July 29, 2011

J.U.M.A.A.T

Sesuatu peristiwa di alami oleh kita dalam hidup, kadang-kadang perit, namun pasti ada kikmah disebaliknya... Peristiwa itu kadang-kadang di analogikan seperti budak-budak nakal yang ditampar baru nak tahu bezakan betul dan salah satu tindakan dalam kehidupan..

Dan itulah aku: budak nakal yang diingatkan oleh-Nya

B.e.l.a.j.a.r b.e.r.s.y.u.k.u.r d.e.n.g.a.n d.i.r.i & r.e.z.e.k.i d.a.r.i T.u.h.a.n

A.m.p.u.n.k.a.n a.k.u ALLAH

K.e.r.a.n.a A.k.u S.e.l.a.l.u Te.r.l.u.p.a


July 28, 2011

Perjalanan Balik Kampung

Post ini dikarang sewaktu on the way dari Kolumpo ke Tapah... Tak mau terlelap sebab nak teman En. Husband, jadi bukak handphone type la notes...


Tarik nafas dan sila tukar mood serius dulu...



Perjalanan balik kampung kali ini membuat aku terfikir akan perjalanan sebuah kehidupan.. 

Perjalanan kehidupan menjadikan dan membentuk peribadi sesorang manusia di muka bumi allah s.w.t ini...

Seperti satu perjalanan dari bandar ke kampung dan kampung itulah destinasi kerana tenangnya jauh berbeza dengan bandar tempat melombong rezeki.

Dalam perjalanan itu, begitu banyak kita melewati kenderaan lain di kiri dan kanan jalan.. Tidak kurang juga banyaknya kenderaan lain melewati kita dan jauh meninggalkan kita di belakangnya... Di lewati atau melewati, semuanya ingin menuju ke destinasi masing-masing. 

Ada yang jauh..
Ada yang dekat..
Ada yang laju perjalanannya namun jauh pula destinasi nya..
Ada juga yang perlahan perjalanannya namun dekat pula destinasinya..
Ada juga yang perlahan dan terlalu jauh destinasinya...
Begitulah sebaliknya pula..

Kesyukuran mampu di lewati dan melewati hingga selamat ke destinasi itu lah yang perlu diperhati..

Di suatu sudut pandang lain...

Kenderaan yang di naiki jika cermat penjagaan dan betul mengemudikannya maka eloklah keadaannya di destinasi kelak.. Maka jika teruk di kerjakan bila ingin mencapai matlamat, maka pendek pula jangka hayat kenderaan itu..  Dari dalam kenderaan sudah pastinya kita lihat bukan sahaja kenderaan lain yang di lewati dan melewati tadi, malah banyaknya pancang2 tanda amaran peraturan bagi pemacu kenderaan yakni diri kita sendiri.. 

Ada yang setakat melihat dengan 2 bijik mata...
Ada juga yang melihat dengan kebongkakkan dan kesombongan kerana mampu 'membeli' peraturan itu sendiri.. Tidak terkecuali juga mereka yang mampu memandang dengan mata hati.. Maka di susuri jalan dengan penuh patuh dan sedar mengapa adanya pancang2 itu tadi.. 

Dan dari semua cara pengemudi kenderaan ini, amanah dan tanggungjawap terhadap kenderaan milik penuh diri itu lah yang perlu diperhati...


Korang dapat ke tangkap maksud nukilan ku yang berbelit ini... Keh keh keh... 
Peace yaw!


by Taste Of Tapah

July 27, 2011

Tutti Frutti

Hujung minggu sudah korang pi mana?

Aku menghabiskan masa hari ahad bersama adik-adik ipar yang sempoi... Lepas semangat swimming bersama-sama dengan harapan untuk membakar kalori yang tersimpan erat ikatan silaturrahim dengan otot.. Kami berempat decide nak pergi kenalkan otot dengan kalori baru.. Kalori lama kan dah kena bakar... dapat tangkap jalan cerita tak?

So, di seberang rumah ada kedai baru telah di buka... Tutti Frutti...Kedai Yogurt.. Bestnya yogurt!! Nak cuba la.... Nak tau kebaikan yogurt sila klik sini..

Tutti Frutti nih jual frozen yogurt ataupun orang sebut FroYo... Macam-macam perasa ada..  Nak tengok perasa atau rupa dia dengan lebih jelas sila layari laman web www.tuttifruttimalaysia.com.my ini.

Aku ada la snap gambar untuk simpanan hari tua..  Betapa teruja-nya macam lah dah buat achievement perempuan melayu pertama pergi ke bulan.. Padahal pergi kedai yogurt jer pun.. -.-"


Frozen Yogurt nih elok daripada icecream.. Sebab icecream guna cream, frozen yogurt guna yogurt.. (-.-")
Kalau perlawanan antara diorang ni la, kedudukan dia macam ni....

