June 21, 2011

Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford

Jam 5.30 pagi

Tengah malam tadi, bukak facebook... friend kepada friend telah share link video yang menceritakan tentang Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford (lepasan dari sistem Pondok)


Huish jauh perjalanan anak melayu ini... Dalam hati tersenyum juga sebab anak melayu ini berasal dari Batu Gajah Perak.. Tak jauh la dari Tapah.. Nak jugak kan dapat credit (-.*).. Bila dah kata asal dari perak seronok pula teman nak kongsi cerita...

Ini pun kire post mengelat juge le, letak bideo.. Ate' maleh teman nak mengarang panjang berjele... Kome tengok jer la bideo ni.. Teman paksa kome nengok juge...



(apahal yang pergi cakap perak, si polan dalam bideo nih siap berbelit lidah bercakap omputih)

Sebenarnya diri mengaku merasa tertarik dengan kenyataan pemuda ini:

Tanpa pengorbanan kita tak kan berada di mana mahu kita berada

Bukan mudah kita nak mencapai impian ataupun cita-cita, semuanya perlukan pengorbanan tak kira la pengorbanan itu BESAR atau pun kecil....

Kejayaan tu tidak datang bergolek mcm ubi kentang jatuh dari atas singki ke lantai dekat dapur.... Kita kena berusaha dan kemudian berdoa... Tak lambat untuk mula, dan tak cepat untuk mengalah...

So pagi ni, jom tanya diri kita "Di mana mahu kita berada?" dan kemudian, baru tanya soalan seterusnya "Bersediakah untuk membuat pengorbanan?" dan seterusnya, soalan tambahan "Apakah manfaat yang diperolehi bila berada di tempat yang mana kita mahu mencapainya?"


Semangat lebih sikit hari ini lepas tengok bideo nih.... 
Bebelan lebih menjurus menasihati diri sendiri.. 
Esok lusa bila down akan kembali menonton bideo ini....

4 comments:

misscha said...

saya juga berbangga....

cakap pasal ngelat.....person yg ganti ko tu mmg suke ngelat..hehe

misscha said...

uit....aku wat contest.....sape komen banyak

http://misscha-cecite.blogspot.com/2011/06/esok-misscha-nak-bg-award-hadiah-topup.html

Taste Of Tapah said...

kalau aku buat contest mcm nih sure hang menang.. hehehe

misscha said...

Salam sejahtera TOT anda berada dalam top 10 Commentator utk contest "Esok Misscha Nak Bg Award.& Hadiah Topup & Promote Blog Pemenang : SUKA2"

sila ke link kebawah untuk ambil award :)

http://misscha-cecite.blogspot.com/2011/06/umum-pemenang-esok-misscha-nak-bg-award.html

next time boleh cuba lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...