December 9, 2013

BANJIR DI PANTAI TIMUR

by Taste Of Tapah

Ummi bukan orang Pantai Timur, Ummi asal Tapah.

Namun untuk mengungkapkan "Alhamdulillah tempat aku tak banjir.." Ummi teringat akan cerita seorang sahabat,

***

Seorang sahabat yang mana kejiranan nya terbakar. Hangus rumah dan harta benda di kejiranannya ketika itu. Namun rumahnya terselamat dari bencana kebakaran tersebut... Sejurus dia tahu rumahnya selamat, dia mengungkapkan Alhamdulillah.

Maka sudah semestinya ayat Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) itu layak baginya. Namun kerana dek rasa bersalah dia mengungkapkan Alhamdulillah di hadapan jiran-jirannya yang ditimpa musibah, sahabat tersebut telah memohon keampunan kepada Allah 40 puluh tahun lamanya. Kerana rasa berdosa.....

Itulah ADAP orang yang ada IMAN dalam hatinya.

***

Lain pula halnya kita di zaman ini, di negara islam ini, dalam menghadapi Bencana Banjir. Sudah tentu bencana itu dari Allah. Dan sudah tentu kelemahan itu adalah dari kita manusia yang lemah.

Di kala bencana di pantai timur ini melanda, kita seolah hilang adap. Hilang rasa, Hilang Iman. Di Facebook, Di Twitter dan banyak lagi laman sosial. Kerap kali yang muncul adalah Kritikan, Perbandingan dan Analisis.

Yang sedihnya, orang yang share tentang Kehebatan dan Kebaikan "Ahmad Ammar" yang meninggal dunia sebulan lalu serta dikebumikan di Turki kerana keperibadiannya.... Orang yang sama juga, yang share kan perkara fitnah yang belum tentu sahihnya mengenai Banjir di Pantai Timur baru baru ini. Tidak langsung terkesan keperibadian Ahmad Ammar itu sendiri.

Yang tolong di maki, yang tak tolong juga di maki.

Yang memberi jalan penyelesaian seboleh akalnya mencapai dan yang menolong dalam ruang lingkup Budget yang dia ada juga semuanya dicerca.

Ummi risau mungkin cercaan itu menyebabkan ada orang yang sudah malas lagi nak menghulur bantuan.

Dari sudut individu, apa yang Ummi dah buat bagi membantu "Banjir di Pantai Timur?" Ummi sudah melaksanakan apa yang ummi boleh bantu, Alhamdulillah, pertama kali Ummi dan Babah sepakat memberikan dan berlapang dada dalam memberikan antara barang-barang yang kami sayang. Walaupun berat pada mulanya, namun kami yakin setelah mendengar cerita, ramai yang hanya tinggal sehelai sepinggang, maka kami relakan.

Zara dan Umar, andainya Ummi dah tak ada lagi di dunia ini, jangan jemu memberi manfaat pada orang lain. Bangkitlah membantu umat Islam, kerana apa yang ada pada kita ini, bukan milik kita. Semuanya milik Allah.

Abu Hurairah ra. berkata, Nabi SAW bersabda: “Seorang hamba (manusia) berkata, ‘Hartaku, hartaku!’ Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang tiga itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain.” (Hadis sahih riwayat Imam Muslim).
Dari hadis ini, kita sendiri boleh relate-kan... Bagi orang yang ditimpa bencana.. Memang benar harta yang ada pada mereka adalah apa yang terakhir mereka makan, dan apa baju/pakaian yang mereka pakai lalu lusuh. 

Manakala apa kita (orang yang melihat orang lain ditimpa bencana) boleh lakukan adalah perkara yang ketiga, yakni menyedekahkan untuk manfaat di akhirat. Jauhi diri dari penghargaan manusia. Dan jika kita mahu berkongsi kebaikan yang kita lakukan, niatlah untuk mengalakkan orang lain turut memberi kebaikan.

Ikhlas dan Riak bukan sesuatu yang boleh MANUSIA MENILAI. Kerana itu sifat yang ghaib, tak nampak oleh mata kasar. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Janganlah kita ini sibuk membuat kerja yang tak layak bagi kita, yakni hak Allah.

Memang ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Negara/Kerajaan/NGO/Parti Politik dalam menghadapi bencana Banjir Di Pantai Timur baru-baru ini. Namun Ummi percaya, di saat berlakunya bencana, kesemua pihak telah mencuba melakukan yang terbaik dalam ruang lingkup kapasiti yang ada.