No 1: Yogurt - bagus untuk kesihatan
No 2: Frozen Yogurt - bagus untuk kesihatan tetapi lebih kalori sikit
No 3: Ice Cream - bagus untuk menghilangkan tekanan @_@

frozen_yogurt
Ini dia adik-adik ipar ku yang sempoi dan anak ku tutup mata lak...

tuttifrutti
Cara-cara nak beli tutti frutti atau FroYo yer..

Select cup Size.. Kecik sudah..

Dispense and Mix FroYo ikut la citarasa perasa apa korang nak...

Pick favorite topping... Last sekali timbang dan seterusnya bayar.....

Ini saya pilih...

Ini adik-adik pilih...

Kami berempat makan... Duduk dekat cermin motivasi diri untuk lebih bakar kalori lepas makan....

Sekian, Terima kasih.



by Taste Of Tapah

July 26, 2011

Macam mana nak buat Roti John?

Bulan Puasa dah nak dekat... jeng, jeng, jeng...

Maka di bulan puasa nanti, makanan yang kita tak biasa nampak dalam 335 hari selain bulan puasa pun bakal kelihatan lah... Siap kena pakai name-tag, sebab ramai orang tak kenal nama...

Hairankan, 335 hari boleh makan macam-macam, time bulan puasa jugaklah nak kena keluar makanan yang sebelum nih menyorok kat mana pun tak tau....

Tetapi menu hari ini bukan lah jenis makanan yang selalu malu-malu atau menyorok, famous dah dia ni... Nama dia - R.O.T.I J.O.H.N

Kenapa nama john?? Sebab penjajah yang datang ke Majapahit dulu, ajar cara buat roti ni kat orang malaya.. Nama omputih tu- John... Maka orang Malaya tengok John buat roti ni, menyebarkan lah berita dari mulut ke mulut, dari pagar ke pagar tentang Roti John buat ini.. Maka lekat la namanya R.O.T.I.J.O.H.N.. Jelas??

Roti John ni sebenarnya antara makanan kegemaran encik husband di bulan puasa... Paling suka dia beli Roti John jual kat pasar ramadhan tasek permaisuri... katanya marvelous.. Telur basuh punya!

So, kalau yang tak mau beli kat luar jom la kita masak sesama kat rumah... Sebelum tu mari saya perkenalkan beberapa tetamu yang wajib ada...


Mula-mula En. bawang besar di potong dadu. Satu lagi Puan daging ayam/lembu cincang Ramly atau Ayamas...

En. Telur Omega-3 banyak dalam badan tidak dilupakan.

Dan yang terakhir Roti Frankfurter Pakcik Slocumn

o.k dah kenalkan semua, sekarang mari kita tengok cara buat Roti John pulak yer.

Roti ni kena belah dua kat tengah, sebab Pakcik Slocumn tak mau potongkan.

Panas kan kuali leper burger cenggini dengan sedikit minyak.

Lepas tu pukulkan campuran telur, bawang dan daging cincang serta sedikit garam. Tuang atas kuali leper, lepas tuh tekap roti frankfurther pakcik slocumn tadi..

Updated: Jangan lupa mula-mula tumis bawang putih, bawang merah dan daging/ayam di kuali berasingan. Hingga daging masak. Kalau nak lebih jilat jari sila tambah sedikit serbuk lada hitam atau rempah daging. Rempah Kari tu sikit jer, kalau banyak dia kena tukar nama dari Roti John ke Roti Mapley.


Asingkan barang yang ditumis, dan biarkan sejuk seketika... JANGAN terus campur dengan En. Telur masa panas-panas sebab nanti terus jadi scramble egg.

Sampai roti jadi macam nih. (ni sebenarnya terhangit garing sangat nih) Lepas tu korang bubuh la apa-apa yang korang suka dekat atasnya.

Timun, bawang, tomato, mayonis, lada hitam, soso cili... apa-apa sahajalah yang dirasakan sesuai. Saya hanya gunakan timun, mayonis dan sos cili... Kapitkan dan sedia untuk di makan....

Sekian ini lah cara T.O.T, cara korang?

Nak tau resepi lain tekan sini.


by Taste Of Tapah

July 23, 2011

Dari Mata Anak


"Ummi jhalan jom..."

Ajak Zara agar aku teman dia jalan-jalan keliling rumah pada satu pagi yang tenang di Tapah... Dulu waktu pagi-pagi macam ni, berkabus jer sejuk.. Sebenarnya lokasi Tapah betul-betul di kaki Banjaran Titiwangsa, lebih kurang sejam perjalanan ke Cameron Highland.. Sekarang dah tak ada kabus lagi, sebab Cameron Highland pun dah habis di tarah sini sana, panas jadiknya...Tapi, still alhamdulillah tenang lagi dari suasana  Kolumpo...

"Ummi jhalan la jommmmm..."

Ajak Zara lagi, kali ni semakin kuat intonasi-nya... Aku diam jer melihat gelagat dia...

Aku terfikir sebenarnya, apalah yang di fikirkan oleh anak aku dengan merenung ke hadapan... Lama dia mengelamun... Sama tak dengan apa yang aku fikirkan? Kadang-kadang terfikir, alangkah seronoknya kalau aku orang dewasa boleh memandang sesuatu perkara seperti kanak-kanak seusia Zara..

