Mendengar ceramah yang diberikan oleh Ustazah Siti Nurbayah telah mengubah persepsi diri terhadap mereka yang tidur sebelum azan zohor berkumandang... Ianya dipanggil Day Napping. ataupun Qailullah
Saya telah di tanamkan dalam pemikiran sejak awal zaman pekerjaan bahawa sesiapa yang tidur di pejabat adalah golongan-golongan yang non-productive dan sambil lewa...
Namun setelah penerangan yang panjang oleh Ustazah Siti Nurbayah membuatkan saya mengetahui ilmu baru iaitu tidur di siang hari sebelum zohor selama 5 hingga 30 minit adalah sunnah Rasulullah S.A.W...
Mengapa kita perlu mengikuti sunnah nabi junjungan kita? Kerana ganjaran pahala bagi umat yang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w adalah seperti ganjaran pahala 100 orang yang mati syahid.
Itu dari sudut pandang agamanya, sekarang mari kita lihat dari sudut pandang sains. Beberapa scientist di barat telah mengkaji kebaikan tidur di siang hari ini.. Hasil penemuan mereka bahawa mereka yang tidur di siang hari (sebelum waktu zohor) amat kreatif dan productive dan ianya amat baik sekali untuk tubuh badan dan minda seorang manusia...
Gambar hiasan dari visualphotos.com
Anologi diberikan oleh Ustazah Siti Nurbayah amat simple: Sekiranya I-phone ker, Blackberry ker, Nokia dan sebagainya telefon yang kita pakai bateri dah weak, apa yang kita buat?
Mesti lah kena charge.... Baru lah bernyawa semula telefon itu..
Begitulah juga badan kita... Ketika tengah hari menjelang tiba, badan telah penat dan perlukan istirehat agar performance kembali melonjak. Oleh itu, cara nak charge badan kita, adalah dengan zzZZzzz
Panjang lagi penjelasan mengenai Day Napping ini, yang melibatkan hormon, effect kepada denyutan jantung dan tubuh badan... Kepada yang berminat boleh la baca book title Power Sleep by Dr James B. Mass.
Antara kebaikannya adalah:
- Membantu Mengurangkan Tekanan
- Kecekapan
- Kemampuan Daya Ingatan
- Baik untuk Jantung dan Kesihatan
- Meningkatkan Fungsi Tubuh Badan
- Minda Kreatif
- Mengelakkan Mengantuk
- Meningkatkan Stamina
Jadi lepas ni mari ramai-ramai sharp pukul 1.00 tengahari semua zZZZzzzz atas meja/bawah meja... pasang alarm bagi tak over sampai ke petang...
Semoga amalan yang meyihatkan badan ini di terima Allah sebagai satu ibadah.... Tapi sebelum Zohor jer.. Lepas Zohor kalau tidur bangun nanti pening-pening..
Wallahu'alam
4 comments:
adui... masalah kita susah nak tido klu kat opis... lagi-lagi klu tido mcm dlm gambar tu... nak tido mesti jumpa tilam bantal... baru bole tido... kat rumah pun mcm tu...
pernah tertido kat opis... tu pun sbb dah letih sangat semak 'drawing project'... :(
mcm mana nak buat ?
aku selalu tido lepas makan lunch kat opis...adalah 5 minit..x caya tanya kak su..hahhaha
kira ikut sunah ke tu??
Assalamualaikum semua...Jamal ziarah tuan blog ye..
Entry Terbaru... SIAPA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET
dulu masa kerja makan laju2 kat kafe lps tu tido reramai bwh meja...=)
Post a Comment