Namun kita sebagai rakyat marhein jangan cepat menunding jari sahaja. Teringat Ummi pada kata mother teresa bila ditanya:

What can you do to promote world peace? Go Home and Love your Family.

Maknanya, dalam apa jua kebaikan dan perubahan yang kita ingin lihat. Kita kena mulakannya dengan merubah diri kita dan keluarga. Kita sendiri kena menjadi ejen perubahan. Kita sendiri kena bersungguh membuat kebaikan.

Barulah dunia menjadi satu tempat yang baik untuk di duduki. Ummi teringin mencontohi Ibu kepada Ahmad Ammar yang tabah dan kuat serta berilmu dalam mendidik anak hingga lahirlah peribadi yang baik untuk diteladani, bukan hanya untuk dikongsi.

Bagi jaguh keyboard, selidik lah dulu apa sahaja yang ingin dikongsi semoga apa yang dikongsi boleh memberi manfaat kepada orang yang kita kongsikan.

wallahu'alam, jika ada kekurangan mohon teguran, yang baik itu dari Allah S.W.T


December 4, 2013

SIBUK 2.0

by Taste Of Tapah

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana masa yang dikurniakan malam ini untuk Ummi menulis di Taste Of Tapah yang lama dibiarkan....

SIBUK 2.0!!

Working + Traffic jammed + New Born + Outstation Every Month + House chores = 


***

Pertengahan Bulan September 2013 hingga Akhir bulan Oktober 2013 yang lalu, Babah pergi menyambut seruan Allah sebagai TetamuNya yakni mengerjakan Haji.

Tinggallah Ummi dengan Zara & Umar ditemani Tok dan Opah.

Alhamdulillah segalanya dimudahkan, Babah selamat pergi dan selamat kembali. Moga bersemangat mengekalkan kemakburan Haji.

***

Lama tak menulis, sebab memaksimumkan masa malam-malam yang ada beberapa jam sahaja untuk kedua-dua si comel dan suami....

Siang memang tak sempat nak ber-blog. Tender Evaluation + Work Program + Milestones + Site Briefing + Kick Off Meeting + Work Progress + Approval + Measured Drawing.... and the list never end.
Nama pun kerja, kalau habis; makna kata dah tak payah kerja la. huhu



Raya Haji yang lalu sambut bertiga of coz with tok opah n mama long's family. Wearing jubah babah pos dari Mekah

Teringat lagi sepanjang Babah ke Mekah, Umar tak putus-putus berkahak. KPJ Kajang dah pergi, Azzahrah dah pergi termasuklah Klinik Dr Nadhir Khan di Wangsa Maju juga dah pergi. Nebuliser, Percussion, Fisio, Stim, Vicks, Jeslyn Oil, Bawang Putih, Kunyit, Antibiotik, Ventolin apa sahaja dah dibuat. Namun, mungkin ini antara dugaan Kerja Haji yang Babah laksanakan.


Walaubagaimanapun selalu memujuk hati mengatakan syukur dikurniakan kesibukkan, kerana mempunyai insan tersayang di sekeliling, dan masih punya perkerjaan. Masih punya rumah tempat berteduh. masih punya kereta untuk di pandu.
Kerana kadang-kadang kita cube bersabar, namun bila motivasi diri dengan cara sabar sudah tidak boleh digunapakai, motivasilah diri dengan menghitung kesyukuran........


"Fabi'ayyi ala irobbikuma tukazziban"

Mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan mu yang ingin kamu dustakan

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah

Moga dengan memahami Syukur Allah tambah lagi rezeki yang melimpah ruah dan memberi kelapangan masa pada Ummi......

Ameen


terima kasih kepada emme_nur 114. anda inspirasi ummi untuk menulis malam ini :)

October 10, 2013

Running Man Malaysia

by Taste Of Tapah


running_man_malaysia

Penangan Running Man telah menular di rumah ku.. wahahahahahaha 
Ganas betul budak-budak ni ber-running man
3 orang hempap sorang, nampak tinggal kaki jer tuew! bahaha
Boleh la terbitkan Running Man Malaysia versi junior lepas ni...  heheh
dibintangi Zara n sepupu-sepupunya....








