June 7, 2011

Mickey Mouse Hilang Telinga


Membaca tajuk mesti ramai dah membayang Mickey Mouse dah Hilang Telinga.... Kesian pergi mana telinga dia???

Sebenarnya, begini ceritanya... 

Pada satu hari yang sepoi-sepoi bahasa, setelah dicadangkan oleh kakak saya, saya telah pergi ke kedai kek untuk mencari cutter... Ramai sungguh orang ketika itu, berpusu-pusu membeli barang untuk membuat kek... Saya menyelit juga dicelah lautan manusia untuk mendapatkan cutter yang cute berbentuk Mickey dan Minnie....Dan akhirnya berjumpa juga!! 


mickey_cutter


Comel sangat... Ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memikat hati si anak kecil makan dengan sihat dan gumbira... Boleh guna bentukkan biskut, buah, roti, dan sebagainya....

Malam itu, telah diputuskan untuk membuat roti sapu kaya berbentuk Mickey.. dan hasilnya sangat me-teruja-kan diri saya yang sewaktu kecil-kecil tidak pernah jumpa roti se-kaya bentuk Mickey....

roti_sekaya


Tetapi bagi anakku yang berusia 2 tahun lebeyh.. Apa yang men-teruja-kan dirinya hanyalah......

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TELINGA Mickey itu sahaja... (=.="")  tssk tskk

mickey_ears

Sekian, Terima Kasih...

Ce-teka siapa makan muka Mickey???


6 comments:

misscha said...

hahaha...kenapa dia minat telinga aje????..mak dia la mkn mukenyeeee

Taste Of Tapah said...

hahaha tepat sekali!! aku pun tak paham napa dia suka sangat makan telinga... pastu letak muka mickey makan telinga lain laks... adoiiiii

Suliana said...

haha.. kelakar la anak ko ni.. cute la benda tu. kat mana ko beli? klu beli lagi jgn lupa belikan aku sekali :-)

Taste Of Tapah said...

tu la... gelak aku ngan suami aku.. kitorang biar dia makan, tgk balik dia makan telinga jer daaa.... aku beli kat bangi.. yummy bakeri... insya'allah

Wardah alisya said...

rasa2 mcm maknye yg makan muka mickey tu..cute sgt..hehe

btw, alisya follow. boleh check bloglist alisya ya :)

Taste Of Tapah said...

hehe betullah tu maknye yang makan.... dah linkkan juga... tqvm Alisya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...