April 28, 2012

30 Tahun di Alam Dunia

by taste of tapah

Alhamdulillah dah 30 tahun aku berada di dunia ini... sebelum ini aku pernah tinggal di dua alam. Yakni Alam Roh dan Alam Rahim. Ini perjalanan aku yang ke tiga yakni ALAM DUNIA. Selepas ini aku masih ada 3 alam lagi untuk di lalui, Alam Barzakh, Alam Akhirat untuk pengadilan dan penamatnya adalah Alam Pembalasan yang kekal.

Masih panjang perjalanan aku sebagai seorang makhluk Allah ini. Bekalan yang aku bawak, tak pasti mencukupi atau tidak untuk 3 alam yang akan datang nanti. Jika aku sibuk memikirkan tentang 3 alam ini, mungkin aku akan rasa segala masalah yang ada untuk sisa-sisa umur yang sekejap di ALAM DUNIA ini sebagai kecil dan tidaklah seberat mana.

Alhamdulillah, masih diizinkan umur lebih sedikit di ALAM DUNIA untuk mengumpul bekalan untuk dibawa ke alam seterusnya.... Lalai dan godaan syaitan serta jin memang adalah antara perkara payah untuk insan yang lemah seperti aku ini.

Alhamdulillah juga, semakin masa berlalu, semakin berbeza impian dan 'goal' yang ingin aku capai dalam hidup. Aku yakin setiap masa lalu yang berlaku itu, keburukkan atau kebaikan, sentiasa membawa aku ke arah yang lebih baik, dan yang paling penting ke arah yang semakin tenang. Alhamdulillah.... Namun ada masanya kekalutan yang ada pada aku sebenarnya adalah apabila, di suatu hari itu, aku sendiri yang melalaikan dan melewatkan solatku.

Di usiaku 30 tahun ini, aku baru sedar dan paham, orang yang patut aku raikan setiap hari lahirku, bukan lah diri ku sendiri, tetapi ianya adalah ibu dan bapa aku... Mereka yang melahirkan, mereka juga yang membesarkan aku. Begitu banyak kepayahan yang mereka lalui sehingga anak mereka ini berjaya mendapatkan segulung ijazah, begitu banyak pengorbanan yang mereka korbankan demi kebahagian dan kesenangan anak-anak. Sekarang aku bekerja dengan ramai orang sebaya ayah dan ibu ku, selalu raut wajah mereka suram selepas menerima panggilan anak yang meminta duit untuk belanja pengajian... Terdetik dalam hatiku, inikah juga wajah suram ayah dan ibuku selindungkan?

Pertama kalinya di hari lahir aku, aku ucapkan terima kasih mak, terima kasih ayah, atas pengorbanan dan kasih sayang yang tak pernah jemu mak dan ayah berikan. Kita bukan asal dari senang, namun, mak ayah tak pernah buat kami rasa susah. Terima kasih, terima kasih, terima kasih...

"Ya Allah seluruh hidupku ini milik Mu... takdirkanlah aku melakukan ketaatan dalam hidupku..."

Alhamdulillah untuk 30 tahun di Alam Dunia....



April 25, 2012

6 Langkah Pakai Cekak

by Taste Of Tapah

Jom Kita Lihat 6 Langkah Memakai Cekak

 Langkah Pertama: Ummi Pakai kan Cekak, Zara Suka 
*cantik tak Ummi?*

 Langkah Kedua: Bergambar dengan aksi biasa 2 jari telunjuk kat pipi.... *senyum*

 Langkah Ketiga: *Nak pergi depan la Ummi*

 Langkah Keempat: *Turun Kerusi*

 Langkah Kelima: Dekat depan, Cubaan Bukak Cekak

*

*

*

*

*

*

*

*

 Langkah Keenam: Selamat dah cekak kat tangan..  (-__-)"








April 23, 2012

Cerita Birthday Zara ke-3: 'Ceasarean Section'

by Taste Of Tapah

Hari ini genap anak ummi berusia 3 tahun. Alhamdulillah Allah meminjamkan Zara kepada hidup ummi, sebagai pengikat kasih sayang ummi dan babah. Tiga tahun yang lalu, pada tarikh 23hb April 2009, hari khamis, jam 8.30 pagi, waktu dhuha. Zara dilahirkan ke dunia ini... 