Tak ada buruk sangka, tak ada duka, tak ada risau, tak ada kecewa, tak ada hasad, belum kenal erti atau faham apa itu putus asa, letih dan sebagainya negative thought.... 


Dalam hati diorang mesti nak main jer kerja.. Main, makan, susu, mandi dan tidur... Dan pastinya jiwa diorang penuh dengan perasaan ingin tahu....
 

Dan perasaan ingin tahu itu-lah yang akan membentuk peribadi seorang kanak-kanak seusia Zara kelak... Perasaan itu yang akan membawa diorang terus ke hadapan... Belajar dan terus mencari.. Seterusnya memahami dan memilih...


Dan di situ-lah datangnya peranan ibu macam aku ni yang perlu membantu dia belajar dan mengenal perkara yang bermanfaat. Supaya pilihan jalan yang dibuat kelak, pilihan yang membawanya kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat... 

Insha-Allah... Semoga Allah beri petunjuk dan kuatkan aku dalam membesarkan anakku di zaman yang penuh cabaran ini....


*

*

*

*

*

Erm.. Masa nih aku dah tak fikir apa-apa, sebab Zara dah jauh dah tu! Kena berlari dengan baju tidor kelawar pergi kat dia  laju-laju cepat-cepat (-.-")


by Taste Of Tapah


July 21, 2011

Breakfast: Pancake with Sausage Baked Bean

Selamat Pagi!!!!!!!!

Dah breakfast belum? kalau belum terima kasih la di ucapkan sebab sudi singgah blog T.O.T ni sebelum pergi Breakfast...

Pagi ni yours truly makan Pancake with sausage baked bean... nyum-nyum!!

Memang terbaik rasanya... Harus puji diri masak sedap sesuai dengan lidah tak ukur berapa inci...

Nama memang macam omputih-pancake, tapi sebenarnya lempeng biasa jer... Tepung campur garam campur air... Kacau-kacau letak dalam kuali tak melekat.. Percik la sikit minyak zaitun bagi tambah zat.. Balik-balikkan sampai garing angkat....

Resepi di buat sebab dah jemu makan nasi lemak, roti sandwich, bihun goreng, mee goreng, kuey-tiow goreng, nasi goreng lepas tu rotate balik nasi lemak...

Sesekali sekala ubah la angin sebelum ubah ke menu lebih drastik yakni makan buah dengan cereal atau oat jer pagi-pagi..

Besar potong sosej nya @_@


Pancake with Sausage Baked Bean


Kuah dia tu memang masak main cuba-cuba jer, modified sikit dari buku resepi, sebabnya guna barang-barang yang dah ada kat dalam peti ais..

Cara-caranya:

Tumis dulu bawang BESAR dengan minyak, lepas tu masuk sikit cili kering mesin sampai masak, lepas tu, masuk sos cili dan sos tomato sikit jer, lepas tu masuk pulak frankfurter yang dah di potong-potong dengan sedikit air bagi berkuah, dah masak frankfurter atau sosej tadi, masukkan cili bengala a.k.a cili loceng (dipotong dadu) dan baked bean dalam tin. Kacau sampai mendidih dan tutup api. Makan bersama lempeng tadi...

Zara punya ummi buat asing tak letak cili mesin dan sos cili... Nanti kesian pulak merah padam muka dia sambil mulut cungap-cungap..

Itu sahaja ceritera breakfast pagi ini, semoga berjaya mencuba resepi ini di lain kali...

July 20, 2011

Jiwa Balik Kampung: Pengenalan

Tempat membesar di Tapah bukan la kampung yang betul-betul kampung... Lebih kepada definasi pekan kecil.. Semuanya dah dinding batu, atap pun bukan zink... Tandas pun dalam rumah... Tidak pula ada sawah bendang macam rumah Tok di utara Perak sana.... Kalau balik ke kampung Tok memang lebih layan... Naik motor pergi bendang.. Pergh memang sangat layan jiwang...

Cuma yang ada di Tapah ni adalah pekan koboi yang sedikit meriah, sampai kalau jalan kat pekan orang kenal lah anak siapa.. Jadi perangai harus sedikit senonoh kerana membawa name-tag ayah kemana-mana... Perumpaannya bak kata pakcik aku:

Small Town - Big Story.. Big Town - Small Story...

Kat Tapah kalau tengah hari beli perabot baru, mau petang dah heboh satu pekan.. Cuba duduk Kolumpo, ko beli perabot pun tak der la sampai makcik meniaga ikan kat pasar tahu... Kadang-kadang rimas juga orang semua ambil tahu pasal semua perkara, tetapi yang manisnya, keluarga terpelihara la sikit dari nak buat perkara-perkara tak tentu hala... Sebab konsepnya anak kita anak kita, anak orang pun anak kita.... Sama-sama tolong tengokkan... Sekarang tak pasti la macam nih lagi ker suasana kat Tapah ni, sebab balik pun sebulan sekali... Masa membesar di sini, memang itu lah suasananya...