September 23, 2013

Doa Diamalkan Ketika Menyusu Badan

by Taste Of Tapah

Assalammua'laikum w.b.t

Bulan Mei yang lalu Ummi telah melahirkan seorang putera. Alhamdulillah penyeri dan pembawa rezeki dalam rumahtangga Ummi.....


 
Umar
 
***
 
Dibawah adalah gambar yang ditampal di pejabat dan tempat yang Ummi akan pergi untuk menyusu atau pump...
 
 

doa_susu_banyak
 
 
Inilah doa diamalkan ketika menyusu badan. Samada ketika direct feeding atau pump.
Sharing is Caring...
 
 
Susu ibu adalah yang terbaik, tapi Ibu pun perlu la jaga makanan yang diambil.
 
Moga diberkati....
 
wallahu'alam
 
-end
 


September 20, 2013

SIBUK1.0

by Taste Of Tapah

Alhamdulillah pembuka bicara kalam.

Alhamdulillah dikurniakan kesibukan oleh Allah S.W.T. Kali terakhir post was on 2nd May 2013. Banyak benda yang berlaku, dan kesibukan memaksimumkan setiap detik waktu menyahut saranan quote terkenal "gunakan masa lapang sebelum sempit".....

Apa yang sibuk sangat tuew???!! tak lah sibuk mana, cuma banyak kejadian terjadi dalam 2013, yang gembira, yang sedih... which semua menjadikan Ummi lebih matang dalam perjalanan.


SIBUK 1.0


Awal tahun 2013, ummi mengambil keputusan bersama suami untuk menukar environment kehidupan setelah 5 tahun menetap di kejiranan yang sedikit sesak berdekatan tengah Bandar Kuala Lumpur.

Kini, Alhamdulillah dikurniakan jiran-jiran yang ok. Rumah berdekatan dengan Tol dan dekat pula dengan surau serta punya tempat beriadah.






Gambar ketika Pot luck Raya Lorong Kejiranan di rumah Kak Izan. Ummi bawa Brownies tepi kanan tue.. Laku habis hokey.... Alhamdulillah.
 
***
 

Kami juga mengambil keputusan memasukkan Zara ke sekolah walaupun baru berumur 4 tahun. Alhamdulillah dia dapat menyesuaikan diri dengan baik...


Mengantuk beno.
 

 
 Hari keluarga/sukan
 

 
Ummi's Day Gift
 
 
Her
 
***
 

Awal tahun juga Ummi telah di tawarkan bekerja di tempat baru. Lalu mengambil keputusan untuk berhijrah ke pekerjaan baru tersebut yang lebih terjamin tetapi JAUHnya beribu batu dari rumah, dan working load nyer berGANDA busy dari kerja sebelumnya.


Pemandangan dari office 
 

 
Traffic Jam setiap hari... Jauh Masa dari Jarak (-___-)""
 

 
Ntah apa la kerja yang sibuk sangat. Tapi memang lebih sibuk dari dulu
 
 
****
 

and last for today post 'SIBUK 1.0' ialah Ummi telah melahirkan anak yang ke dua Bulan Mei yang lalu... Alhamdulillah!



cerita lahirkan anak bersambung di.... SIBUK 2.0 wuhuhuhu

-end




May 2, 2013

QUOTE #2

by Taste Of Tapah


Pelihara Hubungan Dengan Allah, Nescaya Allah Akan Pelihara Kita...
Ingat Allah Ketika Kita Gembira, Nescaya Allah Akan Melihat Kita Ketika Kita Kesulitan....


April 29, 2013

Little Caliphs Birthday Celebration

by Taste Of Tapah


Dari kecil tak pernah buat Birthday Celebration untuk Zara yang melibatkan selain Family.
So, tahun ni, bila dah start sekolah, ingat saja nak bagi Zara celebrate dengan kawan-kawan dia.

Alhamdulillah teacher from Little Caliphs email me and offer for parents to sponsored for small celebration at school. However, the celebration is optional. 

Should there be more than one student celebrating the birthday, the cost of goodies will be shared among the participating parents.