Segalanya berlaku begitu pantas, 40 minggu 10 hari mengandungkan Zara adalah saat yang paling ummi rindui... Tatkala itu, setiap kali ummi bersedih, atau gembira, Zara akan mendengar cerita, dan keluhan ummi. Zara dikandungkan sebagai  pendengar yang baik. Alhamdulillah lahirnya juga kini, menjadi seorang pendengar yang baik.

Hari ini di hari lahirmu, inilah dia cerita hari bersejarah bagaimana Zara lahir ke dunia ini..... Mungkin boleh ummi kongsikan pengalaman ini juga dengan rakan-rakan dan pembaca belog T.O.T ini untuk dijadikan iktibar atau sedikit persediaan.

***

Hari rabu, 22hb April 2009, sehari sebelum Zara dilahirkan, ummi telah menyerah diri ke UKMSC kerana telah mengandung lebih 40 minggu 10 hari. Sampai sahaja di ward, jam 11.30 pagi tanpa lengah Doktor telah memaksukan ubat 'induce' kepada ummi bagi memaksa 'contraction' berlaku. Ini kerana tempoh masa yang lama melebihi 40 minggu di dalam perut ummi agak bahaya, Doktor khuatir Zara telah mula memakan najis sendiri. 

Bermula dari saat ubat induce dimasukkan, ummi telah merasa sakit contraction. Ianya berlarutan sehinggalah jam 3.00 pagi keesokkan harinya, Doktor memeriksa bukaan laluan. Ianya telah terbuka sebanyak 3cm, lalu Doktor UKMSC, Dr. Ani Emilia ketika itu, memutuskan untuk memecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses bukaan. Tepat tekaan Dr Ani, ketika air ketuban dipecahkan, najis Zara telah sama-sama keluar ketika itu.

Degupan jantung Zara juga ketika itu tidak stabil kesan daripada ubat 'induce' yang dimasukkan. Walaubagaimanapun, sekiranya ubat induce diberhentikan, tiada 'contraction' akan berlaku. Oleh itu, Doktor memutuskan untuk menunggu...

Jam 5.00 pagi ketika itu, Dr. Ani datang semula memeriksa bukaan, masih kurang, hanya 4 ke 5 cm sahaja. Setiap selukan pemeriksaan bukaan oleh Doktor Ani disertai dengan najis yang banyak dari dalam rahim.

Ummi dan Babah boleh dengar ketika itu, degupan jantung Zara semakin tidak stabil....

Dr. Ani memandang tepat kepada ummi, dan memberitahu... 

"Puan, bunyi jantung anak puan semakin tidak stabil dan lemah, najis semakin banyak, saya boleh memberhentikan ubat induce ini, tetapi ianya akan melambatkan proses bukaan. Najis ini pula mungkin akan menyebabkan jangkitan pada paru-parunya sekiranya anak puan dibiarkan lebih lama dalam kandungan. Saya nasihatkan puan dibedah bagi menyelamatkan anak puan."

Hati ibu mana yang tidak hiba mendengar penjelasan seperti itu, walaupun ummi tahu peritnya sakit yang bakal ummi tanggung akibat bersalin secara pembedahan, namun ummi ketepikan semua itu bagi memastikan Zara selamat.

Sejurus ummi menandatangan surat pembedahan, terus ummi dimasukkan dengan ubat bius separuh badan (epidural). Babah kelihatan amat risau pada ummi dan Zara. Babah dibenarkan untuk masuk kedalam dewan pembedahan, walaubagaimanapun, babah memilih untuk membaca surah Yasin di bilik.