Cikgu-cikgu yang mengajar kat sekolah pun tahu Mak-Ayah anak muridnya kerja apa, duduk kat mana... Buat hal sikit memang berdesup la khabar berita sampai ke telinga keluarga.. Kalah kelajuan email... Kesian juga ayah aku sebab anaknya ini la selalu buat hal dalam kelas, mulut tak reti diam.. Nasib baik masa Sekolah Menengah dah masuk asrama, kalau tak malu ayah ada anak suka tidur dalam kelas..(-.-")

Tapi alhamdulillah dari pekan kecil ni, masyarakat ini, dan daripada cikgu-cikgu ini la jugak ramai antara kami-kami ini yang dah berjaga jadi orang... Walaupun belum boleh lagi nak beli rumah sebijik untuk mak-ayah macam iklan hari raya tahun sudah tu, boleh la nak tambah belikan barang-barang dapur sekali sekala...

Ok-lah setakat ini lah dulu cerita Jiwa Balik Kampung... Lain kali rajin aku menulis lagi, harap-harap bila Tapah pupus menjadi pesat nanti, penulisan aku boleh jadi bahan sejarah asal usul pekembangan Tapah untuk rujukan anak cucu kepada per-kembagan-an peradaban manusia Tapah lahir tahun 80-an... (muka menaip sambil bibir mengukir senyuman sinis tahan gelak)

July 19, 2011

Jiwa Balik Kampung

Entry ini di post from Tapah.. kampungku...

Kurang best rasa nak balik kolumpo semula.... Uh! memang layan dok kampung... Mandi pakai kolah air sejuuukkk... Lepas tu mak masak sedap-sedap memang layan... Zara pun seronok boleh lari sini, lari sana, main kat dalam, main kat luar tak reti penat... susun selipar dalam baldi, naik basikal roda 3, tengok kolam ikan, naik buai. Lepas tu sepanjang main tanya, ni apa, tu apa, ayoyo... Agak sedikit teruja tengok muka dia..... Sebulan sekali... Kasi chance la...

Rasanya dia boring asyik main dalam rumah jer selalunya, nak harap mak ayah dia bawak main kat taman permainan memang agak kurang senang jer memanjang... haih (=.=") 

Perlu bawa dia kerap bermain lepas ini.. Antara azam 'buku baru' nisfu sya'baan..

Harapan diri semoga jiwa balik kampung semakin kurang sejurus menjejakkan kaki ke office kerana patut semangat meningkat naik untuk bekerja selepas 'charge otak' kat kampung... no more jiwa-jiwa yang jiwa...

Di Kampung, tidak melepas peluang untuk makan 'Taste Of Emak' memang menyebabkan badan ada peningkatan... Rugi juga pada firasat diri sekali sekala balik nak tolak juadah yang di sediakan.. Paling tak leh nak di tolak puding Truffle (betul ker nama) keh keh.. Antara masakan lain kuah durian, pajeri nanas utara baik punya, kerabu kerang, sambal tauhu tok, kuih som-som, memang layan... Terima kasih la mak, melayan anak yang sedikit teruja kerana dah jemu makan masakan kedai masakan sendiri.. tssk

O.k lepas nih 3 hari tak makan pun kenyang lagi... 

Sila berharap agar cerita jiwa balik kampung bakal bersambung..

July 13, 2011

Jiwa-Jiwa Yang Jiwa

Biasanya hari rabu orang akan post picture.. Sebab malas cakap, tetapi terbalik pulak hari ini saya tak der mood nak upload gambar sebab kena cari banyak benda nak memasukkan gambar ke dalam PC dan kemudian kena melalui adobe photoshop nak edit water mark pas tu nak upload lagi, sungguh tak sabar... Selalu dalam T.O.T jarang ada post without gambar...Tapi hari ini memang nak membebel panjang lebar... Pada sesiapa suka scroll gambar sahaja selalunya, entry ini memang tak jiwa...Panjang giler bebel...

Biasanya hari rabu sangat busy sebab momentum kerja berda di kemuncak kerana ia adalah pertengahan hari dalam satu minggu sebelum si khamis dengan si jumaat datang iaitu hati dah tak sabar-sabar nak spend masa dengan keluarga di rumah...

Tetapi Rabu ini masih sama dengan semangat Isnin dan Selasa "si blues" yang membuatkan diri tertanya-tanya, 

"Dah kenapa dengan aku nih?"

Sebenarnya hari-hari ada benda baru yang kita akan belajar, contohnya: Pagi ini aku dapat satu cara macam mana nak potong orang bila berjalan ramai-ramai keluar daripada train.. Macam bawak kereta juga, patutnya yang pakai gear 60km/j duduk la lane kiri.. Ini tak, duduk kat tengah jalan. Bila nak potong ke kiri dia pun ke kiri, kita nak potong kanan dia pun ke kanan.... Aduyai... Benda macam nih pun kena skill tau...

Tetapi ini bukan la punca hari rabu tak jiwa... Itu hanyalah satu contoh untuk diri ini yang selalu kata:

"Ish apa benda aku buat hari ini memang tak der input baru langsung!"

