June 15, 2011

SKMM vs Anonymous: Perang Cyber Malaysia Bermula

Tahu kan SKMM telah block 10 laman web sharing free.. Ianya seperti:

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload..

Ramai lah yang mengamuks.. yang mana dok cari makan guna laman-laman tersebut dah tutup la periuk nasik...

Nak menceritakan hal sebenar begitu panjang, dan mata sangat mengantuk sila like 1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website sekiranya ingin mengetahui kutukan belia dan punca-punca kejadian perang cyber ini.... Tetapi semacam angin belia untuk menyokong kerajaan makin menipis lagi tipis....Setakat sekarang pukul 11.46 p.m sudah 24,180 like..


Oleh itu jam 3.30 pagi ini sekumpulan hackers yang mengelarkan diri mereka Anonymous telah merancang untuk meng-hack atau ayat malaysia nya mengodam laman-laman web kerajaan.... Sehingga ke saat ini laman web yang dah diri kenal pasti dah di hack dan emosi terganggu kena godam adalah Sabah Tourism dan MOE....

sabah_tourism_hack
Kesian budak nak check MUET pun tak boleh... Bahaya jugak ancaman sebegini rupa.... Begitu fragile-nya sistem yang manusia cipta sendiri...

Patut la ada orang-orang tua sanggup keluarkan duit kat bank pakai buku lagi... Pendapat mereka selamat sebegitu rupa... (sebenarnya tak jugak... kalau ada orang ragut sama juga... takdir sebenarnya penentu segala... usaha sahaja)

Bersambung kisah asal, oleh itu setakat sekarang Laman web kerajaan yang TOT search dah tutup untuk langkah berjaga-jaga adalah: SPRM... Yang lain-lain malas nak check sebab sure server lembab giler...

Sehubungan perkara ini berlaku, banyak rakyat belia yang dilahirkan dengan dunia cyber menemani tumbesaran marah kepada En Norman KRU kerana beliau yang telah menulis surat kepada SKMM untuk menutup web yang berorentasikan free sharing.....

Walaubagaimanapun kesahihan ini perlu diperjelas dengan  lebih mendalam... Page We Support MCMC (SKMM) Blocking Illegal Websites ini dikatakan ada penjelasan mereka menyumbang kepada keadaan tegang.. Wallahu'alam.. Niat baik, tapi mungkin tak kena cara la kot...




Oleh itu walaupun KRU bukan laman web kerajaan mereka juga takut dan telah mengambil langkah berjaga-jaga diserang malam ini....... kesian juga...

SKMM_Block
Esok tengok jer la apa cerita.... Kesian bebudak yang jaga server kerajaan tak balik la malam nih.... Mangsa keadaan...

Semoga semuanya berakhir dengan sesuatu yang positive dan mendapat pengajaran kepada pihak berkuasa, kerajaan dan pengodam-pengodam di luar sana...



1. agak-agak PTPTN kena hack tak... Anonymous tolong delete data pinjaman aku.. hu hu hu
2.  laman web porno tak nak block ke...


3 comments:

saya_arief said...

perang sudah bermulaa..
hahahaha.
;D

Suliana said...

hmmmm.. kurang faham skit perkara2 mcm ni... mls nak fikir :-p

Taste Of Tapah said...

ini jenayah cyber sue... tak perlu paham sangat.. tapi perlu ambil tahu,dekat website kerajaan pun banyak gak kita nyer data peribadi... tapi harap malaysia berjaya mempertahan kan sistem itu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...