Alhamdulillah, jam  8.30 pagi, kedengaran suara tangisan bayi. Ummi bersyukur dan menitis airmata. Anak ummi selamat. Ummi mengucup wajah Zara sebelum Zara dibawa keluar. Ummi pula masih di dalam bilik pembedahan kerana proses menjahit perut ummi memakan masa agak panjang, ditambah pula ummi diserang asthma ketika di dewan pembedahan menyebabkan ummi dikuarantin di dalam selimut panas untuk tempoh waktu yang agak lama.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

***

Hari ini tiada hadiah yang dapat ummi berikan kecuali doa seorang ibu untuk seorang anak.... Seperti ibu-ibu yang ada di seluruh dunia, yang masih ada iman dan kewarasan dalam hatinya, tentu sekali banyak harapan yang disandarkan kepada setiap anaknya...

Ummi bukan penentu masa depan mu, Ummi hanyalah seorang pembantu dalam mengemudi ke mana arah mu... Ummi bukan hanya harap kamu begini dan begitu, tetapi Ummi sentiasa berharap agar diberi hidayah dan taufik oleh Allah S.W.T supaya diberikan ilmu bagaimana Ummi dapat menjadi Ibu yang terbaik untuk mendidik mu kejalan Allah... Semoga setiap kejayaan mu di dunia ini disertai oleh taqwa dan zuhud mu kepadaNya... Tiada kejayaan yang paling manis melainkan dapat bertemu Allah di Daerah tertinggi... dan tiada harta yang paling bermakna melainkan anak yang soleh dan solehah yang mendoakan ibu dan bapanya....






April 22, 2012

Banner Pertama

by Taste Of Tapah

Setelah sekian lama blog ini lahir, baru hari ini mencatat sejarah mempunyai BANNER!! huh... yeay! blog dah ada name tag! yeay yeay! *melompatmacambarney*

Kesuntukkan masa adalah sebabnya ummi tak sempat nak bukak photoshop dan mulakan langkah pertama.... Masa sebelum ini diuruskan kepada perkara yang lebih mustahak.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, menjaga suami dihospital menyebabkan ummi mengisi masa lapang sambil membuat banner ini.... Biasa-biasa sahaja. Masa yang diambil 2 jam *memang beginner*. Bukak youtube, cari tutorial 'how to make header for blog' dan terus mulakan langkah....

Inilah hasilnya......


Sebenarnya ini jer gambar background yang jumpa, mungkin next time ada masa lagi, boleh cari gambar lain pulak....

Alhamdulillah babah boleh discharge hari ini, dan alhamdulillah juga sepanjang babah di ward, ramai yang memberi bantuan, thanks to mama long and opah yang tolong jagakan Zara. Ayah, Adik, Bapa & Ibu mertua serta ipar duai yang datang meneman serta memberi makanan... Juga tak lupa pada sahabat yang datang melawat...

Alhamdulillah... semoga Allah sahaja membalas jasa kalian.

Doakan kesihatan kami sekeluarga... Amin...



April 19, 2012

Thursday Quote #1

by Taste Of Tapah

Yang panjang tak semestinya ada isi, yang pendek tak semestinya tak der banyak maksud.... Jom share quote pendek untuk hari ini!

A mother who is really a mother is never free ~from Honore de Balzac




April 15, 2012

Mengapa Yahudi Bijak?

by Taste Of Tapah

Mengapa Yahudi Bijak?

(Kisah Copy Paste) Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
 
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana  teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan,saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak"

Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata
rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

*untuk perkara ini TOT rasa elok untuk kita muslim mengalunkan zikir atau ayat-ayat alQuran untuk meningkatkan IQ anak-anak kita*



Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.



Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya
akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.  