Jadi psyco diri bahawa tadi aku potong orang-orang jalan kaki tengah-tengah lane on the way nak ke office pun satu input baru jugak... Senang dah lepas ni nak overtake kesesakkan kepada penyebab kelambatan 2 minit dari timer 10 minit jalan kaki dari stesen ke office..

Tengah hari ini waktu Lunch pula rezeki datang bergolek bila old friend of mine datang dari Phileo Damansara semata-mata lunch date, paling best siap belanja Kenny Rogers.. Alhamdulillah.. Nyum Nyum murah rezeki ko Puan Sahabat.. Korang boleh bayang tak Quarter Meal dengan 3 side dish dan seketul muffin cokelat. Memang layan. 

Kami kawan sejak sekolah rendah dekat TAPAH masa tu kecik-kecik sembang benda merepek siap gelak kuat-kuat, sekarang pun masih sama.. Tetapi kali ini lebih ke arah discussion with benefit for both of us... Dapat juga input yang bermanfaat...

The best part bila tengah makan coleslow gigit punya gigit macam liat rupa-rupanya there was plastic in my coleslaw!! Erk! Apalagi Puan Sahabat pergi panggil Manager dan tegur kecuaian staff-nya bla.. bla bla.. dan dah selesai teguran, Si Manager pun berlalu pergi... dan dalam 5 minit lepas tuh dia datang balik and guess what??.. Dia bawak WARM CHOCOLATE OASIS!! F.O.C yaw!! Baik korang pergi google image warm chocolate oasis, memang best siap ada ice cream dekat atas kek cokelat tuh.. Alhamdulillah rezeki lagi....Semoga rezeki berterusan datang tanpa henti, dan lidah tetap tak henti-henti ucap Alhamdulillah... Bercakap pasal input hari ini lagi adalah:

Antara ayat Puan Sahabat yang terpahat di jiwa aku :

"Say Good Thing.. Good Thing will come... Say Bad Thing.. Baaaddd Thing will come"


Erm, I will Puan Sahabat... Kami berdua punyai mission impossible!! Nanti once ter-realisasi sure aku bersyukur kerana kejayaan diri!! Plus hari rabu tak jiwa ni juga HAPPY bangat sebab jarang-jarang dapat hang-out dengan kawan-kawan lama...  Sesekali jumpa refresh balik kenangan kelakor masa kecik-kecik and terpikir cepatnya masa berlalu... Now both of us dah ada sorang anak pun.. Tapi perangai sikit tak berubah still macam masa darjah 6 dulu kala...

Sekarang hari dah petang, momentum rabu still tak macam hari-hari rabu yang biasa... Tapi sedar tak sedar banyak dah problem aku dapat settle hari ni.. Alhamdulillah... Yang urgent dan melibatkan duit rakyat la... Bab-bab nak memenuhi prosedur la, reporting la... Memang hari ni tak layan sangat.. Sebab buat tak buat still tak leh solve problem... kah kah gelak jahat orang tak berapa jiwa rabu... 

ok apa aku merepek, karangan tak der kait mengait antara satu sama lain.. Tapi siapa berjaya habiskan baca memang aku salute la! Jadi apa Input yang korang dapat? Jiwa-jiwa yang Jiwa?

July 12, 2011

Doughnut Malaysia

Hasil pembelian 2 biji Ubi Keledek yang seberat 1.4 kg berharga 2 hinggit yang di beli di gerai-gerai tepi jalan di olak lempit sewaktu perjalanan pulang daripada Politeknik Banting ke Office adalah semata-mata kerana makanan kegemaran suami dan anakanda terchenta....

Pergi dengan atok a.k.a Pakcik Alias sebagai pemandu hari itu, telah memberikan aku satu tips baru untuk memilih keledek... Oh! Terima kasih yer atok... Jasa mu ku kenang setiap kali beli keledek lepas ini....
Jadi hari minggu yang lalu aku pun telah memutuskan ini lah waktunya untuk aku memasak keledek hingga menjadi doughnut Malaysia.... haha.. beria-ia bunyinya... Panggil kuih gelang sudah... Ermmm makan petang-petang sambil pekena teh lepas kemas rumah yang cantik sedikit dari tongkang pecah semestinya membuatkan hati sedikit puas dan hilang penat....

Kepada sesiapa yang ingin tahu cara membuatnya boleh la scroll ke bawah ni ha....

Tapi kalau dah tahu sila ke post seterusnya.... Ini cara mak yours truly wariskan kepada anaknya..

 kuih_gelang 

Mula-mula buang dulu kulitnya yer yong... Ate' cemana gaya nak makan dengan kulit bertanah tu ha... Nak efficient, lapik surat kabar, buat depan TV... Memang layan...

ubi_keledek

Dah sudah tu, sila potong keledek dalam bentuk dadu, petak segi, piramid atau oktagon ikutlah kretiviti anda... Rendam dalam ayor pas tu rebus atas api sampai lembut... Bukan lembik yer.. Di ulangi rebus sampai lembut...

ubi_keledek_rebus

Sesudah itu.. Tos kan air dan biarkan sejuk seketika, lenyek la guna pe-lenyek apa yang ada kat rumah anda... aku guna Brader burger punya tempat penyek burger... Memang senang kerja....


ubi_keledek_dilenyek


Dah sudah masuk ler tepung.... Agak-agak la yer tepung, elok nyer jangan la banyak tepung.. sebab kang orang confuse lak dengan cucur tepung....


