Ummi bukan orang Pantai Timur, Ummi asal Tapah.
Namun untuk mengungkapkan "Alhamdulillah tempat aku tak banjir.." Ummi teringat akan cerita seorang sahabat,
***
Seorang sahabat yang mana kejiranan nya terbakar. Hangus rumah dan harta benda di kejiranannya ketika itu. Namun rumahnya terselamat dari bencana kebakaran tersebut... Sejurus dia tahu rumahnya selamat, dia mengungkapkan Alhamdulillah.
Maka sudah semestinya ayat Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) itu layak baginya. Namun kerana dek rasa bersalah dia mengungkapkan Alhamdulillah di hadapan jiran-jirannya yang ditimpa musibah, sahabat tersebut telah memohon keampunan kepada Allah 40 puluh tahun lamanya. Kerana rasa berdosa.....
Itulah ADAP orang yang ada IMAN dalam hatinya.
***
Lain pula halnya kita di zaman ini, di negara islam ini, dalam menghadapi Bencana Banjir. Sudah tentu bencana itu dari Allah. Dan sudah tentu kelemahan itu adalah dari kita manusia yang lemah.
Di kala bencana di pantai timur ini melanda, kita seolah hilang adap. Hilang rasa, Hilang Iman. Di Facebook, Di Twitter dan banyak lagi laman sosial. Kerap kali yang muncul adalah Kritikan, Perbandingan dan Analisis.
Yang sedihnya, orang yang share tentang Kehebatan dan Kebaikan "Ahmad Ammar" yang meninggal dunia sebulan lalu serta dikebumikan di Turki kerana keperibadiannya.... Orang yang sama juga, yang share kan perkara fitnah yang belum tentu sahihnya mengenai Banjir di Pantai Timur baru baru ini. Tidak langsung terkesan keperibadian Ahmad Ammar itu sendiri.
Yang tolong di maki, yang tak tolong juga di maki.
Yang memberi jalan penyelesaian seboleh akalnya mencapai dan yang menolong dalam ruang lingkup Budget yang dia ada juga semuanya dicerca.
Ummi risau mungkin cercaan itu menyebabkan ada orang yang sudah malas lagi nak menghulur bantuan.
Dari sudut individu, apa yang Ummi dah buat bagi membantu "Banjir di Pantai Timur?" Ummi sudah melaksanakan apa yang ummi boleh bantu, Alhamdulillah, pertama kali Ummi dan Babah sepakat memberikan dan berlapang dada dalam memberikan antara barang-barang yang kami sayang. Walaupun berat pada mulanya, namun kami yakin setelah mendengar cerita, ramai yang hanya tinggal sehelai sepinggang, maka kami relakan.
Zara dan Umar, andainya Ummi dah tak ada lagi di dunia ini, jangan jemu memberi manfaat pada orang lain. Bangkitlah membantu umat Islam, kerana apa yang ada pada kita ini, bukan milik kita. Semuanya milik Allah.
Abu Hurairah ra. berkata, Nabi SAW bersabda: “Seorang hamba (manusia) berkata, ‘Hartaku, hartaku!’ Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang tiga itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain.” (Hadis sahih riwayat Imam Muslim).Dari hadis ini, kita sendiri boleh relate-kan... Bagi orang yang ditimpa bencana.. Memang benar harta yang ada pada mereka adalah apa yang terakhir mereka makan, dan apa baju/pakaian yang mereka pakai lalu lusuh.
Manakala apa kita (orang yang melihat orang lain ditimpa bencana) boleh lakukan adalah perkara yang ketiga, yakni menyedekahkan untuk manfaat di akhirat. Jauhi diri dari penghargaan manusia. Dan jika kita mahu berkongsi kebaikan yang kita lakukan, niatlah untuk mengalakkan orang lain turut memberi kebaikan.
Ikhlas dan Riak bukan sesuatu yang boleh MANUSIA MENILAI. Kerana itu sifat yang ghaib, tak nampak oleh mata kasar. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Janganlah kita ini sibuk membuat kerja yang tak layak bagi kita, yakni hak Allah.
Memang ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Negara/Kerajaan/NGO/Parti Politik dalam menghadapi bencana Banjir Di Pantai Timur baru-baru ini. Namun Ummi percaya, di saat berlakunya bencana, kesemua pihak telah mencuba melakukan yang terbaik dalam ruang lingkup kapasiti yang ada.
Namun kita sebagai rakyat marhein jangan cepat menunding jari sahaja. Teringat Ummi pada kata mother teresa bila ditanya:
What can you do to promote world peace? Go Home and Love your Family.
Maknanya, dalam apa jua kebaikan dan perubahan yang kita ingin lihat. Kita kena mulakannya dengan merubah diri kita dan keluarga. Kita sendiri kena menjadi ejen perubahan. Kita sendiri kena bersungguh membuat kebaikan.
Barulah dunia menjadi satu tempat yang baik untuk di duduki. Ummi teringin mencontohi Ibu kepada Ahmad Ammar yang tabah dan kuat serta berilmu dalam mendidik anak hingga lahirlah peribadi yang baik untuk diteladani, bukan hanya untuk dikongsi.
Bagi jaguh keyboard, selidik lah dulu apa sahaja yang ingin dikongsi semoga apa yang dikongsi boleh memberi manfaat kepada orang yang kita kongsikan.
wallahu'alam, jika ada kekurangan mohon teguran, yang baik itu dari Allah S.W.T