So me and Mr Hubby decided to participate. The birthday celebration for APRIL was held on Friday, 26th of April.

birthday_cake

Ini dia wajah Birthday Girl with her birthday cake. Sengih ke-happy-an

Little_Caliphs_Birthday_Celebration

Ini pulak kawan-kawannya. Cute jer semua. Dia kenal nama sorang-sorang, siap introduce. Sebelah Zara ni Darin, yang laki tu plak Adam.. bla bla bla



Ini pulak surprise birthday gift from the school. Yeay! Zara tunggu Ummi balik baru dia bukak. Sabar betul! =)


Ini lah dia gift nyer.... Memang Zara pun suker mengkaler kaler.
Lepas bukak je terus dia duduk atas meja dan warna sampai 3 page.

*

*

*
Thank You Little Caliphs for organizing Birthday Celebration for Zara. Happy betul dia balik petang tu, sampai demam 2 hari. hehe



April 24, 2013

My Little Girl Turns 4

by Taste Of Tapah


4 tahun

Zara genap 4 tahun minggu ni. Alhamdulillah Alhamdulillah... Cepat waktu berlalu.

Kadang sedih, sebab bila Ummi pergi kerja, Zara belum bangun, Ummi balik, dah nak dekat maghrib. Malam jer la yang ada untuk dengar cerita school, cerita-cerita excited dia... Tu pun curi masa nak buat kerja rumah.


kek_brownies

Nasib baik semalam ada meeting kat PJ, so gerak terus from meeting ke rumah, ambil dia dekat school. (selalu babah dia yang ambil) 
Masa sampai teacher cakap Zara baru lepas solat, tengah recite doa. 

"Puan nak tunggu ker, nak ambil?"

"Tak per, saya tunggu" jawab ku ringkas.

Seronok bila curi-curi jenguk dalam, budak-budak kecil berdoa, lepas habis doa berselawat sambil bersalaman. oh sangat la comel.

Lepas tu terus beli kek untuk birthday girl. Dia pilih sendiri kek. Suka gila dia, cucuk kan lilin bagai. Seronok tengok dia excited dan happy. Bersinar-sinar mata.

Tulisan dekat kek memang simple gitu, sebab birthday girl yang nak baca kan. Itu jerlah ayat yang dia boleh baca.

"Z.A.R.A... nama zara la Ummi"

"Pandai! yang bawah tu?" balas diriku.

"4"

"Sebab apa 4?" tanya diriku.

"Sebab Zara 4 tahun"

= ))

Celebrate kecil-kecilan. 3 of us...

*
*
*

Tahun ni, tak der hadiah untuk Zara, hanya Ummi bagi hadiah masa melayan dia sepanjang malam.

4 tahun

Zara snap sendiri gambar ni.

4 tahun

Anak Ummi dah makin anak dara. hehe

*
*
*

Ummi sayang Zara. Ibu mana pun akan berharapan anaknya menjadi anak yang bermanfaat kepada oarang lain dan agama. Sama lah dengan Ummi.

Semoga Allah pelihara anak Ummi disepanjang perjalanan sebagai khalifah di muka bumi ini. Pelihara hubungan dengan Allah, nescaya Allah akan pelihara kita dimana jua kita berada.

Happy Birthday My Dear Zara.




April 16, 2013

QUOTE #1

by Taste Of Tapah

Saya sentiasa mencari jalan untuk buat lebih baik dari semalam, tapi kalau hari ini saya gagal, saya AKAN CUBA lagi esok


I Fight THE Fight !!
I Fight MY Fight !!

What U focus, WILL EXPAND!! 


April 10, 2013

Adanya Kehidupan

by Taste Of Tapah


Meminjam kata-kata Dr. Harlina, barelysupermommy;

Wedding is fun, honeymoon phase is a.w.e.s.o.m.e. but marriage is really a lot of work! You’re juggling your work, daily house chores, children and husband every single day. If you don’t enjoy what you’re doing, you’re killing yourself slowly inside because you barely have time for yourself.

Mengenangkan diri memilih untuk bekerja sebagai engineer, dan kedudukan office yang jauh, perjalanan pula sesak hari-hari. Keluar rumah gelap, balik pun gelap.

Mengiakan kenyataan di atas Marriage is really A L.O.T O.F W.O.R.K!!

*

*

*

Suatu ketika dulu...

Balik rumah jer terus terpandang akan pemandangan yang amat 'menyejukkan' mata;

Sudip kat ruang tamu, tuala atas lantai, baju tak berlipat, cawan tak basuh penuh meja, buku-buku dengan toys bersepah sana sini. Memang memerlukan daya tahan emosi dari teruskan melaksanakan cadangan syaitan kat tepi yang suruh membebel dan mengamuks...

