January 14, 2011

LEMAS DALAM BOTOL

Berapa ramai yang pergi conference lalu di beri minuman botol mineral untuk menghilang dahaga atau mengantuk??
Berapa ramai yang membeli air mineral/air suling/drinking water etc. untuk di minum setiap hari??
Berapa ramai yang bekalkan anak-anak dengan air botol tersebut pula??
Saya bukan nak bercakap mengenai air… saya nak bercakap mengenai botol!!!

Gambar Sekadar Menunjukkan Contoh Botol Sahaja....
Bayangkan lah kalau sehari setiap orang akan beli botol… berapa JUTA bottle akan dilupuskan… dan tak semua orang ada kesedaran nak recyle….

(recycle dengan erti kata pergi kumpul botol dan letak kat tempat kitar semula… bukan guna botol tersebut berulang kali isi air masak: itu bahaya)

Satu hari nanti kapasiti botol terlalu banyak sampai dah tak cukup tempat nak tanam lagi…

Kesian....

Antara sebab-sebab orang tak mahu recyle:
  1. Tempat recycle JAUH (sudah lah tak mahu recycle, senaman pun liat juga =.=')
  2. Tempat recycle TAK DI SELENGGARA LAGI… Plastik kemana, kertas kemana…kaca kemana... besi buruk ok plak!!
  3. Memang tak ambil peduli
  4. perkara ini REMEH
  5. Ruang kat rumah terlalu sempit nak simpan botol segala…
  6. MALAS
  7. Buang Masa baik bukak facebook
  8. Menyerahkan kepada pihak kerjaan memikirkan hal Negara… danggg!!
  9. Menyerahkan kepada pekerja untuk SORT botol-botol di tapak pelupusan sampah….





OK… fine, walaupun tak mahu nak recycle apa kata kita guna alternative lain untuk memelihara alam…

Caranya - kurangkan membeli botol-botol mineral dan beli bekas air yang boleh digunakan berulang kali…

Lagipun lebih menjimatkan…. Initial cost memang mahal; Tapi dibandingkan kita membeli botol setiap hari yang berharga RM 0.80.. darap dengan 365 hari dah jadi RM292 hinggit….
Itu untuk seorang…. Kalau 5 orang dalam family? Darap jer la…

Terdapat banyak botol-botol air dipasaran yang boleh di beli untuk digunakan berulang kali…..contoh seperti di bawah ini keluaran tupperware.. life time warranty lagik!

Mudah sikit nak minun ada muncung



Ini boleh bukak tutup untuk minum tanpa tonggang-tonggang.. juga ada pemegang..



Ini pula ECO bottle.. Tak perlu terang Eco sahaja dah paham sayangkan alam...
  

Saya bukan nak promote Tupperware brands
boleh jer beli apa-apa botol di pasaran…
but you have to make sure no chemical leach or made from non-toxic material.. Be able to reuse for a long duration of time…

So… It is up to YOU to make a change… Melaburlah membeli botol-botol tersebut dan isi air masak/filtered water untuk di bekalkan kepada anak-anak, diri sendiri, suami/isteri….

Kalau siapa yang duduk di Kuala Lumpur pasti dah rasa sesaknya hiruk pikuk dan kebersihan udara..dulu ok jer

Satu masa nanti masalah sampah yang kita fikir REMEH hari ini pasti akan menyusahkan kita semua… tapi at that time… menyesal tiada gunanya lagi….

P/S** Ini baru cerita botol air, tak masuk botol sabun basuh, botol sabun pinggan, botol minyak segala….

Haih** susah hati
=.=”

Sumber gambar:


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...