November 8, 2011

Ikan Bakar Sabah

by Taste Of Tapah

Pada 3hb Oktober 2011 yang lalu aku ada Mesyuarat dekat Politeknik Kota Kinabalu. Ingat tak post yang lepas: Sabah Di Bawah Bayu. Yer tepat sekali, sudah sebulan gambar Ikan Bakar ni dalam draft, sebabnya malas nak menaip kata-kata yang puitis dan nak justify bagai, pastu taip separuh padam balik, taip lagi ayat tak mengancam, padam edit lain pulak...

Last-last tak ter-post... Alasan sungguh. =_="

Orang kata siapa pergi Kota Kinabalu tak lengkap kalau tak makan Ikan Bakar ni, tapi....... Pandangan peribadi diri, rasanya biasa-biasa jer, sedap lagi makan kat Semenanjung. Banyak sangat kedai Ikan Bakar ni.. Lokasi sebelah dengan Pasar Philippine. Balik ke semenanjung sembang-sembang, baru adik kata kedai yang sedap adalah Kedai No. 5 dari kiri kalau mengadap laut....

O.K noted... Next time have to taste Ikan Bakar Kedai No. 5...

Ikan dah siap-siap dibakar dan di letak di hadapan kedai untuk dipilih oleh para pengunjung... Kalau dekat semenanjung diorang letak yang mentah, dah pilih baru di bakar... Dekat Sabah ni lain sikit.

Tengok sotong tu, habis makan sorang? Besar tu 30 ringgit seketul.

 
Ini suasana kedai Ikan Bakar yang berderet, tak tau nak masuk kedai mana satu....

Hasil rembatan malam tu, ikan seekor dan udang seketul. Lepas dah pilih ikan dekat kedai tadi, diaorang akan bakar balik semula dan letak sambal.... Semua sekali RM15 sekali nasi kosong dan air limau suam... 


Ini antara barang-barang di jual di pasar malam bersebelahan dengan kedai makan. Ada kerang, rumpai laut dan lain-lain. Tak beli apa-apa pun, lalu jer sebab nak pergi makan, kalau ikut hati penat badan, nak duduk dekat hotel jer, malas nak turun..... hehe

Mesyuarat pun dah selesai, harap-harap dapat la projek ni disiapkan dengan selamat.... 



Sesiapa nak tahu tempat ronda carik makan yang lain di Malaysia sila tekan sini


5 comments:

Munnafendy said...

tu dia...dunia ikan bakar ke ape tu?nasib baik baru mengketedarah ikan bakar kt kmpung, xde la terliur sgt...haha

Taste Of Tapah said...

hehe, boleh la pergi tempat orang kalau nak merasa, menarik juga makan dengan rumpai laut n sambal diorang lain sikit

misscha said...

uit2 jaga makan sket..hehe

Anonymous said...

hurm, Sabah di bawah bayu.. bukan bumi kenyalang, tu Sarawak

Taste Of Tapah said...

dah ubah... hehe... tq sbb tegur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...