Dah siap uli, buat la bulat-bulat (ikut la size kegemaran) letak dekat tapak tangan kiri.. Leperkan dan guna jari telunjuk kanan tekan kat tengah bulat di leperkan tadi... dapat bayangkan tak apa aku cakap nih? Maaf la gambar tak der... Dua-dua tangan fully occupied, takkan nak tangkap pakai kaki... Sungguh tidak perempuan...

 
Selepas dah siap buat bentuk doughnut banyak-banyak, decide berapa nak goreng petang nih, balance susun elok-elok simpan dalam peti ais sejuk beku untuk di goreng pagi-pagi sebelum pergi kerja... Senang hati.... Lepas tu sila goreng dengan api panas... Dah letak dalam kuali cepat-cepat pelahan kan api...


kuih_keria

Dah goreng semua letakkan ke tepi jap, Masakkan air campuran gula.... Bila air gula dah likat dan berbuih-buih... Tutup api, tuangkan kuih gelang tadi sambil kacau tidak henti-henti... Bila gula dah tukar jadi putih baru siap la kuih doughnut Malaysia a.k.a kuih gelang a.k.a kuih keria....


Step seterusnya makan yer..... Makan panas-panas memang puas hati.... Nyum Nyum...


July 8, 2011

SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET

Selalunya kurang ada masa nak ber-blog di office nih, tapi hari Jumaat yang tenang ini telah di manfaatkan untuk menukilkan satu entry khas... Semoga dapat dipilih menjadi Protoge kepada Mentor Jamaluddin blogger otai yang mempunyai 524 followers dan pengunjung melebihi112 K!!


Jika anda nak tahu Link Entry bagi peraduan ini, boleh layari sini:
www.jamaluddin.net


Kenapa En. Jamal sebagai Mentor?

Sebenarnya saya ingin memilih author kepada Jamaludin.net apabila melihat pengunjungnya yang ramai. Malah blog terbarunya yang berumur 'muda' dari blog Taste Of Tapah iaitu Electrical designs.blogspot.com juga mempunyai pengunjung 4 ribu lebih melebihi pengunjung T.O.T yang dah 'berumur' hampir setahun Oktober ini.

Disamping itu mengunjungi Jamaluddin.net sahaja sudah nampak kebaikan empunya blog dengan pelbagai info cara-cara menaikkan traffic dengan penjelasan yang amat mudah di fahami. 

Apabila En. Jamal ingin menawarkan teknik-teknik seperti SEO dan Buat Duit dengan advertisement secara PERCUMA, memang merasa amat rugi kalau tidak menyertainya... Antara kata-katanya En. Jamal yang membuat saya berharap benar saya menjadi proteje nyer adalah:

InsyaAllah Jamal akan bimbing korang semampu mungkin, paling kurang pun Jamal akan bimbing korang untuk mendapatkan Alexa Rank bawah 1 Juta dan mendapat average unique visitors (UV) dalam lingkungan 100-200 UV sehari. Mudah je kalau korang semua tahu caranya dan Jamal akan kongsikan semua tips-tips tue dengan semua protege Jamal nanti.

Harap-harap mimpi jadi kenyataan nak mendapatkan UV 100 ke 200 sehari... Sekarang rank Alexa pun tak dapat detect.. keh keh

Mengapa En Jamal Perlu Pilih Saya Sebagai Protege?

Kekerapan saya meng-update blog ini memang tidak tetap buat masa ini. Cuba untuk update sehari sekali sebenarnya, sudah banyak benda yang ingin diceritakan di dalam Draft.. Tetapi kurang masa. Oleh itu secara Average nya hanya 1 entry dalam tempoh 2 ke 3 hari.

Niche Blog ini adalah lebih kepada information regarding:
  • Parenting: Tips Perenting dan Cara penyediaan makanan untuk bayi bagi ibu yang bekerja
  • Makanan: Resepi yang di masak, Dimana Kedai Makan sesuai dimakan dan Cara Pemakanan Sihat
  • Hijau Bumi: Sumbangan kecil terhadap penjagaan alam, kerana kita perlu ambil berat pemberian Allah ini, kerana tanpa alam ini manusia tidak boleh hidup..
  • Daily Life: Sedikit Perkongsian mengenai kehidupan T.O.T seharian....
Saya minat berblog secara 'part-time' kerana sedikit ilmu yang ada perlu lah kita manfaat kan dengan semua orang.. Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan kita, namun itu lah keindahan ber-blog ini.

Semoga minat saya dan pertimbangan En Jamal menjadikan saya Protege nya bakal menjadikan T.OT satu blog yang berjaya di manfaat kan oleh semua...

