This story is about Klebang Coconut Shake, u read it right - KLEBANG... bukan TAPAH coconut shake.. belum ada lagi kat tapah...
bagi yang tidak tahu atau tidak pasti, KLEBANG terletak di MELAKA bukan di PERAK..
Apa kena mengena dengan Tapah seperti tajuk blog?
Logiknya: si penulis dari Tapah, dia pernah berkunjung ke Melaka pada bulan February yang lalu, dan minum ini coconut shake... jadik taste of tapah la kiranya... boleh ker?
erm lantakla, yang penting coconut shake dari Klebang ini memang sangat sesuai dan sedap di makan ketika cuaca panas di pesisiran pantai Melaka itu...
nyum..nyum..
hingga kini tak dapat melupakan rasanya yang sangat menyenangkan....
air kelapa yang di blend dengan isi kelapa dan ais serta diletakkan aiscream vanila dengan banyak di atasnya!!... memang sedap...!!!
lihat sahaja kereta yang berhenti di bahu-bahu jalan semata-mata mahu membeli coconut shake ini telah menyebabkan jalan di sini sedikit sesak..
so, sesiapa nak ke Melaka jangan lupa untuk try Klebang Cocounut Shake ok...
0 comments:
Post a Comment