August 5, 2012

Tiga Fasa Mendidik Anak

by Taste Of Tapah

Menurut Saidina Ali terdapat tiga fasa berbeza dalam mendidik anak.

Fasa pertama: Umur 7 tahun ke bawah. 

Ialah fasa kasih sayang. Ketika ini mantapkan mereka dengan bermain dan bergurau dengan anak-anak hingga mereka ini merasai betul bahawa kita sayang mereka. Merasa puas dengan kasih sayang.

Fasa kedua : Umur 7 hingga 14 tahun. 

Fasa ini adalah fasa bagi mendisplinkan anak-anak. Kenalkan do's and don't. 

Contoh: Tak boleh minum berdiri, atau kena hormat tetamu etc. Ketika umur 7 tahun juga ajar dan perkenalkan solat. Umur 10 tahun tak solat kena rotan. Tapi di fasa ini jangan hanya hukuman, kena LEBIHKAN ganjaran.

Contoh: Jika kita bagi tahu anak main bola jangan balik lepas maghrib. Petang tu anak balik main bola maghrib, kita marah. Hari kedua dia balik lewat juga, marah lagi. Masuk hari ketiga anak balik awal... Tapi kita diam buat tak tahu. SALAH. Beri ganjaran lebih supaya anak seronok buat perkara baik.

Fasa ketiga: Umur 14 tahun ke atas. 

Ini adalah fasa memerlukan kita bersahabat dengan mereka. Banyakkan berkongsi perkara dengan bersahabat. Ketika ini anak sudah akil baligh dan sudah mantap asasnya. Mereka sudah siap sedia melaksanakan syariat.


***


Salahnya kita (termasuk saya) kita mendidik anak-anak di peringkat 7 tahun ke bawah macam orang dewasa. Guna ayat "Ummi kata jangan main masa makan! Tak paham ker?" Memang la anak itu tidak paham.

Dan mendidik anak-anak yang dewasa 14 tahun ke atas dengan memukul. Itu sebab mereka lari dari rumah. 

Oleh itu mantapkan anak-anak mengikut fasa-fasa yang sesuai, supaya apabila mereka di marah bila dewasa mereka sedar perkara itu benar-benar tidak baik.


***


Untuk motivasi rasa sabar dalam mendidik anak-anak. Jangan marah atau runsing jika anak tidak berubah dengan apa yang kita hendak/seperti kita mahu. Kerana kita sendiri tidak berubah sebagaimana yang kita mahu. Sebab perubahan memakan masa. Cuba baiki diri dan berdoa perubahan kita dan anak dipermudah oleh Allah SWT.

Wallahu'alam harap dapat bantu dan menambah ilmu sahabat sekalian. This post written based on ceramah Ustaz Pahrol di IKIM.fm. Boleh share untuk manfaat lebih ramai ibu bapa.

Untuk muat turun lain-lain ceramah by Ustaz Pahrol boleh dengar di sini.






1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...