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini dan menjadi PROTOGE En Jamal secara percuma hantarkan peraduan anda ke www.jamaludin.net.

Sekian. Moga dipertimbangkan...

Day Napping

Mendengar ceramah yang diberikan oleh Ustazah Siti Nurbayah telah mengubah persepsi diri terhadap mereka yang tidur sebelum azan zohor berkumandang... Ianya dipanggil Day Napping. ataupun Qailullah

Saya telah di tanamkan dalam pemikiran sejak awal zaman pekerjaan bahawa sesiapa yang tidur di pejabat adalah golongan-golongan yang non-productive dan sambil lewa...

Namun setelah penerangan yang panjang oleh Ustazah Siti Nurbayah membuatkan saya mengetahui ilmu baru iaitu tidur di siang hari sebelum zohor selama 5 hingga 30 minit adalah sunnah Rasulullah S.A.W...

Mengapa kita perlu mengikuti sunnah nabi junjungan kita? Kerana ganjaran pahala bagi umat yang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w adalah seperti ganjaran pahala 100 orang yang mati syahid.

Itu dari sudut pandang agamanya, sekarang mari kita lihat dari sudut pandang sains. Beberapa scientist di barat telah mengkaji kebaikan tidur di siang hari ini.. Hasil penemuan mereka bahawa mereka yang tidur di siang hari (sebelum waktu zohor) amat kreatif dan productive dan ianya amat baik sekali untuk tubuh badan dan minda seorang manusia...

day_napping
 Gambar hiasan dari visualphotos.com


Anologi diberikan oleh Ustazah Siti Nurbayah amat simple: Sekiranya I-phone ker, Blackberry ker, Nokia dan sebagainya telefon yang kita pakai bateri dah weak, apa yang kita buat? 

Mesti lah kena charge.... Baru lah bernyawa semula telefon itu..

Begitulah juga badan kita... Ketika tengah hari menjelang tiba, badan telah penat dan perlukan istirehat agar performance kembali melonjak. Oleh itu, cara nak charge badan kita, adalah dengan zzZZzzz


Panjang lagi penjelasan mengenai Day Napping ini, yang melibatkan hormon, effect kepada denyutan jantung dan tubuh badan... Kepada yang berminat boleh la baca book title Power Sleep by Dr James B. Mass.

Antara kebaikannya adalah:
  1. Membantu Mengurangkan Tekanan
  2. Kecekapan
  3. Kemampuan Daya Ingatan
  4. Baik untuk Jantung dan Kesihatan
  5. Meningkatkan Fungsi Tubuh Badan
  6. Minda Kreatif
  7. Mengelakkan Mengantuk
  8. Meningkatkan Stamina
Jadi lepas ni mari ramai-ramai sharp pukul 1.00 tengahari semua zZZZzzzz atas meja/bawah meja... pasang alarm bagi tak over sampai ke petang...

Semoga amalan yang meyihatkan badan ini di terima Allah sebagai satu ibadah.... Tapi sebelum Zohor jer.. Lepas Zohor kalau tidur bangun nanti pening-pening..

Wallahu'alam

July 5, 2011

Kelantan: K's Kitchen

Saya suka makan... Makan sedap-sedap... Baru menyejukkan halwa tekak 3 inci...

Ini kedai K's Kitchen di Kelantan. Lokasi berdepan dengan Sungai Kelantan yang lebar sayup mata memandang.... Di singgah oleh diri sewaktu tidur di hotel bersebelahan kedai K's Kitchen ini yakni 'Ridel Hotel'....



Buat apa di Kelantan? Pergi Site Visit daa.... Malam hari setelah Travel jauh ke Kolumpo-Kelantan-Jeli-Kelantan, harus makan x-tra untuk menganti kepenatan.... Mula-mula harus tunjuk sesuatu...

Interior


Ini askar dok berperang adalah di dalam meja yang kami makan.. Sungguh Kreatif dan Unik pemilik kedai membuat pembaharuan...


Ini pulak antara gambar yang terpampang dekat dinding-dinding kedai... Sungguh comel... Perkampungan sayur-sayuran...


Ha!! Sekarang baru masuk bab makan... Yeay!! Siapa puasa harap telan air liur banyak-banyak... Ini segelas Air dipanggil 'Milo Dinosaur'... Besar sangat daaa...

Makanan Utama Malam Itu



Nasi Goreng Kerabu kot... Lupa dah.. Harap Maklum lama dah pergi ni, baru nak post kat blog.. -.-"
Jenuh belek-belek menu nak makan makanan yang tak der kat Kolumpo, sudahnya makan Nasi Goreng jugak.. haiyak..

Side Dish





Cendawan Goreng dalam Perahu.. Nyum Nyum Rangup... Nampak tak askar kat bawah meja tuh??? Nampak tak?????!!



Tom Yam Seafood.. Banyak pakai perencah sikit budak yang masak nih....

Dessert


Macam makan gourmet food pulak ada dessert bagai.. Ini Pulut Pauh... Pergi Kelantan tak cuba spoil mood...

