Your children need your presence more than your
presents. ~Jesse Jackson
Dalam mengejar kesibukkan kerja untuk memenuhi kemahuan dan keperluan, manusia sering lalai dalam amanah yang utama dikurniakan Allah s.w.t...iaitu
anak... tidak menidakkan pekerjaan diperlukan untuk keperluan anak seperti masa depan pembelajarannya, pakaian dan makanannya, kesihatannya... Namun
masa ibu-bapa bersama anak-anak perlu juga dalam membentuk sahsiah diri dan jati diri mereka...
"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim)
Harta yang akan kekal hingga ke hari akhirat adalah
doa anak yang soleh/solehah...
Dapatkah kita mendidik mereka agar mereka menjadi payung melapangkan jiwa dan hidup kita di hari kemudian?
PRESENCE
Berapa jam sahaja yang ada buat kita bersama mereka dari isnin hingga jumaat apabila kedua-dua ibu dan bapa terpaksa berkerja mencari rezeki.. dan kerana quantity masa tidak dapat kita berikan kepada mereka, amatlah penting quality sisa-sisa masa yang ada setiap malam perlu di manfaatkan dengan sehabis baik.... mendidik dan bersama dengan mereka...
Semua anak perlukan perhatian, dan mereka akan berbuat apa sahaja untuk mendapatkan perhatian... mereka akan melakukan perkara-perkara yang mereka tahu akan mendapat perhatian walaupun dalam bentuk negatif seperti dimarahi, dihukum atau dipukul...
Mereka lebih rela di marahi daripada tidak diendahkan langsung...
PRESENT
Segala hadiah-hadiah yang berlebihan dalam bentuk wang, mainan, atau gadjet kepada kanak-kanak mungkin akan menjadikan mereka sedikit manja dan tidak menghargai kehadiran hadiah itu sendiri....kata orang tapah 'anak-anak akan jadi 'mua'...
Memberi wang melebihi keperluan kepada mereka juga menjadikan mereka tidak mengerti 'value of money'
Sepatutnya hadiah perlu diberikan bagi menunjukkan penghargaan buat anak-anak setelah berjaya mencapai sesuatu yang baik ataupun positif... ianya disebut juga ganjaran....
GANJARAN
Ganjaran diberi kepada setiap perkara positif yang dilakukan oleh anak kita. Juga perlu diberi ganjaran apabila anak TIDAK melakukan perkara yang negatif (tidak elok).
Bagaimana memberi ganjaran?
Tidak semestinya dalam bentuk hadiah atau pun wang ringgit... di bawah ada beberapa kaedah memberi ganjaran di petik dari buku 'Himpunan Doa & Panduan Keibubapaan Kaedah Khalifah'
Beri Perhatian
Beri Penghormatan, Pengiktirafan
Beri kata-kata perangsang
Puji perbuatan baik
Ucap Terima Kasih
Sebut-sebutkan perkara baik yang dilakukan oleh anak kita
Tunjuk Kasih Sayang dengan perbuatan dan perkataan
Beri hadiah (tetapi tidak perlu kerap)
Bawa anak bersiar-siar
Pemahaman teori dalam mendidik anak boleh diperolehi di mana-mana sahaja dalam pelbagai jenis media seperti -blog, program motivasi, internet, buku dan ceramah-ceramah agama...
Namun mempraktikkannya, memang memerlukan kekuatan jiwa dan mental yang tinggi... wallahu'alam