Namun dalam hati memang tak dapat menipu, tengok penulisan post ini sahaja dah tahu memang penuh dengan keluhan dan rungutan yang menandakan hati belum ikhlas melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri dalam keluarga. Keh Keh.

Selalu je si isteri ini menahan diri dari membebel terus mengemas tetapi tanpa sedar (eh yer ke tanpa sedar? huhu) menguatkan sedikit hentakan barang yang dikemas tanda protes. Nak bagi suami suami dengar ler tue.

Ternyata perlakuan itu success! Datang la si suami menghampiri...

"Kenapa hentak-hentak ni?" 

Diri teruskan diam membisu...

"Kalau penat tinggalkan jer, karang abang kemaskan...."

Hati semakin tak tertahan lalu terkeluarlah keluhan,

"Letih la, hari-hari macam ni, takkan la cawan ni pun tak leh basuhkan, 10 kali minum 10 bijik la cawan kat atas meja ni" jawapan dari isteri yang konon berkerjaya rasa diri hebat.

Lama suami berdiam diri, sebelum mengeluarkan beberapa patah perkataan yang aku ingat sehingga hari ini....

"Cube belajar bersyukur, dengan ada nya 10 biji cawan atas meja itu, menandakan ADANYA KEHIDUPAN, tunggu la sampai orang dalam rumah ni pergi buat selama-lamanya, masa tu, tak perlu lagi nak kemas, tak perlu lagi nak penat tengok rumah bersepah"

DANG!!! Huhuhu

*

*

*

Makanya setiap kali aku merasa letih akan segala kerja rumah dan daily routine yang perlu dilaksanakan, aku pegang la kata-kata 'adanya kehidupan'... Maka seronok la aku menguruskan anak dan suami yang masih ada dipinjamkan Allah di sisi.

Esok lusa belum pasti mereka bersama aku.

Walaubagaimanapun, tidaklah pulak suami membiarkan si isteri ni sensorang diri membuat segala kerja rumah, semakin hari, bila adanya komunikasi dan rasa kasihan belas, ianya akan dimudahkan. Namun proses tolak ansur dan mentarbiah diri masing-masing sentiasa berlaku hari demi hari... Bukan lah pula tempoh nya sebulan dua.

To me, marriage is about two people committed themselves to each other, sharing the same desire to spend their lifetime together, and willingness to be there for one another. In Al-Quran, it’s clearly stated “They are clothing for you and you’re clothing for them..” (Al-Baqarah, verse 187).Like our clothing that covers and protect our body, couples defend each other’s honour. They protect and enhance each other’s beauty while shielding that which must be hidden, according to Allah’s rules. ~taken from Dr. Harlina from barelysupermommy.com



March 13, 2013

Abdullah Bin Ummi Makhtum

by Taste Of Tapah

Hari ini terasa hati ingin mencoretkan suatu cerita yang pernah aku dengar dan rasa ianya menarik untuk dikongsi.

Cerita ini diceritakan oleh Ustazah Norhafizah Musa ketika satu kuliah dahulu.
Perihal Abdullah Bin Ummi Makhtum.

***

Dia seorang yang buta. Suatu hari dia bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.

"Bolehkah aku tidak solat di Masjid, wahai Rasul Allah, kerana aku buta"

"Bolehkah kamu mendengar azan yang berkumandang di Masjid?" tanya Nabi S.A.W

"Boleh" jawab Abdullah...

"Sekiranya kamu mendengar azan, maka kamu mesti pergi" balas Nabi S.A.W

Maka semenjak itu, tidak pernah Abdullah Bin Ummi Makhtum meninggal menunaikan solat jemaah di Masjid setiap hari.

Satu pagi kaki Abdullah tersadung dan dia terjatuh, maka berdarah-darah, dan luka anggotanya, tapi beliau tetap meneruskan juga ke masjid untuk menunaikan solat.

Seketika, dia merasa dipegang tangan ketika perjalanannya ke masjid, sambil orang yang memimpinnya berkata,

"Mari aku pimpin kamu untuk ke masjid"

Semenjak itu dia dipimpin setiap kali pergi dan balik ke masjid. Setiap hari...