Ok.. Sekian dulu rancangan Jalan-Jalan Cari Makan... Sesiapa plan nak pergi Kelantan boleh la singgah sini.. Masakan dia boleh tahan...

Oh sebelum terlupa... Perasan tak gambar kedua caption ada ayat 'kami'.. huhu
Ini bukan hidangan saya seorang.. Pergi dengan officemate si pengantin baru...

-Thamat-


Sesiapa nak tahu tempat ronda carik makan yang lain sila tekan sini

July 4, 2011

Aiskrim Goreng En. Rosli

Hari tu, kat office ada buat JUMBO Sale. Di mana pekerja-pekerja yang mempunyai bakat keusahawanan bolehlah menunjukkan skill berniaga mereka...

Ramai lah yang mengambil bahagian... Macam-macam jualan... Makanan, baju, produk kesihatan, kek dan sebagainya...

Tapi itu bukan lah tajuk utama... Cuma, bertitik tolak daripada JUMBO Sale tersebut datanglah pengetahuan diri ini mengenai cara membuat aiskrim goreng ataupun mat salleh kata fried icecream....

Terima kasih kepada En. Rosli yang berasal dari Kelantan yang telah memberi tunjuk ajar... Tidak lah sesedap di buat oleh En. Rosli, tetapi memang menyejukkan halwa tekak pemakannya iaitu kami sekeluarga.... Ada macam-macam cara, tapi ini En Rosli punya resepi....

aiskrim_goreng

Ini hasilnya rupa aiskrim goreng.. Presentation memang OUT.. hehe.. Siap tisu biar kat situ... Tapi rasanya nyum nyum! Siapa buat pun sedap.. 


Di bawah ini disediakan gambar penyediaannya:


roti

Mula-mula ambil roti gardenia, roti lain tak leh.. (kah kah dengan niat suatu hari jadi duta roti gardenia) Pergi ambil cawan buat teh, korang tekap biar jadi macam kat atas ni ha... Ikut la berapa orang makan, macam kami suami isteri, maka-nya 4 keping....

aiskrim_coklat

Letak Ice Cream macam sapu mentega... Erm ini tak der siapa ajar, buat ikut sedap hati jer, siapa-siapa tahu cara lain sila kongsi =.=" Kami peminat chocolate, maka-nya aiskrim coklat jadi pilihan hati.. Jenama apa? biarlah rahsia..  


roti_aiskrim

Step seterusnya, kapitkan sekeping lagi roti dan penyek-penyek keliling macam buat karipap.. Nak tekap balik pakai cawan teh tenyeh-tenyeh pun boleh... Kami begitu tamak ice cream chocolate jadinya kembung semacam...

Step akhir yang tanpa gambar sebab nya nak cepat, goreng la dalam kuali bapak panas diulangi BAPAK PANAS selama kiraan 2 saat dan terbalikkan 2 saat.. Angkat.. Nak biar lama-lama buat apa.. Nanti jadi cucur goreng... Kalau nak hasil lebih baik, simpan dulu dalam freezer sebelum goreng selama 1 jam.. Kalau lebih sabar 1 hari 1 malam....Ini lah hasilnya... 

fried_ice-cream

Ini gambar kabur-kabur sikit, Maleh nak tangkap proper sangat.. Cepat-cepat kena makan nanti kalau aiskrim goreng cair maka jadi roti cicah coklat...

Selamat mencuba kawan-kawan... Pasti tidak menyesal....

Updated gambar aiskrim strawberry and coklat goreng:



**updated:

nak tau resepi lain sila ke sini
chimah resepi ini untuk kamoouuu!!

updated lagi:
Letak aiskrim dulu dekat roti lepas tu tekap dengan cawan pun boleh.... lagi kemas

July 3, 2011

Sharpay's Fabulous Adventure

Sesiapa minat tengok High School Musical????

Kalau ada yang pernah tengok, sure kenal siapakah itu Sharpay.... Baru-baru ini Walt Disney mengeluarkan satu lagi siri baru iaitu watak Sharpay di dalam High School Musical di angkat menjadi Watak Utama dan siri itu di namakan "Sharpay's Fabulous Adventure"... 

When you think of Sharpay, you think of PINK.... PINK bag.. PINK OUTFIT!! (words from sneak peek)

PINK Outfit


PINK Bag

Aku on weekend bila ntah, tengok la cerita nih di mainkan kat Disney Channel... Dah nak dekat pertengahan cerita baru aku tahu DIA GILER PINK... Nak tau kenapa sebab musabab aku tak perasan dia dok pakai PINK!!!... sila scroll kat bawah:

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Sharpay dah jadi BLUE!! BLUE bag... BLUE Outfit!!


Mula-mula ingat rabun kaler.. Cek-cek balik sihat lagi... TV rupanya dah tak berapa sihat da.... Terima kasih la sebab cerita ni baru perasan TV dah tukar kaler...  kah kah


-sekian-


moral of the stories
korang pikir la sendiri




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...