan Barat amat menepati masa, menjaga kebersihan, memelihara alam sekitar, dan lain-lain... 

Itu adalah amalan Islam. sebab Islam itu satu "cara hidup"... Sayangnya mereka bukan Muslim. 

Amalan itu tidak berlaku di kalangan orang Islam sendiri di Timur. Sikap membuang sampah merata-rata dan sebagainya masih berakar umbi.... Itulah maksud Syed Qutb "Aku lihat Muslim tanpa Islam"

Aku merenung jauh ke dalam diri juge, apakah aku sendiri menepati Islam "The Way Of Life"...? Datang lambat ke pejabat seperti sudah sinonim. Padahal sebagai muslim, kalau solat itu mendidik menepati masa, tentunya aku akan menjadi seorang yang punctual. Aku sendiri menunjukkan peribadi Islam yang tidak baik.

Mungkin masih belum terkesan ibadah yang aku lakukan (-__-") 

Kita semua manusia yang mebuat kesilapan, penting untuk memperbaiki diri sentiasa agar kesudahan kita pergi meninggalkan dunia dalam keadaan yang baik. Insha-Allah

beduk_diketuk
Antara catatan dari buku Beduk Diketuk

Pada sesiapa yang minat membaca, insha-Allah tak rugi beli buku ni... Sebagai santapan rohani..

Wallahu'alam



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...