Satu hari Abdullah Bin Ummi Makhtum, bertanya,

"Siapakah nama kamu yang memimpin aku setiap hari ke masjid?"
Kemudian orang itu bertanya,

"Kenapa kamu ingin mengetahui siapa aku?".

Jawab Abdullah, "Aku ingin nak mendoakan kamu atas kebaikan kamu memimpin aku ke masjid"

Dengan pantas orang itu menjawap, "Aku tidak perlu kepada doa..."

Terkejut dengan jawapan tersebut berkatalah Abdullah,

"Demi Allah aku bersumpah mulai hari ini aku rela pergi sendiri. Tak perlu kamu pimpin aku lagi"

"Baiklah, jika kamu telah bersumpah sedemikian rupa, aku akan beritahu kamu siapakah aku, aku ialah IBLIS"

Terkejut dan hairanlah Abdullah bila mengetahui iblis yang memimpinnya ke Masjid setiap hari seraya bertaya,

"Sekiranya kamu iblis, kenapa kamu memimpin aku ke masjid?"

"Sebenarnya saat kau jatuh untuk ke masjid tempoh hari, aku dengar malaikat berkata, Allah mengampunkan SEPARUH DOSA kamu..." jawab iblis laknatullah.

"Oleh itu aku takut kau jatuh lagi sekali, nanti dosa kau habis terus diampunkan Allah S.W.T" .

Tambah Iblis menunjukkan dia cemburu dan tidak rela apabila Allah mengampunkan dosa manusia, kerana dia sudah berjanji untuk menyesatkan manusia.. Oleh yang demikian, iblis lebih rela memimpin Abdullah Bin Ummi Makhtum ke masjid setiap hari.

***

Lihatlah peranan Iblis. Selalu mencuba pelbagai cara menyesatkan umat manusia. Oleh itu, selalu lah kita untuk sentiasa istighfar dan bertaubat, serta mujahadah untuk melakukan sesuatu kebaikan. Sebab iblis selalu cuba memesongkan kita untuk tidak menjadi penghuni syurga dan kekasih Allah.

Berlapang hati, mujahadah lah dalam melakukan kebaikan. Hingga tiada ruang untuk syaitan masuk untuk meniupkan rasa ujub, riak dan bangga diri dalam diri kita.

Wallahu'alam

March 11, 2013

Ala-ala Fynn Jamal

by Taste Of Tapah

Lama.
Memang lama aku tak update blog ni.

Sibuk.
Memang sibuk.

Sesungguhnya demi masa manusia dalam kerugian.
kecuali yg beriman dan beramal soleh.

Selalu tak cukup masa.
Bila ada masa, tak de internet connection.

Tahun 2013.
Berpindah ke enviroment perumahan baru.
Berpindah ke tempat kerja baru.
Bakal menyambut insan baru. Dengan Izin Allah...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Nikmat Allah yang mana lagi yang kau ingin dustakan.

Rasa seperti aku yang baru.
Walaupun masih aku yang lama.

Beringat, zety.
Beringat.

Masa sesaat pun takkan datang semula.
Di Hari Pembalasan, Allah bertanya, apa yang kau guna untuk sesaat?

Waktu kerja kau update blog.
Waktu untuk kau beri hak didik anak-anak, kau tengok sinetron.
Waktu kau patut melayan suami, kau layan FB.

Sibuk.
Memang sibuk.

Bila masa itu kau tak uruskan.

Salah siapa?
Salah Mark Zukerberg?
Salah Station Televisyen?
atau salah Google?

Jauh.
Berulang jauh setiap hari.
Badan Penat.
Al-Quran dah mula nampak debu di kulitnya.
Solat sudah hujung-hujung waktunya.
Mana pergi mujahadah?

Masa, oh masa.
Engkau memang hak Allah.

Allah, berkatilah masa ku.
Jangan di tarik nikmat iman ini setelah Kau kurniakan....
Jangan di tarik nikmat masa ini, hingga aku hanyut dari menjalankan tugasan harian.
Berkatilah rezeki ku, untuk aku bantu keluarga ku.

Pada Mu lah aku berlindung.




sedang tidak tahu untuk buat apa dengan masa,
perlu kerja, perlu manage project kecik,
cuma hilang punca,
pada siapa nak tanya.
pada siapa nak refer.
pepandai kau lah sang Jurutera.
kononnya.
pada blog, kau mencoret sudahnya...
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...