September 19, 2011

Photos from the Past: Hobi Mereka

by Taste Of Tapah

Dah ala-ala Karen Cheng buat post: Photos from the Past... Ini terjadi kepada blogger yang banyak tulis and save as Draft 
Sebab tak sempat nak publish....

Pictures were taken on 23rd April 2011 on Zara's Birthday.. Ini hobi apabila sepupu sepapat bertemu di kampung...

"nak mandi tolam, tolam, tolam"

Baju mandi spare dah standby untuk anak beranak kalau balik kampung sebab sure request nak mandi tolam... Paras air harus sampai buku lali untuk langkah-langkah keselamatan...

 
Dari kiri: Zara, Kakak, Abang and Inas

Ini Inas: budak paling free-style ala-ala "ketepi-ketepi kolam ini aku punya"

Ini Zara: budak paling sopan dari awal masuk tolam duduk diam tempat yang sama.. -_-

Ini bila disuruh buat aksi nak snap gambar... "senyum!!"

Dan setelah itu kembali main air, tengok Zara still duduk tempat sama... dan Inas dah kuak kupu-kupu, kuak lentang dan sebagainya... muahaha..

Akan tetapi part nak suruh keluar dari tolam paling tidak diminati ibu-ibu bapak-bapak kerana pergelutan pasti berlaku....

Owh tetapi tidak mengapalah kerana kamu semua bikin Ummi tersenyum....


1 comments:

Suliana said...

aqil pun suka sgt main kolam ni. cuma lebih riang klu ada geng. selalunya klam bawa balik jhr, baru ada geng nak main sama2. klu kat umah aku, mandi besen je la. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...