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak danketurunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa
harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkansekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Dr. Stephen Carr Leon

dipetik dari blog http://azimaris.blogspot.com dan page Wardina Saffiyah

*walaupun apa yang ditulis oleh Dr Stephen ini bagus, saya personally rasa sebagai muslim, bijak sahaja bukan ukurannya... tapi perlu ada jiwa dan roh yang bertaqwa dan zuhud pada Allah....  Orang Yahudi hanya bijak tetapi dalam masa yang sama takut mati dan tidak berperi kemanusiaan... (walaupun tidak semua)... Kita sebaliknya perlu mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, kerana orang Yahudi sendiri walau menidakkan Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah, mereka banyak mengikut cara hidup Baginda Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri... wallahu'alam*


April 9, 2012

Cerita Stress: Sambungan Kisah Benar Part II

by Taste Of Tapah

Sambungan Cerita Stress Part 1 satu ketika dulu.... Jom layan Part 2 pulak....

***

Isnin sudah semestinya busy, dan busy selalunya Isnin... Pada hari Isnin selalunya aku akan terkejar sini dan sana... 

Pada suatu hari Isnin yang tenang di awal waktu bulan April baru-baru ini... Jam telah menunjukkan tepat jam 12:45 tengah hari.... Datang lah 2 orang sahabat Puan Kedah dan Cik Kelantan di meja aku ketika aku sedang kusyuk membuat kerja. 

" Jom pergi makan " pelawa mereka berdua
" Korang pergilah, aku puasa hari ini....." balas aku ringkas

Kedua-dua Puan Kedah dan Cik Kelantan berpandangan kehairanan sesama sendiri. Aku tertanya di dalam hati, kenapa budak berdua ni, tak biasa jumpa orang puasa ker? Dengan selamba aku terus meneruskan tutur kata...

"Korang ni kenapa?"
"Er...er... kau puasa apa?" balas Puan Kedah
"Aku puasa sunat...." 
*

*

*

"Er... er... Pagi tadi bukan ko makan kuey-tiaw goreng telur mata, dengan minum susu HL coklat sekotak ker?!! Kau dah kenapa?!!" Cik Kelantan ingin merungkai tanda tanya...
" Oh yer?!! MUAHAHAHA!!! Aku lupa la pagi tadi aku puasa!!!! Abis macam mana? Boleh kira lagi ker lagi puasa?!! MUAHAHA!!! Serius lupa ni! NGEH NGEH" balas aku sambil muka dah merah padam...

Pecah lah suasana ketenangan di tingkat 13 tadi lalu bertukar kepada ketawa kami bertiga... Dengan confident level yang tinggi aku mengatakan aku puasa.. Padahal tak sedar diri dah makan SEBUNGKUS kuey-tiaw dan SEKOTAK susu HL pagi-pagi... 

"Baik kau bukak jer la puasa... esok puasa lain.. Dah kenyang sangat kot, seteguk dua tak per lagi... hahah"
bertalu-talu soalan dan ceramah Puan Kedah dan Cik Kelantan...

Macam mana lah aku leh lupa... Dah la lupa satu bab.... Dah tengah hari pulak baru nak sedar diri puasa.... 

(-____-"") Maluuuuuuuu

Sekian Terima Kasih

***
note
jalan cerita di edit sedikit , harap maklum

moral
iktibarnya, buat kerja rilek2 tak yah kalut sgt... ngeh ngeh




April 4, 2012

Sisik Ikan The Making: Part II

by Taste Of Tapah


Dah berzaman sekarang baru nak upload. Sebenarnya dah siap lama, tapi belum cantum jadi bantal lagi.. Konon nak bagi Cik Yati kita bulan December yang lepas... Sampai ke sudah... Busy memanjang.... Sorry Yati!!

Tak pe yang penting semangat dan minat masih berkobar, cuma masa jer perlu manage. Sesiapa yang dulu tertanya apa tu Jahit Sisik Ikan, sila jamu mata tengok hasil tangan T.O.T.. Wah! Macam best jer bunyi...

Jahit ni belajar dari jiran. Masa T.O.T kahwin dulu, ini lah cadar untuk bilik pengantin, memang terbaik... 

 Nak buat kusyen kereta Yati

Ada macam sisik ikan terubuk tak? ngeh ngeh...


sekian.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...