Pagi hari macam biasa, Zara terjaga semasa ayahnya sedang mandi. Datang jalan ke arah aku terkedek-kedek sambil mata separuh buka tahan cahaya lampu terang. Apalagi kalau bukan untuk minta di dukung. Aku pun tanpa lengah mengangkat dan menyandarkan mukanya ke bahu dan memeluk erat diri nya....
"Dah bangun dah anak ummi..." bicara ku
Bila dah habis mamai nya aku pun baringkan dia di hadapan TV sambil buka-kan CD alip baa taa kegemarannya. Dia pun layan dengan muka comel. Ala-ala ngantuk nak tidur balik.Terkebil-kebil.
Dengan segera, aku mengambil peluang dia tengah syok layan CD, untuk iron tudung... Pagi ni tak der pula tudung yang sedia ada dok bergantung yang match dengan baju kurung merah ni.... Ikut hati malas nak meng-iron.
*
*
*
"Ummi..... Sini la" sambil pandangannya tepat ke arah aku....
"Zara tengok la Ba Ta, Ummi nak Iron tudung ni...." jawab aku sambil tangan membetulkan kedudukan tudung yang sedang di iron.
"Alaaaa.... Ummi......, tak payah la pergi kerja, meh la sini....." sambil tangan mengamit dan buat muka seposen...
erm aku.... tersentak, sambil dalam hati kata... "Tak boleh la Zara...., Ummi kena kerja......." (-_-")
Sekian novel minggu ini.
Gambar sekadar hiasan...
4 comments:
awww so sweet zara ckp camtu.....kalau ummi org kayer dah lam ummi wat gitu kan...hehhe
betul betul betul.....
bleh ummi updated blog hari2 dapat duit dr nuffnang jer.... hehe
pandai zara..
ala comelnya zara... mcm mak dia ;-p
Post a Comment