November 15, 2011

Tak Payah Pergi Kerja

by Taste Of Tapah

Pagi hari macam biasa, Zara terjaga semasa ayahnya sedang mandi. Datang jalan ke arah aku terkedek-kedek sambil mata separuh buka tahan cahaya lampu terang. Apalagi kalau bukan untuk minta di dukung. Aku pun tanpa lengah mengangkat dan menyandarkan mukanya ke bahu dan memeluk erat diri nya....

"Dah bangun dah anak ummi..." bicara ku

Bila dah habis mamai nya aku pun baringkan dia di hadapan TV sambil buka-kan CD alip baa taa kegemarannya. Dia pun layan dengan muka comel. Ala-ala ngantuk nak tidur balik.Terkebil-kebil.

Dengan segera, aku mengambil peluang dia tengah syok layan CD, untuk iron tudung... Pagi ni tak der pula tudung yang sedia ada dok bergantung yang match dengan baju kurung merah ni.... Ikut hati malas nak meng-iron. 
*

*

*

Sambil dok kusyuk meng-iron tudung. Zara panggil....

"Ummi..... Sini la" sambil pandangannya tepat ke arah aku....
"Zara tengok la Ba Ta, Ummi nak Iron tudung ni...." jawab aku sambil tangan membetulkan kedudukan tudung yang sedang di iron. 
"Alaaaa.... Ummi......, tak payah la pergi kerja, meh la sini....." sambil tangan mengamit dan buat muka seposen...
erm aku.... tersentak, sambil dalam hati kata... "Tak boleh la Zara...., Ummi kena kerja......."  (-_-")

Sekian novel minggu ini.


Gambar sekadar hiasan...


4 comments:

misscha said...

awww so sweet zara ckp camtu.....kalau ummi org kayer dah lam ummi wat gitu kan...hehhe

Taste Of Tapah said...

betul betul betul.....
bleh ummi updated blog hari2 dapat duit dr nuffnang jer.... hehe

Nur Hareza said...

pandai zara..

Suliana said...

ala comelnya zara... mcm mak dia ;-p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...